Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Zaman kesultanan Melaka merupakan zaman kegemilangan kepahlawanan

dalam tradisi kesultanan di Tanah Melayu khususnya dan di Nusantara amnya,


pemerintahan kesultanan ini kekal selama lebih kurang satu abad iaitu dari 1400-
1500 di Melaka. Sungguhpun terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh
pembukaan negeri Melaka tetapi kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa
Melaka di buka sekitar 1400-an. Selepas abad ke-15, kesultanan Melaka ini tidak
terhenti begitu sahaja kerana telah diwarisi oleh Johor dengan beberapa kejayaan
lain. Kesultanan Melaka sebenarnya telah diasaskan oleh Parameswara, seorang
putera Raja dari Pelembang yang kemudian mengundurkan diri ke Singapura dan
seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka.
Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada empat tahap
iaitu tahap pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan
anaknya Mahkota Iskandar Syah. Tahap kedua ialah tahap pengukuhan iaitu pada
tahun 1424-1446 dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya
pengganti baginda manakala tahap ketiga ialah tahap kegemilangan (1446-1488)
dibawah pemerintahan sultan mansur Syah dan tahap kejatuhan (1488-1511)
dibawah pimpinan Sultan Mahmud Syah.[1] Kegemilangan Melaka telah dapat
dicapai ekoran daripada langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi
mengukuhkan negeri tersebut oleh raja-raja dan pembesar selepas pengasasannya.
Salah satu caranya adalah dengan melaksanakan pentadbiran dengan cara yang
cukup baik.

Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh
Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang juga berketurunan
Majapahit. Sebelum membuka Melaka merupakan sebagai raja Palembang
menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran
daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah
palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau
dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama
6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka. (Tome Pires ,Suma
Oriental)
Parameswara merupakan pemerintah Melaka yang pertama beliau merupakan
seorang yang bercita-cita tinggi. Sebagai contoh sewaktu percubaan menjadi raja di
Palembang dan Temasik walaupun percubaan itu gagal. Beliau juga seorang yang
berpandangan jauh sebagai contoh memerintah rakyat bercucuk tanam kerana hasil
pengeluaran beras dan tebu tidak mencukupi. Tindakannya menyusun satu pasukan
laut yang cekap untuk memberi perlindungan kepada pedagang telah menjadikan
Melaka sebagai pelabuhan entrepot yang penting ketika itu. Tindakan Parameswara
mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival ekonomi dan
keutuhan Melaka.[2] Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar
selat Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka.
Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian
menonjol di beberapa tahap awal abad ke-15.[3]
Pemerintah Melaka kedua ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah ataupun
Megat Iskandar Syah yang juga merupakan anakanda Parameswara. Baginda
memerintah dari tahun 1414-1423 M. Disebut dalam Sejarah Melayu sebagai
'memerintah istiadat takhta kerajaan baginda'.[4] Antara peraturan yang ditentukan
oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat
di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di balairung dan melantik para
biduanda.
Megat Iskandar Syah kemudian digantikan dengan Raja Kecil Besar dan
dinobatkan sebagai Sultan Muhammad Syah 1424-1444M. Baginda telah berkahwin
dengan Tun Wati anak Seri Nara Diraja atau Tun Pepatih Besar.[5] Beliau telah
banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan Melaka. Antara
pembaharuan yang dilakukan oleh beliau ialah menerangkan dengan terperinci
beraneka jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-
bagaib bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja
Melaka, memformalkan amalan adat istiadat yang berhubung dengan peraturan
kerajaan dan penentuan protokol.[6] memeluk agama islam melalui mimpi.
Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad. Selepas memeluk agama
Islam Raja Kecil Besar telah belajar tentang islam seperti sembahyang dan tuntutan
agama yang lain.
Pemerintah Melaka keempat pula ialah Seri Parameswara Dewa
Syah ataupun Sultan Abu Syahid (1444-1446). Tempoh pemerintahannya sangat
cepat dan dikatakan masih belum banyak perubahan yang mampu dibawanya.
Menurut sesetengah sumber, Walaupun Melaka adalah negeri Islam yang
agak muda masa itu, baginda dikhabarkan masih kuat berpegang dengan amalan
dan pengaruh agama Hindu. Baginda memakai gelaran Raja Sri Parameswara Dewa
Shah. Sultan Syahid Shah selepas hanya 17 bulan memerintah Melaka mangkat
dibunuh oleh satu konspirasi istana oleh kumpulan India Muslim Bendahara di
kepalai oleh Tun Ali. Namun ada juga yang mengatakan Sultan Abu Syahid masih
kanak-kanak ketika baginda dinobatkan sebagai Sultan, bahkan matinya pula dalam
dukungan Bendahara.

Raja Kassim (1446-1456) pula merupakan Sultan Melaka yang ke-5 dengan
memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.Baginda mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke
seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu Semasa pemerintahannya,
pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas
Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar. Semasa
pemerintahan baginda Melaka berada dalam tahap kegemilangan.
Pada itahun 1456 Sultan Muzaffar Syah diganti pula dengan Raja Abdullah
ataupun Sultan Mansur Syah sehingga tahun 1477. Semasa pemerintahan Sultan
Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembang dengan meluas ke seluruh Asia
Tenggara terutamanya ke gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwa dari Melaka telah
pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk
menyebarkan agama islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut
mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri
masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan
menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan negeri di
Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan
kebanyakkan penduduknya beragama islam
Kemudian, Sultan Alauddin Riayat Syah atau nama sebenarnya Raja Hussin
mulai menggantikan tahta kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1477 sehinggalah
1488. Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki takhta pada usia 15 tahun. Baginda
adalah seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. Sultan Alaudin Riayat
Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar.
Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda
meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang
menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan
mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi, ada juga sumber yang mengaitkan
Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Walaubagaimanapun kesahihannya masih
belum dipastikan oleh pengkaji sejarah. Baginda diganti oleh Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud atau Raja Muhammad meneruskan tradisi kesultanan
Melaka dan memerintah dari tahun 1488 sehingga 1511. Baginda merupakan
anakanda kepada sultan Alaudin Riayat Syah. Di sekitar tahun 1500, Melaka masih
berada di kemuncak kekuasaan dan kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat
empayar Melayu yang unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India,
tembikar dan sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta
markas aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu. Namun, pada tarikh 11
September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun Mutahir sebagai
Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal besar yang
diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka.
Kedatangan orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus
kemudian bermulalah keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kemudian, dipercayai Raja Ahmad dengan gelaran Sultan Ahmad Syah yang
memegang tahta kerajaan Melaka dari tahun 1511 sehingga 1516, iaitu ketika Melaka
diambang kejatuhan. Dipercayai selepas kematian sultan Ahmad Sultan Mahmud
mengambil kembali tahta dan menjadi sultan Melaka semula sehingga tahun 1528.
Pada kurun ke-15 dan 16 Masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik
di Alam Melayu, ekoran diripada sistem pentadbiran yang sistematik. Hal ini juga
kerana sistem pentadbiran di Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan
mengikut heiraki pemerintahan iaitu tergolong daripada golongan yang pemerintah
dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau
Sultan,kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan yang diperintah pula
terdiri daripada artisan,para pedagang, rakyat biasa dan hamba. Dalam mengawal
dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang paling penting. Sultan
menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak, hal ini dapat dilihat kerana Sultan
mempunyai kuasa dalam semua perkara. Contohnya Sultan berhak menjatuhkan apa
sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah
bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam
pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan. Kemudian, setelah ditabalkan
menjadi sultan, seseorang Sultan dianggap berdaulat. Dalam pertabalan selalunya
diakhiri dengan pengakuan dan pengikhtirafan oleh rakyat untuk mengikut dan
menjalankan titah taat setia dengan Raja. Sesiapa yang ingkar dianggap
menderhaka dan akan ditimpa tulah kerana Sultan memiliki pelbagai keistimewaan
seperti penggunaan bahasa, hak istimewa raja, iaitu penggunaan warna dan
perhiasan rumah dan perahu, alat kebesaran diraja dan penggunaan nobat diraja,
secara tidak langsung menunjukkan kedaulatan seseorang Raja.
Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada
kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memerintah dan
mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman
berpolitik dan mentadbir, iaitu pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan
Singapura yang membolehkan Parameswara marancang untuk memajukan Melaka.
Selain menjalankan sistem pemerintahan beraja, iaitu raja atau Sultan
mempunyai kuasa mutlak. Konsep ini sebenarnya dipengaruhi oleh unsur Hindu
sebelum mendapat pengaruh Islam. Bahkan pemerintahan Melaka terpengaruh
dengan sistem dari Srivijaya juga. Hal ini dapat dilihat apabila Melaka dibahagikan
kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat pentadbiran diraja, peringkat
ketenteraan dan peringkat daerah. Kekuasaan Raja Srivijaya dengan Sultan Melaka
juga hampir sama, iaitu baginda berkusa mutlak dan baginda bertindak sebagai
ketua kerajaan dalam pemerintahan. Pada zaman kerajaan awal juga raja digelar
`devaraja', iaitu raja yang memerintah dianggap luhur dan suci.
Namun selepas kemasukan pengaruh Islam, pemerintah berkuasa mutlak dalam
pemerintahan dan ketua agama Islam. Ketua negara dan pemerintah tertinggi dan
mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar.
Selepas kedatangan Islam raja menggunakan gelaran `Sultan' dan dianggap
sebagai Amirul-Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmim. Pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka, Sultan disebut `Zulliahifil`Alam' yang bermaksud
Sultan yang memerintah di dunia adalah wakil Allah di bumi. Sultan juga
mempunyai cop mohor yang melambangkan kuasa dan pengesahannya.
Sultan dibantu oleh pembesar-pembesar, untuk mentadbir di luar wilayah
yang dipanggil pegangan yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa
dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bagi mengukuhkan lagi perjalanan
pentadbiran ini, sistem perlembagaan telah diperkenalkan yang mana ianya diketuai
oleh Sultan, Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Berenam
Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Sistem ini dipelopori oleh Sultan
Muhammad Syah. Tulang belakang bagi sistem pentadbiran Melaka terdiri daripada
Orang Besar Berempat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Selain itu terdapat juga jawatan-jawatan lain yang menyokong ke arah
pentadbiran yang lebih baik dan lancar di Melaka.
Selain itu, jawatan lain seperti Datuk dan Pemungut Cukai, dan Saudagar turut
diadakan dan ini menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang tersusun dan
teratur di Melaka. Pembesar Empat Lipatan ialah gelaran empat pembesar utama di
peringkat pusat di negeri Melaka, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana,
Penghulu Bendahari, dan Syahbandar. Mereka ini juga digelar `Orang Kaya
Berempat'. Pembesar Empat Lipatan dibantu oleh pembesar 8, 16 dan 32. Biasanya
mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri daripada kalangan
keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan golongan kelas pembesar yang
memerintah.
Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran
raja ataupun Sultan. Sebagai contoh, di Melaka peranan Bendahara Tun
Perak sebagai The King Maker. Jarang sekali seorang rakyat biasa bolehmenjadi
pembesar kecuali yang benar-benar menunjukkan kebolehan yang luar biasa.
Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Pengaruh Srivijaya dapat juga
dilihat dalam bidang daripada pemerintahan yang dibantu oleh majlis pembesar.
Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura,
Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi
menjalankan dasar kerajaannya Pembesar berperanan sebagai orang perantaraan
antara raja dengan rakyat.
Namun dalam pentadbiran di Melaka terdapat siitem pembesar yang sangt
membantu kepada kecemerlangan Politik Melaka. Pembesar terutama di Melaka
adalah Bendahara yang juga dikenali sebagai Menteri Utama Melaka dan menjadi
orang kedua terpenting selepas kedudukan Sultan. Bendahara ialah orang kedua
selepas Sultan. Beliau ibarat sebagai Perdana Menteri dan Penasihat Sultan
bermakna Bendahara boleh juga menjadi Sultan jika tiada pengganti bagi keturunan
Sultan. Tugas Bendahara adalah menasihati Sultan dalam soal pentadbiran negara
dan perhubungan luar. Beliau juga boleh memberi arahan tanpa perintah daripada
Sultan jika untuk kepentingan negara. Malah apabila seseorang Sultan mangkat
beliaulah yang bertanggungjawab menjaga alat-alat kebesaran diraja dan selepas
tujuh hari menjemput Raja untuk ditabalkan. Bendahara juga bertindak sebagai
ketua hakim dan ketua seluruh pentadbiran Untuk menjadi Bendahara perlu
menjadi Penghulu Bendahari dan Temenggung terlebih dahulu. Jawatan Bendahara
adalah seperti seorang Perdana Menteri ada masa kini.
Malah, Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum.
Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut
bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak
Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.Bendahara juga
adalah bapa mentua Raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar
Seri Wak Raja. Antara gelaran-gelaran bagi bendahara ialah Paduka Raja, Paduka
Tuan, Seri Maharaja, Seri Wak Raja dan Seri Amar Diraja. Pada zaman
pemerintahan Parameswara, pentadbirannya dibantu oleh Bendahara, Tun Pepatih
Besar dan Bendahara Seri Wak Raja. Manakala semasa pemerintahan Seri Maharaja
ataupun Sultan Muhammad Syah baginda telah dibantu oleh Bendahara Seri Amar
Diraja. Wilayah pegangan Bendahara ialah Sungai Ujong dan memegang gelaran Seri
Nara Di Raja.
Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah
Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua
jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak pentadbiran Melaka yang
semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar
maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping
mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai
tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan
perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan
hulubalang di darat dan di laut ini.
Temenggung-pula di kenali sebagai Menteri Keselamatan dan bertanggungjawab
melaksanakan peraturan dan keselamatan negeri terutamanya mengenai
keselamatan. Sebagai Ketua Polis Negara, beliau boleh menangkap orang yang
bersalah, memasung dan menghukum mereka. Dalam majlis adat istiadat istana,
Temenggung bertugas sebagai ketua protokol dan mengatur tempat duduk mengikut
pangkat masing-masing. Diantara gelaran temenggung adalah Seri Maharaja dan
Setia Awadana. Dibawah jawatan Temenggung terdapat dua jawatan tentera iaitu
Hulubalang Besar dan Laksamana. Apabila raja berangkat dengan menaiki gajah,
adalah menjadi tugas Temenggung mengepalai gajah itu. Beliau akan menjaga
keselamatan dalam negeri. Temenggung akan menentukan timbangan dan kes
jenayah kecil. Temenggung bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan
yang betul dan mengawasi saudagar- saudagar daripada kepulauan Melayu
Selain itu, pembesar penting lain ialah, Penghulu Bendahari. Penghulu
Bendahari ialah orang kedua selepas Bendahara dan merupakan menantu
Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja
Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja. Penghulu Bendahari juga
bertangunggjawab ke atas Bendahari raja di negeri naungan. Beliau juga bertindak
selaku setiausaha kerajaan dan sebagai ketua pemegang khazanah dan harta
kerajaan. Bahkan, Beliau juga menyimpan daftar hamba raja bertepatan dengan
tugasnya sebagai ketua seluruh hamba. Penghulu Bendahari juga akan mengurus
kelengkapan dalam istana, mengurus makanan, menjemput tetamu dan memegang
kepala usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat pada Hari Raya.

Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting


ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan
entrepot. Syahbandar akan menyelia hal-ehwal pelabuhan yang semakin rumit
dengan urusniaga. Syahbandar juga ditugaskan mengutip cukai dari pedagang-
pedagang dan pembesar . Selainitu, meguruskan hal berkaitan dengan pedagang
asing serta mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk
menyimpanbarang.Syahbandar turut memainkan peranan penting dengan menjadi
nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka
meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan
aktiviti perdagangan.
Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan
Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya dimulakan oleh Ratu
Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama
menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah
setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan
secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah
sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin
kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati
semakin menurun. Laksamana ibarat ketua angkatan laut. Beliau akan menentukan
keselamatan dan keamanan di perairan Melaka. Secara tidak langsung urut
bertangungjawab menjaga keselamatan Negara. Selain itu, Laksamana akan menjadi
pengawal peribadi Sultan. Beliau juga merupakan ketua utusan ke seberang laut.
Manakala, di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir
peringkat kampung. Pembesar akan memastikan penduduk di bawah jajahannya
sentiasa taat setia terhadap Sultan dan kerajaan. Pembesar akan membekalkan
tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga sebagai tenaga tentera
untuk ekspedisi memperluaskan empayar.Pembesar daerah atau penggawa juga
berperanan untuk memungut cukai di kawasannya. Pembesar pusat pula mengutip
cukai dari kawasan pegangannya.
kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai
perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu
burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir
Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat
lebih banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan
di kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus.
Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan
keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar
kosmopolitan. Menurut laporan China, Peraturan dan peruntukan kemudahan yang
baik seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk memberitahu jika
ada kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan
antara negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan
hebatnya demi menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat
pintu. Pada waktu malam ada orang mengawal. Hal ini membuktikan pentadbiran
terhadap hal perdagangan turut berjalan dengan penuh sistematik.
Sultan bertanggungjawab untuk mewujudkan hubungan baik dengan
kawasan-kawasan yang boleh mendatangkan sumber ekonomi (kawasan
pendalaman). Sultan menguasai bidang ekonomi dengan cara mengutip hasil-hasil
pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan hamba- menjana pendapatan dengan
hasil cukai.
Pentadbiran akan berjalan dengan baik apabila mempunyai pembentukan
sistem undang-undang yang mantap. Sultan mempunyai daulat dan kesaktian untuk
mengukuhkan kedudukan raja seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang
Laut Melaka yang diketuai olehnya. Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati
terhadap sesiapa yang dikatakannya pesalah. Selain itu, Raja turut berkuasa
menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak
boleh mempertikaikannya. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah yang
bertanggungjawab menyusun semula undang-undang Melaka semasa
pemerintahannya.
Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk
menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik mahupun kekecohan dalam
masyarakat sama ada antara sesama induvidu ataupun kelompok. Di Melaka, dalam
memastikan kestabilan politik dan Negara. Kerajaan Melaka pada masa tersebut
telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan
pentadbiran.Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka pada
waktu itu, iaitu Undang-undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun
melaka iaitu undang-undang darat Melaka yang merangkumi peraturan yang harus
diikuti oleh semua masyarakat di melaka dengan meliputi tentang semua tanah,
sungai, dusun dan tanah jajahan Melaka.
Penubuhan undang-undang ini bertujuan untuk mengawal keselamatan dan
keamanan negeri Melaka pada waktu itu.Pada mulanya Hukum Kanun Melaka
ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Namun, semasa zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar
berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam
Hukum Kanun Melaka ; Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu
dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada
hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong
tangannya. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka
pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan
keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di
Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam
manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing.
Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan
cina. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan
perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum
seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa
di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan sikap Sultan-sultan Melaka
yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat
yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain
seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang
dan menetap di Melaka.
Manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai Undang-undang Laut Melaka
atau adat pelayaran Melaka. Teks ini diterjemah sebagai the maritime laws of
Malacca. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran
Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-
undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, hukum-
hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, cara
berjual beli, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka ditulis untuk
melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan
kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Sebenarnya
undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak iaitu
pengaruh kemasukan islam. Dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah
berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai
pusat politik di nusantara. Secara tidak langsung telah membuktikan satu system
pentadbiran yang baik dan cekap dari kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan Melaka terkenal di Alam Melayu dengan kejayaannya dalam
menguasai tanah-tanah jajahan. Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah
menjalankan dasar penaklukkan, kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-
kerajaan lain bagi menambah kekuatan pengaruhnya.Hal ini dapat mengukuhkan
lagi politik dan system pentadbiran Melaka. Dengan adanya pengaruh yang banyak,
malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain, yang
sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.
Selain itu, terdapat juga negeri-negeri yang secara sukarela meminta untuk
menjadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, pattani dan lain-
lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam. Bahkan, Melaka juga telah
berjaya menakluki negeri-negeri dikepulauan Asia Tenggara. Penaklukan dibantu
oleh orang laut, angkatan laut Melaka dengan wawasan ahli-ahli politik dan
pentadbir Melaka seperti Seri Nara Diraja, Bendahara Tun Perak dan Tun Mutahir.
Tujuan penaklukan adalah untuk mendapatkan hasil perdagangan, terutamanya
dari kawasan yang kaya dengan sumber-sumber seperti Kelang, Kelang, Selangor,
Bernam, Manjung, Beruas,Selangor dan kedah yang kaya dengan Bijih Timah. Bijih
timah dicairkan dan dijadikan kepingan Jongkong untuk dieksport. Manakala Siak
pula dikuasai bagi membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emasnya untuk
dibawa ke Melaka bagi tukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing yang lain.
Selain itu, penaklukan terhadap Kampar dan Rokan juga penting untuk mengawal
eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah pedalaman Minangkabau.
Manakala penguasaan Melaka ke atas Riau-Lingga pula mempunyai matlamat
perdagangan secara tidak langsung, iaitu supaya bahan-bahan keluarannya dapat
dieksport ke Melaka di samping dapat membekalkan kepada Orang Laut sebagai
pendayung kapal perang tentera laut Melaka untuk tujuan penaklukan.
Walaupun Melaka menakluk banyak kawasan-kawasan yang berada di
sekitarnya, Melaka tetap membiarkan Negara jajahannya itu menajalankan sistem
pemerintahan sendiri. Hal ini termasuklah Raja atau sultan di negara tersebut masih
berhak bertahta, Cuma kerajaan Negara tersebut diwajibkan membayar ufti
perlindungan pada waktu-waktu tertentu dan dengan kadar tertentu.
Melaka juga telah menakluk kawasan Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri
dan Tungkal yang merupakan kawasan di pantai Timur Sumatera. Kawasan ini
membentuk bahagian Zon Barat dan dilengkapkan dengan Zon Bahagian Timur
seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Kecil menganjur
sehingga ke Brunei untuk membentuk bahagian Selatan. Penaklukan ketiga-tiga zon
ini membolehkan Melaka mengawal sepenuhnya kapal-kapal yang menggunakan
Selat Melaka sebagai jalan perhubungan di antara Timur dengan Barat.
Melaka di beri jaminan oleh jajahan takluknya dari segi keselamatan
pelayaran melalui Selat Melaka, mata wang untuk urusniaga, pelaut untuk
perkapalan, askar bagi keselamatnnya dan bekalan makanan untuk penduduknya.
Dengan menguasai hasil bumi jajahan takluknya membolehkan pemimpim Melaka
menubuhkan kuasa politik dan pentadbiran istana terhadap golongan pembesar
Melaka, dan membina empayar Melaka melalui kuasa tentera serta
memperkukuhkan pengaruh politik Melaka. Hal ini telah membuktikan Melaka
mempunyai strategi yang tersendiri dalam mentadbir negaranya.
Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan China juga
merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembangan politik Melaka
dan membuktikan satu pengurusan pentadbiran yang baik. Melaka telah mentadbir
hubungannya dengan Negara China dengan begitu baik sekali, hal ni dapat dilihat
dengan peristiwa apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada
tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China. Ekoran
daripada penghantaran utusan tersebut, Parameswara diberi pengakuan secara
rasmi pada tahun 1406, pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop
mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning. Dengan
terjalinnya hubungan tersebut dikatakan Melaka mendapat perlindungan negeri
yang mempunyai kuasa yang terkuat di asia.
Hal dapat menjamin keselamatan Melaka, khasnya daripada ancaman Siam.
Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan
China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang
bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyerang dan
menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China
Konklusinya, Keagungan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke
tangan Portugis pada tahun 1511 dan kerajaan Acheh telah menggantikan Melaka
sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di rantau Asia Teggara.
Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka muncul sebagai kerajaan
yang gemilang pada abad ke 15 hingga 16. Sistem pemerintahan Melaka
memperlihatkan satu bentuk pemerintahan sistematik dan sangat teratur, iaitu dari
pemerintahan tertinggi sehinggalah pentdbir di peringkat bawahan . Terdapat
pelbagai bukti yang telah menunjukkan kehebatan Pemerintahan Beraja Kesultanan
Melayu Melaka, termasuklah dengan memperkukuhkan konsep daulat dalam
kesultanan melayu Melaka itu
Kejayaan dan kemajuan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu yang berjaya
banyak didokong oleh keupayaan pemerintahnya. Bermula dengan pengasasan
Kesultanan Melayu Melaka oleh Parameswara berjaya mengukuhkan kedudukan
negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Tidak dapat dinafikan juga
bahawa corak dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh sultan-sultan Melaka
telah memberi impak yang besar kepada tampuk pemerintahan Pemerintah-
pemerintah seterusnya. Pada ketika itu, jatuh atau bangun sebuah negara adalah
dipengaruhi oleh tahap kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang pemerintah di
samping dengan bantuan para pembesarnya. Melaka telah mengalami zaman
pengukuhan dan zaman kegemilangan sehingga awal kurun ke-15 yang mana pada
akhirnya terpaksa melalui zaman kejatuhannya setelah ditawan oleh Portugis pada
tahun 1511.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1989). Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara
Tradisional. Kuala Lumpur : Pena Sdn.Bhd.
Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y. (1982). Sejarah Malaysia. London:
Macmillan Press .
Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu satu kajian daripada Aspek Pensejarahan
Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein.(1996). Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. (1993). Tamadun
Melayu jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Joginder singh jessa. (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Jamil Mukmin.(1994). Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Kuala
Lumpur:Nurin
Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1990). Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa
Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rahmat Saripan.(1983). Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka : Marathon
Engraving.
Shellabear, W.G (Diusahakan). (1975). Sejarah Melayu. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Shellabear W.G., (1903). Sejarah Melayu American Mission. (edisi kedua).
Singapura.
Shellabear, W.G (ed), Sejarah Melayu ( The Malay Annals ). Singapura:
Malaya Publishing House Limited.
Zainal Abidin Abd Wahid. (1970). Glimpses of Malaysian History. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

You might also like