Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE - 40

TUAN HAJI ZAHID BIN HAJI MOHD SANI


PENGURUS SUMBER MANUSIA
KIMBERLY CLARK (M) SDN. BHD

6 APRIL 2014 ( AHAD )


2.00 PETANG
DEWAN SK SERI
KAMPUNG TENGAH
Kata Penghargaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru



Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40
pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG
boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam
bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan
tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi
2013/2014 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini.
Saya berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru banyak
membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik secara berkala untuk
anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan
dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana
bagi membantu sekolah ini.
Selain itu, ke arah menjayakan program sekolah, kita sebagai ibu bapa amat
berperanan mendidik serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri
yang baik dapat diterapkan. Dengan ini akan membantu pihak sekolah
mengukuhkan keperibadian anak-anak sewaktu di sekolah. Saya percaya dan yakin
bahawa disiplin diri amat penting di samping pengukuhan bidang agama untuk anak-
anak meraih kejayaan.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan
bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini. Sekian,
terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sekian, wassalam.

.......................................................
(ABD WAHID BIN MAHMOOD)
Yang Di Pertua PIBG
SK Seri Kampung Tengah

2
Kata Alu-aluan Guru Besar

Saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan keizinanNya, maka sekali lagi warga SK Seri Kampung Tengah dapat
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan puan
untuk sama-sama hadir melapangkan masa bagi tujuan menjayakan dan
memeriahkan majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua Jawatankuasa
PIBG yang banyak membantu pihak sekolah. Kerjasama seperti ini sesungguhnya
membantu aktiviti sekolah secara tidak langsung serta memperlihatkan PIBG di
sekolah ini aktif dan berfungsi.
SK Seri Kampung Tengah telah memiilih moto sekolah yang berbunyi Berjaya
Tetap Berjaya, Bersama Kita Buktikan. Moto ini dicipta bertujuan untuk
mengembeling semua tenaga pihak yang terlibat untuk mencapai kejayaan khasnya
untuk murid-murid semua. Kejayaan demi kejayaan telah kita kecapi namun, tanpa
usaha dan kerjasama dari semua pihak, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai.
Harapan saya semoga usaha murni dari kita semua dapat diteruskan demi
kemajuan sekolah ini.
Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDP PIBG, guru-
guru, para pelajar serta warga kerja SK Seri Kampung Tengah atas kejayaan
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 ini. Saya berdoa semoga SK Seri
Kampung Tengah ini menjadi sekolah yang dapat melahirkan modal insan
cemerlang sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan kita.

Berjaya Tetap Berjaya.

......................................................
(MD. HATTA BIN SAMIAN)
Guru Besar
SK Seri Kampung Tengah

TENTATIF PROGRAM 3
2.00 petang : Pendaftaran
: Para jemputan berkumpul di dewan

2.15 petang : Bacaan Doa


: Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Zahid bin Haji Mohd
Sani

3.30 petang : Penyampaian cenderamata kepada Perasmi


: Minum petang

3.45 petang : Ucapan Guru Besar


: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 dimulakan
: Ucapan Pengerusi
: Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
: Perkara-perkara berbangkit
: Membentangkan dan mengesahkan Laporan Kewangan
Tahun 2013
: Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2013
: Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2014
: Membahaskan usul
: Hal-hal lain
: Ucapan Penangguhan

5.00 petang : Cabutan bertuah


: Bersurai

JAWATANKUASA KECIL 4
PENGELOLA
PENAUNG
Tn .Hj. A. Manaf bin Muslimin
Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

PENGERUSI
En. Md. Hatta bin Samian
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Norhaini binti Yaacob
GPK 1
En. Haron bin Sarif
GPK HEM
Pn. Hjh. Rashidah binti Jais
GPK KOKO
En. Salleh bin Manap
GPK

SETIAUSAHA
Pn. Normazida binti Ahmad

BENDAHARI
Pn. Mariam binti Sariman

AJK TERTINGGI
En. Abdul Wahib bin Mahmud
En. Najid bin Mohamed
En. Md Yazid bin Dawam
En. Naim bin Suib
En. Zailan bin Ishak
Pn. Siti Fauziah binti Shaari
Pn. Faridah binti Gendak
Pn. Azurra binti Kamin
En. Idris bin Shariff
En. Syaiful Azam bin Selamat
Pn. Hjh. Norasmah binti Ismail
Pn. Hayati binti Munajat
Pn. Ariesiah binti Fathil

JAWATANKUASA KECIL 5
PENGELOLA
PENYAMBUT TETAMU
En. Md. Hatta bin Samian
Pn. Norhaini binti Yaacob
En. Haron bin Sarif
Pn. Hjh. Rashidah binti Jais
En. Salleh bin Manap
En. Baharuddin bin Mohamad Said
En. Abdul Wahib bin Mahmud
En. Johani bin Rajikin

BUKU PROGRAM
Pn. Normazida binti Ahmad
Pn. Fazilah binti Abdul Razak
En. Ruhaizat bin Moin

CABUTAN NOMBOR BERTUAH


Pn. Norleha binti Bari
Pn. Liza binti Abdul Rahman
Pn. Saleha binti Bakar
Pn. Rohayu binti Zainal
Pn. Nik Zuraidah binti Abdul Wahab

PENDAFTARAN
Pn. Hjh. Norasmah binti Ismail Tahun 1
Pn. Siti Zalena binti Ismail Tahun 2
Pn. Hartinie binti Ahmad zainuddin Tahun 3
Pn. Sazalita binti Sahudi Tahun 4
Pn. Siti Rusmaya binti Rusman Tahun 5
Pn. Zainab binti Buang Tahun 6
Pn. Noraizah binti Md. Aman Pendidikan Khas

ISTIADAT DAN KOMPANG


En. Taha bin Salleh
Tn. Hj. Nordin bin Nasiman

PENGACARA MAJLIS
Pn. Maryanti binti Jamaluddin
En. Khairul Anwar bin Mohd. Salim

PENGACARA CABUTAN BERTUAH


En. Faizal bin Jailani

JAWATANKUASA KECIL 6
PENGELOLA
BACAAN DOA
En. Idris bin Shariff

PERSIAPAN PENTAS
Pn. Ariesiah binti Fathil
Pn. Faridah binti Mohd Yusof
Pn. Asiah binti Ahad
Pn. Norashidah binti Hassan

KAIN RENTANG
Pn. Hayati binti Munajat
Pn. Maryati binti Marsan
Cik Nornaimah binti Atan

BUNGA MANGGAR DAN ROZET


Pn. Nooraini binti Mohmad
Cik Rafidah binti Sapiee

PERAKAM PERISTIWA
En. Aryadi bin Katiman
Pn. Humairah binti Jailani

CENDERAMATA VIP
Pn. Surina Binti Suliman
Pn. Rohana Binti Taufik

HADIAH CABUTAN BERTUAH


Pn. Julailee binti Manan
Pn. Emik Evelyn binti Diarin
Pn. Torsiah binti Ambali
Pn. Rasidah binti Salkam
Pn. Hjh. Zarina binti Abdullah

HADIAH PEMBAWA USUL


Cik Dayang Nurfarahain Faeeza binti Md. Hassim
Cik Siti Fairuz Falijah binti Mohd Soor
Cik Nor Hidayah binti Mohmad
Cik Suhaiza binti Mohd Salleh
Cik Norshilawati binti Tutur
Cik Nazian binti Bujang

JAWATANKUASA KECIL 7
PENGELOLA
PERSIAPAN DEWAN
En Syaiful Azam bin Selamat
En. Azizan bin Rambai
En. Ali Rahman bin Mahmod
En. Abdul Siddik bin Mohamad
En. Faizul bin Keliwon

KEBERSIHAN DEWAN
En. Ibrahim bin Khamis
En. Zulkifli bin Elias
En. Mohd. Hakimi bin Hussin
En. Kamarul Zaman bin Ahmad
En. Hamdan bin Mohamad

JAMUAN VIP
Pn. Roze binti Puasa
Pn. Siti Aisah binti Mohd Noh
Pn. Rozana binti Ab Rahman
Pn. Siti Narimah binti Sh. Abdullah
Pn. Maslina binti Muhammad

JAMUAN IBU BAPA DAN GURU


Pn. Mariam binti Sariman
Pn. Idazailiza binti Yahaya
Pn. Nurhaneem binti Mahazir
Pn. Rohana binti Jailani
Pn. Siti Alawiyah binti Ali
Pn. Jazimah binti Hussain
Cik Aminah binti Sadique

PENCATAT MINIT MESYUARAT


Pn. Norilyana binti Ishak

PENCATAT GURU BESAR


Pn. Nadia binti Ishak

PENCATAT YANG DIPERTUA


Pn. Hjh. Ashikah binti Hasanuddin

PENCATAT PERASMI
Pn. Radziah binti Daud

SIARAYA
En. Kamarulhisyam Bin Tahir
En. Nor Jaihan bin Abd Wahab

SENARAI KEHADIRAN
8
MESYUARAT AJK PIBG TAHUN
TARIKH MESYUARAT
BIL NAMA 2.5.2013 9.7.2013 20.8.2013 28.10.2013 10.2.2014
1. En. Abdul Wahib Bin Mahmud / / / / /
2. En. Najid Bin Mohamed / / / / /
3. Pn. Normazida Binti Ahmad / / / / /
4. Pn. Mariam Binti Sariman / / / / /
5. En. Naim Bin Suib / O O O /
6. En. Md. Yazid Bin Md. Dawam / O O O O
7. En. Mohd. Zailan Bin Ishak / O / O O
8. En. Shaharuddin Bin Abd. Rahman O O O O O
9. Pn. Azurra Binti Kamin / / / / /
10. Pn. Siti Fauziah Binti Shaari / O / O /
11. Pn. Faridah Binti Gendak / / / / X
12. En. Idris Bin Shariff O O / O O
13. En. Syaiful Azam Bin Selamat / / / / /
14. Pn. Hjh. Norasmah Binti Ismail / / / O /
15. Pn. Hayati Binti Munajat / / / / /
16. Pn. Ariesiah Binti Fathil / / O O /

PETUNJUK :
/ HADIR
O TIDAK HADIR
X TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

PERBANDINGAN PENCAPAIAN
UPSR

MATA PELAJARAN 2012 2013 % PERBEZAAN


BAHASA MELAYU 95.00% 93.3% 1.70%

9
(PEMAHAMAN)
BAHASA MELAYU 90.71% 93.3% 2.59%

(PENULISAN)
BAHASA INGGERIS 80.71% 65.1% 15.61%
SAINS 85.00% 87.9% 2.90%
MATEMATIK 89.29% 93.3% 4.01%

VISI
SK Seri Kampung Tengah menjadi Sekolah
Unggul dan Penjana Generasi Gemilang menjelang
tahun 2015

MISI
Membangun potensi individu melalui pendidikan
berkualiti

MATLAMAT
1. Mencapai prestasi UPSR dengan mencapai
kelulusan 90% dan peratus 5A melebihi 10% serta
GPS 2.0.
2. Mencapai prestasi kokurikulum dengan
memenangi pertandingan peringkat Daerah dan
Negeri.
3. Mencapai sifar masalah disiplin murid.
4. Menjadi sekolah yang indah, bersih, ceria dan
bermaklumat.

MOTO
Berjaya Tetap Berjaya, Bersama Kita Buktikan

PENCAPAIAN MURID UPSR TAHUN


2009-2013

BILANGAN CALON MENDAPAT A


MATA PELAJARAN 2009 2010 2011 2012 2013
BAHASA MELAYU
73 58 73 75 81
(PEMAHAMAN)
BAHASA MELAYU
92 78 92 81 71
(PENULISAN)
BAHASA INGGERIS
12 14 17 20 31

10
MATEMATIK
24 23 29 33 29
SAINS
16 16 20 24 21
PERATUS LULUS
57.4% 64.2% 75.7% 72.1% 65.1%
JUMLAH CALON
6 9 5 10 17
MENDAPAT 5A

KEBERTANGGUNGJAWABAN

KITA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MASA


DEPAN PELAJAR :
1. Pembentukan sahsiah diri yang terpuji
2. Pencapaian akademik yang cemerlang
3. Kepimpinan yang dinamik
4. Sumbangan khidmat bakti dan idea kepada
masyarakat dan negara.

KITA BOLEH DIPERSALAHKAN JIKA ANAK DIDIK KITA


:
1. Kecundang dalam peperiksaan
2. Terjebak dan terseret ke dalam kancah keruntuhan
akhlak
3. Menjadi penjenayah dan mengamalkan aktiviti jenayah
4. Menjadi sampah masyarakat

BIL PROGRAM / AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN


1. Pertandingan Golf Daerah Johan Lelaki B12
Negeri -
2. Majlis Anugerah Nilam BM &BI Daerah Johan Perempuan
3. Karnival Permainan Futsal &Bola Daerah Tempat ke 4
Jaring Pendidikan Khas
4. Kejohanan Sepak Takraw B12 Zon Naib Johan

11
5. Kejohanan Sepak Takraw B12 Daerah Tempat ke 3 &4
6. Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Tempat ke 5 (SD Rendah)
Tempat ke 14 (Lelaki Junior)
7. Pertandingan Badminton Zon Johan Perempuan
Tempat ke 3 Lelaki
8. Karnival Sukan Balapan &Padang Daerah Johan &Tempat ke 3
Pendidikan Khas
9. Tadarus Al-Quran &Festival Nasyid Zon Johan, N. Johan &Tempat ke 3
10. Karnival Permainan Pentanque Daerah -
11. Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah B12 Zon Tempat ke 3
12. Kejohanan Olahraga Daerah Johan &Tempat ke 3
13. Pertandingan MTQ Daerah Tempat ke 3 &Sagu hati
14. Konvensyen Doktor Muda Daerah Sagu hati Kuiz Doktor Muda
Sagu hati Sketsa Doktor Muda
Johan Bercerita Bahasa Melayu
15. Karnival Bahasa Inggeris Zon Johan, Tempat ke 4 &Sagu hati
16. Kejohanan Bola Sepak B12 Daerah Tempat ke 3
17. Pertandingan Softball Daerah Johan
18. Pertandingan Softball Negeri Naib Johan
19. Karnival Bahasa Inggeris Daerah Tempat ke 4
20. Hari Puteri Daerah Tempat ke 4
21. Larian Rancangan Integrasi Murid Daerah -
22. Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah Daerah Naib Johan &Tempat ke 3
23. Program Kem Kemanisan Iman & Daerah -
Pemantapan Aqidah
24. Majlis Khatam Al-Quran J-Qaf Negeri -

SENARAI KEJAYAAN KO-KURIKULUM

VISI KOKURIKULUM
Melengkapkan pengetahuan murid-murid supaya menjadi insan
yang berdisiplin dan bersikap positif agar dapat menyumbang yang
terbaik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara yang
SARANA tercinta.
SEKOLAH

MISI KOKURIKULUM
Penambahbaikan yang berterusan dan dapat melibatkan semua
warga SK Seri Kampung Tengah untuk merealisasikan falsafah
pendidikan.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-39
SK SERI KAMPUNG TENGAH

12
Tarikh : 16 MAC 2013 (SABTU)
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : DEWAN SK SERI KAMPUNG TENGAH
Pengerusi : EN. ABD WAHIB BIN MAHMUD
Kehadiran : 165 ORANG

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Aluan
1.1.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua pada
mesyuarat ini.
1.1.2 Mengharapkan agar ibu bapa dapat menunggu sehingga akhir majlis agar
perkara yang ingin dibahaskan nanti mendapat persetujuan dan di dalam
makluman semua pihak.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 38


2.1 Dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Nordin bin Idrus.
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Najid bin Mohamed.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Encik Mohd. Najid memaklumkan pembetulan namanya pada agenda 6.3.

4. PERBENTANGAN KERTAS KERJA


4.1. Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan
Dicadangkan dan disahkan oleh Encik Mohd. Zailan Bin Ishak.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Sarina Binti Hashim.

4.2 Pembubaran AJK Sesi 2012 / 2013


4.2.1 YDP sesi 2011 / 2013 telah membubarkan AJK lamanya dan pengerusi
mesyuarat diganti oleh Encik Md. Hatta Bin Samian selaku pengerusi
sementara sebelum pengerusi sesi 2013 / 2015 ditentukan melalui undian
ramai.
4.3 Lantikan AJK Baru Sesi 2013 / 2015
YDP : Encik Abdul Wahib Bin Mahmud
Naib YDP : Encik Mohd. Najid Bin Mohamed
AJK : Encik Naim Bin Suib
Encik Md. Yazid Bin Md. Dawam
Encik Mohd. Zailan Bin Ishak
Puan Faridah Binti Gendak
Puan Azurra Binti Kamin
Puan Siti Fauziah Binti Shaari

13
Pemeriksa Kira-kira : Puan Noraniza Binti Hassan
Puan Norzailawati Binti Hamid

4.4 Membincangkan Usul


4.4.1 Puan Salmah Binti Omar
Meminta pihak sekolah memberikan perhatian kepada murid-murid
Tahun 5 kerana mereka akan menduduki peperiksaan penting pada tahun
hadapan.

Jawapan daripada Guru Besar


- Fokus sekolah adalah pada murid-murid yang akan menduduki
peperiksaan. Program untuk murid-murid Tahun 5 akan diadakan bergantung
dengan peruntukan kewangan yang ada. Sekolah memberikan fokus utama
kepada murid-murid Tahun 6 kerana mereka akan menduduki UPSR.
- Sebelum ini sekolah memperolehi tajaan daripada TNB. Namun mulai
tahun ini tajaan berkenaan telah dihentikan. Oleh itu, sekolah harus bijak
menggunakan dana yang ada dengan bagi menjalankan program. Sekiranya
peruntukan tidak mencukupi diminta jasa baik ibu bapa untuk memberikan
sumbangan bagi menampung kos yang diperlukan untuk program-program
yang dijalankan.

4.4.2 Puan Suzana Binti Omar


Meminta murid-murid Tahun 1 dan 2 diberikan pendedahan dengan
aktiviti Badan Beruniform dan Ko-Kurikulum sejak peringkat awal lagi bagi
membolehkan mereka mendapat pengalaman dan merasa seronok dengan
aktiviti yang dijalankan.

Jawapan daripada Guru Besar


- Murid-murid Tahun 1 dan 2 hanya boleh memakai uniform Badan
Beruniform sahaja namun, mereka tidak boleh mengikuti aktiviti yang
dijalankan kerana ia melibatkan risiko dan keselamatan murid.
- Murid-murid Tahun 1 dan 2 agak sukar dikawal kerana mereka terlalu
kecil dan senang terdedah dengan risiko kecederaan. Selain itu, mereka tidak
dilindungi oleh insurans. Oleh sebab itulah, murid-murid Tahun 1 dan 2 ini
dikecualikan daripada mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Badan
Beruniform dan Ko-kurikulum.
- Hanya murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun 3, 4, 5 dan 6 yang terlibat
dengan aktiviti Ko-Kurikulum dan Badan Beruniform yang diadakan oleh
sekolah.

4.4.3 Encik Alias Bin Ismail

14
Meminta murid perempuan Tahun 1 diberi keizinan pergi ke tandas
dengan ditemani oleh seorang rakan perempuan yang lain.

Jawapan daripada Guru Besar


Perkara ini telah diguna pakai oleh sekolah. Sememangnya murid-murid
Tahun 1 dibenarkan ke tandas dengan ditemani oleh seorang rakan lain.

4.4.4 Encik Ahmad Adli


Meminta diwujudkan ruang makan yang berasingan di kantin sekolah di
antara murid lelaki dan perempuan. Selain itu, Encik Ahmad Adli meminta
seorang guru ditugaskan secara bergilir bagi menjaga lalu lintas semasa
murid-murid pulang bagi kedua-dua sesi persekolahan.

Jawapan daripada Guru Besar


Ruang makanan yang khusus untuk murid lelaki dan perempuan tidak
dapat dilakukan kerana ruang kantin yang terhad. Selain itu, sekolah ini
bukan aliran agama yang memerlukan murid diasingkan mengikut jantina
kerana di dalam kelas murid-murid ini memang biasa disatukan tidak
mengikut jantina.

Jawapan daripada YDP


- Pihak PIBG telah membayar elaun sebanyak RM30 sebulan kepada
pengawal keselamatan untuk mengawal lalu lintas semasa murid balik dari
sekolah. Guru bertugas hanya memantau sahaja.
- Pihak PIBG telah memohon peruntukan daripada YB untuk
menambahbaik tempat menunggu murid dengan secepat mungkin demi
keselamatan murid bagi mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku.

4.4.5 Puan Surina Binti Hashim


Meminta pihak sekolah memberitahu pemandu lori yang membawa gas
atau Pengurus gas di kawasan berhampiran Kampung Tengah agar tidak
melalui jalan sekolah sewaktu murid-murid pulang dari sekolah. Ini bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku bak kata pepatah Malang
Tidak Berbau kerana beliau bimbang dengan keselamatan anak-anak serta
kehadiran lori membawa gas selalu mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Jawapan daripada YDP


- Pihak PIBG tiada kuasa untuk menyekat lori membawa gas ini dari
melalui jalan sekolah disebabkan laluan ini adalah laluan utama mereka. Apa
yang boleh dilakukan adalah meminta jadual perjalanan lori ini dipercepatkan

15
atau dilambatkan agar tidak melalui kawasan sekolah ketika waktu puncak
kerana akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
- Selain itu, beliau memohon kepada ibu bapa agar berpesan kepada
anak masing-masing agar tidak berlegar-legar di kawasan sekolah selepas
habis waktu persekolahan. Ini bagi mengelakkan bahaya yang tidak
diundang. Kebanyakan anak-anak didapati berlegar di sekitar sekolah
selepas habis sesi persekolahan. Sekiranya kemalangan berlaku, ibu bapa
akan menyalahkan pihak sekolah sedangkan sesi persekolahan telah tamat.
- Bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku, diharapkan pihak ibu
bapa prihatin dalam mengawas pergerakan anak-anak mereka terutamanya
selepas sesi persekolahan berakhir.

4.4.6 AJK PIBG


AJK PIBG diberi mandat untuk melantik ahli komuniti kawasan setempat
sebagai Ahli Biro Jawatankuasa

Jawapan daripada YDP


- Setiap wakil komuniti patut dilantik bagi memudahkan urusan komuniti
sekiranya terdapat program yang ingin dijalankan.
- Contohnya seperti tahun lalu dijalankan program Solat Hajat untuk
murid-murid Tahun 6. Sekiranya wujud Biro Komuniti ini, pengendalian
program lebih mudah kerana ada wakil dari kawasan yang terlibat bagi
memudahkan program dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya.

4.4.7 Encik Nor Jaihan Bin Abdul Wahab (AJK PIBG)


Mencadangkan agar jumlah sumbangan PIBG dikekalkan mengikut
tahun terdahulu

Jawapan daripada YDP


- Jumlah sumbangan ini sepatutnya ditambah kerana pada tahun ini tiada
dana tajaan daripada TNB untuk menjalankan program sekolah. Sumbangan
daripada ibu bapa inilah yang digunakan untuk mejayakan aktiviti yang
dirancangkan.
- Beliau memohon tiada rintihan atau rungutan daripada ibu bapa
sekiranya terpaksa mengeluarkan duit untuk menampung kos yang
diperlukan.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Puan Siti Fauziah Binti Shaari
Bertanya kepada Guru Besar mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Adakah ia telah dilaksanakan di SK Seri Kampung Tengah.

16
Jawapan daripada Guru Besar
- PBS telah dilaksanakan pada murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Markah
akan diisi oleh guru mulai 15 Mac 2013. Ibu bapa boleh mengakses
maklumat PBS dengan melayari laman web dan boleh melihat sendiri band
yang telah dicapai oleh anak-anak mereka. PBS ini akan diteruskan sehingga
murid di Tahun 6. Keputusan pentaksiran akan dibawa ke Tahun 6 sebanyak
40% dan 60% adalah berdasarkan peperiksaan. Guru-guru boleh
memberikan taklimat kepada ibu bapa mengenai PBS ini kerana murid-murid
yang berada di Tahap 1 sekarang akan ditaksir secara berterusan di mana
penaksiran akan dilakukan sebaik sahaja habis tajuk-tajuk pembelajaran
mereka.
- Terdapat 6 Band yang khusus di mana Band 1 adalah yang paling
rendah manakala Band 6 adalah yang terbaik iaitu murid-murid mampu
menaakul maklumat serta mampu mengajar semula apa yang difahami
mereka. Oleh itu, diminta keprihatinan ibu bapa memeriksa pencapaian anak-
anak dengan berkesan melalui band-band yang tersebut.

5.2 Encik Mohd. Noor Bin Omar


- Mengharapkan agar guru-guru dapat mendidik dengan sempurna
seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau juga meminta agar ibu bapa
memberikan kerjasama dan sokongan agar tugas mendidik yang dilakukan
oleh guru-guru ini dapat berjalan dengan sebaiknya.
- Beliau mengharapkan agar guru-guru menjaga profesion keguruan
sebagai Penjawat Awam agar jawatan ini sentiasa dipandang mulia dari dulu,
kini dan selamanya. Beliau tidak mahu terjadi isu guru yang mencela
kemuliaan tugas Penjawat Awam lain seperti disiarkan di dalam berita di
mana ada seorang guru mencela tugas tentera sebagai anjing. Beliau
mengharapkan agar situasi tersebut tidak berlaku di SK Seri Kampung
Tengah.

Jawapan daripada YDP


YDP mengharapkan agar semua pihak memberikan sokongan dan
kerjasama sebagaimana yang disarankan oleh Encik Mohd. Noor itu. Apa
yang berlaku seperti yang dilaporkan di dalam berita itu semoga tidak akan
berlaku di SK Seri Kampung Tengah ini. Beliau mengharapkan agar semua
menghormati tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dan
melakasanakan tugas dengan sebaik-baiknya.

5.3 Encik Najid Bin Mohamed


- Mencadangkan ucapan terima kasih kepada perasmi ditulis di dalam
usul.

17
- Ibu bapa boleh mendapatkan jadual waktu di dalam laman web sekolah.
Disebabkan perkembangan teknologi yang wujud sekarang ini, maka
disarankan agar semua ibu bapa dapat belajar menggunakan teknologi
supaya tidak ketinggalan. Sekiranya mempunyai masalah mengenai laman
web, pihak AJK akan sedia membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

Jawapan daripada Guru Besar


- Ibu bapa boleh melihat pada diari sekolah untuk mengetahui jadual
anak-anak mereka. Selepas ini, semua surat yang diberikan akan disiarkan
juga di dalam laman web sekolah sebagai makluman semua. Sekiranya
anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah, ibu bapa boleh juga menulis surat
dan e-mailkan ke laman web ini. Guru-guru yang bertanggungjawab
akan memantau dan menerima surat yang dikirim ini.
- Kehadiran murid ke sekolah sekarang hanya sekitar 95 peratus sahaja
sedangkan sekolah yang berjaya, peratus kehadiran murid-murid ke sekolah
adalah sebanyak 98 peratus. Guru Besar menyarankan ibu bapa agar
memberi ketegasan kepada anak-anak mereka supaya hadir ke sekolah
setiap hari kecuali sakit.

Jawapan daripada YDP


YDP menyarankan agar laman web sekolah ini digunakan oleh ibu bapa
untuk mendapatkan maklumat. Semoga segala maklumat dan kemudahan
yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi. Pengerusi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa yang memberikan kerjasama di dalam mesyuarat
PIBG ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan berkaitan
dengan pengurusan sekolah atau guru, bolehlah berbincang dengan pihak PIBG.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.35 petang

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

.......................................... ...................................
( NORMAZIDA BINTI AHMAD ) ( ABDUL WAHIB BIN MAHMUD )
Setiausaha PIBG YDP PIBG
Tarikh : Tarikh :

18
PENYATA KEWANGAN PIBG
SK SERI KAMPUNG TENGAH
TAHUN 2013

19
20
JAWATANKUASA PIBG SESI

Pengerusi : ....................................................................................................

Naib Pengerusi : ....................................................................................................

Setiausaha : ....................................................................................................

Bendahari : ....................................................................................................

AJK Ibu bapa : ....................................................................................................

: ....................................................................................................

: ...................................................................................................

: ....................................................................................................

: ....................................................................................................

AJK Guru : ....................................................................................................

: ....................................................................................................

: ...................................................................................................

: ....................................................................................................

: ....................................................................................................

Pemeriksa kira-kira : ..........................................................................................

: ..........................................................................................

21
USUL DAN CADANGAN IBU BAPA

1. Kelas Tambahan dan Mengaji

Nama :1)Encik Mohd. Norhairy bin Mohd Yali


2)Puan Siti Norhaneem bt Mahat
Usul / cadangan

Adakan kelas tambahan untuk murid yang belum tahu membaca, mengira serta
mengaji Muqaddam dan Al-Quran.

2.Program Murid Tahun 6

Nama : 1) Encik Saidon bin Suratman


2) Encik Mohd Najid bin Mohamed

Usul/ cadangan

Sediakan jadual waktu kelas tambahan murid tahun 6 untuk memudahkan urusan
pengangkutan dan sediakan juga bekalan makanan untuk murid tersebut.
Adakan program lawatan sambil belajar ke IPTA/IPTS bagi memberikan pendedahan
kerjaya dan motivasi untuk para pelajar

3. Hari Keluarga dan Sukaneka

Nama :1) Puan Siti Norhaneem binti Mahat


2) Puan Sarina binti Hashim

Usul/ cadangan

Adakan Hari Keluarga dan Sukaneka antara ibu bapa, murid dan guru untuk
merapatkan hubungan di antara satu sama lain di samping membincangkan masalah
atau isu yang berkaitan.


4. Dana dan Peruntukan PIBG

Nama : 1)Puan Sarina binti Hashim


2) Encik Mohd Najid bin Mohamed

Usul / cadangan

Adakan jualan amal bagi menambah dana PIBG dan mendapatkan peruntukan untuk
memasang penyaman udara di dewan sekolah.

22
5. Cadangan penambahbaikan

Nama : 1)Encik Saidon bin Suratman


2)Encik Mohd Asid bin Kamis
3)Puan Sinah bt Kayen

Usul / cadangan

Lantik pegawai khas lalu lintas yang dibiayai oleh PIBG


Sediakan buku rekod untuk murid ke tandas
PIBG berkerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi selain dari
akademik.
Mewujudkan pelajaran IT.

23
CATATAN

24
Sekalung Penghargaan Kepada
Semua Pihak Yang Terlibat Dalam
Menjayakan Dan Menyumbangkan
Dana Bagi
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40

CABUTAN NOMBOR

BERTUAH 25
26

You might also like