Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT PERNIAGAAN

2.1 Profil usahawan

Nama usahawan yang telah temu ramah ini ialah Encik Jaztih bin Sylvister, seorang usahawan
yang telah berjaya membuka sebuah salon di kawasan Pekan tambunnan yang lebih dikenali
sebagai Jazz Salon. Beliau kini menetap di Kg Mogong, Jalan Tampasak,89657 Tambunan,
Sabah bersama isteri dan seorang cahaya mata. Encik Jaztih telah dilahirkan pada 23 April
1983 di Tambunan, Sabah. Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah
Kebangsaan Timbou. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di
Sekolah Menengah St. Martin Tambunan dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.

Encik Jaztih amat meminati bidang ini dan telah merancang untuk membuka salon
miliknya suatu hari nanti. Setelah tamat tingkatan 5, beliau tidak ingin membuang masa untuk
menganggur dan mula bekerja dengan sebuah salon di Kota Kinabalu, Sabah. Kemudian beliau
mendapat peluang untuk mengikuti kursus didalam bidang kecantikan dalam rambut di J.Y.L
Hair Centre di Kuala Lumpur dan berjaya mendapat sijil Diploma pada 4 th Jun 2003. Selepas
mendapat sijil tersebut, beliau bekerja dengan sebuah salon di Kuala Lumpur. Beliau
meneruskan pengajiannya di dalam di Eileen Beauty & Cosmestic Centre selama dua tahun
dalam bidang kecantikan dan komestik di Kuala Lumpur dan telah berjaya mendapat sijil
Diploma pada 27th November 2003. Beliau telah bekerja di salon di sekitar Kuala Lumpur
hampir 5 tahun. Setelah itu, Encik Jaztih kembali ke daerah kelahirannya di Tambunan.
Berbekalkan pengalaman yang dimilikinya, beliau telah membuka perniagaan salonnya sendiri
pada tahun 2008.

Namun begitu, perjalanan yang dilalui oleh Encik Jaztih dalam usaha untuk menjadi
seorang usahawan yang memiliki sebuah salon tidaklah semudah yang disangka. Hal ini
demikian kerana, walaupun beliau telah mendapat pengalaman pernah bekerja di salon
terkemuka, tetapi beliau hanya seorang kakitangan yang perlu berkhidmat demi bosnya.
Selepas bekerja selama hampir lima tahun, beliau kembali ke daerah kelahirannya iaitu
Tambunan untuk memulakan perniagaan salon sendiri dengan modal simpanan sendiri yang
agak terhad. Walaupun mula-mulanya salon yang dimilikinya bukan besar sangat, tapi beliau
agak gembira kerana dapat mengusahakan salon sendiri.

Semasa beliau bekerja di salon terkemuka tersebut, beliau terpaksa berhadapan


dengan situasi dimana pelangganpelanggan tidak puas hati dengan rekaan rambut yang baru,
ada yang tidak puas hati dengan harga yang dibuka oleh salon terkemuka tersebut. Melalui
ketidakcekapan pengurusan salon tersebut dan segala permasalahan yang timbul, Encik Jaztih
akhirnya menyedari bahawa beliau sebenarnya berkemampuan untuk menguruskan
perniagaannya sendiri dengan membuka sebuah salon atas namanya sendiri. Beliau juga
memiliki sijil yang telah mengiktiraf beliau sebagai ahli kecantikan serta pengalaman-
pengalaman menguruskan sebuah organisasi serta stok pengurusan rambut dan produk-produk
kecantikan lain.

Jazz Salon merupakan sebuah premis perniagaan yang menawarkan perkhidmatan


yang berasaskan salun rambut, Nama Jazz Salon merupakan nama yang diambil daripada
nama pengasasnya sendiri. Jazz Salon ditubuhkan pada Januari 2008. Puan Jaztih merupakan
seorang yang amat berpengalaman kerana beliau amat meminati dalam bidang ini, Beliau telah
terlibat dalam bidang salun rambut semasa usianya 19 tahun tahun. Hasil daripada minat yang
mendalam dalam bidang ini, beliau memberanikan diri membuka sebuah kedai salun rambut.
Beliau memperoleh modal bagi menubuhkan salun ini adalah daripada modalnya sendiri dan
bantuan dari keluarga.

Premis perniagaan Jazz Saloon berada Lot 6, Tingkat 2, Mogong Sedco, Pekan
Tambunan, Sabah. Menurut Encik Jaztih pemilihan kawasan Pekan Tambunan menjadi sebagai
lokasi salonnya adalah kerana kedai gunting rambut yang sedikit dimana hanya terdapat dua
buah kedai gunting rambut yang ada di Pekan Tambunan ketika itu. Jadi, sememangnya
sebuah salon perlu didirikan di kawasan Mergong bukan sahaja kerana kurang persaingan
tetapi juga untuk kemudahan penduduk di kawasan Pekan Tambunan. Selain itu, Pekan
Tambunan juga merupakan kawasan yang strategik untuk dibina sebuah salon kerana status
Pekan Tambunan sebagai pusat perniagaan yang agak padat di daerah Tambunan ini. Terdapat
juga kemudahan seperti kemudahan bas, kemudahan runcit yang berkembang pesat pada
masa itu. Perkara ini mengukuhkan lagi pendirian Encik Jaztih untuk mendirikan sebuah salon
di Pekan Tambunan yang sedang membangun pada ketika itu.
Nama Jazz Salon pula dicadangkan oleh beliau memandangkan nama tersebut diambil
dengan namanya untuk menunjukkan minatnya dalam bidang kecantikan dan menggunting
rambut. Setelah menjumpai lokasi yang sesuai dan nama yang sesuai untuk salon yang ingin
ditubuhkan, Encik Jaztih telah mendaftar syarikatnya dengan nama Jazz Salon pada tahun
2008 setelah membuat pinjaman bank sebanyak RM 20,000.00 sebagai modal perniagaan.
Berkat doa dan sokongan isteri dan keluarga, segala urusan pendaftaran syarikat berjalan
dengan lancar.

Pada awal operasi, Jazz Salon hanya menyediakan perkhidmatan gunting rambut dan
perkhidmatan kecantikan yang biasa. Disebabkan pada masa kini, remaja sekarang minat
sangat dengan gaya rambut yang agak hangat seperti rebonding, perming, coloring dan
sebagainya, beliau telah memulakan semua perkhidmatan yang dinyatakan di atas. Jazz
Saloon bukan sahaja menyediakan servis bagi menggunting rambut, beliau turut menjual
produk-produk kecantikan dan penjagaan rambut. Antara produk yang terdapat di premis beliau
ialah solic hair tec, aily hair tonic, iron perm lotion, modern herbal hair treatment dan banyak lagi
yang terdapat di salun beliau. Produk yang tersebut merupakan produk utama yang digunakan
di kedai beliau.

Atas kepercayaan para pelanggan terhadap Encik Jaztih, perniagaan beliau kian
meningkat sehingga sekarang. Yang lebih menarik, ketika musim-musim perayaan atau majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan atau perayaan Pesta Kaamatan contohnya, ramai
permintaan perkhidmatan kecantikan daripada pelanggan yang diterima oleh Encik Jaztih.
Lama-kelamaan, sebuah perniagaan yang dimulakan dengan niat yang betul dan harapan
untuk dimajukan demi kemudahan penduduk Tambunan, khususnya dalam aspek kecantikan
akhirnya telah berkembang maju, memberi pulangan yang menguntungkan serta turut
membuka peluang pekerjaan. Kawasan Salon juga telah dibesarkan dan diubahsuai menjadi
lebih menarik dan selesa untuk para pelanggan. Tiga orang pekerja gunting rambut yang
ditugaskan untuk membantu Encik Jaztih dalam perniagaannya yang kian maju. Salon Maria
juga kini dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 7 malam.
2.2 Anggaran modal memulakan perniagaan

Keperluan memulakan Anggaran Kos


perniagaan
Sewa tapak dan kedai RM 5000 ( Sebulan)
Pengiklanan dan Promosi RM 1000
Peralatan Gunting rambut Rm 1500
dan kecantikan
Reka bentuk dalaman RM 3000
Insurans RM 1000
Gaji pekerja RM 1500
Lain-lain RM 3000
Jumlah Keseluruhan RM 15 500

2.3 Peralatan, bahan dan anggaran kos

Peralatan / Bahan Kuantiti set Contoh gambar Anggaran harga

Set \
pemotong
rambut

Mesin rambut

Bateri

Pengecas RM 100.00 x 4
4 set
bateri

Gunting

Sikat

Dua set
pisau perapi
Gunting layer RM 6.00 x 4
4 set

Pisau cukur RM 5.00 x 4


4 set

Mata pisau
4 set RM 3.00 x 10
cukur

Kain lapik (2
RM 6.00 x 4
meter) 4 set

Pin kain RM 1.00 x 10


4 set

Botol
penyembur RM 2.00 x 4
4 set
air

Cermin 4 set RM 2.00 x 4

Set kerusi
RM 250.00 x 4
dan cermin 4 set

RM 1624
Jumlah keseluruhan

2.4 Produk dan Diskripsi Perkhidmatan

Perkhidmatan-perkhidmatan dan Senarai Harga di Jazz Salon


Syampu, Potong, Stail, Blow-dry RM 38
Rawatan-rawatan Rambut dan Kulit Kepala RM 20
Pengadunan Warna atau Acara Kemuncak RM 40 keAtas
Misai dan Janggut Trim RM 7
Trim Misai RM 5
Cukuran anggun (Tuala panas, Balm) RM 30 (30 minit)
Stail rambut dan cukuran anggun RM 60
Pembentukan kening RM 12
Hias kuku Semula Jadi RM 15
Pedisel Royale RM 38
Muka RM 65
Urut Tisu Dalaman RM 75 (1 jam)
Laser menghilangkan bulu roma RM 85 keAtas

Produk-porduk Krim cukur, Minyak, Sabun, Aksesori-aksesori


Cream RM 20 keAtas
Liquid RM 18 keAtas

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT

Dengan perniagaan yang semakin berkembang ini, sudah tentu Encik jaztih juga terpaksa
berhadapan dengan pelbagai masalah yang memerlukan kebijaksanaan dan kewibawaan
beliau untuk menyelesaikannya. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, Encik Jaztih
sentiasa menguruskan masanya dengan bijak supaya beliau mampu membahagikan masanya
untuk bersama keluarga dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai usahawan di salonnya
demi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Beliau juga sentiasa memastikan
perniagaannya berjalan dengan lancar dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk
para pelanggan dan memastikan setiap perkhidmatan yang ada permintaan daripada
pelanggan disediakan. Di samping itu, beliau juga sentiasa memastikan perkhidmatan-
perkhidmatan yang berkualiti yang disediakan dengan harga yang berpatutan serta berpotensi
untuk diniagakan bagi menjamin sebuah perniagaan yang berdaya saing, maju dan berjaya.
Encik Jaztih juga berharap perniagaannya dengan pembukaan Jazz Salon ini sentiasa diberkati
Tuhan dan mampu memberikan kebaikan kepada dirinya, keluarga, setiap ahli masyarakat
serta negara.

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang
peniaga yang berjaya pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Tiada kejayaan
yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Hanya individu yang tabah dan
cekal mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini.
Tambahan pula di zaman perkembangan teknologi masa kini, produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar di
samping memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai.

Dalam menjalankan perniagaan dalam bidang berasaskan Salun rambut terdapat


beberapa masalah yang dihadapi oleh Encik jaztih dalam memastikan perniagaan terus
berjalan. Antara masalah yang dihadapi oleh Encik Jaztih adalah aspek penggajian pekerja, dan
pendapatan tidak menentu yang disebabkan oleh persaingan sengit dengan perniagaan salun
rambut lain yang terdapat di sekitar pekan Tambunan.

Berikut adalah antara cabaran yang ditempuh Encik Jaztih dalam perniagaan salun rambutnya.

1. Kekurangan idea Semasa baru ingin memulakan perniagaan, Encik Jaztih masih samar-
dalam samar dalam membuat perancangan untuk menjalankan perniagaan.
memulakan Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam
perniagaan memulakan perniagaan pada awal perniagaaan dilakukan. Kebuntuan
ini didorong oleh kekurangan kekuatan dalam mengurus dan
menjalankan perniagaan beliau. Memang tak dinafikan kebanyakan
peniaga akan mengalami masalah yang sama ini dalam memulakan
perniagaan. Semasa memulakan perniagaan Encik jaztih telah
mengambil beberapa langkah bagi memastikan perniagaannya berjalan
dengan baik. Antara aspek yang dititik beratkan oleh encik Jaztih ialah
mengetahui tentang modal perniagaan, pelanggan, pekerja, produk,
dan pasaran. Aspek ini penting untuk dititik beratkan bagi Encik Jaztih
dalam memulakan perniagaan beliau.
2. Masalah Perniagaan tidak boleh dijalankan dengan seorang diri. Maka,
pekerja diperlukan ramai orang untuk menjayakan perniagaan tersebut seperti
melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Sebagai contoh, kita perlu
peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian corak fesyen
tentang produk ataupun servis yang mereka buat kerana ramai
pelanggan mahukan sesuatu yang baru. Walaubagaimanapun, peniaga
juga kena berfikiran kreatif dan tidak malu untuk belajar kerana setiap
hari banyak fesyen baru akan muncul dan mereka harus mengejar
pembaharuan itu. Namun, peniaga juga berdepan dengan cabaran
seperti pelanggan tidak yakin kemampuannya dan tidak dapat
komunikasi serta tidak dapat faham apa yang disampaikan.

Cabaran yang seterusnya adalah kesukaran untuk mencari pekerja


yang benar-benar mahir. Tahap ini adalah agak sukar untuk
mendapatkan pekerja yang berpengalaman bekerja di bidang yang
berkaitan. Sebagai contoh, peniaga yang ingin membuka perniagaan
salon maka peniaga tersebut memerlukan pembantu yang mempunyai
pengalaman untuk gunting rambut, dandanan, solekan, hiasan dan
sebagainya. Sebagai contoh, beliau memang tak menang tangan
dalam memenuhi permintaan pelanggan yang perlukan khidmat
solekan serta rekaan rambut yang bersesuaian dengan imej pelanggan
pada musim perkahwinan. Mereka perlu memastikan bahawa
perkhidmatan atau produk mereka memberi kepuasan kepada
pelanggan serta pelanggan setia untuk datang balik untuk beli produk
atau servis mereka.

3. servis tidak Banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk meneruskan perniagaan ini
memenuhi seperti melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Sebagai contoh,
citarasa beliau perlu peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian
pelanggan corak fesyen rambut kerana ramai pelanggan mahukan sesuatu yang
baru. Walaubagaimanapun, beliau juga kena kreatif dan tidak malu
untuk belajar kerana setiap hari banyak fesyen rambut muncul dan
beliau harus mengejar pembaharuan itu. Namun, beliau juga berdepan
dengan cabaran seperti pelanggan tidak yakin kemampuannya
mengunting rambut yang memuaskan pada mereka.
4. Peralatan salon Selain itu, masalah yang perlu dihadapi oleh beliau ialah kekurangan
yang tidak peralatan-peralatan asas, termasuklah pengering rambut, gunting, rod
mencukupi pengkerinting rambut, papan meluruskan rambut, roda seting, dan
pemberus rambut. Sebagai contoh, kekurangan gunting yang tajam
akan menyukarkan kerja ketika menggunting rambut. Hasil dan mutu
boleh terjejas sekiranya peralatan gunting ini tidak berkeadaan baik.
5. Persaingan Cabaran yang selalu dihadapi oleh beliau ialah persaingan yang amat
sengit dengan sengit dari salon-salon lain. Perniagaan semakin sengit dalam arena
kedai salon perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang
yang lain hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih
murah, atau lebih pantas dari pesaing.

Antara punca persaingan yang hebat adalah penyediaan mutu


perkhidmatan, tawaran harga, pakej yang disediakan menyebabkan
pelanggan dapat membuat pilihan yang lebih banyak untuk memilih
kedai gunting rambut yang dapat memenuhi kemahuan mereka.

Selain itu, antara masalah yang dihadapi beliau ialah ketiadaan


stok barangan semasa diperlukan, stok barangan tiba lewat daripada
masa yang dijanjikan serta persaingan yang semakin hebat daripada
Salon Beauty dan Maria Salon yang terlebih dahulu dibuka.

Sebagai contoh, pelanggan semakin mementingkan guntingan


rambut fesyen terkini serta kualiti perkhidmatan yang baik. Dengan itu,
beliau perlu memenuhi keperluan pelanggan dengan peka kepada
trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini
mengikut arus zaman.

4.0 CADANGAN CARA MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI DALAM


PERNIAGAAN

MASALAH CARA MENGATASI


PERNIAGAAN
1. Kekurangan Sebagai seorang pemilik peniagaan, Encik Jaztih bukan sahaja perlu
idea dalam bijak dalam mentadbir syarikat serta para pekerja sahaja, tetapi
memulakan beliau juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan
perniagaan dengan bidang yang diceburi. Contohnya jika Encik Jaztih ingin
memulakan sebuah perniagaan salon rambut, beliau bukan hanya
sekadar perlu menggaji beberapa pekerja atau barber untuk
menggunting rambut kita juga sebagai pemilik juga perlu memiliki
ilmu dan kemahiran khusus dalam bidang ini untuk walaupun sedikit.

Encik Jaztih bukan sahaja dapat memastikan para pekerjanya


menjalankan urusan perniagaan dengan lebih baik, beliau juga
mampu merapatkan jurang yang dimiliki sebagai seorang bos dan
mereka sebagai pekerja. Ia dapat meningkatkan lagi produktiviti
dalam sesebuah urusan syarikat.

Jadi, sebelum Encik Jaztih memulakan perniagaan dan menggaji


pekerja, beliua perlu mempunyai ilmu dan kemahiran mengenai
bidang perniagaannya terlebih dahulu. Ia penting bagi memastikan
beliau benar-benar tahu apa yang para pekerjanya sedang lakukan
dan dapat membantu jika mereka melakukan sebarang kesilapan.

Dalam mencari ilmu, pengalaman serta kemahiran sebelum


memulakan perniagaan, beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh
Encik Jaztih sebagai persediaanya ialah :

i) bekerja bersama usahawan lain dahulu


Matlamat sebenar untuk bekerja dengan syarikat atau perniagaan
orang lain adalah untuk menimba ilmu dan bukan semata-mata
hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh majikan. Bekerja
kerana ingin belajar, bukan kerana wang.

Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda melakukan


pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses kerja anda.
Pengalaman ini mampu menjadikan perniagaan anda berjalan
dengan lebih sistematik lagi pada masa depan.

ii) mulakan perniagaan secara kecil-kecilan


Mula berbisnes secara kecil-kecilan sesuai dijalankan sekiranya
modal untuk mulakan perniagaan tidak mencukupi. Kelebihan bisnes
secara kecil-kecilan adalah dapat membantu peniaga untuk
mengembangkan perniagaaannya secara beransur-ansur.
Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan kecil-kecilan dapat
dibuat sebagai pusingan modal untuk mengembangkan lagi
perniagaan. Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada
menyebut bahawa langkah pertama kita dimulakan sejak masih bayi
lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk berjalan bukanlah pada
langkah pertama kita, sebaliknya dari bayi tatkala kaki kita masih
menerawang kesana-kemari. Bak kata Jutawan Senyap, Chef Li,
Biar Kecil Asalkan Berhasil, jadi, mulakan perniagaan anda secara
kecil-kecilan dahulu, kemudian baru besarkannya.

2. Masalah Masalah pekerja merupakan salah satu isu paling berat yang
pekerja dihadapi oleh para peniaga dalam menjalankan dan
mengembangkan perniagaan mereka. Apabila melihat pengalaman
peniaga dalam menjalankan perniagaan, kita boleh lihat adanya
kaitan rapat antara kejayaan sesebuah perniagaan itu dengan tahap
keupayaan mengekalkan para pekerja yang lama.

Dengan ayat yang lebih mudah, sesebuah perniagaan yang


mampu mengekalkan tempoh lama para pekerjanya kekal di dalam
perniagaan maka semakin mantap pencapaian sesebuah perniagaan
itu. Sesebuah perniagaan tidak berkembang dan diselubungi dengan
berbagai masalah adalah perniagaan atau syarikat yang menghadapi
pusingan pekerja keluar dan masuk terlalu tinggi.

Mungkin boleh dirumuskan bahawa untuk memastikan


perniagaan berkembang dan berdaya saing untuk pergi lebih jauh,
peniaga hendaklah pastikan pengurusan sumber manusia dijaga
dengan kemas dan rapi. Pemilik perniagaaan perlu mengambil berat
terhadap pengurusan sumber manusia dalam perniagaannya.

Tetapi malangnya kebanyakan daripada peniaga tidak menitik


beratkan hal pengurusan sumber manusia ini seolah-olah ianya
hanya khas untuk syarikat multinasional atau korporat besar sahaja.

Cuba lihat bagaimana syarikat besar yang berjaya


menguruskan sumber manusia mereka. Sikap para pekerja yang
bertugas di kebanyakan firma besar atau organisasi multinasional
yang berjaya seolah-olah mereka memiliki saham besar di dalamnya.
Mereka bersungguh-sungguh dan mempunyai komitmen yang tinggi
dalam tugasan mereka.

Sediakan visi dan misi jangka pendek dan panjang untuk


syarikat dengan ringkas, jelas dan padat. Bukan sekadar ikut-ikutan
untuk melengkapkan kerta kerja rancangan perniagaan dan salin apa
yang ditulis oleh syarikat lain. Pemilik perniagaan mesti ada impian
ke mana dia nak bawa syarikatnya dan dapat menceritakan dengan
jelas dan terperinci apa tanda-tanda bahawa syarikatnya telah
sampai di situ. Ramai yang mungkin tak dapat faham apa kah
bendanya visi dan misi itu sedangkan jauh disudut hati mereka telah
ada semuanya, cuma tak tahu nak luahkan.

Sediakan garis panduan jenis pekerja yang anda mahu. Dari visi
dan misi yang jelas syarikat dapat membuat garis panduan jenis
pekerja yang sesuai untuk syarikat. Dari visi dan misi juga syarikat
dapat menyediakan butiran tugasan bagi setiap jawatan yang
dibentuk bagi mencapai matlamatnya. Amalkan sikap lambat
merekrut dan pantas membuang pekerja yang tidak sesuai.
Semua daripada kita perlu ambil berat terhadap masalah pekerja
dalam syarikat yang sedang kita jalankan. Memang ia bukan satu
urusan yang mudah dan ambil masa. Itupun jika kita sudi
memulakannya dan melaksanakannya sambil membuat pembakan
tanpa henti sehingga tercapai maksudnya.

Seandainya tidak ada usaha untuk membetulkan masalah


pekerja yang dihadapi, dan jika tidak ada idea untuk selesaikan
dengan betul masalah pekerja, kadar pekerja yang masuk dan keluar
akan sentiasa tinggi dan syarikat sekadar beroperasi seperti sabut di
lautan yang kejap naik kejap turun berdasarkan arus perniagaan.
Kesimpulannya, selesaikan masalah pekerja dan sesebuah
perniagaan itu boleh pergi jauh
3. servis tidak Bagi menyelesaikan masalah ini, Encik Jaztih perlu lebih cekal dan
memenuhi berfikiran lebih kreatif bagi memperbaiki cara perkhidmatan kedai
citarasa salonnya agar dapar memenuhi kemahuan pelanggan. Contohnya,
pelanggan terdapat pelanggan yang membuat aduan fesyen guntingan rambut
yang dimahukan tidak diikuti oleh pekerja atau barber. Oleh itu,
sebagai pemilik Encik Jaztih perlu mengambil berat tentang masalah
ini dimana beliau perlu membetulkan pekerjanya dan mengajar
mereka bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam mempelajari
tren fesyen rambut yang terkini agar dapar memenuhi keinginan
pelanggan yang sentiasa ingin mengikuti fesyen rambut yang terkini.

4. Peralatan salon Kesempurnaan dari aspek fasiliti (peralatan dan teknologi) yang
tidak mencukupi bersesuaian dan bertepatan dengan perkhidmatan yang dihasilkan
dan tidak adalah sangat penting bagi membolehkan syarikat perniagaan
canggih melaksanakan perkhidmatan yang memuaskan pelanggannya.
Pelanggan masa kini mempunyai kesedaran yang lebih matang
terhadap nilai produk dan perkhidmatan yang mereka diterima.
Mereka menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik
berbanding dengan harga yang mereka bayar. Mereka juga
mempunyai alternatif yang luas untuk memilih peniaga yang dapat
menawarkan produk dan perkhidmatan dengan nilai yang terbaik
kepada mereka.

Justeru itu, Encik Jaztih perlu menawarkan produk /


perkhidmatan yang lebih komited terhadap isu meningkatkan kualiti
perkhidmatan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan perlu menjadi
satu agenda penting dalam perancangan strategik untuk Kedai salon
rambutnya.

Untuk mencapai keupayaan tersebut, Encik Jaztih perlu


memastikan kedainya dilengkapi dengan perlatan yang mencukupi
dan berkualiti sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta
mengekalkan kualiti perkhidmatan pelanggan.
5. Persaingan Persaingan yang sengit dengan kedai gunting rambut yang lain
sengit dengan adalah perkara yang lazim dihadapi oleh kesemua peniaga. Apa yang
kedai salon yang penting adalah mempunyai kecekalan dan keazaman yang tinggi
lain untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan pelanggan dalam
sesuatu perniagaan agar pelanggan tidak lari. Dalam hal ini, Encik
Jaztih perlu tekankan tentang mutu perkhidmatan pelanggan serta
merancang strategi yang lebih efektif supaya lebih ramai pelanggan
yang datang untuk memerlukan perkhidmatan di kedainya.

Encik Jaztih perlu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan


yang ada dalam perniagaannya. Encik Jaztih perlu menggunakan
kekuatan yang ada dan memperbaiki kelemahan yang ada. Misalnya,
Encik Jaztih bersaing dengan kedai gunting rambut yang lain yang
menawarkan harga yang lebih murah bagi setiap pakej perkhidmatan
salon. Bagi mengelakkan pelanggannya lari, Encik Jaztih perlu
menyediakan harga yang berpatutan disamping perkhidmatan yang
dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Selain itu, antara punca persaingan yang sengit adalah terdapat


kedai yang telah berubah kepada kedai salun ala hipster yang
menyediakan perkhidmatan gunting rambut yang menampilkan
fesyen yang lebih moden menyebabkan ramai pelanggan yang
beralih ke kedai tersebut khususnya golongan remaja. Oleh itu, Encik
Juztih perlu mempertingkatkan perkhidmatan kedai salon beliau
seperti menyediakan pakej perkhidamatan potongan rambut lebih
modendan terkini supaya dapat menarik minat pelanggan khususnya
remaja ke kedai gunting rambutnya.

Encik Juztih juga perlu mencari alternatif lain yang menjadi


kekuatan perniagaannya dalam menarik lebih ramai pelanggan.
Beliau perlu lebih kreatif merangka strategi seperti membuat kelainan
pada kedainya yang tidak ada pada kedai-kedai gunting rambut yang
lain. Contohnya, Encik Juztih boleh menyediakan tawaran mencuci
rambut secara percuma kepada pelanggan yang menggunting
rambut di kedainya. Perkara ini dapat menarik minat lebih ramai
pelanggan untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan di kedai
gunting rambut Encik Jaztih.

5.0 CADANGAN MEDIA PENGIKLANAN YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK


MEMPROMOSIKAN KEDAI GUNTING RAMBUT ENCIK JAZTIH

Strategi utama untuk melariskan perniagaan adalah melalui promosi dan pengiklanan. Pada
hari ini, kita dapat lihat betapa banyak papan-papan iklan, banting, poster, kertas-kertas iklan
dan bermacam lagi cara yang digunakan oleh para peniaga untuk menghebahkan perniagaan
masing-masing. Tidak dinafikan, promosi dan pengiklanan sememangnya salah satu cara
berkesan untuk menarik para pelanggan. Akan tetapi, penghasilan iklan yang lebih kreatif serta
menarik sudah tentu mampu memberikan impak yang lebih besar berbanding iklan-iklan biasa
yang lain. Cumanya, apabila sesebuah sebuah perniagaan telah menghasilkan suatu iklan yang
kreatif dan luar biasa, peniaga juga memastikan kualiti produk atau perkhidmatan yang anda
sediakan setara seperti mana yang telah anda iklankan. Jangan sesekali peniaga cuba untuk
menipu dalam pengiklanan kerana boleh membawa kesan buruk serta menggugat keyakinan
para pelanggan terhadap perniagaan peniaga.
Dalam era IT dan globalisasi ini, bermacam kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan
pengiklanan. Facebook, Twitter, Email, laman sesawang pengiklanan seperti mudah.my, e-
bay dan banyak lagi laman pengiklanan di internet yang boleh anda gunakan untuk
mempromosikan bisnes yang anda jalankan bukan hanya di dalam negara malah di seantero
dunia. Jika anda benar-benar kreatif dalam mengiklankan perniagaan anda, maka tidak
mustahil perniagaan anda mampu berkembang maju dalam sekelip mata. Dengan membuat
laman web yang dapat mengiklankan perniagaan kepada orang ramai.

Selain itu, kaedah pengikalanan yang lain adalah menempatkan risalah-risalah dalam pejabat-
pejabat bagi rujukan pelanggan-pelanggan. Mempromosikan perniagaan juga boleh dibuat
menerusi muatan iklan-iklan dalam majalah-majalah sosial tempatan atau dengan
menggunakan akhbar tempatan, majalah-majalah sosial tempatan atau melalui radio dan iklan-
iklan televisyen juga boleh dibuat tetapi hanya dalam keadaan tertentu seperti apabila
mempunyai jualan promosi-promosi semasa masa dalam tahun paling tertekan - musim cuti;
iklan-iklan televisyen tidak tertentu.
Zaman sekarang juga telah memperlihatkan begitu ramai individu yang gemar
menjalankan bisnes hanya melalui internet sahaja. Misalnya, seseorang individu itu mampu
untuk menjual pakaian hanya daripada rumah dan segala bentuk pengiklanan dan promosi
dilakukan melalui internet iaitu melalui blog atau laman web. Melalui medium membuka ruang
yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan Encik Jaztih sehingga membolehkan beliau
meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan di Tempat yang strategi apabila
mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai. Dengan penjualan produk yang
dihasilkan oleh Encik Jaztih sendiri juga dapat diiklankan melalui laman web yang dibina.
Semua orang dari seluruh tempat dan tidak terhad di daerah tambunan sahaja dapat membeli
produk jualan Encik Jaztih melalaui online.

Kesimpulannya, kreativiti dalam perniagaan memainkan peranan yang sangat penting


terhadap perniagaan itu sendiri. Banyak lagi cara dan kaedah untuk menjadikan sesuatu
perniagaan lebih kreatif dan menarik. Setiap aspek dalam perniagaan perlu diberi penekanan
bermula daripada aspek promosi sehingga ke jualan agar perniagaan tersebut benar-benar
membuahkan keuntungan. Pakar perniagaan internet, Irfan Khairi dalam tip perniagaannya ada
menyatakan bahawa seseorang ahli perniagaan yang ingin menjana idea yang kreatif perlulah
sentiasa bergembira dan berseronok kerana idea yang hebat seringkali datang apabila kita
berada dalam keadaan gembira dan seronok.

5.0 AGENSI KERAJAAN YANG BOLEH MEMBANTU DALAM PERMASALAHAN


SYARIKAT
- latihan dan pengurusan

- promosi pemasaran

You might also like