Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESATUAN SEKERJA MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Kesatuan sekerja merupakan suatu bentuk pertubuhan dalam tred, pekerjaan atau industri tertentu

yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi pekerja atau anggotanya melalui

perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja

dam memainkan peranan yang penting dalam perhubungan industri. Ianya pertubuhan yang tidak

sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam

kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Secara umumnya, kesatuan sekerja ini

berfungsi sebagai orang tengah untuk mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan tuntutan

perkeja dan majikan sekaligus mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja.

Selain itu, melalui kesatuan sekerja, pekerja juga akan menikmati faedah-faedah tertentu yang

dituntut oleh kesatuan seperti mana persetujuan yang dicapai dalam perjanjian bersama tanpa

mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak.

2.0 Definisi Kesatuan Sekerja

Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bermaksud seperti berikut:

"apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi

pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut

mana yang berkenaan."

a) dalam mana-mana pertubuhan, tret, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-

apa industri yang serupa;


b) sama ada secara sementara atau tetap; dan
c) yang mempunyai antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan

berikut.

Akta-akta yang berkaitan pula ialah:


1. Perkara 10(1)(c) Perlembangaan Persekutuan menjamin hak warganegara untuk

menyertai persatuan.
2. Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 seksyen 4 dan 5 yang memperuntukkan

jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin kebebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh

ada campur tangan atau ancaman daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk

menubuhkan atau menyertai atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)

(a), 5(1)(b), 5(1)(c), 5(1)(d) dan 5(1)(e).

3.0 Sejarah Penubuhan Kesatuan Sekerja

Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain semasa revolusi industry berlaku hasil

daripada perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabang industri.

Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di seluruh

dunia sehingga kini.

Perkembangan undang-undang perindustrian di Malaysia berlaku dalam dua peringkat iaitu

sebelum tahun 1940 dan selepas perang dunia ke-2. Tiada undang-undang buruh atau kesatuan

sekerja diperkenalkan walaupun pada masa itu Parlimen England telah pun menggubal Akta

Kesatuan Sekerja sendiri. Para pekerja ladang getah dan pelombong bijih timah yang terdiri

daripada masyarakat India dan Cina sekitar 1920-an tidak mengambil berat berkenaan kesatuan

sekerja kerana kurangnya pendedahan terhadap penglibatan dalam kesatuan sekerja disamping

taraf penempatan mereka di Tanah Melayu pada waktu itu hanyalah sementara. Walau

bagaimanapun, keadaan menunjukkan perubahan apabila pekerja Cina mula melibatkan diri

dalam berbagai-bagai persatuan dan petubuhan yang dipengaruhi oleh komunis di China.
Penglibatan kaum Cina dalam berbagai-bagai persatuan secara tidak langsung menghasilkan

suatu bentuk kerjasama dengan komunis. mewujudkan pergerakan buruh yang mula menuntut

hak-hak tertentu melalui beberapa peristiwa mogok yang berlaku pada masa itu. Sungguhpun

undang-undang kesatuan sekerja yang pertama telah diluluskan pada tahun 1940 di Negeri-

negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana

berlakunya pemerintahan Jepun.

Undang-undang dan pergerakan buruh mula menunjukkan perubahan selepas perang dunia

berlaku. Pertikaian dan mogok buruh semakin menjadi jadi akibat kekurangan makanan, inflasi,

kemiskinan. Mereka menuntut makanan, beras, kenaikan harga bijih, getah dan lain-lain. Pada

tahun 1946, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dilaksanakan dan dikuatkuasakan ke seluruh Tanah

Melayu dan kemudian mewajibkan setiap kesatuan sekerja didaftarkan dengan Pendaftar

Kesatuan Sekerja. Sebuah Jabatan baru ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pendaftaran dan

penyeliaan aktiviti kesatuan. Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja turut diwujudkan bagi

memberi khidmat nasihat berkenaan kesatuan sekerja. Kesatuan Sekerja Pan-Malayan

Kebangsaan kemudiannya diwujudkan yang mana sebilangan besar anggotanya dipengaruhi oleh

komunis.

Kerajaan British akhirnya membuat beberapa pindaan ke atas Enakmen Kesatuan Sekerja

berikutan peningkatan angka mogok dan pergerakan buruh yang lebih bermotifkan politik pada

tahun 1948. Ianya dipinda bagi menyekat keanggotaan kesatuan sekerja kebangsaan di samping

mengenakan syarat dan peraturan baru terhadap kesatuan yang sedia ada. Akibatnya aktiviti Parti

Komunis Malaya melalui kesatuan sekerja menjadi semakin lemah. Semenjak itu, pengawalan

undang-undang terhadap kesatuan sekerja masih diteruskan walaupun selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan. Ia bertujuan menghalang kesatuan sekerja daripada disalahgunakan bagi


perkara-perkara yang boleh mengancam dan menggugat keselamatan dan kemajuan ekonomi

negara.

Pada hari ini Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Disemak 1981) digunakan oleh semua kesatuan di

seluruh Semenanjung Malaysia dan kemudian diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun

1965.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESATUAN SEKERJA AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat juga tidak ketinggalan seperti negara-negara lain yang mempunyai

sejarah perkembangan sistem perhubungan industri. Namun perbincangan di sini lebih

kepada perkembangan kesatuan sekerja di Amerika Syarikat. Pada tahun 1794,

Philadelphia Cordwainers telah ditubuhkan. Pertubuhan ini merupakan kegiatan

kesatuan sekerja yang pertama mewakili pekerja-pekerja pembuat kasut.

Di Amerika Syarikat, semua kegiatan kesatuan sekerja adalah diharamkan.

Malah terdapat peruntukan undang-undang yang lazimnya dipanggil Doktrin

Konspirasi yang menyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan kesatuan sekerja

adalah didapati bersalah oleh mahkamah seperti mana yang dilakukan oleh pekerja-

pekerja Philadelphia Cordwainers dalam hal penurunan gaji. Walaubagaimanapun,

mahkamah Massachusetts telah mengiktiraf kegiatan kesatuan sekerja bukan

konspirasi haram pada tahun 1842.

Pada tahun 1866, National Labor Union (NLU) telah ditubuhkan. NLU

merupakan kesatuan kebangsaan yang peertama di Amerka Syarikat yang bukan


sahaja berperanan dalam isu pekerjaan tetapi juga menjadi pendorong kepada

perubahan sosial seperti pergerakan wanita (suffrage) dan polisi kredit yang mudah.

Namun begitu, NLU tidak kekal dan telah dibubarkan pada tahun 1872 kerana tidak

mendapat sokongan dari ahli-ahlinya.

Seterusnya, Knight of Labor di Philadelphia ditubuhkan bermula pada tahun

1869 dari bandar ke bandar. Knight of Labor merupakan kesatuan sekerja

kebangsaan kedua di Amerika Syarikat. Kesatuan sekerja ini telah berkembang

terutama selepas mogok yang dilancarkan oleh beberapa pekerja keretapi. Dari segi

keahlianya, kesatuan ini terbuka kepada semua jenis pekerja tanpa mengira bidang

pekerjaan mereka. Knight of Labor mula mengalami kemerosotan apabila berlaku

pertikaian antara pucuk pimpinan dan ahlinya yang telah menyebabkan berlakunya

anarki dan tindakan terrosim. Dan akhirnya telah membawa kepada kelahiran

American Federation of Labor (AFL).

American Federation of Labor merupakan kesatuan yang unik dan berbeza dengan

kesatuan sekerja sebelum ini. Keunikan AFL ini dapat dilihat dari segi pendekatan

pragmatik kepada perhubungan pekerja dan majikan tanpa cenderung kepada mana-

mana falsafah politik (Heneman et al :1986). Manakala keahlianya terdiri daripada

kesatuan-kesatuan sekerja dari bidang pekerjaan yang mewakilinya. Kesatuan ini

hanya berunding dengan pihak majikan tertentu dalam menentukan isu upah, waktu

dan keadaan kerja. Kejayaan AFL ini dapat dilihat dari taktik yang digunakan iaitu

penekanan yang lebih kepada isu-isu yang berkaitan dengan kerja, dan mementingkan

kraf iaitu pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan dan bukan industri yang merupakan

pekerja dalam sesuatu industri.


Pada tahun 1930an, kesatuan-kesatuan sekerja telah mengalami kegagalan akibat

tentangan masyarakat umum tentang pegangan ideologi pemimpin mereka. Selain itu,

kesatuan sekerja juga tidak berupaya dan kurang mampu bersaing dalam mendapatkan

kuasa tawar menawar. Ini kerana kemasukan pendatang dalam mencari pekerjaan

yang tidak mahir. Terdapat beberapa faktor yang membantu kebangkitan kesatuan

sekerja. Heneman et. al. (1986) telah menyenaraikan beberapa faktor-faktor yang telah

membantu kebangkitan kesatuan sekerja semasa tahun 1930 an. Antaranya, kesan

daripada depresi ke atas upah dan pekerjaan, pemasyuran beberapa undang-undang

pertubuhan, kehadiran tokoh-tokoh industri seperti John J. Lewis (pekerja lombong),

Philip Murray (pekerja kilang besi) dan Walter Reuther (pekerja kilang automobile) dan

yang terakhir, kejatuhan kadar kemasukan pendatang tidak mahir. (Abdul Razak Omar

dan Zainal Ariffin Ahmad;1999).

Seterusnya, Congress of Industrial Organizations (CIO) telah ditubuhkan pada tahun

1935) oleh beberapa tokoh-tokoh industri yang telah keluar dari AFL yang lebih fokus

kepada kraf dan bukan industri. CIO ditubuhkan dengan menggunakan strategi

menyusun pekerja dalam sebuah kilang atau syarikat tanpa mengira kraf. Kesatuan

sekerja ini telah melancarkan mogok sit down di mana pekerja enggan meninggalkan

tempat kerja mereka sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi oleh pihak majikan. Pada

tahun 1954, AFL dan CIO telah bersatu dalam mewakili pekerja dan bekerjasama

melancarkan tindakan terhadap pihak majikan.

Perbandingan seterusnya adalah berkaitan dengan keahlian kesatuan sekerja. Menurut

Fossum (1985), keahlian kesatuan sekerja di Amerika Syarikat adalah berbeza

mengikut industri. Misalnya, lebih 50% daripada pekerja-pekerja dalam industri keretapi,
automobil, pos dan alat pengangkutan adalah ahli kesatuan sekerja berbanding dengan

kurang 10% bagi pekerja dalam industri pemasaran, insuran, hartanah, pertanian,

perbankan dan kewangan.

Dari segi kawalan hubungan buruh-pengurusan pula, terdapat perbezaan kawalan

dalam sektor swasta dan sektor awam. Bagi sektor swasta, terdapat empat rang

undang-undang persekutuan utama yang mengawal tindakan majikan dan kesatuan

sekerja. Rang undang-undang persekutuan tersebut ialah:

1. Akta Norros-La Gyardia (1932)

2. Akta Wagner (1936) penubuhan National Labor Relations Board (NLRB)

3. Akta Taft-Hartley (1974) yang berkaitan dengan keseimbangan antara kuasa

pekerja dan majikan dalm perundingan kolektif.

4. Akta Landrum-Griffin (1959).

Dalam sektor awam pula, pekerja kerajaan negeri dan tempatan adalah tertakluk di

bawah undang-undang negeri masing-masing, dan pekerja perkhidmatan awam

persekutuan pula tertakluk di bawah Akta Reformasi Perkhidmatan Awam (1978).

Berdasarkan kepada sejarah perkembangan kesatuan sekerja di Amerika

Syarikat, struktur pergerakan kesatuan pertubuhan buruh mirip kepada struktur

kerajaan yang mana terdapat kesatuan sekerja di peringkat kebangsaan, persekutuan

dan tempatan.

CIRI-CIRI KESATUAN SEKERJA AMERIKA SYARIKAT


Jika dilihat secara menyeluruh tentang ciri-ciri kesatuan sekerja di Malaysia,

akan kita dapati bahawa ciri-cirinya adalah banyak dipengaruhi oleh sistem

perhubungan industri di Britain. Ciri utama kesatuan sekerja negara ini ialah bercirikan

keperwakilan contohnya MTUC, CUEPACS dan MEF. Selain itu, konsep tripartite juga

merupakan ciri- ciri yang dipegang oleh kesatuan sekerja negara ini misalnya dalam

usaha mengubal satu polisi yang tepat bagi mengimplementasikan pembahagian upah

dan kekayaan secara sama rata di kalangan masyarakat.

Kesatuan sekerja negara ini juga adalah memainkan peranan yang amat

penting dalam usaha membangunkan negara. Kesatuan sekerja ini berperanan dalam

semua urusan perundingan, membuat perundingan dengan pihak majikan, mengawal

kewangan pekerja, menetapkan tindakan ke atas pertikaian dan melaksanakan

perundingan kolektif di mana ia dijalankan oleh kesatuan sekerja di peringkat

persekutuan.

Beralih pula kepada ciri-ciri kesatuan sekerja di Amerika Syarikat. Pergerakan

kesatuan sekerja negara ini bermula dengan adanya penekanan kepada local craft

union dan berkembang menjadi kesatuan industri nasional yang terbesar. Di antara

kegiatan pertama kesatuan sekerja negara ini ialah boleh dilihat pada tahun 1794 iaitu

oleh pekerja-pekerja Philadelphia Cordwainers (pembuat kasut).

Ciri-ciri kesatuan negara ini ialah berbentuk business unionism dan ciri-ciri

ideologi kesatuannya pula adalah berbentuk ekonomi adversalism. Struktur

pergerakan pertubuhan kesatuan sekerja ini mirip kepada struktur kerajaan di mana

terdapat kesatuan buruh atau sekerja di peringkat kebangsaan atau antarabangsa,


peersekutuan dan juga di peringkat temapatan negara ini. Pihak yang memainkan

peranan penting dalam aspek tersebut ialah American Faderation of Labour (AFL).

Selain itu, perbezaan ciri yang dapat diperhatikan adalah bagaimana negara

Malaysia dan Amerika Syarikat membuat struktur organisasi dalam mentadbir sesebuah

perhubungan industri dalam negara mereka. Sistem perhubungan industri di Malaysia

adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan di bawah KSM telah

distrukturkan pelbagai jabatan dalam melaksanakan sesebuah aktiviti yang berkaitan

dengan pekerjaan, manakala di Amerika Syarikat pula sistem perhubungan industrinya

adalah dibawah Jabatan Buruh atau Department of Labor.Jabatan ini juga berfungsi

dalam mengawal aktiviti yang dilakukan oleh aktor dalam hubungan industri iaitu

pekerja, majikan dan wakilnya.

PERUNDANGAN DI AMERIKA SYARIKAT

Sistem perundangan perburuhan yang terdapat di Amerika Syarikat pula berbeza


dengan sistem perundangan perburuhan di Malaysia, dimana di Amerika Syarikat telah

menggubal empat perundangan perburuhan yang berkaitan dengan sistem hubungan

industri yang terdapat di negara mereka. Sistem perundangan perburuhan yang

pertama ialah Akta Norris-La Gaurdia 1932, kedua, Akta Wagner 1936, ketiga, Akta

Traft-Hartley 1974 dan keempat, Akta Landrum-Griffin 1959.

Akta Norris La Gaurdia 1932 digubal bertujuan untuk mengawal aktiviti yang

dijalankan oleh kesatuan sekerja yang memungkinkan diluar daripada had aktiviti

kesatuan. Akta ini juga mengurus perjalanan perundingan kolektif yang dijalankan oleh

pihak majikan dan pekerja. Oleh kerana Akta ini adalah tertakluk keatas pekerja swasta,
maka kuasa kerajaan adalah terhad atau kuasa mahkamah persekutuan. Oleh yang

demikian, mahkamah persekutuan telah mengeluarkan satu peruntukan iaitu Yellow

Dog Contract iaitu menghalang pekerja daripada menjadi ahli kesatuan sekerja, tetapi

kontrak ini tidak mendapat kepuasan pada diri pekerja. Akta ini juga telah

memperjuangkan kesatuan sekerja sebagai alat untuk mendapatkan hak mereka dalam

pekerjaan, kerana kuasa majikan dan kerajaan tidak kuat dan terhad. Oleh itu, pekerja

boleh menjalankan mogok, dan boikot sekiranya tidak puas hati dengan pihak majikan

tanpa risau dengan pihak mahkamah persekutuan.

Perundangan perburuhan seterusnya ialah Akta Wagner 1935 atau National

Labor Relation Act 1935. Akta Wagner digubal bertujuan untuk mengawal aktiviti

majikan yang mampu menyekat hak pekerja. Peruntukan-peruntukan yang terdapat

dalam akta ini adalah membenarkan pekerja meminta untuk menjalankan perundingan

kolektif dengan majikan, menjalankan perundingan dalam keadaan yang sihat,

membenarkan pekerja menyertai kesatuan sekerja (Section 7), membuat kesatuan

yang bebas daripada campurtangan majikan, mengelakkan berlakunya diskriminasi

daripada pihak majikan dan aktiviti kesatuan dan bebas daripada balasan

untuk unfair(unlawful) daripada majikan akibat aktiviti kesatuan sekerja (Section 8).

Selain itu, Akta ini juga telah memperkenalkan Exclusive Representation dalam agensi

hubungan antara kesatuan sekerja dengan pekerja, dimana pekerja menerima

kesatuan sekerja sebagai wakil dalam perundingan kolektif. Akta Wagner 1935

sebenarnya tertakluk pada pekerja yang tidak berkhidmat dibawah persekutuan,

kerajaan dan pekerja yang berada dibawah Railway Labor Act 1926. Ini kerana akta ini

hanya tertakluk kepada pekerja yang berkhidmat dalam sektor swasta.

Selepas perang dunia ke-2, pekerja secara rasminya menjalankan mogok iaitu

pada 1942, ini disebabkan keadaan ekonomi pada masa tersebut adalah tidak stabil,

kebajikan pekerja terabai dan upah yang diberikan kepada pekerja adalah tidak sesuai.

Akibat daripada keadaan tersebut maka satu akta telah digubal untuk mengatasi
masalah tersebut iaitu masalah antara majikan dengan pekerja. Akta Traft-Hartley 1947

telah digubal atau di kenali sebagai Labor Management Relation Act. 1947. Tujuan akta

ini adalah untuk memperbaiki hubungan majikan pekerja atau melebihkan kerjasama

antara majikan. Antara peruntukan yang terdapat dalam akta ini adalah right-to-

work Laws yang menginginkan agar ahli kesatuan sekerja untuk menyambung

pekerjaannya, dan pekerja melihat peraturan tersebut sebagai right-to-wreckLaws

kerana ianya membenarkan pekerja untuk menuntut perundingan tanpa melibatkan kos.

Malahan perundingan tersebut mestilah dijalankan dalam keadaan yang harmoni.

Selain itu, Akta Traft-Hartley juga telah memperkenalkan Federal Mediatation and

Conciliation Service (FMCS) untuk menyelesaikan masalah pertikaian antara majikan

dan pekerja yang masih belum dapat diselesaikan. Penyelesaian yang tidak dapat

diselesaikan akan mengambil masa selama 80 hari yang dipanggil sebagai Cooling-Off.

Sistem perundangan perburuhan yang terakhir ialah Akta Landrum-Griffin 1959.

Akta ini digubal khas untuk ahli kesatuan sekerja agar mereka dapat menyuarakan hak

mereka, meminta hak kebajikan pekerja, dan membuat perjanjian antara majikan

mereka. Pihak kesatuan sekerja mestilah membuat laporan tentang aktiviti, ahli jawatan

kuasa kesatuan, dan kedudukan kewangan kesatuan sekerja. Pekerja juga dikehendaki

melaporkan kedudukan kewangan pekerja itu sendiri. Pemilihan dalam jawatan

kesatuan adalah teratur kerana dalam pemilihan seseorang yang merupakan banduan

atau pemjenayah adalah tidak dibenarkan menjadi ketua kesatuan. Akhir sekali,

kesatuan adalah sama sekali dilarang manjalankan piket.

You might also like