BM Oral

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi

negaramasyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air.
Beliau yangmempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri
Persekutuan TanahMelayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan
sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah
sama ada dalam bidang politikiaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau
sebagai seorang pemimpin negara yangberwibawa dan berkebolehan dalam
mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan


negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam
mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun
1957. Beliau turut memainkan perananpenting dalam membentuk Persekutuan
Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang


kemerdekaan.Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan
negara kita mendapatkemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa
menumpahkan setitis darahpunsebagaimana yang yang berlaku di negara-negara
jiran. kewibawaan Tunku yang berjayamenyatukan penduduk negara ini yang
terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunkutelah memberi


keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaankepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau
mendapatkankemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai
seorang pemimpinyang unggul dan tersohor.

Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu telah mengangkat


nama beliau sehingga digelar sebagai Bapa Kemerdekaan danBapa Malaysia.
Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalamkalangan rakyat
Malaysia.
Pemimpin yang saya kagumi ialah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Perdana Menteri Malaysia
yang paling lama memerintah. Satu-satunya Perdana menteri Malaysia yang mempunyai title
doktor(Perubatan). Seorang pelajar yang cemerlang, dimana beliau pernah mendapat tajaan
biasiswa melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine, Singapura. Beliau
aktif bersukan, sukan kegemaran ialah ragbi, isterinya pula badminton. Beliau dapat gelaran
doktor di Universiti Malaya. Saya kagum dengan Tun Dr. Mahathir sebab pemikirannya. Beliau
telah dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che
Det adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16
Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang
amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian
terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara
yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau
bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan
dituduh bersifat kronisme. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka
berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-
nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif
kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire). Dr
Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir
terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah
menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun
2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara Apa yang saya kagum
dengan Tun Dr. Mahathir, beliau ini kuat membaca. Beliau berpegang teguh pada konsep bahawa
pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tidak hairan jika beliau berjaya memperkenalkan
pelbagai dasar dalam merangsang penjanaan ekonomi Negara. Pelbagai ilham dijananya untuk
penbangunan negara, tetapi pada masa yang sama ada juga yang dikorbankannya untuk
mencapai matlamat berkenaan. Contohnya pemansuhan Akta Bahasa Kebangsaan dalam
pentadbiran dan pendidikan. Tetapi Tun Dr. Mahathir otaknya selalu memikirkan kehadapan.

You might also like