Tugasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan. Etika dalam kaunseling pula
menjelaskan tentang etika yang perlu dipegang oleh seseorang kaunselor dalam sesi
kaunseling. Etika merupakan satu elemen yang sangat penting dan dititikberatkan dalam
amalam bimbingan dan kaunseling. Menurut Othman Mohamed, (2013), kod etika
merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang
dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Kaunselor yang terlibat perlu memahami dan
mematuhi etika yang ditetapkan bagi menjaga imej bidang kaunseling. Oleh itu, kaunselor
perlu memahami bahawa proses membuat pertolongan adalah berlandaskan kepada prinsip
yang telah digariskan. Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang
digunakan untuk menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk.
Menurut Kitchener ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad ,
2007) telah mengenal pasti lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusan
secara beretika di dalam perhubungan menolong. Lima prinsip yang juga dikenali sebagai
golden five principles ialah autonomy, beneficence, non-maleficence, justice dan fidelity.

2.0 PRINSIP DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG


2.1 Prinsip Autonomy

Antara prinsip etika yang pertama ialah autonomy. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,
autonomi bermaksud mempunyai hak atau kuasa sendiri. Dalam kaunseling, prinsip
autonomi menjelaskan tentang kebebasan seseorang individu (klien) dalam mengambil
sebarang keputusaan atau tindakan untuk diri sendiri. Menurut Patterson dan Welfel (dalam
Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab.Samad, 2007) membincangkan bahawa
autonomi melibatkan keadaan di mana individu berupaya untuk memahami kesan dan
akibat daripada pilihan dan keputusaan yang dibuat. Prinsip ini juga menjelaskan bahawa
seseorang individu itu berhak untuk mendapat keistimewaan bersendirian. Sebagai contoh,
dalam sesi kaunseling klien mempunyai hak untuk meluahkan dan berkongsi isu dan isi
hatinya kepada kaunselor. Kaunselor pula perlulah menghormati kebebasan tersebut. Walau
bagaimanapun, pengluahan tersebut mestilah mempunyai batasan kerana autonomi bukan
bermakna wujud kebebasan yang mutlak. Kaunselor mestilah mengetahui had mama yang
dikatakan kebebasan dan perlu memastikan tidak memberi kemudaratan kepada klien.

1
2.2 Prinsip Beneficence

Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang berguna dan bermanfaat. Prinsip
berniat untuk menjalankan proses kaunseling dengan berkesan dan juga berfaedah serta
mengharapkan hasil kaunseling yang dapat memberi sumbangan yang bermakna seperti
membantu klien sebagai seorang ahli yang sempurna dalam masyarakat Oleh itu, kaunselor
haruslah berupaya meletakkan dirinya dalam keadaan yang memastikan agar kata putusnya
tidak bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang.

2.3 Prinsip Non-maleficence

Salah satu prinsip yang sangat ditekankan dalam proses kaunseling ialah prinsip non-
maleficence atau lebih dikenali sebagai tidak memudaratkan klien dan orang lain. Prinsip ini
merujuk kepada dua aspek iaitu yang pertama yang berkaitan dengan mencedarakan
secara sengaja ataupun mewujudkan sesuatu situasi yang mempunyai risiko bagi
menghasilkan kecederaan. Menurut Patterson dan Welfel (dalam Khadijah Rohani bt. Mohd
Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad, 2007) kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari
daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan kemudaratan
kepada klien. Oleh itu, kaunselor mestilah membiasakan dirinya berprihatin mengaturkan
langkah agar proses kaunseling tersebut tidak secara sengaja mendatangkan risiko diri dan
keselamatan klien serta masyarakat.

2.4 Prinsip Justice

Prinsip keempat yang diberi penekanan ialah prinsip justice atau keadilan. Prinsip etika
merujuk kepada di mana seseorang kaunselor perlu bersikap adil dan saksama terhadap
klien mereka hal ini demikian kerana semua insan adalah sama dan mempunyai hak untuk
mendapat layanan yang sama rata. Oleh itu, seseorang kaunselor tidak boleh mengamalkan
aspek diskriminasi terhadap seseorang insan dari segi budaya, gender, bangsa, etnik,
agama, kepercayaan, status sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang dapat membezakan
antara klien dengan kaunselor.

2
2.5 Prinsip Fidelity

Prinsip fidelity pula melibatkan aspek kejujuran, kepercayaan, kesetiaan dan ketaatan antara
klien dengan kaunselor. Dalam proses kaunseling, aspek kepercayaan merupakan salah
satu elemen yang sangat penting dalam membina perhubungan yang mesra dan baik. .
Misalnya, etika kerahsiaan mesti dipertimbangkan dalam sesi kaunseling yang dijalankan.
Hal ini demikian kerana, pelbagai persoalan akan timbul yang berkaitan dengan isu
kerahsiaan ini dalam sesi kaunseling. Oleh itu, soalan-soalan mengenai isu kerahsiaan perlu
dijawab oleh kaunselor untuk menentukan potensi mendatangkan kebaikan berbanding
dengan kesan tindakan yang diambil.

3.0 KESAN JIKA LIMA PRINSIP UTAMA TERSEBUT GAGAL DILAKSANAKAN OLEH
KAUNSELOR
3.1 Kesan Prinsip Autonomi

Sekiranya kaunselor gagal dalam melaksanakan five golden principles dalam etika
kaunseling, beberapa implikasi akan berlaku kepada kedua-dua pihak iaitu kaunselor dan
klien. Dari segi kegagalan pengaplikasian prinsip autonomi, kaunselor akan menghadapi
beberapa masalah. Antaranya ialah klien tidak akan mempunyai celik akal yang sendiri
dalam mengambil sebarang keputusaan berkaitan dengan isu yang dihadapinya. Oleh itu,
klien akan kemungkinan besar akan bergantung semata-matanya kepada cadangan dan
alternatif yang diberikan oleh kaunselor. Perkara ini akan membawa keburukan kepada
kaunselor, hal ini demikian kerana jika cadangan dan alternatif yang diberikan oleh
kaunselor tidak menepati kehendak klien, maka klien akan menyalahkan pihak kaunselor
dan akan mencemarkan profesion kaunseling.

3.2 Kesan Prinsip Beneficence

Kesan kegagalan prinsip beneficence pula akan menyebabkan proses kaunseling yang
dijalankan tidak akan memberi sebarang manfaat dan faedah sama ada kepada klien atau
kaunselor. Hal ini demikian kerana tujuan proses kaunseling dilaksanakan adalah bagi klien
untuk mendapatkan celik akal dan cara menyelesaikan sesuatu isu yang dihadapi. Justeru
itu, apabila prinsip beneficence tidak diamalkan oleh kaunselor maka klien tidak akan
memperoleh sebarang manfaat daripada sesi yang dijalankan.

3
3.3 Kesan Prinsip Non- Maleficence

Kesan daripada kegagalan prinsip non-maleficence ialah dapat memudaratkan seseorang


klien dari segi fizikal dan emosi. Hal ini demikian kerana profesion kaunseling merupakan
suatu perkhidmatan yang penuh dengan cabaran dan tekanan. Oleh itu, apabila seseorang
kaunselor tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi sama ada di tempat kerja atau di
rumah, seseorang kaunselor dengan mudahnya dapat meluahkan perasaan kemarahan itu
secara tidak langsung ke atas klien mereka. Pengluahan perasaan ini boleh dibuat dalam
pelbagai bentuk seperti memarahi klien, mencederakan klien dan sebagainya. Justeru itu,
keselamatan klien tidak akan terjamin.

3.4 Kesan Prinsip Justice

Prinsip justice atau keadilan juga sangat penting dalam proses kaunseling. Kesan jika
seseorang kaunselor tidak mengaplikasikan prinsip justice ini adalah klien tidak akan berasa
dirinya dihargai dan kurang selesa untuk mengikuti sesi kaunseling. Hal ini demikian kerana
semua individu adalah unik dan berhak untuk mendapat layanan yang sama rata. Oleh itu,
apabila prinsip ini gagal dilaksanakan maka proses kaunseling itu tidak akan berjalan
dengan lancar.

3.5 Kesan Prinsip Fidelity

Kegagalan prinsip fidelity pula akan menyebabkan membina hubungan yang baik atau lebih
dikenali sebagai hubungan rapport tidak dapat dibina dengan baik. Apabila perhubungan
baik tidak dapat dibina dalam proses kaunseling, maka sesi kaunseling itu tidak berjalan
dengan lancar dan efektif. Hal ini demikian kerana membina hubungan rapport akan
mewujudkan kepercayaan antara kaunselor dengan klien. Kepercayaan ini akan menjadi
tunjang dalam kefektifan sesebuah proses kaunseling.

4
4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, perkhidmatan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan


professional yang mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya.
Seseorang kaunselor perlu mematuhi etika-etika yang telah ditetapkan dalam proses
kaunseling. Kepentingan mematuhi etika ini adalah kerana secara langsungnya melibatkan
harga diri dan perjanjian dengan seseorang klien. Jadi kaunselor perlu jujur dan amanah
dalam melaksanakan dan menjalankan tanggungjawab yang dipikul itu. Secara umumnya
etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan
sesuatu tugas. Tidak kurang pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor
daripada menganiaya klien atau dianiaya oleh klien.

You might also like