Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan
Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai
yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang
tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan
makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna
dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang
bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya
dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18


tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih
berat badan (obesiti).

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk


keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin
untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk


membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek
pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak
mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang
paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia
yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan
yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia


perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti
mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan
seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental


seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding
dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan
seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya
tahan.

Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepuk dada
tanya selera.

You might also like