Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 45

1

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM SELANGOR

GUAMAN SIVIL NO. 22NCVC-645-05/2012

Antara

Chundi Incorporated Sdn Bhd ... Plaintif

Dan

Masmirin Development Sdn Bhd ... Defendan

ALASAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Tuntutan plaintif

[1] Plaintif melalui writ saman dan pernyataan tuntutan


terpinda bertarikh 14.8.2012, memohon bagi
mendapatkan perintah-perintah berikut terhadap
defendan:

(a) deklarasi bahawa defendan melalui


pengkhidmat dan/atau pekerja dan/atau
agennya tidak berhak untuk memasuki hartanah
plaintif yang dikenali sebagai HSM (16980) PT
2

(40892) Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat,


Selangor dan/atau mengggunakan dan/atau
melintas kawasan hartanah plaintif;

(b) perintah injunksi mandatori supaya defendan


samada melalui defendan sendiri, melalui
pengkhidmat dan/atau pekerja defendan
dan/atau agen defendan diperintahkan keluar
daripada kawasan pencerobohan hartanah
plaintif dalam tempoh tujuh (7) hadti dari tarikh
perintah ini;

(c) perintah injunksi untuk menyekat dan/atau


menahan defendan samada melalui defendan
sendiri, melalui pengkhidmat dan/atau pekerja
defendan dan/atau agen defendan daripada
memasuki dan menceroboh dan/atau
menggunakan tanah hakmilik No. HSM (16980)
PT (40892) Mukim Cheras, Daerah Hulu
Langat, Selangor;

(d) gantirugi am;

(e) gantirugi aggravated dan/atau gantirugi teladan;


3

(f) faedah pada kadar 8% setahun bagi jumlah


gantirugi di perenggan (d) dan (e) dikira dari
8.12.2011 sehingga penghakiman dan 4%
setahun daripada tarikh penghakiman sehingga
penyelesaian penuh;

(g) relif selanjutnya yang difikirkan wajar, adil dan


suaimanfaat oleh mahkamah ini;

(h) kos tindakan ini.

Tuntutan balas defendan

[2] Melalui pernyataan pembelaan terpinda bertarikh


14.8.2012, defendan menuntut balas terhadap plaintif bagi
perintah-perintah berikut:

(a) deklarasi bahawa Simpanan Jalan 33 di Mukim


Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor bukan
hartanah plaintif;

(b) perintah injunksi untuk menyekat dan/atau


menahan plaintif samada melalui plaintif sendiri,
dan/atau melalui pengkhidmat dan/atau pekerja
plaintif dan/atau agen plaintif daripada
4

menghalang defendan menggunakan Simpanan


Jalan 33 di Mukim Cheras, Daerah Hulu
Langat;

(c) gantirugi am;

(d) gantirugi teladan;

(e) faedah pada kadar 4% setahun bagi gantirugi di


perenggan (c) dan (d) dari tarikh pemfailan
tuntutan balas ini hingga tarikh penyelesaian
penuh;

(f) kos tuntutan balas ini;

(g) apa-apa relif yang mahkamah anggap sesuai


dan manfaat.

Perbicaraan kes

[3] Perbicaraan penuh kes ini telah dijalankan. Plaintif


memanggil lima orang saksi, iaitu Thomas Hoh (SP1)
5

pengurus besar kanan plaintif, Teo Hock Ann (SP2)


pengurus pemasaran plaintif, Choy Kwok Ming (SP3)
rakan kongsi firma Jurukur Cekap, Low Han Yin (SP4)
pengarah syarikat Zeth Zenith Builders Sdn Bhd, dan
Dato Tai Kee Sing @ Tai Hean Sing yang merupakan
penasihat syarikat plaintif (SP5).

[4] Pihak defendan memanggil tiga saksi, iaitu Chan


Soon Ling (DW1) iaitu pengarah Timur Temasik Sdn Bhd
iaitu kontraktor projek perumahan yang didirikan
defendan, Mohammaed Rizal Hood (DW2) jurutera
perunding firma Rizal Hood Jurutera Perunding Sdn Bhd
dan Syed Abdullah bin Syed Abdul Rahman (DW3) iaitu
bekas pengurus keselamatan dan kerani yarikat plaintif.

Latar belakang kes dan kes plaintif

[5] Plaintif adalah merupakan pemilik tanah yang


dikenali sebagai HSM (16980) PT (40892) Mukim Cheras,
Daerah Hulu Langat, Selangor, yang dikenali juga sebagai
Lot 3111.

[6] Defendan adalah syarikat pemaju perumahan yang


membangunkan perumahan 26 unit rumah berkembar 2
tingkat di atas tanah yang dikenali sebagai HSM (931)
6

No. Lot (3110) Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, yang


terletak bersebelahan tanah plaintif. Lot 3010 tersebut
berada pada paras lebih rendah dari Lot 3111.

[7] Menurut plaintif, pada sekitar bulan November 2011,


plaintif dapati bahawa defendan melalui pekerja dan/atau
agen defendan telah secara tidak sah menceroboh masuk
tanah milik plaintif (Lot 3111) dan memotong pokok-pokok
tumbuhan serta semak samun di dalam tanah plaintif dan
meratakan tanah plaintif. Defendan melalui agennya
dan/atau pekerjanya juga telah mengorek tanah plaintif di
Lot 3111 tersebut dan mengangkut serta memindah
keluar tanah milik plaintif yang dikorek itu. Plaintif
menganggarkan sejumlah 7925 cubic meter (saksi SP3
kemudiannya mengatakan 7595 cubic meter) tanah
plaintif telah dipotong dan diangkut keluar dari tanah
plaintif yang menyebabkan tahap tanah plaintif yang pada
asalnya berada pada aras tinggi (higher level) menjadi
rendah dan ianya mendatangkan kerugian kedudukan
istimewa tanah plaintif yang sepatutnya lebih tinggi dari
Lot 3110 milik defendan.

[8] Menurut plaintif lagi, defendan melalui agen dan/atau


pekerja defendan telah juga tanpa izin plaintif, membina
struktur-struktur bangunan kayu bagi tujuan kegunaan
7

kuanter untuk pekerja-pekerja defendan serta kantin


sementara di atas tanah plaintif. Di samping itu, defendan
melalui agen dan/atau pekerja defendan juga telah
menggunakan tanah plaintif sebagai laluan masuk keluar
kenderaan dan lori-lori simen ke tapak pembinaan
defendan di Lot 3110. Plaintif juga mendakwa defendan
telah mendirikan penghadang besi (metal hoarding) yang
sebahagian daripadanya didirikan menceroboh masuki
tanah plaintif. Bagi menyokong keterangannya berkaitan
metal hoarding yang didirikan memasuki tanah plaintif,
plaintif mengemukakan Land Survey Report bertarikh
2.4.2012 (muka surat 14 Ikatan C) dan keterangan oleh
juru ukur SP3 dan gambar-gambar (Ikatan E).

[9] Plaintif telah membuat tiga laporan polis masing-


masingnya bertarikh 7.12.2011, 8.12.2011 dan 3.3.2012
(muka surat 4, 5 dan 17 Ikatan B) berhubung
pencerobohan dan pembinaan struktur haram di atas
tanah plaintif tersebut. Pada 14.3.2012 dan 4.4.2012
peguamcara plaintif menghantar notis-notis kepada
defendan berhubung dengan perkara pencerobohan
tanah plaintif tersebut (muka surat 6 9 Ikatan B). Plaintif
juga mendirikan satu pengadang keluli (barrier) dalam
bentuk cement block and metal cross di sebahagian
daripada tanah plaintif bagi menghalang lori-lori dari
8

berterusan menceroboh tanah plaintif tetapi pengadang


keluli tersebut telah dipecah buka pada sekitar
pertengahan bulan Mac 2012 dan pekerja defendan
masuk menceroboh tanah plaintif. Pencerobohan tersebut
berterusan walau pun setelah pemfailan tindakan saman
ini oleh plaintif pada tahun 2012 dalam mana defendan
melalui agen dan/atau pekerja defendan membuang
bahan-bahan binaan terbuang dan sampah sarap
(building debris and rubbish) ke dalam tanah plaintif walau
pun terdapat perintah injunksi terhadap defendan. Walau
pun defendan kemudiannya telah merobohkan dan
memindahkan binaan-binaan yang dirikan di atas tanah
plaintif tetapi bahan-bahan binaan terbuang dan sampah
sarap masih ditinggalkan di tanah plaintif. Bagi
menyokong keterangannya, plaintif mengemukakan
gambar-gambar keadaan tanah tersebut pada masa
material pencerobohan yang diambil pada 22.11.2011,
2.12.2012, 5.12.2012 dan 9.12.2012 (muka surat 1 -16
Ikatan E).

[10] Akibat daripada pencerobohan,


pengorekan/pemotongan tanah dan merata tanah yang
berlaku di atas tanah plaintif, plaintif mendapati perlu
untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah tersebut
balik ke tahap keadaan yang asal dan ianya dianggarkan
9

melibatkan kos sebanyak RM2,578,283.00 yang perlu


dibelanjakan oleh plaintif dan menuntutnya dari defendan.

[11] Selain itu, plaintif juga memohon supaya defendan


diperintah membayar sejumlah RM700,000.00 bagi
gantirugi kerana pencerobohan dan pendudukan tanah
plaintif. Plaintif juga memohon defendan diperintah
membayar RM1,000,000.00 sebagai gantirugi teladan/
gantirugi teruk.

Pembelaan defendan

[12] Defendan menafikan menceroboh tanah plaintif


melalui kontraktor lantikan plaintif dalam melaksanakan
kerja-kerja pembinaan rumah-rumah di tanah defendan
Lot 3110. Defendan juga mengatakan kontraktor defendan
hanya menggunakan simpanan jalan yang mendapat
kelulusan pihak berkuasa dan tidak memasuki tanah
plaintif. Defendan juga mengatakan oleh kerana terdapat
tanah berlebihan di dalam tanah defendan Lot 3110
sebanyak 53.130m persegi yang perlu dikeluarkan, maka
adalah tidak benar untuk plaintif mendakwa defendan
mengorek dan mengangkut keluar tanah plaintif di Lot
3111. Defendan bagaimana pun mengatakan apa-apa
kerja yang telah dilakukan oleh defendan dalam
10

pembinaan adalah selaras dengan kelulusan-kelulusan.


Defendan sebaliknya juga mendakwa tanah plaintif telah
dikorek oleh plaintif sendiri. Defendan di dalam perenggan
16 pembelaan pernyataan pembelaan terpinda bertarikh
14.8.2012 (muka surat 13 Ikatan Pliding A) memplidkan
bahawa pembinaan struktur sementara yang didirikan di
atas tanah plaintif adalah dilakukan dengan persetujuan
agen atau pekerja plaintif bernama Lim Moi Hi. Plaintif
bagaimana pun menafikan terdapat sebarang pekerja
atau agen plaintif bernama Lim Moi Hi. Defendan juga
mengatakan plaintif telah secara salah menghalang
kontraktor defendan dan memberi amaran kepada pekerja
defendan dari menggunakan simpanan jalan
bersempadan Lot 3111/3110 tersebut bagi
menyempurnakan kerja-kerja pembinaan yang mana
simpanan jalan tersebut bukan dimiliki oleh plaintif dan
oleh itu menuntut balas bagi gantirugi dari plaintif.

Findings dan keputusan mahkamah

Isu-isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah

[13] Isu-isu berikut adalah menjadi isu-isu yang perlu


diputuskan oleh mahkamah:
11

(a) samada telah berlaku pencerobohan dan


pendudukan secara tidak sah di atas tanah
plaintif Lot No. 3111;

(b) samada plaintif telah dapat membuktikan


bahawa pencerobohan dan pendudukan tanah
plaintif secara tidak sah itu dilakukan oleh
defendan dan/atau agen dan/atau pekerja
defendan dengan pengetahuan dan persetujuan
defendan;

(c) samada kecederaan (damage) ke atas tanah


plaintif telah dilakukan oleh defendan dan/atau
agen dan/atau pekerja defendan;

(d) samada plaintif berhak ke atas gantirugi yang


dituntut terhadap defendan;

(e) samada defendan telah berjaya membuktikan


kes tuntutan balas defendan terhadap plaintif.

Samada telah berlaku pencerobohan ke atas tanah


plaintif

[14] Adalah keterangan yang tidak dipertikaikan bahawa


tiada apa-apa pembangunan atau pembinaan di atas
12

tanah plaintif Lot 3111 sebelum bulan November 2011.


Hanya pada bulan November plaintif mendapati terdapat
binaan bangunan-bangunan kayu seperti kuarters pekerja
dan kantin di atas tanah plaintif. Selain itu terdapat juga
sebahagian bahan-bahan binaan seperti kayu kayan dan
besi-besi panjang berada di dalam kawasan tanah plaintif.
terdapat juga pekerja buruh binaan berada di tanah
plaintif. Saksi SP1 dan SP2 juga melihat terdapat lori=lori
membawa muatan bahan binaan seperti lori simen melalui
dan berada di atas tanah plaintif. Ketika itu tiada kerja-
kerja tanah dan pembangunan lain di kawasan
bersempadan tanah plaintif kecuali kerja-kerja tanah dan
pembinaan yang sedang berjalan di atas Lot 3110. Lot
31110 adalah milik defendan.

[15] Plaintif tidak pernah memberikan sebarang


persetujuan atau kebenaran bagi pembinaan bangunan-
bangunan kayu bagi kuarters pekerja dan kantin di atas
tanah plaintif. Plaintif juga tidak pernah memberi
kebenaran bagi apa-apa bahan binaan diletakkan di atas
tanah plaintif.

[16] Tanah plaintif adalah tanah yang belum lagi terusik


dengan apa-apa pemajuan. Pada bulan November 2011
plaintif mendapati tanah plaintif yang berkedudukan pada
13

paras lebih tinggi dari Lot 3110 telah dibersihkan dan


diratakan. Pokok-pokok yang terdapat di atas tanah
plaintif telah ditebang. Terdapat sebahagian daripada
kawasan tanah plaintif telah dikorek dan tanah diangkut
keluar. Plaintif tidak pernah memberi sebarang
persetujuan atau kebenaran kepada mana-mana pihak
bagi membersihkan dan meratakan tanah plaintif. Plaintif
juga tidak pernah memberi apa-apa persetujuan atau
kebenaran kepada mana-mana pihak bagi menebang
pokok-pokok di tanah tersebut. Plaintif juga tidak pernah
memberi persetujuan atau membenarkan mana-mana
pihak menggorek tanah plaintif dan memindah keluar
tanah plaintif yang dikorek tersebut. Pada bulan April 2012
plaintif mendapati terdapat pembinaan metal hoarding
bersempadan dengan simpanan jalan (road reserve) dan
tanh plaintif Lot 3111. Sebahagian daripada metal
hoarding tersebut memasuki kawasan tanah plaintif.

[17] Keterangan berkaitan keadaan tanah yang


digambarkan di atas telah diberikan oleh saksi SP1, SP2
dan SP3. Bagi menyokong keterangan saksi-saksi plaintif
tersebut, plaintif mengemukakan gambar-gambar yang
diambil pada 22.11.2011 (8 gambar), 2.12.2011 (10
gambar), 5.12.2011 (18 gambar) dan 9.12.2012 (8
gambar) (lihat muka surat 1-16 Ikatan E) yang melihatkan
14

bentuk tanah plaintif yang telah dibuat pembersihan dan


diratakan dan bangunan-bangunan kayu yang didirikan di
atasnya serta bahan-bahan binaan seperti kayu kayan
dan besi-besi keluli panjang yang berada di atas tanah
plaintif. Gambar-gambar tersebut juga melihatkan terdapat
pekerja-pekerja binaan dan kenderaan lori simen di dalam
lot tanah plaintif. Plaintif juga telah membuat empat
laporan polis pada 7.12.2012, 8.12.2012, 3.3.2012 dan
22.3.2012 terhadap pencerobohan tanah plaintif tersebut
(muka surat 17, 4, 5 dan 10 Ikatan B). Kedua-dua laporan
polis tersebut dibuat oleh Syed Abdullah bin Syed Abdul
Rahman (DW3) yang ketika itu merupakan pengurus
keselamatan dan kerani syarikat plaintif. DW3
mengesahkan membuat laporan-laporan tersebut.

[18] Dalam menyokong keterangan plaintif berkaitan


pembinaan metal hoarding yang telah memasuki tanah
plaintif, plaintif memanggil saksi SP3 iaitu juru ukur yang
telah menyediakan Land Surveyor Report bertarikh
2.4.2012 yang mengesahkan sebahagian daripada binaan
metal hoarding tersebut memasuki tanah plaintif Lot
3111 (muka surat 14 Ikatan C). Plaintif juga
mengemukakan gambar-gambar binaan metal hoarding
yang diambil pada 27.4.2012 (12 gambar) (muka surat 18-
20 Ikatan E).
15

[19] Berdasarkan kepada keterangan yang dibutirkan di


atas, mahkamah berpuas hati dan mendapati tanpa
keraguan bahawa terdapat perlakuan dan pendudukan
secara pencerobohan dan tidak sah telah berlaku di atas
tanah plaintif Lot 3111.

Adakah pencerobohan ke atas tanah plaintif tersebut


dilakukan oleh defendan dan/atau agen-agen
defendan

[20] DW3 bekas pekerja plaintif mengesahkan pada


7.12.2011 beliau membuat laporan polis Kajang Rpt. No.
038217/11 (muka surat 17 Ikatan B). Dalam pengaduan
tersebut DW3 mengatakan terdapat pencerobohan telah
berlaku ke atas tanah plaintif oleh pemaju Lot 3110 secara
menggunakan dan mendirikan penempatan pekerja tanpa
kebenaran pihak plaintif dan amaran telah diberikan
kepada pihak pemaju bagi memindahkan barang dan
penempatan pekerja dengan segera dari tanah plaintif.

[21] DW3 mengesahkan pada 8.12.2011 beliau membuat


laporan polis Kajang Rpt. No. 038345/11 (muka surat 4
Ikatan B). Di dalam pengaduan tersebut DW3
mengatakan tanpa kebenaran dari plaintif, pemaju di Lot
16

3110 telah menceroboh ke dalam tanah plaintif Lot 3111


dan menggunakan tanah plaintif bagi mendirikan
penempatan pekerja, menjadikan tempat bekerja serta
kantin dan juga memotong tanah plaintif untuk kenderaan-
kenderaan pemaju melalui tanah plaintif bagi masuk ke
Lot 3110 (tanah defendan). DW3 mengatakan laporan
tersebut dibuat di atas arahan majikannya, iaitu plaintif.

[22] DW3 juga mengesahkan pada 3.3.2011 beliau


membuat laporan polis Kajang Rpt. No. 007079/12 (muka
surat 5 Ikatan B). Di dalam pengaduan tersebut DW3
mengatakan tanpa kebenaran oleh plaintif, pekerja-
pekerja Masmarin Development sdn Bhd (defendan) telah
membersihkan tanah plaintif Lot 3111 termasuk merata
dan membuang tanah dari Lot 3111 dan menggunakan
sebahagian dari tanah plaintif yang dikeluarkan tersebut
bagi mengisi tanah defendan Lot 3110.

[23] SP1 mengatakan pada 18.8.2011, pengarah urusan


Masmerin Development Sdn Bhd (defendan) telah
menulis kepada beliau bagi memaklumkan bahawa
defendan adalah pemaju perumahan bagi Lot 3110 dan
defendan memohon kebenaran plaintif bagi menggunakan
secara sementara sebahagian tanah plaintif di Lot 3111
bagi tujuan laluan dan peralatan untuk kerja-kerja
17

pembinaan yang defendan jalankan di Lot 3110. Surat


defendan tersebut juga mengatakan tiada mana-mana
bahagian tanah plaintif akan dikeluarkan (muka surat 11
Ikatan B). Tajuk surat defendan tersebut ialah
Application For Consent For Temporary Access. SP1
mengatakan plaintif bagaimana pun telah tidak memberi
kebenaran yang diminta oleh defendan tersebut.

[24] Keterangan juga menunjukkan pada 12.12.2011,


Tetuan KW Associate Architects iaitu arkitek bagi
pemajuan Lot 3110 menulis kepada Majlis Perbandaran
Ampang bagi mendapat kebenaran untuk menggunakan
jalan kolam air Syabas, Lot 43910 dan Lot 3111 sebagai
laluan masuk ke tapak pembinaan di Lot 3110 (muka
surat 32-34 Ikatan B). Perenggan 3 surat tersebut
mengatakan Oleh yang demikian, pihak kami tidak
mempunyai pilihan melainkan mencari alternative jalan
masuk lain ke tapak pembinaan kami dari Jalan Puteri
melalui kolam air Syabas sediada, lot 43910 danlot 3111
seperti yang ditunjukkan berwarna merah di pelan
dilampirkan. Surat tersebut bertajuk Cadangan
Pembangunan Perumahan 26 Unit Rumah Berkembar 2
Tingkat Di Atas Lot 3110, Mukim Cheras, Daerah Ulu
Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Masmirin
Development (M) Sdn Bhd - Cadangan Jalan Masuk
18

Sementara Ke Tapak Pembinaan. Surat tersebut juga


diedarkan salinannya kepada defendan dan juru
perunding projek defendan Tetuan Rizal Hood Jurutera
Perunding Sdn Bhd (DW2). Plaintif mengatakan
berpandukan kepada surat tersebut, adalah jelas
defendan hendak menggunakan tanah plaintif Lot 3111
bagi menjadi akses kepada tanah defendan di Lot 3110.

[25] Pada 23.12.2011, Majlis Perbandaran Kajang


menulis kepada pengarah urusan Masmirin Development
Sdn Bhd (defendan) dengan pernyataan seperti berikut
(muka surat 31 Ikatan B):

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada


perkara di atas dan surat tuan no. rujukan
2008/KWAASB/1117/BGN-03 bertarikh 12/12/2011
adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa pihak tuan dikehendaki


untuk mematuhi arahan-arahan seperti di bawah
terlebih dahulu sebelum kebenaran diberikan, iaitu:-

i) mengemukakan cagaran penggunaan


jalan sebanyak RM20,000.00.
19

ii) mengemukakan surat akujanji untuk


bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
penyelenggraan jalan yang digunakan
untuk tujuan tersebut.

iii) Mengemukakan laporan analisa kestabilan


cerun memandangkan terdapat cerun di
kawasan jalan berkaitan dan penggunaan
kenderaan berat akan mengganggu
kestabilan cerun sediada di tapak.

[26] Saksi defendan DW1 mengatakan beliau selaku


kontraktor yang dilantik oleh defendan bagi melaksanakan
kerja-kerja pembinaan projek di Lot 3110 tersebut tidak
mempunyai pengetahuan jika defendan telah mematuhi
syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis tersebut.
Jurutera perunding defendan (DW2) juga mengatakan
beliau tiada pengetahuan samada defendan telah
mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis
tersebut. Tiada saksi-saksi dari syarikat defendan hadir
memberi keterangan di mahkamah. Tidak terdapat
sebarang dokumen dalam ikatan-ikatan dokumen yang
berada di mahkamah yang dapat melihatkan terdapatnya
pembayaran wang cagaran RM20,000.00 yang
disyaratkan oleh Majlis. Tiada sebarang dokumen akujanji
20

yang disyaratkan oleh Majlis dikemukakan oleh defendan.


Tiada juga sebarang dokumen berkaitan laporan analisa
kecerunan cerun yang dikehendaki oleh Majlis
dikemukaka oleh defendan. Di atas keterangan yang
terdapat dan ketiadaan keterangan oleh defendan
berkaitan pematuhan ketiga-tiga syarat yang dikenakan
oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang, mahkamah
membuat inferens bahawa defendan telah gagal
memenuhi syarat-syarat Majlis dan oleh itu tiada
kebenaran diberikan oleh Majlis bagi pengggunaan jalan
masuk tanah-tanah yang disebutkan ke tapak
pembianaan defendan di Lot 3110. Hakikatnya projek
pembinaan defendan masih berterusan berjalan hingga
disiapkan dan defendan atau agen defendan telah
menggunakan tanah plaintif dan tanah simpanan
jalan/jalan kolam air Syabas tanpa kebenaran tuanpunya
tanah dan pihak Majlis bagi jalan masuk ke tapak
pembinaan defendan di Lot 3110. Keterangan melihatkan
defendan tidak mempunyai jalan masuk lain kecuali
melalui tanah plaintif Lot 3111 dan simpanan jalan
tersebut.

[27] Keterangan juga melihatkan hanya mulai 23.3.2012


kontraktor defendan bagi pembinaan di Lot 3110 iaitu
Timur Temasik Sdn Bhd dapat menggunakan laluan
21

melalui tanah Lot PT43909 milik Yinshah Sdn Bhd bagi


laluan masuk ke tapak pembinaan Lot 3110 melalui satu
perjanjian yang dimasuki di antara Yinshah Sdn Bhd dan
Timur Temasik Sdn Bhd pada 23.3.2012 tersebut. Pihak
Yinshah Sdn Bhd dibayar RM200,000.00 di atas
persetujuan membenarkan jalan masuk tersebut (muka
surat 27 Ikatan B).

[28] Keterangan oleh saksi-saksi defendan DW1 (Chan


Soon Ling) dan DW2 mengakui pada peringkat awal
pembinaan pada bulan Ogos hingga Disember 2011 bagi
kerja-kerja tanah dan kerja-kerja pembinaan asas di Lot
3110, mereka telah menggunakan tanah plaintif Lot 3111
bagi mendirikan bangunan-bangunan sementara dan
menempatkan bahan-bahan pembinaan dan menjadikan
tanah plaintif sebagai laluan kenderaan ke tapak
pembianaan. DW1 juga mengakui, disebabkan bantahan
plaintif, pada bulan Januari 2012 mereka kemudiannya
telah memindahkan bangunan-bangunan sementara yang
didirikan di atas tanah plaintif tersebut dan bahan-bahan
binaan. Bagaimana pun gambar-gambar yang
dikemukakan oleh plaintif melihatkan tanah plaintif masih
digunakan bagi pembuangan bahan-bahan bangunan
yang plaintif mendawa adalah dari tapak pembinaan
defendan kerana tiada pembangunan lain yang berlaku di
22

atas tanah plaintif. Defendan sebaliknya mengatakan


bahan-bahan buangan tersebut adalah milik plaintif dan
juga pihak lain. Mahkamah mendapati dakwaan defendan
tersebut hanya merupakan dakwaan kosong tanpa
sebarang bukti sokongan.

[29] Mahkamah berpuas hati terdapat keterangan yang


kukuh (overwhelming proof) bahawa defendan dan/atau
agen defendan yang melakukan kerja-kerja tanah dan
pembinaan di Lot 3110 telah menceroboh tanah plaintif
Lot 3110 dari bulan Ogos 2011 hingga bulan Oktober
2011 bagi kerja-kerja site clearing, earthworks,
substructure works and superstructure works yang
disiapkan. Keterangan oleh plaintif mendapat sokongan
dari surat arkitek yang jelas mengatakan tidak terdapat
mana-mana akses kepada Lot 3110 dari Vista Success
dan Pinggiran Mahkota iaitu tanah-tanah berjiran yang
merupakan taman-taman perumahan yang telah diduduki
penduduk. Oleh itu satu-satunya akses oleh defendan
kepada Lot 3110 bagi tempoh bermula bulan Ogos 2011
adalah dengan melalui Lot 3111 milik plaintif dan
defendan dan/atau agennya telah tanpa kebenaran plaintif
telah memasuki dan menggunakan tanah plaintif secara
pencerobohan dan pendudukan salah. Mahkamah
mendapati plaintif telah dapat membuktikan
23

pencerobohan tanah plaintif adalah dilakukan oleh


defendan dan agen defendan dengan pengetahuan dan
kebenaran defendan. Mahkamah berpendapat defendan
secara jelas ingin memastikan progres projek pembinaan
defendan tidak terganggu oleh masalah akses dan
dengan itu tidak menghiraukan bagi kebenaran diperolehi
dari plaintif terlebih dahulu dan tidak juga mengambil
usaha untuk memberhentikan segala pencerobohan yang
dilakukan oleh kontraktor defendan.

[30] Di atas huraian dan keterangan yang dinyatakan di


atas, mahkamah mendapati di atas imbangan
kebarangkalian plaintif telah dapat membuktikan bahawa
pencerobohan ke atas tanah plaintif adalah dilakukan oleh
defendan dan agen/pekerja defendan. Oleh itu mahkamah
menolak hujahan peguamcara plaintif yang menghujahkan
plaintif gagal membuktikan defendan yang menceroboh
tanah plaintif.
24

Adakah kecederaan telah dilakukan ke atas tanah


plaintif

[31] Keterangan oleh saksi-saksi plaintif SP1, SP2 dan


juru ukur SP3 telah melihatkan kecederaan telah
ditimpakan ke atas tanah plaintif Lot 3111. Kecederaan
tersebut ialah pembersihan ke atas tanah dengan cara
memotong semak samun, pokok-pokok dan meratakan
tanah plaintif yang menyebabkan sebahagian kedudukan
tanah plaintif yang pada asalnya berada di aras yang lebih
tinggi dari Lot 3110 menjadi rendah. Plaintif telah
mengemukakan gambar-gambar keadaan tanah dan
pencerobohan yang berlaku (muka surat 1-16 Ikatan E
dan muka surat 18-20 Ikatan E). Kecederaan ke atas
tanah plaintif juga berlaku apabila tanah plaintif dikorek
dan dibawa keluar. Laporan polis DW3 mengatakan
sebahagian tanah plaintif yang dikorek digunakan bagi
mengisi tanah defendan yang berada pada aras yang
lebih rendah dari tanah plaintif. Laporan polis oleh DW3
tersebut tidak dicabar oleh defendan. Keterangan oleh
SP3 (Choy Kwok Ming) jurukur berlesen firma Jurukur
Cekap yang juga telah mengemukakan Land Survey
Report bertarikh 21.4.2012 (muka surat 12-16 Ikatan B)
dan telah memberi keterangan dengan terperinci hasil
25

pengukuran beliau ke atas land level Lot 3111 yang


dibuat pada tahun 2010 dengan pengukuran yang
dijalankan ke atas Lot 311 pada tahun 2012 dan
mengesahkan tanah Lot 3111 telah dipotong dan
anggaran volum tanah terlibat (volume of earth) yang
dipotong (nett loss). SP3 menganggarkan sejumlah 7295
cubic meter tanah Lot 3111 telah dipotong dan kehilangan
dari aras asal tanah tersebut berdasarkan kepada ukuran
beliau di lokasi Chainage 0 hingga Chainage 85 di Lot
3111 tersebut (muka surat 13, 14, 15 dan 16 Ikatan B).
Mahkamah menerima keterangan SP3 tersebut. Tiada
keterangan sebaliknya atau apa-apa keterangan oleh
defendan yang dapat mencabar atau menyangkal
keterangan SP3 tersebut.

[32] Berdasarkan dokumen Transport Claims dan


keterangan saksi-saksi defendan DW1 serta DW2 semasa
diperiksa balas oleh peguamcara plaintif berkaitan dengan
berat tan tanah (volume of tonnage of earth) dengan
melihatkan kepada jumlah trips keluar masuk lori
mengangkat tanah keluar dari kawasan pembangunan
bagi suatu tempoh masa yang singkat, ianya melihatkan
jalan simpanan (road reserve) seluas 6 meter tidak akan
dapat menampung kekerapan trips lori-lori keluar masuk.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Lot 3111 perlu
26

digunakan bagi menampung laluan kekerapan keluar


masuk lori-lori yang mengangkut keluar tanah dari
kawasan pembangunan. Seperti yang dinayatakan diawal
tadi tanah pembangunan defendan Lot 3110 berada pada
aras lebih rendah dari tanah plaintif Lot 3111 dan
keterangan DW3 melihatkan pengisian tanah berlaku ke
atas tanah defendan dan pengorekan tanah serta
pengangkutan keluar tanah korekan di tanah plaintif telah
berlaku. Jelasnya, hanya pihak defendan dan kontraktor
defendan sahaja yang menjalankan aktiviti di kawasan
pembangunan tersebut ketika masa material itu. Akibat
pengorekan dan pemotongan tanah plaintif tersebut,
tanah plaintif menjadi terdedah kepada hakisan dan
membentuk cerun (slop) yang mempunyai risiko
keruntuhan yang mungkin mendatangkan kecederaan
kepada tanah dan penduduk berjiran di taman Pinggiran
Mahkota besebelahan jika tidak dibaik pulih. Seperti yang
dinyatakan di awal penghakiman ini juga, defendan tidak
ada menyediakan laporan kajian slop/cerun seperti yang
disyaratkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang
sebelum defendan boleh menggunakan simpanan jalan
dan Lot 3111.
27

[33] Mahkamah berpuas hati plaintif telah dapat


membuktikan terdapatnya kecederaan yang dilakukan ke
atas tanah plaintif Lot 3111.

Undang-undang berkaitan pencerobohan (trespass)

[34] Dalam kes MBf Property Services Sdn Bhd v Madihill


Development Sdn Bhd [1998] 4 CLJ 139 mahkamah
memutuskan seperti berikut:

Trespass to land is the unjustifiable instrusion


by one person upon the land in possession of
another. The slightest crossing of the boundry is
sufficient to constitute trespass. Every
continuance of a trespass is a fresh trespass
and in respect of which a new cause of action
arises from day to day so long as the trespass
contiunues and persists...The trespasser is
liable whether he knows that he is trespassing
or does not know that he has no right in law to
be there. Trespass is actionable per se without
any proof of special damage.
28

[35] Di dalam kes Segar Restu (M) Sdn Bhd v Wong Kai
Chuan & Anor [1994] 3 MLJ 530, diputuskan seperti
berikut:

In law, a trespasser is one who wrongfully


enters on land in the possession of another, and
has neither nor permission to be on the land.
Lord Dunedin in Robert Addie & sons
(Collieries) Ltd v Dumbreck [1929] AC 538 at p
371 aptly described a trespasser as one who
goes on the land without invitation of any sort
and whose presence is either unknown to the
proprietor or, if known, is practically objected to.
That would be a fitting description of the
defendants.

[36] Di dalam kes Tan Wee Choon v Ong Peck Seng &
Anor [1986] 1 MLJ 322 diputuskan seperti berikut:

Damages need not be proved to establish


trespass. Section 41 of the Specific Relief Act,
1950 states in very clear terms that any
interested person to any property may obtain an
29

order against any person claiming or interested


to deny his title or right to land.
....
Trespass to land unlike criminal trespass is
completed once a person wrongfully, albeit
peaceably, intrudes into the land in the
possession of another, even where no damages
is done. Trespass to land covers all unlawful
entry and includes taking possession, pulling
down or destroying anything permanently fixed
to the land.

[37] Plaintif telah dapat membuktikan Lot 3111 di bawah


hakmilik H.S.(M) 16980 PT 40892 Mukim Cheras, Hulu
Langat, berkeluasan 14315 meter persegi adalah milik
plaintif dan didaftarkan di bawah nama plaintif sejak
26.10.2005 (muka surat 1-3 Ikatan B).

Hujahan peguamcara defendan bahawa


pencerobohon dilakukan oleh kontraktor bebas

[38] Peguamcara defendan juga menghujahkan


kontraktor Timur Temasik Sdn Bhd yang menceroboh
tanah plaintif semasa kerja-kerja tanah dan pembinaan di
lot 3110 adalah merupakan kontrakktor bebas
30

(independent contractor) dan tiada kaitan dengan


defendan. Dengan hormatnya mahkamah tidak dapat
menerima hujahan tersebut. Keterangan yang terdapat
adalah jelas kemasukan kontraktor tersebut yang juga
agen/pekerja defendan adalah dibuat dengan
pengetahuan penuh defendan. Defendan sendiri tahu
bahawa tiada jalan masuk lain untuk memasuki ke tanah
pembangunan defendan di Lot 3110 kecuali dengan
melalui Lot 3111. Adalah suatu yang mustahil untuk
defendan tidak melihat dan tidak tahu terdapatnya
pembersihan, pembinaan bangunan kayu dan
penggunaan tanah plaintif bagi meletakkan bahan-bahan
binaan seperti besibesi keluli panjang di tanah plaintif
ketika kerja-kerja tanah dan asas dilakukan dalam tanah
defendan bersebelahan tanah plaintif. Defendan sendiri
mengakui tiada jalan akses lain ke tanah defendan pada
ketika itu. Pada sepanjang masa defendan tidak pernah
membantah terhadap perlakuan kontraktor atau agen
defendan tersebut. Satu-satunya keterangan bagi pihak
defendan tentang projek tersebut dan kemasukan ke atas
tanah plaintif adalah diberi melalui keterangan SP1 iaitu
pengarah syarikat kontraktor Timur Temasik Sdn Bhd.
Tiada pegawai atau pengarah defendan sendiri hadir
memberi keterangan bagi pihak defendan. SP1 dengan
jelas mengatakan beliau memberi keterangan bagi pihak
31

defendan. Syarikat kontraktor Timur Temasik Sdn Bhd


bukanlah pihak yang dituntut dalam tindakan ini.
Perjanjian yang dimasuki di antara Timur Temasik Sdn
Bhd dan Yinshah Sdn Bhd (muka surat 28 Ikatan B)
dengan jelas mengatakan Timur Temasik Sdn Bhd adalah
agen bagi defendan dalam pembinaan projek di tanah
defendan Lot 3110 tersebut. Dalam laporan polis oleh
DW1 pada 24.3.2012, DW1 mengatakan defendan adalah
majikan Timur Temasik Sdn Bhd. Keterangan juga
melihatkan Timur Temasik Sdn Bhd melalui DW1 pada
setiap masa adalah bertindak sebagai agen bagi pihak
defendan. Pegawai atau pengarah defendan sendiri tidak
hadir bagi memberi keterangan untuk menjelaskan bentuk
hubungan defendan dan kontraktornya. Oleh itu tidak
terdapat merit dalam penghujahan peguamcara defendan
berkaitan isu kontraktor bebas.

Samada kemasukan defendan dan agen defendan


dibuat dengan persetujuan DW3

[39] Defendan memanggil bekas pekerja plaintif bernama


Syed Abdullah bin Syed Abdul Rahman (DW3) untuk
mengatakan kemasukan defendan dan agen (kontraktor)
defendan ke dalam tanah plaintif adalah dengan
kebenaran lisan yang diberikan oleh DW3. DW3
32

bagaimana pun mengakui beliau selaku bekas pengurus


keselamatan dan kerani plaintif tidak mempunyai otoriti
atau kuasa bagi memberi kebenaran sedemikian.
Sebaliknya DW3 sendiri ada membuat tiga laporan polis
masing-masingnya bertarikh 7.12.2011, 8.11.2011 dan
3.3.2012 terhadap defendan kerana menceroboh tanah
plaintif.

[40] Seperti yang disebutkan diawal penghakiman ini,


defendan di dalam perenggan 16 pernyataan pembelaan
terpinda defendan bertarikh 14.8.2012 (muka surat 13
Ikatan Pliding A) memplidkan bahawa pembinaan
struktur sementara yang didirikan di atas tanah plaintif
adalah dilakukan dengan persetujuan agen atau pekerja
plaintif bernama Lim Moi Hi. Plaintif bagaimana pun
menafikan terdapat mana-mana pekerja atau agen plaintif
bernama Lim Moi Hi. Defendan tidak memanggil Lim Moi
Hi tersebut walau pun dalam perenggan 16 pernyataan
pembelaan defendan mengatakan defendan akan
memanggil Lim Moi Hi bagi memberi keterangan.

[41] Mahkamah berpendapat tindakan defendan


memanggil DW3 hanya merupakan suatu fikiran
terkemudian (an afterthought) setelah plaintif menafikan
terdapatnya pekerja atau agen plaintif bernama Lim Moi
33

Hi. Oleh itu pendirian defendan yang kemudiannya


berubah dan mengatakan kemasukan ke tanah plaintif
dibuat dengan kebenaran DW3 juga adalah tidak
konsisten dengan apa yang diplidkan oleh defendan
sendiri dan laporan polis DW3 terhadap defendan. Jelas
bahawa pembelaan defendan tersebut tidak kredible dan
tidak dapat diterima.

[42] Kesimpulannya, di atas keterangan, huraian dan


alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah
berpuas hati bahawa plaintif telah dapat membuktikan kes
plaintif atas tahap imbangan kebarangkalian bahawa telah
berlaku pencerobohan ke atas tanah plaintif Lot 3111,
pencerobohan tersebut dilakukan oleh defendan dan
agen/pekerja defendan, dan tanah plaintif telah
mengalami kecederaan oleh pencerobohan tersebut.

Isu dan kuantum gantirugi

Gantirugi bagi membaik pulih tanah

[43] Plaintif memohon gantirugi sebanyak


RM2,578,283.00 sebagai kos yang perlu dibelanjakan
oleh plaintif bagi membaik pulih tanah plaintif. Plaintif
34

membutirkan kerja-kerja pemulihan tersebut meliputi


perkara-perkara berikut:

(a) cleaning of debris and rubbish from plaintiffs


land;

(b) reinstating back the plaintiffs land to original


levels with earth compaction and back filling
works;

(c) supply and installation of retaining wall at the


boundary with Lot 3110;

(d) supply and installation of drainage works;

(e) reinstating back the green with cow grass.

[44] Bagi menyokong tuntutan tersebut, plaintif


memanggil SP4 (Low Han Weng) iaitu pengarah Messrs
Zest Zenith Builders Sdn Bhd bagi mengemukakan sebut
harga dan butiran kos kerja-kerja baik pulih tersebut
(muka surat 2-3 Ikatan J (P1 dan P2). SP4 mengatakan
sebut harga tersebut dibuat setelah SP4 membuat
35

lawatan tapak ke tanah plaintif tersebut bersama-sama


SP1.

[45] Peguamcara defendan menghujahkan supaya


mahkamah menolak permohonan plaintif bagi gantirugi ini
di atas alasan tidak terdapat keterangan oleh plaintif mahu
pun oleh SP4 bahawa plaintif akan mengambil
perkhidmatan syarikat SP4 bagi menjalankan kerja-kerja
baikpulih tersebut. Peguamcara defendan juga
menghujahkan di samping sebut harga oleh SP4 terdapat
satu lagi sebut harga bagi kerja baik pulih tersebut pada
harga RM2,478,778.00 oleh Tiu Kooi Ting Construction
Sdn Bhd iaitu harga yang lebih rendah dari SP4 yang
membuat sebut harga sebanyak RM2,578,283.00 (P1
dan P2 Ikatan J), perbezaan kos lebih kurang
RM99,505.00 (muka surat 13 Ikatan G). Peguamcara
defendan juga merujuk kepada jumlah cubic meter tanah
yang perlu diimport dalam kedua-dua sebut harga yang
menyatakan sejumlah 7925 cubic meter sedangkan
keterangan SP3 memberikan sejumlah 7295 cubic meter.

[46] Mahkamah telah menimbangkan keterangan dan


hujahan pihak-pihak tersebut. Mahkamah berpendapat
plaintif berhak mendapatkan gantirugi bagi melakukan
kerja-kerja baik pulih ke atas tanah plaintif yang telah
36

dicederakan. Tanpa baik pulih tersebut tanah plaintif akan


terus terdedah kepada risiko hakisan dan tanah runtuh.
Tanah tersebut juga akan mengalami penurunan nilai.
Samada plaintif akan mengambil khidmat SP4 adalah isu
yang lain yang tidak material untuk mahkamah ini
menafikan hak plaintif tersebut. Terdapat dua sebut harga
dirujukkan oleh pihak-pihak. Terdapat juga kesilapan
berkaitan jumlah cubic meter tanah yang diperlukan tetapi
perbezaan tersebut tidak begitu besar, kira-kira 630 cubic
meter. Samada angka 7925 tersilap ditaip oleh plaintif
berbanding dengan angka 7295 oleh SP4 tidak diberikan
penjelasan oleh plaintif. Oleh itu mahkamah lebih
cenderung untuk menerima angka 7295 yang diberikan
oleh SP4 yang membuat kiraan berdasarkan Land
Survey Report yang dikemukakan. Di atas fakta tersebut
mahkamah membuat pelarasan (adjustment) yang
difikirkan wajar dan munasabah sepertimana yang
disetujui oleh peguamcara plaintif terhadap jumlah
gantirugi yang dituntut plaintif tersebut. Mahkamah
memutuskan jumlah gantirugi RM2,500,000.00 adalah
munasabah bagi dibenarkan ke atas tuntutan plaintif bagi
gantirugi kos baik pulih tanah tersebut.
37

Gantirugi bagi pencerobohan

[47] Bagi gantirugi am kerana pencerobohan (trespass)


dan pendudukan secara tidak sah ke atas tanah plaintif,
plaintif menuntut:

(a) RM300,000.00 bagi tempoh pencerobohan dan


pendudukan dari tarikh Ogos 2011 hingga
Januari 2012 dan pencerobohan yang
berulangan pada bulan Mac 2012, September
2012 dan November 2012 walau pun telah
terdapat perintah larangan interim yang
diperolehi oleh plaintif pada bulan November
2011;

(b) RM300,000.00 bagi tempoh Ogos 2011 hingga


Januari 2012 untuk tempoh lima bulan dalam
mana tanah plaintif telah digunakan bagi
fabrication yard, canteen, workers quarters and
constructions store yard for building and
construction materials.
38

Oleh itu jumlah tuntutan plaintif bagi gantirugi khas dan


am adalah sebanyak RM3,278,283.00 (RM2,578,283.00 +
RM300,000.00 + RM400,000.00).

[48] Mahkamah telah membuat dapatan bahawa terdapat


pencerobohan dan pendudukan secara tidak sah oleh
defendan dan agen/pekerja defendan di atas tanah plaintif
bermula pada bulan Ogos 2011 hingga bulan Januari
2012. Mahkamah telah membutirkan bentuk
pencerobohan yang berlaku dalam tempoh tersebut.
Mahkamah juga menerima keterangan plaintif bahawa
kemasukan salah atau pencerobohan oleh defendan
tersebut masih berlaku walau pun terdapat perintah
interim larangan yang dikeluarkan. Bahan-bahan binaan
terbuang dari tapak pembinaan defendan masih terdapat
di tanah plaintif yang perlu dibersihkan oleh plaintif.
Gambar-gambar yang diambil oleh plaintif pada
24.11.2011 melihatkan bahan-bahan buangan yang masih
terdapat di tanah plaintif (gambar BE-BL muka surat 9 -12
Ikatan G).
39

[49] Plaintif membahagikan atau membuat pecahan


gantirugi dan jenis pendudukan bagi tempoh
percerobohan pada bulan Ogos 2011 hingga Januari 2012
dengan tempoh-tempoh pencerobohan setelah perintah
interim larangan dibuat terhadap defendan untuk berhenti
menceroboh tanah plaintif. Mahkamah berpendapat satu
amaun bagi gantirugi pencerobohan adalah lebih sesuai
dan munasabah tanpa perlu melihat kepada jenis
pencerobohan tersebut. Keterangan melihatkan kontraktor
defendan membayar RM200,000.00 kepada Yinshah Sdn
Bhd bagi kebenaran laluan masuk tapak yang diberikan
pada bulan Mac 2012 (muka surat 28 Ikatan B). Di dalam
kes di hadapan mahkamah ini pencerobohan defendan
bukan sahaja secara lalu masuk dan lalu keluar tetapi
juga melibatkan pendudukan tanah plaintif. Prinsip yang
diterima pakai oleh mahkamah ialah telah berlaku
pencerobohan ke atas tanah plaintif dan pendudukan
salah oleh defendan yang mewajarkan sejumlah gantirugi
diberikan kepada plaintif. Setelah mengambil
pertimbangan semua keterangan dan hujahan pihak-
pihak, mahkamah berpendapat gantirugi sejumlah
RM500,000.00 adalah munasabah untuk diberikan
kepada plaintif bagi tuntutan tersebut.
40

Gantirugi teladan

[50] Bagi tuntutan gantirugi teladan, plaintif memohon


sejumlah RM1,000,000.00 diawardkan di atas alasan
berikut:

(a) perlakuan defendan yang mengakibatkan


kerosakan ke atas tanah plaintif adalah
perlakuan bad faith dengan niat mencederakan
tanah plaintif;

(b) tanah plaintif yang masih tidak terusik telah


dikorek dan tanah dipindah keluar dianggar
sejumlah 7295 cubic meter disamping
pemotongan pokok-pokok, dan pembersihan
semak dan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat
di atasnya dan mengakibatkan tanah tersebut
menjadi kontang dan terdedah kepada risiko
hakisan dan tanah runtuh;

(c) terdapat potensi risiko keselamatan kepada


tanah berjiran Lot 3116 dan Lot 3117 di
kawasan perumahan Pinggiran Mahkota yang
41

didiami oleh penduduk akibat daripada keadaan


tanah plaintif yang telah dicederakan.

[51] Peguamcara plaintif merujuk kepada kes-kes berikut


bagi menyokong hujahannya dalam isu gantirugi teladan:
Segar Restu (M) Sdn Bhd v Wong Kai Chuan & Anor
[1994] 3 MLJ 530; Yip Shou Shan v Sin Heap Lee v
Marubeni Sdn Bhd [2005] 5 MLJ 113; Milik Perusahaan
Sdn Bhd & Anor v Kembang Masyur Sdn Bhd [2003] 1
MLJ 6; Cheah Kim Tong & Anor v Taro Kaur [1989] 3 MLJ
252.

[52] Setelah menimbangkan hujahan pihak-pihak,


mahkamah berpendapat wujud keadaan bagi mewajarkan
gantirugi teladan diberikan kepada plaintif. Defendan dan
agen/pekerja defendan jelas tidak menghiraukan hak
plaintif sebagai pemilik tanah untuk memelihara keadaan
sedia ada di tanah plaintif yang belum lagi dijakankan
dengan apa-apa pembangunan. Defendan dan
agen/pekerja defendan tanpa menghiraukan plaintif, telah
memasuki dan melakukan perlakuan-perlakuan yang
mendatangkan kecederaan ke atas tanah plaintif bagi
faedah kelancaran kerja-kerja pembangunan defendan.
Oleh itu terdapat niat bagi mendatangkan kecderaan
42

kepada tanah plaintif yang defendan sedari dan tahu


sepenuhnya. Defendan mendapat faedah daripada
perlakuan pencerobohan tersebut. Mahkamah bagaimana
pun berpendapat jumlah RM1,000,000.00 yang dituntut
oleh plaintif adalah satu jumlah yang terlampau
(excessive).

[53] Setelah menimbangkan factor-faktor berkaitan


gantirugi teladan, mahkamah berpendapat sejumlah
RM100,000.00 adalah munasabah untuk diberikan
kepada plaintif bagi tuntutan gantirugi teladan.

[54] Kesimpulannya, mahkamah membenarkan tuntutan


plaintif bagi perkara-perkara berikut:

(a) gantirugi bagi kos membaikpulih tanah


dibenarkan sebanyak RM2,500,000.00;

(b) gantirugi am bagi pencerobohan dan


pendudukan salah sebanyak RM500,000.00;

(c) gantirugi teladan sebanyak RM100,000.00;


43

(d) faedah pada kadar 4% setahun ke atas jumlah


penghakiman dikira dari tarikh penghakiman ini
hingga penyelesaian penuh;

(e) kos tindakan ini;

(f) mahkamah juga memerintahkan perintah


larangan yang dikeluarkan terhadap defendan
daripada berterusan menceroboh tanah plaintif
Lot 3111 tersebut dijadikan perintah kekal.

Tuntutan balas defendan

[55] Mahkamah mendapati defendan gagal membuktikan


tuntutan balas defendan pada tahap imbangan
kebarangkalian. Tiada keterangan yang dapat melihatkan
plaintif telah menahan atau menghalang defendan
daripada menggunakan tanah simpanan jalan hingga
menyebabkan defendan mengalami kerugian. Tiada
sebarang kerugian dibuktikan oleh defendan. Pegawai
atau pengarah defendan sendiri tidak hadir bagi memberi
keterangan. Keterangan bagaimana pun menunjukkan
defendan telah menggunakan simpanan jalan walau pun
44

defendan jelas telah gagal dan tidak memenuhi atau


mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak
berkuasa iaitu Mailis Perbandaran Kajang sebelum
simpanan jalan dan tanah Lot 3111 boleh digunakan.
Defendan juga memohon gantirugi am dan teladan di atas
alasan plaintif telah melakukan fitnah terhadap defendan
sebagai penceroboh tanah plaintif. Jelasnya tuntutan
balas defendan tersebut bertentangan dengan keterangan
dan dapatan yang telah dibuat oleh mahkamah ini
terhadap defendan. Oleh itu prayer-prayer yang
dipohonkan di bawah tuntutan balas defendan ditolak
dengan kos.

Kos

[56] Setelah menimbangkan hujahan pihak-pihak ke atas


kos, mahkamah berpendapat kos sebanyak RM30,000.00
adalah munasabah dan adil untuk diperintah bagi dibayar
oleh defendan kepada plaintif. Diperintahkan seperti di
atas.

Bertarikh 14 Ogos 2014


45

t.t.
(DATUK YAACOB BIN HAJI MD.SAM)
Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya
Shah Alam, Selangor

Peguamcara bagi pihak plaintif:


R Ganapathi
Mohd Faiz Fahmy
(Tetuan Al Sabri & Co.)

Peguamcara bagi pihak defendan:


CH Soo
Siti Ruhaila Ariffin
(Tetuan Zailan & Co.)

You might also like