Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL

(TBE)

CONTOH CONTOH SOALAN


(SET 5)
Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

1. Sumber sumber utama Syariah ialah :

I. Quran
II. As-Sunnah
III. Ijmak
IV. Qiyas

A. I dan II
B. I dan III
C. III dan IV
D. Semua di atas

2. Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan penting dalam membentuk


Syariah dalam bidang Muamalat ialah :

I. Kebebasan membentuk kontrak/perjanjian


II. Status asal perkara berkenaan adalah dibolehkan
III. Dibolehkan oleh adat resam
IV. Larangan dalam Muamalat

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

3. Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara diantara dua
kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti.
Keterangan ini bersangkut paut dengan

A. Maisir
B. Gharar
C. Riba
D. Judi

4. Peraturan atau hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah untuk manusia supaya
perjalanan hidup selari dengan syara. Kenyataan ini merujuk kepada pengertian

A. Ibadah
B. Akhlak
C. Syariah
D. Muamalat

Agency Training & Development, HO 1


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

5. Agama Islam adalah agama yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t dan merupakan
suatu Ad-Deen. Senaraikan kompenan-kompenan utama yang terdapat dalam
konsep Ad-Deen

I. Akidah

II. Ibadah

III. Syariah

IV. Akhlak

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

6. Bilakah keadaannya ijma boleh berlaku?

A. Semasa Rasullah s.a.w masih hidup


B. Selepas kewafatan Rasullah s.a.w
C. Semasa Rasullah s.a.w sedang sakit
D. Semasa Rasullah s.a.w berhijrah ke Madinnah

7. Apakah unsur-unsur yang dilarang di dalam aplikasi takaful?

I. Ketidakpastian

II. Judi

III. Riba

IV. Tidak beramanah

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. Semua jawapan di atas

8. Terdapat dua jenis dalil dalam syariah Islam. Apakah dalil-dalil yang disepakati
oleh ulama?

A. Al-quran, as-sunah, ijma & qiyas

B. Istihsan & sad zarai

C. Istihsan & ijma

D. Al-quran, as-sunah, ijma, qiyas, istihsan & sad az-zarai

Agency Training & Development, HO 2


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

9. Sesuatu kontrak menurut pandangan Syariah dianggap batal sekiranya.....

A. kontrak yang dipersetujui tanpa saksi


B. kontrak yang memuaskan syarat yang diperlukan
C. kontrak yang jelas unsur ketidakpastiannya (gharar)
D. kontrak yang dihasilkan tanpa paksaan

10. Ciri-ciri utama operasi takaful adalah :

I. Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang menanggung


risiko, pesertalah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu
sama lain.
II. Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha
untuk menguruskan operasi perniagaan takaful.
III. Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan ke
dalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pembayaran manfaat takaful.
IV. Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam mana-mana
bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

11. Bahaya fizikal bermaksud

A. Fizikal, sikap dan tingkah laku peserta yang akan meningkatkan


keberangkalian terjadi kerugian seperti tidak amanah, cuai dan sikap tidak
mahu bertolak ansur.
B. Fizikal akan meningkatkan keadaan terjadi kerugian seperti keadaan mekanikal
sesebuah kereta yang tidak diselenggarakan dengan baik
C. Fizikal sesuatu bahaya yang meningkat akibat sikap dan kecuaian manusia
D. Fizikal sesuatu bahay yang meningkat akibat dari gangguan binatang liar

Agency Training & Development, HO 3


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

12. Punca peril dalam konsep risiko termasuk

I. Kebakaran
II. Penyakit
III. Perlanggaran
IV. Kecuaian

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

13. Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang kesemuanya
boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaitu :
I. Risiko Peribadi
II. Risiko Harta
III. Risiko Khusus
IV. Risiko Liabiliti

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Agency Training & Development, HO 4


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

14. Risiko dari perspektif Islam menekankan bahawa

i. Aspek urus tadbir sesame manusia (muamalat) cukup dipentingkan dalam


ajaran Islam sebagai asas dalam mengatur kehidupan manusia yang aman,
tenteram, adil, saksama dan bahagia

ii. Memastikan urus tadbir sesame manusia dalam urusan politik, social,
pembanguan ekonomi, perundangan dan sebagainya semuanya secocok
dengan kehendak dan peraturan pencipta

iii. Islam tidak pernah sama seklai melarang umatnya untuk mencipta sesuatu
perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia tetapi perlulah
bertepatan dengan prinsip dan kehendak syariah islam termasuklah dalm
urusan perlindungan risiko

iv. System perlindungan risiko tersebut perlulah diuruskan mengikut prinsip yang
telah diputuskan oleh Syara atau dengan kata lain ianya mestilah sejajar
dengan kehendak Allah S.W.T bagi memperolehi keuntungan dunlawi dan
ukhrawi.

A. I, II dan IV
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

15. Tindakan untuk menghadapi risiko termasuk

i. Mengelak risiko
ii. Mengawal risiko
iii. Berkongsi risiko
iv. Memindahkan risiko

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 5


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

16. Peril ditafsirkan sebagai

A. Keadaan yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu kerugian.


B. Penyusutan atau kehilangan nilai ekonomi.
C. Sebab terjadi sesuatu kerugian.
D. Kebarangkalian fizikal yang meningkatkan tahap kecederaan.

17. Risiko tulen wujud dalam keadaan

A. Terdapat untung semata-mata


B. Tedapat kemungkinan kerugian yang tinggi
C. Hanya terdapat kemungkinan untuk rugi atau tidak rugi
D. Terdapat untung, rugi atau tiada perubahan

18. Kontrak Al-Mudharabah ialah____________.

A. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung


dikongsi bersama dan rugi ditanggung pemodal sahaja
B. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
dan rugi dikongsi bersama
C. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
diberi kepada pemodal dan rugi dikongsi bersama
D. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
diberi kepada pengusaha dan rugi ditanggung pemodal sahaja

19. Tabarru bermaksud ___________________.

A. Perlindungan

B. Pelaburan

C. Peserta

D. Derma

20. Berikut adalah konsep yang digunakan di dalam aplikasi takaful KECUALI :

A. Tabarru'

B. Mu'awadah

C. Mudharabah

D. Wakalah

Agency Training & Development, HO 6


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

21. Pakar perundangan memutuskan bahawa sistem insurans yang mengamalkan


etika rangka kerja Islam harus dirangka dengan mengambil kira dasar-dasar
berikut KECUALI :

A. Taawun

B. Marsalih al-mursalah

C. Prinsip al milkiyah

D. Perlindungan dan tanggungjawab diberikan kepada perseorangan

22. Manakah di antara berikut adalah kelebihan takaful?

i. Memberi bantuan kewangan kepada yang memerlukan


ii. Menggalakkan nilai-nilai moral etika dalam semua aktiviti
iii. Menggalakkan semangat perpaduan gotong-royong dan persaudaraan
iv. Menguntungkan pengendali takaful

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

23. Antara berikut, manakah kelebihan takaful?

i. Memenuhi tanggungjawab social terhadap masyarakat dan keluarga.


ii. Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
iii. Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar
(ketidakpastian) dan lain-lain elemen-elemen yang dilarang.
iv. Menggalakkan nilai-nilai moral, etika dan ketelusan dalam semua aktiviti dan
operasi perniagaan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

24. Di bawah seksyen 25(3) Akta Takaful 1984, mereka yang terlibat untuk TIDAK
mematuhi Akta ini boleh didenda TIDAK melebihi

A. RM3000
B. RM5000
C. RM10000
D. RM20000

Agency Training & Development, HO 7


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

25. Tabarru termasuk dalam kontrak takaful yang bermaksud

A. Member milik sesuatu barangan kepada seseorang sebagai tanda


penghargaan dan terima kasih
B. Menderma atau member hak milik secara percuma
C. Pinjaman kebajikan di mana peminjam hanay perlu membayar semula jumlah
wang yang dipinjamkan sahaja tanpa apa-apa bayaran tambahan
D. Kontarak perkongsian yang mana modal daripada satu pihak dan sementara
pengusaha pula adalah daripada pihak yang lain.

26. Prinsip indemniti akan memastikan

A. Pengendali memperoleh amaun keuntungan lebih dari peserta


B. Peserta tidak memperoleh lebih daripada amaun sebenar kerugian untuk
menghindarkan peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan
C. Peserta dan pengendali memeperoleh keuntunagan sama rata
D. Peserta dan pengendaliberkongsi kerugian sama rata

27. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) adalh badan mewakili syarikat
Insurans hayat yang beroperasi di Malaysia dan obnjektif utamanya adalah
seperti berikut KECUALI

A. Untuk menggalak dan mewakili kepentingan ahli korporat dan industri


insurans hayat.

B. Untuk member nasihat dan bantuan kepada ahli sepertimana diperlukan.

C. Untuk mempromosikan atau mengambil bahagian dalam sebarang projek


yang boleh mempertingkatkan atau menyumbangkan ke arah kedudukan dan
reputasi ahli-ahli di kalangan masyarakat.

D. Untuk menyebarkan maklumat yang berkemungkinan menarik minat ahli dan


untuk mengumpul, menyusun dan mencetak statistics dan maklumat lain
yang berkaitan dengan insurans hayat.

Agency Training & Development, HO 8


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

28. Antara peranan Bank Negara Malaysia dalam mengawal dan menyelia industry
takaful di Malaysia adalah seperti berikut:

i. Memastikan pengendali takaful menjalankan opoerasi dengan baik dan


berhemat supaya kepentingan para peserta akan terpelihara.

ii. Memastikan operasi pengendali takaful selari dengan rangka kerja syariah.

iii. Mempromosikan amalan pasaran yang baik serta memperkukuhkan tadbir


urus korporat.

iv. Mengekalkan keyakinan orang ramai pada takaful dan juga keseluruhan
sistem kewangan.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

29. Apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip Indemniti?

A. Semua pihak perlu mendedahkan segala maklumat


B. Kepentingan boleh lindung di antara peserta-peserta takaful
C. Takaful menyediakan pampasan kewangan untuk mengembalikan kepada
kedudukan asal
D. Dalam membayar ganti rugi, pihak takaful boleh menuntut ganti rugi
daripada pihak ketiga

30. Dalam proses membayar ganti rugi kepada peserta, skim takaful berhak untuk
menuntut ganti rugi daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap
kerugian itu, ia dipanggil ________________

A. Prinsip tabarru
B. Prinsip subrogasi
C. Prinsip sebab terhampir
D. Prinsip perkongsian sama rata

31. Apakah kriteria penuh percaya?

A. Pendedahan semua maklumat


B. Kerjasama sepenuhnya
C. Pendekatan terbaik
D. Pendedahan penerangan

Agency Training & Development, HO 9


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

32. Manakah di antara berikut adalah model takaful?

i. Model waqaf
ii. Model wakalah
iii. Model mudharabah
iv. Model hibrid

A. I, II, dan III


B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

33. Waranti adalah jaminan bertulis tentang integriti suatu produk dan
tanggungjawab pengeluar membaiki atau mengganti barangan yang rosak.
Terdapat dua jenis waranti iaitu :

i. Waranti perakuan
ii. Waranti takaful
iii. Waranti akurjanji
iv. Waranti peruntukan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

34. Seksyen ini menghendaki semua ejen atau pengantara yang memasarkan atau
memperkenalkan produk-produk takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful,
dikehendaki di bawah peruntukan Akta untuk memberitahu kepada semua bakal
pelanggannya bahawa ia adalah ejen yang bertindak bagi pihak pengendali
takaful tertentu.

Keterangan di atas merujuk kepada :

A. Seksyen 36(2) Akta Takaful 1984


B. Seksyen 36(1) Akta Takaful 1984
C. Seksyen 35(1) Akta Takaful 1984
D. Seksyen 35(2) Akta Takaful 1984

Agency Training & Development, HO 10


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

35. Pengantara takaful perlu memiliki piawaian kod etika professional ketika
berurusan dengan pelanggan. Pengantara takaful hendaklah :

i. Menunjukkan Kad Kuasa Ejennya apabila di minta berbuat demikian


(berkaitan dengan ejen takaful sahaja).
ii. Ejen yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pengantara
Takaful, memiliki Kad Kuasa yang mengandungi maklumat seperti nama
pengendali takaful yang diwakili oleh ejen berkenaan, dan tempoh sah
pendaftaran ejen berkenaan.
iii. Seseorang broker takaful perlu menjadi ahli MITBA dan mempunyai lessen
yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
iv. Membantu pelanggan membuat tuntutan terhadap pengendali takaful.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, III dan IV

D. Semua di atas

36. Pelan takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan bayaran tuntutan
sehingga ke had yang dinyatakan dalam sijil takaful. Antara berikut, manakah
perlindungan tidak ditamatkan dengan bayaran tuntutan :

A. Had kawalan dalaman.


B. Jadual prosedur pembedahan.
C. Had bagi setiap hilang upaya (per disability limit).
D. Tempoh maksimum pampasan.

37. Secara amnya, manfaat yang disediakan di bawah pelan takaful penghospitalan
dan pembedahan adalah seperti berikut KECUALI :

A. Perbelanjaan Klinikal
B. Unit Kawalan Rapi
C. Yuran Pakar Bedah
D. Bayaran Bilik Bedah

Agency Training & Development, HO 11


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

38. Suatu bentuk pilihan penyelesaian pertikaian di mana orang tengah yang tidak
berat sebelah atau panel memberikan pendapat tentang tanggunggjawab atau
takat kerugian

Keterangan di atas merujuk kepada istilah-istilah penting yang digunakan dalam


takaful perubatan dan kesihatan. Di antara yang berikut, manakah yang sesuai
dengan istilah di atas?

A. Timbangtara
B. Kemalangan
C. Had manfaat
D. Takaful bersama

39. Manakah tujuan utama pengunderaitan?

A. Melindungi atau berhati-hati dengan proses anti-pemilihan


B. Mengenakan kadar sumbangan yang sepadan dengan risiko yang
ditanggung
C. Menilai jenis pendedahan risiko yang akan ditanggung oleh pengendali
takaful
D. Memastikan dana berkenaan mempunyai baki yang mencukupi bagi
menampung bayaran tuntutan

40. Pekerjaan yang menggunakan tenaga fizikal yang minimum atau melibatkan
kerja-kerja kemahiran, termasuk perusahaan kecil & sederhana di mana pemilik
mempunyai kemahiran tertentu. Di antara yang berikut, pekerjaan manakah yang
sesuai dengan keterangan di atas?

i. Pelayan ditempat minuman keras


ii. Pembantu stesen petrol
iii. Juruwang bank
iv. Pelayan perempuan

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 12


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

41. Apakah soalan-soalan khusus megenai sejarah perubatan dan kesihatan?

i. Sejarah keluarga & perubatan


ii. Tabiat merokok
iii. Hobi yang merbahaya
iv. Soalan berkaitan AIDS

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

42. Di antara berikut, soalan-soalan yang dianggap standard dalam semua boring
tuntutan, KECUALI :

A. Nama
B. Hobi yang merbahaya
C. Alamat
D. Tarikh lahir

43. Takaful semula yang diperuntukkan di bawah perjanjian, kebiasaannya


berdasarkan perjanjian tahunan. Segala risiko yang berada dalam skop perjanjian
ini secara automatik diterima oleh syarikat takaful semula. Jenis takaful semula
yang dimaksudkan ialah ________________

A. Takaful semula bersyarat

B. Takaful semula triti

C. Takaful semula berkelayakan

D. Takaful semula fakultatif

44. Apakah yang dimaksudkan dengan had bendung?

A. Jumlah sumbangan yang ditanggung

B. Jumlah risiko yang berikan oleh kumpulan wang takaful

C. Jumlah risiko yang ditanggung oleh kumpulan wang takaful

D. Jumlah sumbangan yang diberikan oleh kumpulan wang takaful

Agency Training & Development, HO 13


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

45. Terdapat dua jenis pengaturan takaful semula yang wujud untuk pengendali
takaful iaitu:

A. Takaful semula triti, Takaful semula fakultatif

B. Takaful semula domestik, Takaful semula triti

C. Takaful semula keluarga, Takaful semula am

D. Takaful semula fakultatif, Takaful semula domestik

46. Perkara utama yang perlu diambil kira ketika menentukan had bendungan adalah
___________.

i. Perlindungan dana takaful

ii. Penstabilan keputusan kewangan

iii. Jumlah peserta takaful

iv. Kapasiti kewangan untuk membayar tuntutan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

47. Di bawah adalah fungsi-fungsi takaful semula KECUALI :

A. Formaliti

B. Fleksibiliti

C. Pengembangan

D. Perhimpunan

Agency Training & Development, HO 14


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

48. Apabila pengendali takaful menerima notis pemberitahuan tuntutan, jabatan


tuntutan akan membuat pemeriksaan awal untuk memastikan kesahihan tuntutan
tersebut. Proses tuntutan bermula dengan menentukan samada tuntutan tersebut
adalah sah atau sebaliknya. Antara perkara-perkara yang perlu diperiksa oleh
jabatan tuntutan ialah :

i. Adakah sijil masih berkuatkuasa?


ii. Adakah hobinya merbahaya?
iii. Adakah sumbangan telah dibayar?
iv. Adakah notis pemberitahuan kerugian telah dibuat tanpa sebarang
kelewatan?

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

49. Pengendali takaful mungkin boleh menolak liability tuntutan berasakan kepada
beberapa sebab yang kukuh, KECUALI :

A. Nama peserta
B. Kerugian tidak wujud seperti yang dilaporkan
C. Kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan peril yang tidak dilindungi
D. Sijil diisytiharkan batal kerana telah melanggar syarat-syarat sijil

50. Pelan ini meliputi perlindungan pendidikan, pelan berkaitan pelaburan, anuiti,
gadaijanji, kesihatan dan pelan tambahan (rider). Di bawah perlindungan pelan
biasa ini, peserta disediakan manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau
hilang upaya, simpanan (pelaburan) jangka panjang, keuntungan pelaburan yang
dibayar semasa tuntutan, tuntutan sijil matang atau serahan. Kenyataan tersebut
merujuk kepada :

A. Takaful Keluarga Berkumpulan


B. Takaful Keluarga Individu
C. Pelan Tambahan (Rider) Takaful Keluarga
D. Pelan Perlindungan Individu

Agency Training & Development, HO 15


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

51. Pelan pendidikan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan iaitu :

i. Takaful Pendidikan Kanak-Kanak Biasa


ii. Takaful Pendidikan Kanak-Kanak Berkait Pelaburan
iii. Pelan tambahan takaful keluarga atau tambahan kepada perlindungan asas
untuk peserta dan kanak-kanak
iv. Pelan Tambahan Takaful Pendapatan Keluarga

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. Semua di atas

52. Manakah di antara berikut adalah tujuan pelan takaful Perubatan dan Kesihatan
diperkenalkan?

I. Membantu mengurangkan beban kos rawatan


II. Melindungi risiko kewangan
III. Melindungi jumlah sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital
IV. Menyakinkan pengguna membeli produk kesihatan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

53. Amalan takaful melibatkan proses _____________ dan ___________.

A. Garis panduan; urus tabdir tuntutan


B. Tabarru; urus tabdir tuntutan
C. Pengunderaitan; urus tabdir tuntutan
D. Pengunderaitan; tabarru

Agency Training & Development, HO 16


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

54. Perniagaan takaful Perubatan dan Kesihatan adalah berasaskan perundangan


dan peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan-peraturan tersebut adalah :

I. Garis panduan perniagaan takaful Perubatan dan Kesihatan .


II. Piawaian minimum mengenai pemberitahuan produk dan ketelusan dalam
memasarkan pelan .
III. Garis panduan pengunderaitan.
IV. Garis panduan amalan tidak adil dalam perniagaan takaful .

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

55. Pelan takaful Perubatan dan Kesihatan melibatkan risiko morbiditi. Berikut adalah
faktor-faktor risiko tersebut :

I. Pengunderaitan pengendali takaful


II. Usia peserta
III. Pekerjaan dan hobi peserta
IV. Persekitaran

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

56. Bayaran tuntutan pelan takaful Perubatan dan Kesihatan adalah mengikut had
yang ditetapkan dan ia ditulis di dalam jadual manfaat polisi. Perlindungan
terhadap peserta akan berhenti secara automatik apabila
___________________.

A. Tuntutan bulanan melebihi had bayaran


B. Tuntutan pada setiap hilang upaya melebihi had bayaran
C. Orang yang dilindungi dimasukkan ke panel hospital
D. Kematian orang yang dilindungi oleh polisi

57. Peserta boleh memilih untuk menyertakan mana-mana pelan tambahan yang
bersesuaian ke atas sijil.

Kenyataan di atas ialah merujuk kepada terma dan syarat-syarat penting di


dalam Pelan Takaful Simpanan bagi?
A. Manfaat
B. Amaun sumbangan
C. Pilihan tambah nilai
D. Pilihan menyertakan rider

Agency Training & Development, HO 17


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

58. Kelebihan menyertai Pelan Takaful kepada Majikan dan persatuan ialah :

I. Meningkatkan moral dan produktiviti pekerja/ahli.


II. Menarik minat dan mengekalkan kesetian pekerja/ahli.
III. Menikmati kemudahan potongan cukai.
IV. Memenuhi keperluan rundingan hal ehwal buruh.

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

59. Model takaful ini membolehkan pengendali takaful mengoptimumkan pulangan


pelaburan kepada peserta.

Kenyataan di atas terdapat dalam Pelan Tambahan Takaful Bertempoh. Di


antara berikut, yang manakah sesuai dengan kenyataan di atas?

A. Jumlah perlindungan.
B. Manfaat
C. Pulangan Pelaburan.
D. Pengecualian.

60. Terdapat dua jenis pelan takaful Perubatan dan Kesihatan iaitu pelan individu
dan pelan berkumpulan. Sumbangan pelan berkumpulan berdasarkan
_____________.

A. Usia individu yang dilindungi


B. Usia purata dan tahap bahaya pekerja keseluruhan kumpulan
C. Usia purata kumpulan yang dilindungi
D. Penyakit individu yang dilindungi

61. Kadar deduktibel bermaksud __________________.

A. Sejumlah bayaran yang ditanggung peserta setiap tahun bagi menampung


perbelanjaan perubatan sebelum pelan takaful membayar baki bil
perbelanjaan tersebut
B. Sejumlah bayaran yang ditanggung majikan semasa berlaku kemalangan
C. Jumlah maksimum manfaat yang ditetapkan untuk peserta sepanjang
hayatnya
D. Sejumlah caj yang dikenakan bagi perbelanjaan perubatan

Agency Training & Development, HO 18


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

62. Di bawah perbelanjaan perubatan utama, terdapat tiga jenis perlindungan iaitu :

I. Perbelanjaan perubatan utama


II. Perbelanjaan perubatan utama tambahan
III. Perbelanjaan perubatan utama komprehensif
IV. Perbelanjaan perubatan utama lebihan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

63. Di bawah pelan takaful Penyakit Kritikal, bagaimanakah bayaran manfaat dibayar
apabila peserta didiagnosa menghidap salah satu penyakit krikital?

A. Bayaran manfaat dibuat secara tunai


B. Bayaran manfaat dibuat secara sekali gus
C. Bayaran manfaat dibuat sebanyak dua kali mengikut nisbah yang ditetapkan
D. Bayaran manfaat dibuat secara sekali gus dan pelan takaful ditamatkan

64. Kenyataan pakar perubatan yang merawat (APS) adalah rekod perubatan yang
diperlukan oleh pengendali takaful. Pilih kenyataan yang PALING TEPAT.

A. Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat kesihatan pemohon pelan takaful


B. Ia bertujuan bagi memilih pemohon yang layak untuk pelan takaful
C. Ia bertujuan untuk menentukan dan menilai tahap kesihatan pemohon
D. Ia bertujuan bagi membolehkan permohonan diluluskan oleh pengendali
takaful

65. Seksyen 6, Akta Takaful 1984,memperuntukkan bahawa hanya mereka yang


telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas sahaja yang boleh terlibat dalam
kontrak takaful. Oleh yang demikian, peserta boleh melantik seseorang untuk
menerima manfaat sijil sekiranya beliau meninggal dunia, dengan memberitahu
pengendali takaful secara bertulis mengenai butir-butir penama. Antara berikut,
manakah butir-butir penama tersebut :

I. Nama dan tarikh lahir


II. No kad pengenalan atau ni sijil kelahiran
III. Hobi
IV. Alamat

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 19


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

66. Pembayaran jumlah perlindungan adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat-


syarat tertentu yang dinyatakan dalam sijil takaful keluarga. Syarat-syarat
secara umumnya boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan. Antara salah satunya
ialah:

A. Penyerahan hak boleh dikuatkuasakan melalui endorsemen atau surat


ikatan yang berasingan.
B. Syarat yang menghadkan skop perlindungan. Syarat berkenaan juga
dikenali sebagai kemudahan.
C. Notis bertulis mengenai penyerahan hak hendaklah dihantar ke ibu pejabat
pengendali takaful.
D. Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis.

67. Faktor utama yang mempengaruhi kemortalan ialah :

I. Umur
II. Jantina
III. Pekerjaan
IV. Penyakit

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

68. Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen sebagai bukti
kewujudan kontrak takaful yang sah. Manakah di antara berikut adalah BUKAN
dokumen berkenaan?

A. Borang cadangan
B. Bukti bayaran untuk pelepasan cukai
C. Notis pembaharuan
D. Kenyataan doktor yang merawat (APS)

69. Borang cadangan pelan takaful diisi dan ditandatangani oleh pemohon bagi
mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan adalah betul dan tepat.
Apakah tujuan lain borang cadangan perlu diisi oleh pemohon semasa memohon
pelan takaful?

A. Bagi membantu mengumpul maklumat untuk menilai risiko dengan tepat


dalam proses pengunderaitan
B. Bagi membantu pengendali takaful meluluskan permohonan tersebut
C. Bagi memudahkan kerja ejen takaful melaksakanakan tugas harian mereka
D. Bagi memudahkan kerja para pengunderait memproses permohonan

Agency Training & Development, HO 20


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

70. Pengeluaran notis pembaharuan kepada para peserta adalah bertujuan untuk
mengingatkan peserta tentang sijil akan tamat tempoh. Notis ini dikeluarkan
pada ______________.

A. 1 atau 2 minggu lebih awal dari tarikh tamat tempoh


B. 2 atau 3 minggu lebih awal dari tarikh tamat tempoh
C. 1 atau 2 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh
D. 2 atau 3 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh

71. Berapakah had maksimum pelepasan cukai di bawah pelan takaful Perubatan
dan Kesihatan?

A. RM1,000
B. RM3,000
C. RM6,000
D. RM9,000

72. Endorsemen akan dikepilkan pada sijil sekiranya terdapat sebarang pindaan
terma dan syarat. Antara pindaan yang dilakukan ialah :

I. Perubahan pada amaun manfaat


II. Perluasan perlindungan
III. Pertukaran nama dan alamat pemohon
IV. Pembatalan takaful

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

73. Perbezaan yang ketara ialah antara kawasan bandar dan luar bandar. Mereka
yang tinggal di kawasan Bandar biasanya mempunyai akses lebih baik untuk
kemudahan rawatan perubatan, manakala penduduk dikawasan luar bandar
mungkin tidak bernasib baik kerana tiada atau kurang kemudahan asas yang
disediakan untuk mereka . Antara berikut, faktor-faktor risiko yang manakah
yang sesuai dengan di atas?

A. Pekerjaan
B. Menetap di luar Negara
C. Pengunderaitan perubatan
D. Lokasi geografi

Agency Training & Development, HO 21


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

74. Risiko tambahan secara amnya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan
utama iaitu:

I. Kadar mortality tambahan yang semakin meningkat.


II. Kadar mortality Tambahan Paras (level)
III. Kadar mortality Tambahan Menurun
IV. Kadar mortality Menurun

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

75. Di dalam kategori perbelanjaan, perbelanjaan pembaharuan menerangkan


perbelanjaan ini perlu ditanggung (walaupun tidak semestinya) setiap tahun
sepanjang tempoh sijil. Antara berikut contoh perbelanjaan pembaharuan,
KECUALI :

A. Komisen pembaharuan
B. Perbelanjaan mengutip sumbangan
C. Perbelanjaan perundangan
D. Perbelanjaan perkhidmatan sijil dan sebagainya

76. Penilaian aktuari ke atas insurer perlu dilaksanakan atas beberapa sebab.
Antaranya ialah untuk:

I. Menentukan samada insurer berada dalam keadaan solven.


II. Menguji samada skala premium yang digunakan adalah mencukupi.
III. Menentukan samada operasi kendalian perniagaan insurer perlu
diubahsuai.
IV. Mematuhi keperluan masing-masing.

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 22


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

77. Liabiliti pengendali takaful keluarga adalah tanggungjawab berkontrak kepada


peserta. Nilai semasa liability di bawah sijil takaful keluarga boleh dinyatakan
seperti berikut :

A. Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar + nilai semasa perbelanjaan +


nilai semasa sumbangan akan diterima.
B. Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar + nilai semasa perbelanjaan
nilai semasa sumbangan akan diterima.
C. Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar - nilai semasa perbelanjaan nilai
semasa sumbangan akan diterima.
D. Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar - nilai semasa perbelanjaan +
nilai semasa sumbangan akan diterima.

78. Berikut adalah sumber utama surplus, KECUALI :


A. Harga kos.
B. Faedah.
C. Kemortalan.
D. Perbelanjaan.

79. Penamatan sijil berlaku apabila tuntutan dibuat. Antara tuntutan tersebut ialah :

I. Orang yang dilindungi meninggal dunia


II. Sijil perlindungan takaful telah matang
III. Tuntutan pada manfaat hilang upaya
IV. Individu yang dilindungi menginap di panel hospital

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

80. Tuntutan manfaat pelan takaful dilakukan mengikut prosedur tertentu. Susun
prosedur berkenaan mengikut urutan yang betul.

I. Pemberitahuan tuntutan
II. Pemeriksaan tuntutan
III. Borang bukti tuntutan
IV. Penyiasatan tuntutan
V. Penyelesaian tuntutan

A. I, II, III, IV, V


B. I, II, IV, III, V
C. I, III, II, IV, V
D. II, III, IV, V, I

Agency Training & Development, HO 23


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

81. Tuntutan ditolak oleh pengendali takaful disebabkan oleh faktor berikut kecuali :

A. Tuntutan disebabkan oleh peril yang tidak dilindungi


B. Tuntutan disebabkan oleh peril yang dikecualikan
C. Sijil diisytiharkan batal kerana telah melanggar syarat sijil
D. Tuntutan disebabkan oleh pemohon menginap di panel hospital

82. Pertikaian akan berlaku di antara penuntut dan pengendali takaful apabila
tuntutan liabiliti telah ditolak. Antara saluran penyelesaian yang boleh diambil
ialah :

I. Rundingan dan tolak ansur


II. Timbangtara
III. Perantaraan
IV. Perundangan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

83. Penuntut perlu memberitahu mengenai tuntutan secara bertulis kepada


pengendali takaful dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlakunya kerugian. Ini
bertujuan untuk ____________________.

A. Memudahkan pengendali memproses permohonan tuntutan


B. Memudahkan pengendali memeriksa, menyiasat dan membuat peruntukan
awal tuntutan
C. Memastikan kesahihan tuntutan
D. Memastikan sijil takaful berkuatkuasa

84. Borang cadangan yang perlu diisi dengan lengkap oleh pencadang
mengandungi maklumat-maklumat berikut, antaranya ialah :

I. Maklumat peribadi
II. Maklumat perlindungan yang dipohon
III. Pekerjaan, penempatan, perjalanan, dan hobi yang merbahaya
IV. Sejarah peribadi dan keluarga

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 24


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

85. Untuk perniagaan takaful keluarga, proses pengunderaitan akhirnya akan


membawa pengunderait untuk menilai risiko kepada tiga kategori, iaitu :

I. Risiko yang sama


II. Risiko standard
III. Risiko sub-standard
IV. Risiko yang ditolak

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

86. Seksyen utama yang terdapat dalam kebanyakan sijil adalah seperti berikut,
KECUALI:

A. Pengenalan
B. Fasal pengisytiharan
C. Fasal risiko
D. Proviso

87. Di antara berikut, manakah syarat-syarat dan kemudahan sijil perlindungan


takaful keluarga?
I. Syarat yang menghadkan skop kontrak, umpamanya membunuh diri atau
fasal tidak boleh tanding.
II. Syarat meluaskan skop kontrak, umpamanya tempoh tanggung, syarat
tidak boleh batal dan sebagainya.
III. Syarat menerangkan skop kontrak, umpamanya syarat yang membatalkan
kontrak jika sumbangan tidak dibayar pada masanya atau terdapat salah
nyata fakta matan.
IV. Syarat-syarat pengembalian semla, umpamanya seseorang memohon
untuk menguatkuasakan semula kontrak setelah tamat tempoh tangguh
dan tamat tempoh tanpa bayaran telah berakhir.
A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 25


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

88. Secara amnya, empat syarat khas yang berikut perlukan endorsemen,
KECUALI :
A. Yang melibatkan amaun sumbangan atau kekerapan pembayaran
sumbangan.
B. Yang membatalkan kontrak jika sumbangan tidak dibayar pada masanya
atau terdapat salah nyata fakta matan.
C. Yang melibatkan jumlah perlindungan atau cara pembayarannya.
D. Yang berkaitan dengan dokumen yang perlu dihantar oleh peserta.

89. Apabila berlaku sesuatu perkara atau kejadian yang menyebabkan timbulnya
tuntutan, waris atau pihak menuntut mesti memberitahu pengendali takaful
dan menyediakan maklumat berikut, antarnya ialah :

I. Nama dan nombor kad pengenalan peserta.


II. No sijil dan alamat peserta.
III. Jenis-jenis risiko.
IV. Tarikh dan sebab-sebab kematian, kecederaan atau sakit, mana-mana
yang berkenaan.

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

90. Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh
disebabkan sakit/penyakit adalah seperti berikut, KECUALI :

A. Laporan pengesahan perubatan yang disediakan oleh doktor yang merawat


hilang upaya peserta
B. Salinan kad pengenalan peserta yang diakui sah
C. Boring tuntutan yang telah lengkap diisi
D. Sijil perubatan dari pegawai perubatan yang terakhir merawat peserta

91. Pilihan yang diberikan kepada pemegang saham untuk membeli jumlah
saham yang telah ditentukan jumlahnya terlebih dahulu pada harga yang
ditentukan. Kenyataan tersebut tersebut merujuk kepada :
A. Waran
B. Dana tukaran dagangan Islam
C. Opsyen
D. Pasaran pertukaran Islam

Agency Training & Development, HO 26


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

92. Kebaikan ETF ialah :

I. Kos operasi yang rendah, biasanya separuh dari perbelanjaan tahunan


indeks dana unit amanah.
II. ETF amat fleksible kerana ia boleh didagangkan sama seperti saham
biasa, pada bila-bila masa ketika waktu urusniaga dan jualan segera.
III. ETF adalah mesra cukai, telus dan boleh dipelbagaikan.
IV. ETF juga menaggung komisen broker sama seperti saham.

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

93. Berikut ialah ciri-ciri Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILTP), KECUALI :

A. Tujuan
B. Dana pendapatan
C. Risiko pelaburan
D. Kos perlindungan

94. Mengapakah etika penting di dalam perniagaan takaful?

A. Untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perniagaan takaful


B. Untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap ejen
C. Ia adalah penting bagi ejen professional
D. Semua kenyataan di atas adalah benar

95. Garis panduan disediakan mengikut tiga bahagian iaitu :

I. Garis Panduan Kod Perlakuan


II. Pemasaran
III. Amalan Takaful Keluarga
IV. Garis Panduan Syarikat

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua kenyataan di atas

Agency Training & Development, HO 27


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

96. Di bawah aspek Perakaunan dan Kewangan bagi Kod Etika dan Perlakuan,
pengantara hendaklah :

A. Mempengaruhi pencadang membuat kenyataan di dalam borang


permohonan
B. Menyerahkan semua bayaran peserta kepada pengendali takaful dengan
segera
C. Menerangkan manfaat dan batasan polisi kepada pemegang polisi
D. Membuat perbezaan manfaat dengan menyebut dan mengkritik
pengendali takaful yang lain

97. Manakah di antara badan penguatkuasaan berikut yang mengeluarkan garis


panduan untuk mengendalikan insurans hayat Berkaitan Pelaburan?

A. LIAM
B. MII
C. Bank Negara Malaysia
D. Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

98. Di antara kenyataan berikut, yang manakah BUKAN prinsip asas kod etika dan
perlakuan?

A. Untuk mengelakkan bertentangan kepentingan


B. Untuk mengelakkan kesempurnaan dan ketepatan rekod
C. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa
D. Untuk memastikan komunikasi di antara kedua-dua pihak adalah sulit

99. Antara tiga ciri-ciri asas objektif pelaburan ialah :

I. Keselamatan
II. Pendapatan
III. Wang tambahan
IV. Pertumbuhan

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

Agency Training & Development, HO 28


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

100. Ia membolehkan pelabur untuk melabur secara berkala dengan seberapa


amaun yang kecil tanpa perlu memikirkan kesesuaian masa ketika memasuki
pasaran. Bertentangan dengan tindakan melabur dalam pasaran asset secara
sekaligus, pelabur secara perlahan-lahan membeli sejumlah kecil pelaburan
dalam tempoh yang lebih panjang. Kenyataan tersebut merujuk kepada:

A. Pengurusan professional
B. Kecairan
C. Mengurangkan kos transaksi
D. Purata kos ringgit

Agency Training & Development, HO 29


Set 5: Peperiksaan Asas Takaful

JAWAPAN
1 A 34 B 67 A
2 A 35 D 68 D
3 B 36 C 69 A
4 C 37 A 70 C
5 D 38 A 71 B
6 B 39 C 72 D
7 D 40 C 73 D
8 A 41 D 74 A
9 B 42 B 75 C
10 D 43 B 76 D
11 B 44 C 77 B
12 A 45 A 78 A
13 B 46 B 79 A
14 D 47 A 80 C
15 D 48 C 81 D
16 C 49 A 82 D
17 C 50 B 83 B
18 A 51 A 84 D
19 D 52 A 85 B
20 B 53 C 86 C
21 D 54 B 87 A
22 A 55 C 88 C
23 D 56 D 89 C
24 B 57 D 90 D
25 A 58 D 91 A
26 B 59 C 92 A
27 C 60 B 93 B
28 D 61 A 94 D
29 C 62 C 95 A
30 B 63 B 96 B
31 A 64 C 97 C
32 D 65 C 98 B
33 B 66 B 99 C
100 D

Agency Training & Development, HO 30

You might also like