Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KG CHERAS BAHARU

JALAN 34B, KAMPUNG CHERAS BARU


56100,AMPANG, KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS BARU

TARIKH
MAC OKTOBER 2016

ANJURAN
PANITIA BAHASA INGGERIS
SK KG CHERAS BAHARU
1.0 PENDAHULUAN
Panitia Bahasa Inggeris SK Kg Cheras Baharu telah merancang untuk mengadakan
program Walk With Me My Dictionary. Program ini akan melibatkan murid-murid tahun
4 hingga 6.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk menerapkan kepentingan penggunaan kamus di
kalangan pelajar. Ini adalah kerana, pihak panitia mendapati murid-murid kurang
menggunakan kamus dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris dan ini merupakan salah
satu faktor kepada kurangnya penguasaan kosa kata di kalangan mereka. Penekanan
kepada penggunaan kamus dapat membantu murid mencari dan mengamalkan
pembelajaran kendiri (self assess learning).

Program ini turut bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid kepada cara
penggunaan kamus dengan betul (bagi murid tahap 2). Penggunaan kamus yang betul
akan dapat membantu murid mencari maksud perkataan dengan cepat dan tepat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan penguasaan kosa kata murid melalui penggunaan kamus.
3.2 Memupuk konsep self asess learning di kalangan murid dalam mempelajari
Bahasa Inggeris.
3.3 Meningkatkan keyakinan murid dalam menggunakan Bahasa Inggeris.

4.0 TARIKH,TEMPOH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dirancang ialah bermula dari bulan Mac hingga Oktober.
4.2 Dilaksanakan di dalam kelas semasa PdP oleh guru Bahasa Inggeris.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


5.1 Semua murid tahun 4 hingga 6
6.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK & PELAKSANA PERKHEMAHAN
BERSEPADU 2016
(Rujuk lampiran A)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


(Rujuk lampiran B)

8.0 PENUTUP

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................
(NOOR HAZA AZURA BINTI HASHIM ) (NORDIN B. KOHER)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar,
SK Kg Cheras Baharu SK Kg Cheras Baharu
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga dengan perlaksanaan program ini, murid-murid akan lebih berkeyakinan dalam
menggunakan Bahasa Inggeris dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi matapelajaran
Bahasa Inggeris secara keseluruhannya.

You might also like