Surat 03 - Surat Jemputan Mesyuarat AJK Kali Kedua

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG


76300 SUNGAI UDANG, MELAKA

____________________________________________________________________________________

Rujukan : SMKSU/ PIBG/ 13/ (03)


Tarikh : 20 MEI 2013

Kepada;

Penasihat / YDP / AJK PIBG


SMK Sungai Udang,
Sungai Udang, Melaka.

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AJK KALI KEDUA 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan
diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 MEI 2013


Hari : RABU
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : Bilik Gerakan, SMKSU

3. Untuk makluman tuan/ puan, mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perancangan dan
pelarasan mesyuarat agong PIBG bagi tahun 2013.

4. Kehadiran tuan/ puan sangat dihargai dan segala sokongan serta kerjasama yang diberikan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

Saya yang menjalankan tugas,

(Mohamad Hazrizal Bin Mohamad Janai)


Setiausaha PIBG,
SMK Sungai Udang, Melaka.
____________________________________________________________________________________
Agenda:
1. Ucapan YDP PIBG SMKSU
2. Ucapan Pengetua SMKSU
3. Perbincangan minit mesyuarat agong tahun 2012
4. Laporan kewangan
5. Perbincangan pelarasan mesyuarat agong PIBG 2013
6. Pembentangan Projek Sandaran NPQEL
7. Hal-hal lain

You might also like