Assignment 1 Full

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KUMPULAN A

TITAS

(HNH 2012)

SEM 2 SESI 2016/2017

NAMA PENSYARAH :

DR. ZANARIAH BINTI NOOR

TAJUK : Bincangkan Kepercayaan Dan Agama Sebagai Salah Satu Faktor Yang Memainkan
Peranan Penting Yang Meyumbang Kepada Kegemilangan Sesebuah Tamadun.

NAMA KUMPULAN NO. MATRIK

ERWAN SHA BIN HABINULLAH D20152072240


MUHAMAD FAIZ BIN NORASI D20152072251
WAN MUHAMMAD SYARIF BIN WAN AZMI D20152072241
MOHD FAKHRI HAMZI BIN MOHD RASDI D20152071866
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
1) PENGENALAN 1

2) ISI
I) KEMUNCULAN AGAMA DAN AJARAN UTAMA DUNIA 2
A) AGAMA HINDU 3
B) AGAMA BUDDHA
5
C) AGAMA KRISTIAN
D) AGAMA ISLAM 7
E) CONFUCIANISME 8
F) TAOISME 11
II) PERANAN KEPERCAYAAN DAN AGAMA KEPADA 13
KEGEMILANGAN SESEBUAH TAMADUN 13
III) FAKTOR KEPERCAYAAN DAN AGAMA KEPADA
KEGEMILANGAN SESEBUAH TAMADUN
16

3) PENUTUP 20
PENGENALAN

Agama mempunyai peranan penting dalam membina masyarakat yang bertamadun.

Dalam konteks ini, agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang dianuti oleh mana-mana

masyarakat dan dikaitkan dengan kuasa daripada kuasa tertinggi. Agama pada lazimnya

bermakna kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa,

dan juga amalan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan

merupakan dua perkataan yang sangat berkaitan. Akan tetapi, mempunyai makna yang lebih

luas iaitu merujuk kepada satu system kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini

adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu

lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan

sebuah komuniti manusia. Daripada itu agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan

melalui fenomena seperti perlakuan,sikap dan benda- benda material. Salah satu lagi ciri

agama ialah berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna bukan sahaja merupakan

soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia

dengan manusia. Ajaran agama dan kepercayaan sebenarnya mendorong manusia supaya

menghayati nilai-nilai kehidupan dan tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan

bertamadun sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk

membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan

seterusnya melahirkan ketinggian budaya.

1
KEMUNCULAN AGAMA DAN AJARAN UTAMA DUNIA

Agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Agama

merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.Justeru,

agama dan ajaran telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan manusia. Agama dan ajaran

tersebut telah pun lahir dalam tamadun awal dunia. (Zeenath Kausar, 2008. m/s 31-64)

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang

ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan

tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi

Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan

yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. (Llyold Ridgeon,

2003. m/s 343-370)

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap

sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.

Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti

yang berikut (Drs. Adeng Muchtar Ghazali, M.Ag, 2004. m/s 11-56) :

1) Perlakuan (seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara)


2) Sikap (seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan

anggapan suci dan bersih terhadap agama)


3) Pernyataan (seperti jambi,mantera dan kalimat suci)
4) Benda-benda material yang zahir (seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,

azimat dan tangkal)

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini

bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan,

malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di

dalam agama universal, daripada agama folk. (Karen Armstrong, 2001, m/s 339-368)

2
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua

kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme. (Zeenath Kausar, 2008. m/s 31-64)

Di India terdapat penganut Hindu dan kemudiannya Buddha. Dalam tamadun awal

China pula lahir Confucianisme dan Taoisme. Kemudian, Palestin muncul agama Kristian

dan pada tahun 610 M. lahir juga agama Islam di negeri Makkah. (Karen Armstrong, 2001.

m/s 339-368)

Agama Hindu

Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Santana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma

Vaidika (Veda) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan

sekeliling yang berhampiran (David S. Noss, 1999, m/s 77-87). Agama ini adalah agama

tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenalpasti pengasas-pengasasnya, atau

dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang

utama masih lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama

ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab

yang lain juga termuncul. (Michael Molloy, 1942. m/s 72-

177)

Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran

fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat

berbeza. (David S. Noss, 1999. m/s 77-87) Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh

falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi

ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman),

sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk

3
Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme. Hinduisme ialah

agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005).

Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India. (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 8-30)
Rajah 1 - Tuhan Siva
Perkataan Hindu pada mulanya adalah merujuk kepada masyarakat yang tinggal di

Sungai Sinddhu (Indus). Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama,

iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva). Agama ini

mempunyai enam aliran iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram

serta Saura. (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 8-30)

Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting serta

memaparkan dominasi golongan Brahmin. Meskipun demikian, agama ini kerap mendapat

saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya

dan Asoka. (David S. Noss, 1999. m/s 77-87) Penganut agama Hindujuga mempercayai

Hukum Karma yang tersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula

selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula adalah

untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap itu akan

bersatu dengan Tuhan dan tidak akan dilahirkan lagi ke dalam dunia ini. Oleh yang demikian,

seseorang itu perlu berbuat baik semasa hidupnya agar seseorang itu dapat mencapai Moksya.

(Michael Molloy, 1942. m/s 72-117)

Agama Buddha

Agama Buddha adalah diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh

penganutnya sebagai Buddha. Kewujudan agama ini kerap dirujuk sebagai penentangan

4
golongan Ksyatria terhadap dominasi golongan Brahmin dalam soal agama dan kehidupan.

Sistem kasta yang dilihat adalah begitu tegar dan telah dianggap menjadikan masyarakattidak

teratur. Hal ini memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha

untuk berusaha mencari kebernaran. (Rifai Shodiq Fathoni, 2016)

Agama Buddha mencapai kegemilangannya pada zaman

pemerintahan agama Buddha. Pada zaman ini Buddha bukan sahaja Rajah 2 - Gautama
Buddha
menjadi agama rasmi kerajaan Maurya tetapi juga mengalami

perkembangan yang pesat kesan daripada dasar penghantaran

mubaligh ke luar negara. (Michael Molloy, 1942. m/s 120-183). Agama Buddha juga

menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci. Kitab tripitaka mengandungi

Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka. (Rifai Shodiq Fathoni, 2016)

Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha kyamuni

(Siddhrtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. (Lloyd Ridgeon,

2003. m/s 59-112). Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda

meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke

tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran

utama, iaitu Theravda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravda), Mahyna, and Vajrayna. Agama

Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih

kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling

besar di dunia. (Rifai Shodiq Fathoni, 2016)

Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui

pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan

pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun

5
dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang

sebenar dikenali sebagai Buddha. (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 343-370)

kyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat

banyak Buddha akan dilahirkan selepas kyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum

kyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami

alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang

dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang

bermoral dan pemikiran yang bersih. (Rifai Shodiq Fathoni, 2016). Secara keseluruhan,

tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam

kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih

minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami

kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau

nirvna (Pli nibbna). (Michael Molloy, 1942. m/s 120-183)

Agama Kristian

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau

sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan

6
kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya

para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam

Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama

usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: ,

Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'. (Hamidi SP, 2013)

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada

adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan

sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu (Hamidi

SP, 2013) :

1) Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut

yang telah dibaptis),


2) Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
3) Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti

Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and

Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah Rajah 3 - Jesus Christ

anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada

Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura).

'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus

yang membentuk satu Tuhan. (Michael Molloy, 1942. m/s 341-422) Penganut Kristian juga

percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia

menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah

wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga. (Hamidi SP,

2013)

7
Sebelum kedatangan agama Kristian, masyarakat Eropah adalah pagan, iaitu

masyarakatnya tidak mempercayai atau menganuti sebarang agama utama dunia. Kemudian,

Constantine telah mengiktiraj agama Kristian sebagai salah satu ajaran dan agama yang

bebas. (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 178-225) Seterusnya, masyarakat pun juga menerima

agama Kristian dan Eropah telah menjadi sebuah empayar Kristian yang agung. (Hamidi SP,

2013)

Agama Islam

Agama ini adalah diwahyu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 6

Ogos tahun 610 M. melalui malaikat Jibril di Gua Hira. Dalam proses penyebaran Islam,

telah berlaku beberapa pertentangan daripada orang Quraisy Makkah. Baginda menerima

jemputan untuk berhijrah ke Madinah untuk melindungi Islam daripada terus ditekan pada 12

September, 622 M. (Michael Molloy, 1942. m/s 431-481)

Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan syariah. Akidah ialah

keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariah pula ialah undang-undang yang

terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam.

Orang Islam juga wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam. (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s

230-278)

Islam (Bahasa Arab: ;;al-'islm (bantuanmaklumat); disebut: [s.lam]) (aslama

= , yuslimu = , islaman = )ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran,

yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: , Allh), kata demi kata,

serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik

dan keagamaan Arab abad ke-7. (Zeenath Kausar, 2008. m/s 31-64) Perkataan Islam

8
bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut

Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".Muslim

percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. (Mochammed

Fiqhi Dzikriansyah, 2013). Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan

sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan

lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi

pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. (Zeenath Kausar, 2008. m/s 31-

64). Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu

yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan

tafsiran palsu, atau kedua-duanya.Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang

merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.

Selain itu, terdapat syariat Islam ( , syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek

kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum

pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat. (Mochammed Fiqhi Dzikriansyah, 2013)

Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah

dan Syiah. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di

sebahagian besar Asia. (Michael Molloy, 1942. m/s 431-481). Komuniti besar juga ditemui di

China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur

dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar

komuniti pendatang Muslim di bahagian lain

dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20%

Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% di

Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara

Muslim terbesar mengikut populasi.Terdapat

sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua

9
terbesar di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat

di dunia. (Zeenath Kausar, 2008. m/s 31-64)

Rajah 4 - Kaabah Kandungan Rukun Iman :

A) Kepercayaan kepada Allah s.w.t.


B) Percaya kepada malaikat
C) Percaya kepada kitab-kitab
D) Percaya pada para nabi dan rasul
E) Percaya pada hari kiamat
F) Percaya kepada qadha dan qadar

Kandungan Rukun Islam :

A) Pengakuan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu

pesuruh Allah
B) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
C) Wajib berzakat
D) Berpuasa pada bulan Ramadhan
E) Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu

Confucianisme

Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai satu

kepercayaan dan tokoh confuciuse telah disembah sebagai sebuah dewa

yang penting. Ajaran ini menekankan kepentingan prinsip moral

yang tinggi seperi keperikemanusiaan (ren), Kesusilaan (li)

serta ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Seseorang harus

mendapat pendidikan untuk mencapai ketinggian moral ini.

(dahlanlatifwidiyanto, 2012).
Rajah 5 - Confucius

10
Confusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk

mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. (David S. Noss, 1999. m/s 285-316).

Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh

ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang

bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32

tahun. Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang

banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

(Michael Molloy, 1942. m/s 207-253).

Ajaran Konfucius :

1) Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di

langit dengan manusia di bumi dengan baik. (dahlanlatifwidiyanto, 2012).


2) Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka

hadir di dunia ini. (dahlanlatifwidiyanto, 2012).


3) Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah

laku. (dahlanlatifwidiyanto, 2012).

Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang

dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Ia dikembangkan oleh

muridnya Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan. (Drs Adeng Muchtar

Ghazali, M.Ag, 2004. m/s 11-56) Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru

tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luarbiasa kepada Konfucius

telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan

tertentu bagi mengenangkannya. (dahlanlatifwidiyanto, 2012).

11
Kata khidmat Konfucius mengenai Hidup Peribadi dan Keluarganya (dahlanlatifwidiyanto,

2012) :

Pada 30, Saya ambil dirian saya; ()

Pada 40, Saya tidak ada lagi keraguan; ()

Pada 50, Saya mengetahui takdir syurga; ()

Pada 60, telinga saya dibiasakan; ()

Pada 70, Saya mengikut semua kemahuan hati saya tanpa melanggar sebarang

peraturan. ()

Taoisme

Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Seperti Confuciuse, Loa Fu Tze juga telah

menggembara keluar kawasanuntuk menyebarkan pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan

buku Tao Te Ching yang mengandungi idea aflsafah Taoisme. (Michael Molloy, 1942. m/s

207-253) Taoisme yang pada awalnya berbentuk falsafah kemudiannya bertukar menjadi

ajaran berbentuk agama. Ajaran ini menasihati seseorang supaya tidak harus bertindak

terhadap apa-apa yang berlaku atau wu-wei.

Istilah Taoisme merujuk kepada tiga perkara yang amat berbeza:

1) sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas

sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi;

12
2) sekeluarga gerakan agama Cina yang terancang, seperti mazhab-mazhab

Zhengyi ("Ortodoksi") dan Quanzhen, yang pada keseluruhannya boleh

dikesan sehingga Zhang Daoling pada akhir Dinasti Han; atau


3) agama kebanyakan orang Cina

PERANAN KEPERCAYAAN DAN AGAMA KEPADA KEGEMILANGAN

SESEBUAH TAMADUN

Agama memang merupakan peranan yang sangat penting dalam sesebuah tamadun, di

mana agama ini dapat membantu sesebuah tamadun untuk lebih maju berkembang pesat

.Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan masyarakat atau tamadun. Agama adalah

pegangan yang harus ada dalam diri setiap masyarakat .Tanpa pegangan agama, maka akan

goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama yang paling penting adalah ia dapat menjadi

pemangkin kepada pembangunan manusia tamadun. (Karen Armstrong, 2001. m/s 339-368)

Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar

budaya masyarakat. Agama juga dapat membentuk pandangan terhadap kehidupan seseorang

dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat

dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. (Lloyd Ridgeon,

2003. m/s 343-370)

Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk pandangan

dunia dalam kehidupan sesebuah tamadun serta mendatangkan ketenangan dan keamanan di

kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan

mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau. Ini dibuktikan

dengan prinsip agama Islam yang bencikan peperangan. Agama islam juga melarang

13
umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan

aman (perbincangan). (Karen Armstrong, 2001. m/s 339-368)

Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun

tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan

paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah sayu

elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan (Qiupingyew,

2011)

Agama sememangnya telah banyak memberikan sumbangan kepada kehidupan dan

ketamadunan manusia. Salah satu daripada sumbangan agama kepada kehidupan dan

ketamadunan manusia ini adalah melalui peranannya yang membentuk pandangan alam

manusia, mengawal segala kelakuan dan tingkah laku manusia, serta menyediakan sistem

kerohanian yang berupaya menjawab pelbagai persoalan besar (ultimate questions) yang

bersifat ontologikal dan metafizik serta sentiasa menggusarkan diri manusia sekiranya tidak

difahami dengan baik. (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 343-370)

Oleh hal yang demikian, agama dilihat mempunyai peranannya yang tersendiri dalam

memberikan panduan kepada manusia tentang corak kehidupan yang perlu dilaluinya. Malah

hakikat ini telah pun berlangsung sekian lama dalam sejarah manusia (TAREK LADJAL,

2011)

Peranan agama dalam sesebuah tamadun juga memainkan peranan dalam mengatasi

persoalan-persoalan yang timbul dalam sesebuah tamadun ataupun masyarakat yang tidak

dapat dipecahkan oleh mana-mana tamadun lain. Oleh kerana itu agama berfungsi sehingga

sesebuah tamadun itu menjadi lebih stabil dan kekalkan kesejahteraan dalam masyarakat.

Antara fungsi agama dalam sesebuah tamadun ialah keselamatan , pengawasan sosial , dan

memupuk persaudaraan. (Drs. Adeng Muchtar Ghazali, M.Ag, 2004. m/s 11-56)

14
Agama berfungsi sebagai keselamatan. Di mana bahawa setiap manusia

menginginkan kehidupa yang jauh lebih baik dari apa yang dinginkan sama ada semasa

hidup mahupun sesudah mati . Agama juga dapat membantu sesebuah tamadun agar lebih

berkeyakinan dalam membuat keputusan, hal ini kerana sesetiap agama walaupun berlainan

cara tetapi masih menginginkan keselamatan yang sama seperti kerohanian , ketenangan dan

lain-lain lagi. (Karen Armstrong, 2001. m/s 339-368)

Seterusnya fungsi pengawasan sosial, hal ini menjelaskan bahawa agama meneguhkan

kaedah-kaedah tatasusila dari segi adat yang dipandang baik bagi kehidupan moral warga

masyarakat atau tamadun. Agama juga memainkan peranan untuk menjaga keamanan

sesebuah tamadun . (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 343-370)

Selain itu, peranan untuk memupuk persaudaraan. Hal ini dapat dijelaskan bahawa

Persaudaraan merupakan keperluan bersama iaitu saling lengkap-melengkapi dan bantu

membantu antara agama dengan agama yang lain. Seterusnya, Persaudaraan dapat memupuk

nilai dan etika pergaulan sesama manusia. Di mana pergaulan yang kerap dapat memupuk

nilai dan etika baik ini kerana pergaulan merupakan perkara yang sering dilakukan setiap hari

mahupun setiap waktu. (Karen Armstrong, 2001. m/s 339-368)

Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan keamanan. Untuk

mengekalkan keharmonian ini, masyarakat perlu berpegang kepada nilai-nilai hidup yang

murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati, bersatu padu dan sebagainya.

Keperluan kepada nilai ini perlu dibudayakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam semua perkara. Tanpa perpaduan yang erat

akan mewujudkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan mengundang kepada perpecahan.

Masyarakat yang lemah bermula dengan konflik persaudaraan yang wujud dalam sesebuah

15
negara dan akhirnya ia akan melahirkan sifat perpecahan dalam interaksi perhubungan

komuniti. (Qiupingyew, 2011)

Dari segi pragmatism seseorang itu menganut agama adalah disebabkan fungsinya,

bagi kebanyakan orang agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagian hidup, sebenarnya

agama dikatakan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengasaskan pembentukan

tamadun kerana agama mampu mengubah corak kehidupan masyarakat kain selain

mempengaruh permikiran(fatini Diana, 2012)

FAKTOR- FAKTOR (RANGSANGAN KEAGAMAAN)

Rangsangan keagamaan juga boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu berkembang maju.

Keadaan ini dapat kita lihat dengan tamadun Islam. Agama Islam mendorong umatnya supaya mencari ilmu

pengetahuan sama ada melalui Al-Quran atau melalui tanda-tanda alam sekitar dan budaya manusia. Keadaan

ini telah menyebabkan tamadun Islam berkembang pesat semasa khulafak umayyah dan juga pada zaman

pemerintahan khulafaAbasiyyah. (Wong Wei Han N3 2013).

Kehidupan beragama juga merupakan salah satu aspek asas tamadun seperti yang

ditetapkan olah Ibn Khaldun (Muhammad Abdullah Enan,2013). Edward L. Farmer

memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun, manakala R.A.

Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks adalah ciri-ciri

kerahiban .Buktinya kewujudan kehidupan agama adalah seperti wujudnya kepercayaan,

pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan dan peninggalan bangunan

keagamaan. Contohnya, masyarakat Tamadun Indus menyembah dewi bermuka tiga serta

wujud masyarakat yang percaya ada kuasa ghaib kuasai alam sekeliling , amalan kepercayaan

Animisme dan amalkan Politisme(sembah banyak tuhan) pada awal tamadun. (Muhammad

Abdullah Enan, 2013)

16
Di samping itu, menurut Zaki, Hamzah & Mad Aros (2012) , rangsangan keagamaan

pada Zaman Vedik merupakan salah satu faktor kelahiran tamadun India . Hal ini dikaitkan

dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya baharu terhadap

masyarakat Lembah Indus sekaligus menjadikan tamadun ini berada di tahap yang baharu.

Tahap ini juga dikenali sebagai Zaman Vedik iaitu zaman permulaan kehidupan beragama

bagi masyarakat ini sehingga lahirnya agama Hindu . Selain itu, mereka juga menggunakan

sistem kasta yang mana orang Aryan mengungguli tiga kasta teratas iaitu Brahmin, Kshatriya

dan Vaisya. (Michael Molloy, 1942. m/s 72-177) Brahmin ditugaskan untuk mengendalikan

kuil, Kshatriya ditugaskan untuk mempertahankan negara dan Vaisya ditugaskan untuk

menjana kejayaan . Masyarakat tempatan pula iaitu golongan Sudra yang mana mereka

bekerja sebagai buruh dan petani mengungguli tangga di bawah sekali . Seterusnya,

peradaban Indo-Arya juga berkembang menjadi peradaban Hindu (Ahmad Zaki et.al.,2012).

Hal ini telah menyebabkan tercetusnya Zaman Veda . Zaman Veda ini boleh dibahagikan

kepada dua iaitu Zaman Veda Awal dan Zaman Veda Lewat yang mana kemajuan orang Arya

lebih maju.Pengetahuan tentang agama orang Indo-Arya dapat dilihat di dalam kitab-kitab

Veda terutamanya Rig Veda. Ayat- ayat daripada kitab suci Veda juga masih lagi dibaca dalam

sembahyang pagi, petang, malam dan upacara perkahwinan seperti di India (Akmar Hisham

Mokhles, 2001). Oleh hal yang demikian, rangsangan agama pada Zaman Vedik juga telah

membantu dalam proses kelahiran tamadun ini.

Selain itu, Tamadun India mampu berdiri dan berkembang menjadi tamadun yang

unggul berasaskan kekuatan dan struktur masyarakat menjadi asas dalam aspek sosial yang

mengandungi elemen unik seperti sistem kasta yang juga dikenali sebagai sistem pengkelasan

yang berasal dari bahasa Portugis yang bermaksud pembahagian masyarakat (Lloyd Ridgeon,

2003. m/s 8-30). Terdapat 4 tahap sistem ini, pertama Brahma, Ksatriya, Vaishya dan Sudra.

17
Mereka mempunyai peranan dan tugas-tugas yang tersendiri dalam memastikan organisasi

dapat berjalan dengan teratur (Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 8-30). Brahma yang bertindak

sebagai sami atau guru agama yang mempunyai tugas untuk mendidik serta menyampai

ajaran mereka kepada masyarakat. Ksatriya pula adalah kelompok masyarakat yang

bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan yang terbabit secara langsung dalam

pemerintahan. Vaisya merupakan dalam kalangan saudagar dan ceti yang mempunyai ilmu

dalam bidang perdagangan. Sudra merupakan petani yang merupakan golongan bawahan

yang melakukan pekerjaan seperti hamba. Sistem ini mempunyai kebaikan tersendiri iaitu

dari sudut pengkhususan pekerjaan di mana mereka saling melengkapi antara masyarakat

sekali gus dapat mencapai masyarakat yang hidup harmoni. (Akmar Hisyam Mokhles, 2001)

Seterusnya, Lloyd Ridgeon, 2003. m/s 343-370 turut menambah bahawa ukiran-

ukiran ayat suci Al-Quran di bangunan seperti istana dan masjid juga dapat membuktikan

pengaruh Tamadun Islam yang kuat di Malaysia. Malah, Buerah Tunggak & Hussin Salamon

(2011), menyatakan bahawa pengaruh Tamadun Islam juga dapat dilihat melalui pentadbiran

di Malaysia. Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan daya produktiviti negara

melalui ajaran-ajaran agama seperti kejujuran, kerajinan dan ketelusan dalam menunaikan

sesuatu tanggungjawab. Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas bahawa; Islam

membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan

kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata. (Zeenath Kausar,

2008. m/s 31-64) Menurut S.Q Fatimi, beliau berpendapat bahawa penyebaran Islam

sehingga membawa ketamadunan di Malaysia berpunca di China. Pengaruh Islam turut dapat

dilihat melalui masjid yang berbentuk seperti pagoda. Ini membuktikan bahawa Islam telah

meresap ke negara kita dan mempengaruhi seni bina bangunan di negara kita.

18
PENUTUP

Kesimpulannya, maka dapat kami simpulkan bahawa bertapa pentingnya kedudukan

agama dalam pembangunan, kerana agama tidak hanya sekadar pembinaan kesusilaan

semata-mata, tetapi juga sebagai pengarahan dan pendorong umatnya untuk bergiat aktif

bersama-sama dalam membangun masyarakat, bangsa dan Negara dalam mengisi kemajuan

ketamadunan bangsa bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan iaitu pembanguan pada

segala bidang termasuklah pembangunan manusia seutuhnya demi tercapainya kehidupan

masyarakat yang tenteram, damai, adil dan makmur. Untuk itu, tujuan yang paling tepat

dalam membina dan membangunkan manusia adalah agama iaitu dengan mempelajari,

memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama yang sesuai dengan apa yang telah

19
tersurat dan tersirat dalam kitab suci agama. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang

sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa

oleh agama.

20

You might also like