Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat

bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran
bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang
berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan
secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal
intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral
yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan
bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran
yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga
peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat bukupanduan
pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan
panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran


yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS
terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik
yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan
Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi
kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan
sekolah.

Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir


murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-
murid, Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS) yang memainkan
peranan. Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod
dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan
oleh Lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang
akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of
learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan
pentaksiran sumatif.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian
sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.
Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang
menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen
yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak,
laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan
pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi
murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau
kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh
digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala
perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan
dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu
bapa.

Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan


pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya
bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru,
pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak
sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain
daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen
yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu


memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran
serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran
berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran,
pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard prestasi yang
dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang
dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di
negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu
bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat


dilaksanakan dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu
menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang
terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi
digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta
pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia merupakan proses untuk
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan
tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu
Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut
hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci
yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid.

Salah satu kelebihannya ialah, Pentaksiran ini tidak membandingkan


pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-
murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan
maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang
merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan
memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai
potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut
keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh
dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk
membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran


bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat
pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang
sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri
daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur
penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum
dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri
dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut
keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan
di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu
Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi
murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan


mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh
(acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang
digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri
(trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan
personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian
Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang mana, Ujian Aptitud Am mengukur
kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga
mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti
mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan
kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan
maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan
murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Yang mana beliau
percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas
akademik semata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal,
kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik
matematik.

Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk


mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan
membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu
bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka.
Disamping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid yang lengkap untuk
rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu murid-murid.

Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem


pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu
pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam
semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan
menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang
tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan
penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia
menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam
Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran
dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui
proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan


beberapa langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem
PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS
yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan
guru melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun
satu, dua, tiga dan tingkatan satu. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat
kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu Kementerian
Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah


dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu
pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan
rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna.
Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat
kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan
persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa
yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala
sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif
terhadap pendidikan di Malaysia.

You might also like