Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERANAN GURU LINUS, GURU PEMULIHAN

DAN PENTADBIR SEKOLAH DALAM


PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS 2.0

1. Peranan Guru LINUS (Literasi dan Numerasi)


1. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru selepas
1 setiap kali berkursus.
1. Melaksanakan Saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam
2 tempoh yang ditetapkan.
1. Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS Tegar,
3 LINUS dan Arus Perdana.
1. Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap
4 keperluan murid.
1. Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk
5 penambahbaikan dalam pelaksanaan Program Literasi dan
Numerasi (LINUS).
1. Mengisi data selepas setiap saringan ke portal NKRA secara
6 atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
1. Mencetak dan memfailkan data yang telah diisi di portal
7 NKRA.
1. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran
8 yang berkesan.
1. Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.
9

2. Peranan Guru Pemulihan


2. Melaksanakan Saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam
1 tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru LINUS.
2. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media
2 pengajaran.
2. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid
3 LINUS Tegar dan murid Pemulihan.
2. Mengajar murid LINUS Tegar.
4
2. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.
5

3. Peranan Pentadbir Sekolah


3.1 Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.
3.2 Membentuk dan melantik Jawatankuasa Kerja LINUS
di sekolah.
3.3 Menyediakan fail- fail Pengurusan LINUS dan
membuat perancangan tahunan.
3.4 Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut
jadual yang ditetapkan.
3.5 Memastikan dan mengesahkan data penguasaan
murid/ keputusan setiap saringan dimasukkan ke
dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
3.6 Memantau pelaksanaan Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) dan menjalankan tindakan
susulan untuk penambahbaikan.
3.7 Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru
Pemulihan.
3.8 Memastikan guru LINUS dan guru Pemulihan
menggunakan Modul Literasi dan Numerasi (LINUS)
yang dibekalkan oleh KPM.
3.9 Bekerjasama dengan ibu bapa/ PIBG dalam memberi
kesedaran, maklumat dan kepentingan Program
Literasi dan Numerasi (LINUS).
3.1 Mencerap pelaksanaan P&P guru LINUS dan guru
0 Pemulihan.

You might also like