Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT CURAI

BENGKEL PELAKSANAAN ELAUN MURID KHAS (EMK) KATEGORI ORANG


KURANG UPAYA (OKU) FASA PERTAMA TAHUN 2016.

Tarikh : 3 Mac 2016 (Khamis).


Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat: Makmal komputer SMK Bandar Baru Serting
Edaran : Tiada

1. Ucapan Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah (En. Muhammad Khairi bin


Ismail)

- Beliau memberikan sedikit penerangan mengenai pelaksanaan EMK secara


online.
- Guru EMK perlu didaftarkan nama sebagai Guru Biasiswa EMK di dalam sistem
e-operasi.
- Sistem EMK online melibatkan dua sistem iaitu sistem APDM (untuk
memasukkan maklumat murid dan senarai murid yang layak memohon) dan
sistem e-operasi untuk lantikan guru sebagai guru biasiswa.
- Setelah didaftarkan sebagai guru EMK, guru tersebut boleh daftar masuk ke
dalam sistem APDM menggunakan
username : kad pengenalan
password : guru
- Data di dalam APDM perlu dilengkapkan agar maklumat permohonan murid
untuk mendapatkan elaun dapat dihantar dengan jayanya.
- Murid yang layak memohon EMK pada fasa 2 ialah murid yang telah didaftarkan
sebagai murid OKU selepas 1 April 2016.
- Senarai nama murid yang layak memohon EMK perlu difakskan kepada Pegawai
Pendidikan Daerah (Encik Muhammad Khairi bin Ismail) dan Jabatan Pendidikan
Negeri (Puan. Suhila binti Shohod) sebagai persediaan sekiranya KPM
kehilangan data murid.
2. Ucapan Jurulatih Utama Elaun Murid Khas (Puan Nur Rawaidah)

- Setiap sekolah perlu membuat permohonan EMK pada hari tersebut dan mana-
mana sekolah yang tidak berjaya membuat permohonan perlu menghantar nama
murid kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui emel PPD.
- Guru EMK diberikan tempoh mengisi permohonan sehingga 15 Mac 2016.
- Sebarang masalah mengenai permohonan EMK boleh berhubung dengan pihak
Pengurusan Bantusn Biasiswa EMK KPM.
i. Puan Wahidah 03-88843827 / 3782
ii. En. Sahdeli 03-888843784
iii. En. Khairi Ismail 012-7778182
iv. Puan. Rawaidah 012-9684360

3. Tindakan Susulan Yang Telah Atau Perlu Diambil :

- Permohonan senarai murid yang layak memohon EMK secara online telah
berjaya dihantar pada hari jumaat (4 Mac 2016).
- Guru perlu menghantar Senarai nama Permohonan EMK kepada PPD Jempol
Jelebu (En. Muhammad Khairi bin Ismail) dan JPN Negeri Sembilan (Puan.
Suhila binti Shohod) menggunakan faks.

4. Penutup

- En. Khairi meminta kepada guru untuk melengkapkan maklumat murid di APDM
bagi memudahkan penghantaran maklumat EMK.
- Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NUR HAFIZAH BINTI BACHOK) (ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN)


Penyelaras PPKI, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu (F). Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu (F).

You might also like