Laporan Bina Insan Guru Fasa 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 6

BENGKEL GURU INOVATIF

Pada 22 Februari 2017 yang lalu, para pelajar ambilan Jun 2014 yang terdiri
daripada tiga unit iaitu Pengajian Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah menganjurkan
program Bina Insan Guru Fasa Enam mereka di bilik hypermedia. Program kali ini ialah
Bengkel Guru Inovatif kerjasama bersama dengan Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Sultan
Mizan. Sebelum Bengkel Guru Inovatif dimulakan, ahli jawatankuasa pendaftaran telah
mengambil kedatangan para peserta di pintu masuk bilik hypermedia.

Bengkel tentang amalan guru inovatif ini telah disampaikan sendiri oleh salah
seorang tenaga pengajar Jabatan Pra Sekolah Tunas Madani IPG Kampus Sultan Mizan
iaitu Puan Rosemini binti Abd Salam. Beliau dipilih sebagai penceramah Bengkel Guru
Inovatif ini kerana mempunyai pengalaman menyertai Pertandingan Inovasi dan memenangi
pingat emas dan perak dalam setiap pertandingan inovasi yang disertainya. Bengkel ini
diadakan pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Bengkel ini diacarakan oleh saudari
Siti Syairah sebagai pengerusi majlis. Bacaan doa pula dilakukan oleh saudara Fahrul
Nizam Bin Mazinul.

Bengkel telah dimulakan dengan Puan Rosemini memperkenalkan dirinya dan


menceritakan serba sedikit tentang latar belakangnya. Beliau telah berkongsi pengalaman-
pengalamannya ketika mula-mula melibatkan diri dalam amalan inovasi ini. Beliau turut
menyatakan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri seseorang guru untuk sentiasa berusaha
mencipta dan menghasilkan inovasi-inovasi yang baru supaya dapat membantu dan
memulihkan masalah-masalah pembelajaran murid-murid khususnya ketika di dalam kelas.
Selain itu, Puan Rosemini telah menunjukkan setiap inovasi yang pernah beliau hasilkan
dan menceritakan serba sedikit perancangan yang penting ketika penghasilan sesebuah
inovasi.

Para pelajar dapat melihat hasil inovasi yang telah dihasilkan dan boleh bertanya
apa-apa sahaja soalan yang berkaitan dengan amalan inovasi ini. Puan Rosemini
memberikan kata-kata semangat kepada setiap pelajar supaya sentiasa berusaha untuk
melibatkan diri dalam amalan inovasi ini untuk meningkatkan kemahiran dan teknik dalam
mengajar selain dapat membantu anak-anak murid yang ketinggalan dalam pelajaran.
Beliau turut berkongsi pelbagai manfaat yang mampu seseorang guru itu perolehi dalam
menghasilkan inovasi yang baru.

Tepat jam 4.20 petang, Bengkel Guru Inovatif diteruskan dengan sesi penyampaian
cenderahati kepada Puan Rosemini sebagai penceramah untuk program ini. Para peserta
bengkel mula meninggalkan bilik hypermedia pada jam 4.30 petang.
Perkara
Kekuatan Kekuatan kami pada BIG Bnegkal Guru
Inovatif pada kali ini adalah ketepatan
masa. Kami mampu sampai awal dan
berada di dalam bilik hypermedia sebelum
pukul 2. 30 petang
Kelemahan Saya perhatikan tidak ramai dalam
kalangan siswa pendidik yang mencata
nota ringkas semasa Puan Rosemini
menyampaikan ceramah beliau. Siswa
pendidik juga agak kurang bertanyakan
soalan kepada penceramah.
Peluang Sispwa pendidik perlu mencatat nota
ringkas sebagai rujukan pada masa akan
datang. Selain itu, siswa pendidik juga
mungkin boleh mengadakan sesi soal
jawab secara berkumpulan.
Ancaman Saya melihat waktu sesi ceramah diadakan
kurang sesuai kerana waktu petang
selalunya tumpuan agak kurang dan sering
mengantuk

.
LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 6

LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD, BESUT

Pada 23 Februari yang lalu, para pelajar ambilan Jun 2014 telah mengadakan
lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut untuk mendengar
sedikit ceramah berkenaan guru cemerlang. Pihak kami telah memilih Cikgu Noraini Binti
Ibrahim, guru cemerlang Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud.

Kami semua berkumpul pada jam 7.15 pagi di depan Dewan Bendahara dan bertolak
pada jam 7.30 pagi. Kami sampai pada jam 8.00 di perkarangan Sekolah Kebangsaan
Tengku Mahmud. Setibanya kami di sana kami di sambut oleh guru-guru Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmud. Setelah itu, kami melakukan sesi bergambar bersama guru
SK Mahmud di tapak perhimpunan.

Semua pelajar telah dijemput ke bilik mesyuarat sekolah untuk sesi taklimat bersama
guru cemerlang mata pelajaran Sains SK Tengku Mahmud, Puan Noraini binti Ibrahim.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh saudara pengerusi majlis, Muhd Harith Fahmi
bin Abdul Rahman dan bacaan doa oleh saudara Hafiz Hanafi bin Zakaria. Guru Besar SK
Tengku Mahmud turut menyampaikan sedikit ucapan sebelum taklimat guru cemerlang
bermula.

Puan Noraini binti Ibrahim, guru cemerlang SK Tengku Mahmud telah memulakan
taklimatnya dengan memperkenalkan dirinya dan menceritakan serba sedikit latar
belakangnya.

Puan Noraini menunjukkan pencapaian-pencapaian dan anugerah-anugerah yang


telah beliau terima sepanjang bergelar guru sehingga berjaya bergelar guru cemerlang
khususnya dalam mata pelajaran Sains. Beliau telah menerangkan kepada kami semua
betapa pentingnya seseorang guru itu untuk memperbaiki dirinya ke arah lebih baik untuk
anak-anak didiknya. Beliau menasihati kami semua untuk sentiasa mencabar diri ke arah
kemajuan bersama. Puan Noraini berpesan kepada kami bahawa kecemerlangan sekolah
dan murid lahir daripada kecemerlangan guru. Kitaran seseorang guru yang cemerlang
berkait rapat dengan hubungannya bersama pihak sekolah dan murid-murid.
Taklimat diteruskan dengan sesi soal jawab antara para peserta dan guru cemerlang,
Puan Noraini binti Ibrahim. Mereka telah bertanyakan tentang cabaran-cabaran yang perlu
seorang guru itu tempuhi dan bagaimana pengurusan masa yang baik yang perlu diamalkan
bagi seseorang guru.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada guru cemerlang SK


Tengku Mahmud, Puan Noraini binti Ibrahim dan pihak sekolah. Para pelajar mula bergerak
meninggalkan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud pada jam 11.30 pagi.

Perkara
Kekuatan Kekuatan kami pada BIG Bnegkal Guru
Inovatif pada kali ini adalah ketepatan
masa. Kami mampu sampai awal dan
bertolak mengikut masa yang ditetapkan.
Pengurusan masa adalah sangat penting
untuk menjadi seorang guru.
Kelemahan Saya perhatikan tidak ramai dalam
kalangan siswa pendidik yang mencata
nota ringkas semasa Puan Noraini
menyampaikan ceramah beliau. Siswa
pendidik juga tidak mengambil peluang
bertanyakan soalan kepada penceramah.
Peluang Siswa pendidik perlu mencatat nota ringkas
sebagai rujukan pada masa akan datang.
Selain itu, siswa pendidik juga mungkin
boleh mengadakan sesi soal jawab secara
berkumpulan.
Ancaman Saya melihat tempat sesi ceramah iaitu bilik
mesyuarat agak pada dan kurang sesuai.
Keadaan bilik yang sempit dan berhabuk
sangat tidak kondusif

You might also like