Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Isu Doping Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Tahun 2014 telah mencacatkan pelbagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan seperti
peristiwa MH370 dan MH17. Pada bulan Oktober 2014, negara dikejutkanpula dengan berita
kegagalan ujian doping ikon terkemuka negara dalam badminton, Datuk Lee Chong Wei
apabila beliau didapati positif ujian antidoping kerana mengandungi bahan terlarang
Dexamethasone. Beliau dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak pernah
menggunakan bahan terlarang tersebut. Namun, bagaimanakah perkara ini boleh terjadi? Isu
doping bukan perkara yang luar biasa dalam dunia sukan. Isu ini telah lama berlaku dalam
arena sukan di seluruh dunia. Tetapi, apakah sebenarnya yang mennyebabkan para atlet ini
mengambil bahan terlarang tersebut? Apakah kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan
bagaimanakah penyalahgunaan dadah dalam sukan boleh dibendung?

Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan
oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi
atlet. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi
kelebihan (atau advantage) kepada atlet yang menggunakannya serta melanggar segala
peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan. Kedua, cara pengambilan dan jumlah
yang digunakan akan memudaratkan seseorang individu. Dalam arena sukan, banyak kes-kes
yang telah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung. 'Doping'
secara tidak sengaja berlaku apabila atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit
dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Sebagai contoh, dalam
kes pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah didapati gagal
ujian doping di mana ianya mengandungi Dexamethasone.

Punca-punca penyalahgunaan dadah oleh atlet

Punca-punca bagi penggunaan bahan-bahan meningkatkan prestasi adalah banyak dan


pelbagai. Secara umumnya tidak ada motif tunggal untuk penyalahgunaan bahan-bahan dan
kaedah-kaedah yang dilarang. Antara sebab-sebab berlakunya doping ialah :

1. Meningkatkan prestasi dalam sukan


Atlet menghadapi tekanan yang besar untuk mencapai kecemerlangan dalam
pertandingan. Selain mendapat pengiktirafan dari segi pingat, mereka juga boleh
mendapatkan wang sebagai ganjaran mereka memenangi sesuatu pertandingan.
Walaupun mereka mengetahui bahawa latihan merupakan cara terbaik untuk
meningkatkan prestasi mereka, namun sesetengah daripada mereka berpendapat
bahawa sesetengah ubat-ubatan dan amalan-amalan lain boleh meningkatkan usaha
mereka dan memberi mereka jalan pintas untuk meningkatan stamina.

2. Sebagai rawatan kecederaan atau kesakitan


Seseorang atlet perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya boleh bertanding
dengan sempurna. Namun begitu, terdapat sesetengah atlet yang mengalami
kecederaan ketika bertanding atau melakukan latihan. Untuk mengurangkan rasa sakit
dengan kadar segera, mereka sanggup mengambil ubat-ubatan yang mengandungi
bahan terlarang.

3. Pengambilan tanpa sedar oleh atlet


Kadang-kala, bahan terlarang ini boleh diambil tanpa sedar oleh atlet itu sendiri.
Sebagai contoh, seseorang atlet akan mengambil supplemen sebagai pemakanan
tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan stamina. Namun begitu, terdapat
supplemen yang tidak berdaftar yang mengandungi bahan terlarang. Apabila mereka
mengambil supplemen tersebut, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah
mengambil bahan terlarang tersebut.

Kesan penyalahgunaan dadah oleh atlet

A) Kepada Atlet

Atlet akan dipandang serong oleh masyarakat kerana pada tanggapan mereka, atlet tersebut
telah berjaya menempa nama dan prestasi yang cemerlang dalam sukan selama ini adalah
kerana penggunaan dadah yang secara tidak langsung akan meningkatkan stamina dan
persembahan mereka. Masyarakat akan berfikir bahawa segala kemenangan yang dicapai
adalah secara tidak jujur. Ini akan menyebabkan masyarakat akan hilang keyakinan terhadap
atlet tersebut. Prestasi dan kredibiliti atlet juga akan terjejas. Hal ini adalah kerana tekanan
yang akan dihadapi oleh atlet itu sendiri apabila gagal ujian doping. Tekanan ini akan
seterusnya menjejaskan prestasi mereka. Selain itu, seseorang atlet juga akan digantung
daripada menyertai mana-mana pertandingan dan latihan untuk sesuatu tempoh yang
ditetapkan.

B) Kepada arena sukan dan negara

Isu doping akan menjatuhkan maruah sukan negara. Negara lain akan memandang serong
terhadap negara kita. Hal ini adalah kerana mereka akan berpendapat bahawa atlet negara
Malaysia adalah tidak jujur dan tidak layak untuk bertanding. Mereka juga akan mengesyaki
tahap pengawalan pemakanan atlet tidak dikawal sepenuhya oleh pihak yang
bertanggungjawab. Selain itu, negara juga akan mengalami kerugian kerana akan kehilangan
atlet yang berpotensi. Apabila seseorang atlet gagal dalam ujian doping, mereka akan
digantung daripada bertanding dalam mana-mana pertandingan untuk satu tempoh masa yang
agak panjang. Ini menyebabkan negara kita gagal mendapatkan pengiktirafan. Masa yang
agak lama juga diperlukan untuk membaikpulih keadaan.
Langkah-langkah membendung masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan
memberikan pendidikan dan pengetahuan yang secukupnya kepada para pemain dan pelatih
mereka mengenai bahan terlarang dalam sukan. Hal ini adalah kerana ramai atlet sukan yang
masih lagi tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai bahan-bahan tersebut
terutamanya apabila mereka mengambil supplemen-supplemen seperti ubat-ubatan
tradisional. Pengetahuan mengenai cara mengenalpasti ubat-ubatan yang berdaftar juga perlu
diberi penekanan. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan dengan kesan-kesan yang akan
berlaku dengan pengambilan bahan-bahan seperti ini.

Di samping itu, ujian doping juga perlu dilaksanakan dengan prosedur yang lebih ketat
supaya tidak berlakunya penyelewengan ketika ujian dilakukan. Ujian doping perlu dilakukan
ke atas setiap atlet secara rawak bukan sahaja ketika musim pertandingan, tetapi ketika di luar
musim pertandingan. Dengan mengambil pendekatan ini, sudah pastinya atlet akan berasa
tidak selamat dan akan berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.

Langkah seterusnya ialah dengan melantik ahli farmasi yang berdaftar untuk mengawasi
pengambilan ubat-ubatan oleh setiap atlet. Walaupun setiap atlet mempunya penasihat nutrisi
ataupun nutritional advisor, yang berperanan mengawasi pemakanan atlet, mereka mungkin
tidak mempunyai pengetahuan mengenai kandungan ubat-ubatan yang diambil oleh atlet
tersebut. Ahli farmasi sebagai pakar dalam ubat-ubatan sememangnya adalah pilihan yang
terbaik untuk memberi nasihat kepada atlet dalam pengambilan ubat-ubatan.

Hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada atlet yang didapati bersalah seperti
dilarang daripada menyertai pertandingan untuk selamanya. Hukuman yang berat seperti ini
akan menyebabkan para atlet berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.
1.0 Pengenalan
Dadah atau "drug" ditakrifkan sebagai bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan system tubuh manusia
berfungsi secara tidak normal. Ianya menjadi bertambah bahaya jika diambil tidak mengikut
dos/sukatan yang dibenarkan serta tanpa kawalan.
Dadah telah menjadi isu-isu yang sering disiarkan di media-media sama ada media elektronik
mahupun media massa. Dadah yang kerap kali didengari oleh masyarakat kini dan sering
terpampang didada-dada akhbar serta televisyen adalah seperti ganja dan heroin. Padahal,
dadah sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih
kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan sejak dahulu lagi.
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",
"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang yang mengambilnya, baik dari segi fizikal, mental
dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan secara tidak terkawal. Akibat
daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih kerana
didalam dadah terdapat sejenis bahan yang boleh menyebabkan seseorang ketagihan dan akan
terus bergantung hidup kepadanya. Namun begitu, sejak dahulu lagi, dadah juga ialah bahan
yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses
kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan
yang digunakan dianggap dadah/drug. Contohnya, makanan yang dimakan secara normal
tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan serta
manfaat yang tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh kerana perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, maka perkataan ini
membawa banyak maksud. Antaranya ialah, perkataan/istilah 'drug' lebih banyak digunakan
dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu merujuk kepada ubat), manakala perkataan/istilah
'dadah' lebih kepada membawa imej yang negatif iaitu ketagihan.
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
Memberi kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang).
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
Diperoleh secara haram.
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah.
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

2.0 Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan


Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan
oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi
atlet. Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan kini bukanlah perkara baharu. Ini kerana, dalam
tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau
mengehadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap
keupayaan seseorang atlet. Atlet berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya
didapati positif mengambil dadah/bahan terlarang melalui ujian yang dibuat secara rambang.
Bukan itu sahaja, atlet juga akan merana akibat kesan daripada drug samada secara jangka
pendek mahupun jangka panjang. Namum begitu, terdapat juga situasi dimana 'doping' secara
tidak sengaja berlaku apabila atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit atau
kecederaan tanpa kawalan atau tidak disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang
dilarang.
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?. Ia
adalah berdasarkan beberapa faktor pengharaman terhadap bahan atau kaedah iaitu yang
pertama, aspek kesihatan, dimana kebanyakan bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak
baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul serta tanpa nasihat doctor pakar.
Kedua, aspek etika, dimana terdapat sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah
yang diharamkan adalah sebab boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet melebihi tahap
biasa(kemampuan). Seterusnya dari aspek undang-undang, dimana sesetengah drug adalah
haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang sama sekali dalam sukan.
Kini, atlet-atlet telah tertakluk kepada polisi larangan 'doping' dan bertanggungjawab untuk
menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil. Polisi penyalahgunaan dadah
di Malaysia ialah termasuklah pencegahan, pembasmian; salah laku dan penyalahgunaan
dadah & sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping, dan seterusnya memantau;
ujian doping di luar pertandingan serta parameter latihan dan tahap keupayaan.
Doping sejak kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlet profesional mahupun
amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan
penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlet sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar
kemenangan, pengedaran dadah secara haram kian berleluasa di seluruh dunia sama ada
melalui internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. Kepelbagaian jenis dadah serta
teknik menggunakannya telah menyulitkan lagi untuk kaedah pengenalpastian dadah dan
makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend terhadap masalah ini.
Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan
(atau advantage) kepada atlet yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan
makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang
digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes
kematian telah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

3.0 Isu-isu yang Melibatkan Dadah dalam Sukan di Malaysia


Baru-baru ini, negara kita Malaysia telah dikejutkan dengan isu kegagalan seorang atlet
badminton elit dalam ujian air kencing dan disahkan positif ujian doping tersebut. Atlet
tersebut didapati mengambil dadah tahap rendah, namun tetap diharamkan oleh Agensi Anti-
Doping Dunia (WADA) iaitu Dexamethasone. Atlet elit tersebut dilaporkan positif dadah
jenis steroid. Ini juga adalah insiden doping kelima menimpa sukan Negara, selepas tiga atlet
Sukan Malaysia yang didapati gagal dalam ujian dadah, masing-masing dalam sukan angkat
berat serta berbasikal dan kemudian, pingat emas atlet wusyu, Tai Cheau Xuen pada Sukan
Asia ditarik kerana positif dadah.
Steroid merupakan sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan
oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh
atlet di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan penggunaan steroid
tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Selain itu,
penyalahgunaan steroid juga mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti
mengundang kepada risiko kanser hati.
Antara kategori dadah yang begitu popular yang disalahgunakan dalam kalangan atlet
termasuklah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyelidikan tidak menunjukkan sebarang
manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesanterhadap tahap prestasi para atlet.
Steroid anabolik merangkumi lebih 50% daripada dadah yang paling banyak dikesan oleh
makmal-makmal doping seluruh dunia. Perkara ini telah membuka pelbagai peluang
penyelidikan terutamanya penganalisaan terhadap dadah sintetik yang menjadi semakin rumit
dan segi spesifikasi dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti testosterone,
DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi
yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang banyak terdapat secara
semulajadi dalam badan manusia. Oleh yang demikian pelbagai kriteria telah dibangunkan
bagi memutuskan urin yang positif.
Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu
hormon berkaitan tetapi tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan
mengubah paras T dan tidak menjejaskan paras E. Perkara ini mewujudkan T:E yang tinggi;
malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat dengan lebih mendalam.
Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin yang dikumpul semula dan atlit yang sama
apabila angka ini jatuh diantara 6 dan 10. Tindakan ini adalah bagi memastikan atlet benar-
benar menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu secara
semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga pengesanan paras epitestosterone(E)
yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali lebih tinggi daripada T di dalam urin.
Epitestosterone(E) dikategorikan sebagai agen masking kerana penggunaannya oleh atlet
adalah untuk menstabilkan T:E kepada paras normal apabila menggunakan testosterone(T)
secara haram.
4.0 Punca-punca penyalahgunaan dadah dalam sukan
Berikut adalah punca-punca atlet terlibat dengan penyalahgunaan dadah:
1. Sebagai rawatan kecederaan atau kesakitan
Didorong oleh naluri mahu menyertai sesuatu pertandingan ketika berada dalam kecederaan,
seseorang atlet itu sanggup mengambil jalan mudah iaitu mengambil bahan terlarang untuk
mempercepatkan pemulihannya. Faktor dahagakan kemenangan atau kejuaraan juga turut
mendorong seseorang atlet itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

2. Meningkatkan prestasi dalam sukan


Tekanan untuk berjaya atau memenangi sesuatu pertandingan juga turut mendesak atlet
mendekatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Sifat materialistik yang mengutamakan
kebendaan atau ganjaran yang lumayan apabila memenangi sesuatu pertandingan atau
kejuaraan juga menjadikan atlet alpa akan undang-undang dan peraturan sukan. Walaupun
mereka mengetahui bahawa latihan merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi
mereka, namun sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa sesetengah ubat-ubatan dan
amalan-amalan lain boleh meningkatkan usaha mereka dan memberi mereka jalan pintas
untuk meningkatan stamina.

3. Pengambilan tanpa sedar oleh atlet


Kadang-kala, bahan terlarang ini boleh diambil tanpa sedar oleh atlet itu sendiri. Sebagai
contoh, seseorang atlet akan mengambil supplemen sebagai pemakanan tambahan untuk
meningkatkan tahap kesihatan dan stamina. Namun begitu, terdapat supplemen yang tidak
berdaftar yang mengandungi bahan terlarang. Apabila mereka mengambil supplemen
tersebut, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah mengambil bahan terlarang tersebut.

4.0 Bahan-bahan dan Kaedah-kaedah yang Dilarang


4.1 Kaedah-kaedah yang dilarang:
Menambahkan pertukaran oksigen- Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik
yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia- Mengubah, atau cubaan mengubah dengan
menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian
doping.
Doping Genetik- Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

4.2 Berikut adalah bahan-bahan yang dilarang:

Jenis dan deskripsi Kesan-kesan sampingan

Agen Anabolik
Steroid anabolik
androgenik adalah merupakan
hormon sintetik testosteron.
Agen ini sering didapati
dari pasaran gelap/haram di
gimnasium dan kelab kecergasan Botak
kerana untuk mendapatkannya
Jerawat
perlu mempunyai preskripsi
Penambahan bulu di muka
doktor.
dan badan
Contoh:
Kerosakan hati
o Danazol
Bagi lelaki ciri-ciri
(digunakan untuk mengurangkan
perempuan lebih terserlah dan
bengkak di bahagian dada bagi
sebaliknya.
lelaki)
Perubahan 'mood'
o Clenbuterol (agonis
Potensi untuk menyebabkan
beta-2 yang digunakan
mandul
meningkatkan tumbesaran
haiwan). Kebanyakan steroid
anabolik perlu disuntik, oleh itu
pengguna terdedah kepada bahaya
perkongsian jarum atau jarum yang
tidak steril
Jenis larangan: Semasa atau
di luar pertandingan

Agonis Beta-2 Tangan mengeletar


Agonis beta-2 sering Pening
didapati pada ubat-ubatan asma Berdebar-debar
Hanya Salbutamol,
Jenis larangan: Semasa atau di
Salmeterol dan Terbutaline dalam luar pertandingan
bentuk sedutan dibenarkan untuk
rawatan dan pencegahan serangan
asma

Agen yang mempunyai aktiviti Muka merah dan panas


anti-estrogen Perut tidak selesa
Agen ini digunakan secara Bengkak
haram, untuk mencegah kesan
Jenis larangan: Semasa atau di
sampingan yang disebabkan oleh
luar pertandingan
steriod anabolik, seperti
pembesaran payudara
Contoh:
o Tamoksifen
(digunakan dalam rawatan kanser
payudara dan kemandulan)
o Clomifen (untuk
kemandulan)

Diuretik dan agen 'samaran' Dahaga


Agen samaran berpotensi Penyahhidrat
melindung kehadiran bahan Jenis larangan: Semasa atau di
terlarang di dalam air kencing atau luar pertandingan
sampel lain. Contohnya: diuretik,
probenesid dan pengembang
plasma
Atlit selalunya
menggunakan ubat diuretik untuk
mengurangkan berat badan atau
menyingkirkan steroid anabolik
daripada badan
Contoh diuretik (ubat yang
digunakan untuk menyingkirkan
cecair badan) ialah furosemida dan
amilorida
Contoh pengembang
plasma adalah dekstran dan
albumin

Analog peptid dan hormon Hormon tumbesaran


glikoprotin digunakan untuk meningkatkan saiz
Hormon ini bertindak dan kekuatan otot. Kesan
dengan merangsang pertumbuhan, sampingannya termasuklah:
mempengaruhi kelakuan, o Akromegali -
mengubah kesan sensitiviti pembesaran tangan, kaki dan muka.
terhadap kesakitan dan kemahuan o Masalah otot dan
seks. sendi menyebabkan kesukaran
Bahan kimia yang menjalankan latihan
mempunyai struktur yang sama Diabetis (kencing manis)
dengan hormon ini (atau analog)
Eritropoietin merangsang
akan memberi kesan yang sama.
pembentukan sel darah merah
Bahan-bahan yang
o Ini akan
terkandung dalam kumpulan ini
menyebabkan peningkatan
adalah eritropoietin (EPO),
kelikatan darah dan boleh
hormon tumbesaran manusia,
menyebabkan masalah peredaran
hormon korionik gonadotrofin
darah (angin ahmar, serangan
(HCG) dan kortikotrofin.
jantung).

Ubat perangsang Kesan sampingan termasuk


Kumpulan ini termasuklaho Meningkatkan kadar
o Amfetamin denyutan jantung
o Kafein (dalam o Menjejas kebolehan
kuantiti yang banyak). badan untuk mengawal suhu badan.
o beberapa Jenis larangan: Semasa atau di
kandungan aktif ramuan ubat luar pertandingan
selesema dan ubat demam seperti
pseudoephedrin.

Analgesik Narkotik. Narkotik mempunyai


Ini merupakan penahan potensi ketagihan.
sakit yang kuat dan Jenis larangan: Semasa atau di
kebanyakannya mengandungi luar pertandingan
bahan yang terlarang bukan sahaja
untuk sukan.
Atlit cenderung
menggunakan ubat-ubat
sedemikian untuk menahan sakit
daripada latihan intensif.
Contoh: kodein dan
morfin.

5.0 Langkah-Langkah Menghindari Penyalahgunaan Dadah


Berikut merupakan langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya
ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.


Contohnya, menjatuhkan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini kerana para
penagih mudah mendapatkan bekalan dadah daripada pengedar-pengedar dadah. Begitu juga
kepada penagih dadah patut dikenakan hukuman yang berat. Contohnya, hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah jenis Syabu iaitu antara 20
gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27).
Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebatan dan hukuman maksima pula
adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebatan. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan
hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah jenis Syabu di bawah
Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan hukuman maksima
10 tahun penjara atau denda $20,000.00 atau kedua-duanya sekali. Diharap melalui
penguatkuasaan undang-undang ini, para atlet akan mempertimbangkan atau berfikir dengan
sewajarnya untuk menggunakan bahan terlarang.
2. Melaksanakan pendidikan serta didikan agama
Umum mengetahui, salah satu punca berlakunya penyalahgunaan dadah ialah kurang
pengetahuan agama(didikan agama). Maka pihak yang berkenaan sama ada kerajaan
mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu
mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti
seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi
informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja
tentang bahaya dadah. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-
kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya. Para atlet juga boleh menghadiri
program-program seperti di atas untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka terhadap
dadah. Dalam pada itu, pihak ibu bapa pula haruslah memberi didikan agama kepada anak-
anak mereka demi memastikan anak-anak muda bebas dari pengaruh dadah.
3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya kedua-dua pihak sentiasa berganding bahu bagi sama-sama
membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan
golongan remaja dan atlet sukan. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu
memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak
mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. Begitu juga dengan
pemantauan terhadap perkembangan atlet-atlet negara, dimana perlu diambil berat dan
perhatian yang serius.
6.0 Penutup
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet-atlet negara bukanlah perkara yang remeh-
temeh, tetapi patut diambil berat kerana akan merugikan negara. Faktor-faktor
penyalahgunaan dadah seperti pengaruh rakan dan kurangnya didikan agama patut diberi
perhatian agar masalah dadah dalam kalangan atlet dapat dibendung. Tambahan pula, kesan
penyalahgunaan dadah akan memberi impak yang besar kepada negara seperti menjejaskan
ekonomi negara, kos penyelenggaraan meningkat, kehilangan sumber tenaga kerja yang
produktif, dan memberi ancaman keselamatan kepada negara. Oleh itu, masalah ini tidak
patut dipandang enteng demi untuk menyahut cabaran dan slogan negara iaitu Hidup Tanpa
Dadah. Maka maruah Negara tidak lagi tercalar dan secara tidak langsung membersihkan
nama Negara sekaligus menaikkan nama negara dipersada antarabangsa.

You might also like