MPU3113 Hubungan Etnik 01042017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 /JANUARI 2017

MPU3113

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI : 831017015207001


NO. KAD PENGNEALAN : 831017015207
NO. TELEFON : 016-7111903
E-MEL : soon3252@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan 1

2.0 Sejarah parti politik yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah 2-5
Melayu pada tahun 1957.

3.0 Sejarah Penubuhan, kepelbagaian ahli, dasar parti dan manifesto 6-8
pilihan raya Parti Perikatan.

4.0 Empat program yang dijalankan oleh Barisan Nasional (BN) dalam 9 - 11
memupuk perpaduan ahli-ahlinya

5.0 Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk 12 14


memupuk perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia.

6.0 Kesimpulan 15

Apendiks / Rujukan 16 - 17

2
1.0 PENGENALAN

Definisi politik ialah sebuah tahapan untuk membentuk dan membangun posisi-posisi
kekuasan di dalam masyarakat yang berguna sebagai pengambil keputusan-keputusan
yang terkait dengan keadaan masyarakat. Pengertian politik dari para ilmuwan, Joyce
Mitchel berkataPolitik adalah pengambilan keputusan kolektif atau pembuatan kebijakan
umum untuk seluruh masyarakat. Karl W. Duetch dalam bukunya tertulis Politik adalah
pengambilan keputusan melalui sarana umum. Politik amat penting dalam pembangunan
dan perpaduan sesebuah negara.Oleh itu, parti-parti politik ditubuhkan untuk mewakili
majoriti.
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada
berbilang kaum. Hal ini menyebabkan negara kita unik dan istimewa dari segi
pembentukan parti-parti politik. Kebanyakan parti politik Malaysia terdiri daripada etnik
atau kaum tertentu. Elemen etnik diletakkan sebagai prasyarat utama dalam pembentukan
sesebuah parti politik dibentuk di negara kita. Parti perikatan ditubuhkan atas dasar
memupuk perpaduan rakyat. Sebagai contohnya, Barisan Nasional (BN) menggabungkan
UMNO, MCA, MIC dan parti politik yang berada di Sabah dan Sarawak untuk
membentukkan parti gabungan pelbagai etnik. Perpaduan negara adalah matlamat yang
penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh parti politik.

1
2.0 SEJARAH PARTI POLITIK YANG DITUBUHKAN SEBELUM
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU PADA TAHUN 1957.

2.1 Kongres Melayu Se-Malaya (UMNO)

Kongres Melayu Se-Malaya (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan rasminya.
Pengerusi Kongres yang pertama ialah Dato Onn bin Jaafar. Pada masa itu, Dato Onn
bin Jaafar selaku Pengerusi Pergerakan Melayu Johor mencadangkan menubuhkan
Kongres Melayu. Oleh demikian, satu himpunan yang dekenali sebagai Kongres Melayu
Se-Malaya pertama telah dirancang oleh Persatuan Melayu Selangor yang bertempat di
Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu. Tujuan utama UMNO ditubuhkan
adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatukan seluruh masyarakat
Melayu di Tanah Melayu serta mengadakan derma pelajaran kebangsaan Melayu. Dato
Onn bin Jaafar meletakkan jawatan pada tahun 1951 dan kepimpinan UMNO diambil
alih oleh Tunku Abdul Rahman. Konsep perjuangan UMNO juga ditukarkan dari Hidup
Melayu kepada Merdeka. Untuk mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman
menggabungkan parti-parti politik UMNO. MCA dan MIC sebagai Parti Perikatan pada
tahun 1954. Sejak masa itu, UMNO menjadi teras utama pergerakan ke arah
Kemerdekaan Tanah Melayu.

Bendera UMNO
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/7782-sejarah-umno.html

2
2.2 Malayan Chinese Association (MCA)

Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan pada bulan Februari 1949 dengan
rasminya. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. Matlamat utama MCA
ditubuhkan adalah untuk menyatukan kaum Cina di Tanah Melayu, melindungi hak dan
kepentingan politik, ekonomi dan sosial bagi kaum Cina di Tanah Melayu serta
bekerjasama antara kaum Cina dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh
kemerdekaan untuk Tanah Melayu. MCA ditubuhkan atas idea British supaya
membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British menghadapi darurat. Pada
hujung tahun 1930an, kebanyakan orang Cina menyokong Parti Kominis Malaya (PKM).
MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan British supaya dapat mematahkan
kegiatan komunis pada masa yang sama. Penubuhan MCA telahpun membuktikan
kepada kerajaan British akan kesetiaan orang Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah
diharapkan dengan demikian kaum Cina akan berusaha bekerjasama dengan kaum-kaum
lain untuk memperoleh kemerdekaan. Pada tahun 1953, MCA telah menangani sebuah
perjanjian kerjasama antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai
kemerdekaan melalui cara yang aman. Kejayaan pilihan raya Parti Perikatan antara
UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1955 mencepatkan proses kemerdekaan.

Bendera MCA
Sumber: http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=24-032017-111136-
03-201724&_param2=TS

3
2.3 Malayan Indians Congress (MIC)

Malayan Indians Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang
Dipertua Kongres yag pertama ialah John A. Thivy. Beliau pernah melibatkan diri dalam
Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan gerakan kemerdekaan India pada masa itu.
MIC ditubuhkan selepas satu persidangan yang telah didakan di Dewan Orang Ramai
Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada mulanya, MIC bergabung dengan persatuan-
persatuan India yang lain yang terdapat di Tanah Melayu. MIC ditubuhkan untuk
menyokong perjuangan kemerdekaan di India pada peringkat permulaan. Selepas India
mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC telahpun menukar tumpuan mereka
kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Matlamat MIC yang utama adalah untuk
menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial di antara kaum India di Tanah Melayu
dan menjadi saluran bekerjasama dengan kaum yang lain untuk memperjuangkan
kemajuan politik dan menuju kemerdekaan Tanah Melayu. Pada permulaan Penubuhan
parti, MIC kurang mendapat sokongan daripada kaum India. MIC dapat kebanyakan
sokongan daripada kaum India di seluruh Tanah Melayu apabila MIC bergabung dalam
Parti Perikatan pada tahun 1955. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
dalam pilihann raya lagi mengukuhkan sokongan kaum India kepada MIC.

Bendera MIC
Sumber: http://www.mic.org.my/history/

4
2.4 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ditubuhkan pada 16 September 1951. IMP adalah
sebuah parti pelbagai kaum yang pertama. Parti ini diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar.
Beliau keluar dari UMNO dengan semangat Perpaduan kaum untuk bergabung dengan
MCA dan bekas ahli UMNO serta MIC. Dato Onn bin Jaafar menubuhkan IMP setelah
berusaha ingin menjadikan UMNO sebuah parti berbilang kaum tetapi ditolak oleh kaum
Melayu. MCA dan MIC pernah bekerjasama dengan IMP pada tahun 1951 hingga 1953
tetapi akhirnya bekerjasama mereka gagal. Namun Presiden MCA Tan Cheng Lock
melihat potensi UMNO semakin kuat dan mendapat sokongan kaum Melayu telah
mengecewakan Dato Onn bin Jaafar. MCA dan MIC meninggalkan IMP dan bekerjasama
dengan UMNO untuk membentukan Parti Perikatan. IMP tidak dapat sokongan daripada
orang Melayu lagipun penyokong kaum Cina dan India tidak menaruh keyakinan
terhadap dasar Malaya untuk Malayan . Inilah menyebabkan pemimpin Cina dan India
menarik diri daripada menyokong IMP. Kegagalan dalam pilihan raya Bandaran Kuala
Lumpur 1952 menjadi IMP lumpuh dan mati dengan sendiri. Akhirnya, Dato Onn bin
Jaafar meninggalkan IMP untuk menubuhkan parti yang baharu dan IMP dibubarkan pada
tahun 1953 atas sebeb tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu.

(Sumber: http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=5475 )

5
3.0 Sejarah Penubuhan, kepelbagaian ahli, dasar parti dan manifesto pilihan raya
Parti Perikatan.

Pertubuhan Parti Perikatan bermula dengan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihan
Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. UMNO sebagai parti yang mewakili majoriti
penduduk Melayu sedar bahawa perjuangan kemerdekaan itu memerlukan pengorbanan
dan kerjasama serta sokongan daripada kaum-kaum yang lain adalah perlu bagi mencapai
kemederkaan. Dato Yahaya, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pilihanraya UMNO Kuala
Lumpur dan H.S.Lee, Pengerusi MCA Cawangan Selangor mengumumkan mengenai
UMNO dan MCA akan bekerjasama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis
Bandaraya Kuala Lumpur. Perikatan UMNO-MCA berjaya memenangi 9 kerusi daripada
12 kerusi dalam pilihan raya tersebut. Kemenangan ini menunjukkan usaha dan kerjasama
antara kaum disokong dan diterima dengan baik oleh penduduk di Tanah Melayu. Parti
Perikatan peringkat kebangsaan ditubuh secara rasminya pada September 1953. Pada
tahun 1954, MIC bergabung dengan Parti Perikatan dan Parti Perikatan UMNO-MCA-
MIC dibentukkan. Kemasukkan MIC melengkapkan pembentukan kerjasama antara tiga
kaum yang terutama bersatu buat pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu. Perikatan
ini memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya
Pertama pada 27 Julai 1955. Kerajaan pertama ditubuhkan bawah pimpinan Tunku Abdul
Rahman sebagai Perdana Menteri yang pertama. Usaha dan pengorbanan Parti Perikatan
membawa negara kita mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957.

Parti yang bertanding Jumlah kerusi yang Jumlah kerusi yang


ditanding dimenangi
Parti Perikatan 52 52
Parti Negara 30 0
Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 11 1
Liga Melayu Perak (LMP) 9 0
Malayan Party 3 0
Parti Buruh 2 0
Peoples Prgressive Parti (PAP) 18 0
Bebas 18 0
Keputusan Pilihan Raya Tahun 1955
Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1955

Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC berjaya didaftarkan sebagai
sebuah pertubuhan politik yang rasmi. Kerjasama pelbagai kaum Parti Perikatan berkesan
dan diterima oleh semua orang pada ketika masa itu. Gabungan parti merupakan satu
6
kekuatan yang baru bagi demokrasi. Berdasarkan perlembagaan Parti Perikatan, keahlian
terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sebuah Majlis Kebangsaan Parti
Perikatan mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA
dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini. Hal ini
menunjukkan kepelbagaian ahli dalam Parti Perikatan.
Parti Perikatan menggunakan kapal layar sebagai logo parti. Kapal layar melambangkan
bahtera yang gagah merenangi ombak dan rintangan demi mencapai hala tuju perjuangan
iaitu kemerdekaan.

Logo Parti Perikatan


Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/parti-perikatan-simbol-pakatan-antara-
kaum?
p_p_id=56_INSTANCE_P9Nx&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view
&p_p_col_id=column-inner-3&p_p_col_count=1&page=2

Parti Perikatan ditubuhkan atas tujuan mencapai kemerdekaan negara dalam tempoh
empat tahun. Manifesto Perikatan merupakan hasil tolak ansur dan kerjasama bersepadu
semua kaum dalam usaha mempercepatkan proses kemerdekaan.
Janji Perikatan kepada rakyat termasuklah berikut:
i. Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen
ii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
iii. Agama Islam sebagai agama rasmi
iv. Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu
v. Mengubahsuai undang-undang kerakyatan
vi. Menjalinkan hubungan antarabangsa
vii. Hak asasi manusia
viii. Sistem pendidikan kebangsaan
ix. Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun
Kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah mengugat usaha-usaha perpaduan dan
keharmonian yang dipupuk. Kejadian ini menyebabkan kerajaan merangka strategi dan

7
formula baru untuk menyatupadu kembali rakyat demi kestabilan dan keamanan negara.
Parti Perikatan diberikan imej yang baru pada 1 Jun 1974. Parti Perikatan digantikan
dengan sebuah parti politik yang baru, iaitu Barisan Nasional (BN).

Keratan akhbar tentang Penubuhan Parti Perikatan


Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-persekutuan-1955

APENDIKS

Gambar YTM Tunku Abdul Rahman berucap di majlis menyambut kemenangan pilihanraya
Parti Perikatan di Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-persekutuan-1955
4.0 Empat program yang dijalankan oleh Barisan Nasional (BN) dalam memupuk
perpaduan ahli-ahlinya

8
4.1 Rumah Terbuka
Amalan mengadakan rumah terbuka menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam kalangan
parti politik apabila tiba hari-hari perayaan utama seperti Hari Raya Aidifiltri, Tahun
Baharu Cina dan juga Hari Deepavali. Dengan adanya majlis rumah terbuka, hubungan
dan perpaduan sesama anggota masyarakat dan ahli-ahli politik sudah tentu akan
dieratkan. Sudah tentu perkara ini akan membolehkan para tetamu yang hadir berbual
mesra dan saling memahami antara satu sama lain, secara tidak langsung perpaduan dan
persefahaman antara tetamu akan dimantapkan. Sebagai contohnya, MCA mengadakan
rumah terbuka Chap Goh Meh sempena Tahun Baharu Cina. Walaupun majlis ini
dianjurkan oleh MCA tetapi ahli-ahli parti politik lain seperti ahli UMNO dan ahli MIC
turut dijemput untuk hadir agar perpaduan antara ahli-ahli BN dan rakyat setempat dapat
dipupuk. Rumah terbuka juga dianjurkan oleh UMNO Sempena Hari Raya Aidifiltri dan
juga mendapat kehadiran daripada ahli-ahli parti politik BN yang lain.

Gambar ahli-ahli BN menggaul Yee Sang sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina
Sumber: http://www.nst.com.my/news/2016/02/128929/malaysians-unite-celebrate-chap-goh-
meh-seremban

Gambar para hadirin sempena rumah terbuka Hari Raya Aidifiltri


Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
dt=0922&pg=mh_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2009
4.2 Program Gotong-royong

9
Program gotong-royong sentiasa dianjurkan oleh cawangan-cawangan parti politik.
Program ini bukan sahaja membawa manfaat kepada masyarakat tempatan malahan
dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli-ahli parti politik. Ahli-ahli
parti politik dapat bekerjasama dengan masyarakat tempatan agar hubungan antara
mereka dirapatkan. Selain itu, semangat cinta akan alam sekitar dalam jati diri peserta
dapat disemai melalui pelaksanaan tugasan seperti membersihkan longkang yang
tersumbat, membersihkan sungai dan membersihkan taman permainan. Sebagai
contohnya, seramai 50 orang sukarelawan BN yang terdiri dari ahli UMNO, MCA, MIC,
Puteri dan Pemuda telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan 3 buah
rumah ibadat selain mengecat semula bangunan yang usang di Pasir Panjang, Linggi.
Perkara ini dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan antara ahli-ahli politik dengan
masyarakat tempatan.

Sumber: http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=12287

4.3 Program Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN)

Program Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN) telah dilancarkan oleh Pergerakan


Wanita UMNO. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkasakan nilai-nilai
perpaduan dan integrasi di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum dan ahli-
ahlinya. Aktiviti yang dirancangkan oleh Program KAWAN yang pertama ialah kursus
mempelajari bahasan kedua. Kelas Mandarin telah dijalankan supaya ahli-ahli wanita
dapat mendalami secara asas bahasa-bahasa lain di negara ini bagi mengeratkan
hubungan semua masyarat di negara ini tanpa ada rasa rasis. program anjuran Wanita
UMNO ini adalah satu inisaitif yang terbaik dan harus dicontohi oleh semua ahli politik
yang lain.

10
46 orang pelajar berjaya mempelajari Mandarin selama tiga bulan.
Sumber: http://www.umno-online.my/2015/11/19/wanita-umno-lancar-program-kawan-
pupuk-nilai-perpaduan-dan-intergrasi/

4.4 Sambutan Bulan Kemerdekaan

Malaysia telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Setiap tahun sambutan ulang tahun
kemerdekaan diadakan secara besar-besaran. Kerajaan juga telah mengadakan Sambutan
Bulan Kemerdekaan yang bermula daripada 16 Ogos sehingga 16 September. Sambutan
Bulan Kemerdekaan ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan
rakyat. Perpaduan antara kaum amat penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju. Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memberi kesedaran tentang
tanggungjawab rakyat Malaysia untuk menghargai kemerdekaan yang telah diperolehi.
Sambutan Bulan Kemerdekaan bukan sahaja merapatkan perpaduan rakyat malahan
memupuk semangat perpaduan antara ahli-ahli politik. Sebagai contohnya, ahli-ahli
Barisan Nasional (BN) tidak kira ahli UMNO, MCA atau MIC telah bekerjasama
menyempurnakan tugasan sebelum aktiviti bulan Kemerdekaan supaya aktiviti yang
dirancangkan dapat dijalankan dengan lancar.

11
5.0 Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk memupuk
perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia.

5.1 Dasar pendidikan


Dasar pendidikan memainkan peranan yang penting untuk memupuk perpaduan dan
integrasi rakyat Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Walaupun pada peringkat
sekolah rendah diasingkan dengan bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan
pelajaran, sistem persekolahan, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,
kurikulum dan peperiksaan disamakan di semua sekolah rendah (Laporan Razak, 1956).
Pada peringkat menengah pula Sekolah Menengah Kebangsaan ditubuhkan dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Peranan kurikulum dalam
pendidikan adalah membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi JERIS, iaitu
jasmani, emosi, rohani dan akal untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia.

5.2 Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN )


Program ini mula dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Program ini diadakan bertujuan
untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasai muda di samping
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. PLKN juga berperanan melatih dan
memupuk perpaduan antara kaum dan menyemarakkan semangat kesukarelaan semua
kaum serta membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
ditangguhkan semasa mengumumkan semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.
Program Transformasi PLKN 2.0 menerusi program latihan berwajah baharu pada tahun
2017. Dipercayakan program ini akan memupuk perpaduan dan integrasi rakyat
Malaysia secara berterusan.

Poster Program Transformasi PLKN 2.0


Sumber: http://www.khidmatnegara.gov.my/index.php/ms/mengenai-plkn/objektif

12
5.3 Sekolah Wawasan

Sekolah wawasan ditubuhkan membawa makna dua atau tiga buah sekolah rendah yang
berlainan aliran digabungkan dalam satu kawasan. Setiap sekolah mempunyai bangunan
sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
pengubung. Tujuan konsep sekolah wawasan adalah untuk mewujudkan perpaduan dan
semangat integrasi murid-murid yang berlainan aliran serta melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah
negara yang bersatu padu.
(Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1199-
sekolah-wawasan.html).
Sebagai contohnya, sebuah sekolah wawasan yang bertempat di USJ 15, SK Dato Onn
Jaafar, SJKC Tun Tan Cheng Lock dan SJKT Tun Sambanthan. Menurut Puan Sabariah,
Guru Besar Dato Onn Jaafar, inisiatif Sekolah Wawasan wajar diteruskan terutama di
kawasan bandar kerana dapat menggalakkan interaksi antara kaum sejak dari sekolah
rendah. (sumber: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20160609/282398398685350 )

Sambutan Tahun Baharu Cina di sekolah wawasan (anjuran SJKC Tun Tan Cheng Lock)
Sumber: http://www.sjkcttcl.edu.my/

13
5.4 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar ekonomi baru diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai tindak balas atau reaksi
kepada peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini adalah tercakup dalam RRJP1 ( 1970-1990 ).
Tujuan utama DEB ialah bagi mewujudkan perpaduan negara, membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak
dikaitkan dengan mana-mana kaum atau keturunan. Bagi memastikan matlamat untuk
menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan
kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk
1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia
berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970
ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
(Sumber : http://www.epu.gov.my/ms/sosioekonomi/pendapatan-kemiskinan-isi-
rumah )
DEB yang telah dijalankan dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan
memupuk perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat Malaysia. Kemudian, Kerajaan
menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional sesuatu usaha kepada perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru. Langkah-langkah ini seharuslah diusaha oleh kita semua untuk
memastikan negara kita terus maju dan kehidupan rakyat aman dan damai.

14
6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, rakyat negara kita telah bersatu padu dan berusaha mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Usaha ini bukannya senang untuk dicapai. Oleh itu, kita
perlulah menghargai hasil perpaduan yang telah dibina. Perpaduan amat penting dalam
sesebuah negara untuk menjamin keamanan dan kedamaian di kalangan rakyat
terutamanya negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Sehingga kini, masyarakat kita
masih menghadapi banyak cabaran dan usaha dalam menyuburkan integrasi antara kaum
dan perpaduan kaum. Isu hubungan anatra kaum masih lagi dijadikan isu yang sensitif,
jadi pihak berkuasa perlu menangani masalah dengan bijaksana.
Penggabungan parti-parti politik pelbagai etnik seperti Barisan Nasional dan Pakatan
Harapan menunjukkan parti-parti di Malaysia semakin menitikberatkan kepentingan
kerjasama antara kaum dan bersedia menyelesaikan sebarang masalah mengenai politik,
ekonomi, pendidikan, sosial dan budaya di meja rundingan. Pihak berkuasa juga harus
ingat sentiasa bahawa pentingnya perpaduan dalam membentuk sebuah negara yang
utuh. Pihak berkuasa perlu berusaha menjalankan pelbagai program untuk mengukuh
perpaduan rakyat Malaysia. Di samping itu, kita sebagai rakyat Malaysia juga berharap
agar negara kita sentiasa aman, harmoni, bersatu padu, maju dan disayangi oleh semua
pihak.

(2661 patah perkataan)

15
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Rahman Embong. (2001). Negera bangsa: Proses dan perbahasan. Bangi, Malaysia:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hasnah Hussiin. (2010). Sejarah, isu dan dimensi. Kuantan, Malaysia: Penerbit Universiti
Malaysia Pahang.

Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Objektif sekolah wawasan. Dicapai dari


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1199-sekolah-
wawasan.html

Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Sejarah Penubuhan UMNO. Dicapai dari


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/7782-sejarah-umno.html

Laman web rasmi Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. (2017). Keputusan
Pilihanraya Tahun 1955. Dicapai dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-
pertama-1955

Laman web rasmi Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. (2017). Sejarah
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya. Dicapai dari
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=5475

Laman web rasmi Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. (2017). Sejarah
Penubuhan Parti Perikatan. Dicapai dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/parti-perikatan-
simbol-pakatan-antara-kaum?
p_p_id=56_INSTANCE_P9Nx&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p
_col_id=column-inner-3&p_p_col_count=1&page=2

Laman web rasmi MCA. (2017). Sejarah Penubuhan MCA. Dicapai dari
http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=24-032017-111136-03-
201724&_param2=TS

Laman web rasmi MIC. (2017). Sejarah Penubuhan MIC. Dicapai dari
http://www.mic.org.my/history/

Mohd. Sohaimi Esa, Dayu Sansulu, & Budi Anto Mohd. Tamring. (2011). Hubungan etnik:
Kelangsungan pembinaan negara bangsa. Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

16
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Shamsul Amri. (2007). Modul Hubungan Etnik, Malaysia: Pusat Penerbitan


Universiti(UPENA).

Ting Chew Peh. (1987). Hubungan ras dan etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur, Malaysia:
Pustaka Dimensi.

Utusan Melayu, 22 September 2009.

17

You might also like