Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JELVIN MOHILING

930708-12-6401
PISMP SEM 6 MUZIK

Dalam sesebuah persembahan yang berkualiti memerlukan kesefahaman dan latihan


yang mantap. Kualiti berkaitan dengan etika perlu dipatuhi dalam setiap sesi latihan.

Sebagai seorang ketua dalam kumpulan ensembal yang ditubuhkan, bincangkan etika
pemuzik yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan mutu persembahan berkualiti.

Dalam sesebuah persembahan yang berkualiti memerlukan kesefahaman dan


latihan yang mantap. Kualiti berkaitan dengan etika perlu dipatuhi dalam setiap sesi latihan.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bermain alat muzik. Antara perakara yang
boleh dilaksanakan semasa latihan ialah seperti pembacaan notasi. Selain itu, latihan dalam
kumpulan pula dijalankan bagi mendapatkan kesefahaman dari aspek tempo,
keseimbangan bunyi dan sebagainya.

Antara etika yang perlu diamalkan oleh ahli muzik ialah etika sebelum latihan. Ahli
muzik haruslah bersedia lebih awal iaitu bersedia beberapa minit sebelum masa yang telah
ditetapkan. Seterusnya, Bersedia dengan skor muzik, iaitu membawa bersama alat tulis
seperti pensil dan pemadan untuk membuat catatan jika perlu. Selain itu, pemuzik juga perlu
memasang alat muzik dengan betul, membuat penyelarasan talaan (tuning) serta
menggunakan masa yang ada dengan berlatih sendiri bahagian-bahagian yang belum
dikuasai dengan perlahan agar tidak mengganggu ahli muzik yang lain.

Seterusnya, etika semasa latiha pula seperti memberikan tumpuan sepenuhnya


semasa latihan dijalankan. Ahli muzik juga perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua
terutamanya pada bahagian memulakan dan menamatkan lagu. Seterusnya, elakkan
berlatih sendiri semasa latihan dijalankan secara berulang kali agar pemuzik lain tidak
terganggu. Jika ada bahagian yang tidak faham, bertanyalah pada masa yang sesuai
kepada ketua atau konduktor dan sentiasa perbaiki perkara-perkara yang ditegur oleh ketua,
misalnya keseimbangan bunyi, teknik dan sebagainya. Sealin itu, pemuzik perlu membuat
catatan bagi perkaraperkara yang perlu, misalnya tarikh dan waktu latihan akan datang.
Begitu juga dengan sebarang pindaan penting pada skor muzik

Akhir sekali, etika yang perlu diamalkan ialah etika selepas latihan. Antara perkara
yang perlu dilakukan ialah memastikan semua alatan muzik, music stand dan lain-lain
disimpan dengan baik ditempat sepatutnya. Selain itu, semua ahli muzik juga perlu
membersihkan alat muzik mengikut cara yang telah ditetapkan. Hal ini sedemikian kerana
membiarkan alat muzik yang kotor selepas digunakan boleh menyebabkan kerosakan
kepada alat muzik berkenaan. Akhir sekali, setiap ahli muzik haruslah menghormati antara
satu sama lain dan sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam
kumpulan.

You might also like