Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pendidikan pemulihan di Negara kita bermula sejak tahun enam puluhan.

Ini
bertitik tolak dari tinjauan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun
1967.Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) kepada Sembilan buah sekolah dan
berterusan hingga tahun 1970.

Bermula tahun 1980,Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) mengetengahkan


konsep 5P iaitu penggabungjalinan,penyerapan,penilaian,pemulihan dan
pengayaan.Ini jelas dilihat bahawa pemulihan merupakan satu daripada unsur
istimewa KBSR.Tahun 1986,Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan semua
sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan
program pemulihan di sekolah masing-masing.

Program pemulihan menjadi agenda penting Kementerian Pelajaran Malaysia


mulai tahun 1998.Antara tindakannya ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk
mengadakan pemulihan ringan dalam bilik darjah dan menambah guru pemulihan
khas yang mampu mengendalikan pemulihan berat.Bulan November 1998,KPM
menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas.Ianya
menjadi sumber penting guru pemulihan khas dan guru Bahasa Melayu.

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
membaca,menulis dan mengira.Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini
mungkin berupa masalah yang ringan dan boleh dilakukan oleh guru kelas
biasa.Murid yang menghadapi masalah berat dan kompleks,mereka akan
dikelolakan oleh guru pemulihan khas di kelas pemulihan.

Kanak-kanak pemulihan diklafikasikan sebagai kanak-kanak yang tidak


menguasai asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,manakala kanak-kanak
normal didefinisikan sebagai kanak-kanak yang sudah menguasai 3M tetapi kurang
menguasai dalam sesuatu subjek.Kanak-kanak pemulihan dan kanak-kanak normal
mempunyai banyak perbezaan.Antaranya ialah kanak-kanak diajar secara
pembelajaran dua hala,yakni diantara murid dan guru,manakala kanak-kanak normal
pembelajarannya boleh dilakukan secara berkumpulan dan amat
digalakkan.Seterusnya,kelas pemulihan juga dipanggil sebagai kelas khas
khusus,manakala kelas normal pula dipanggil sebagai Kelas Intervensi 3M.
Kelas kanak-kanak pemulihan diwujudkan untuk membantu murid yang
bermasalah dalam menguasai 3M,iaitu membaca,menulis dan mengira manakala
kelas kanak-kanak normal adalah usaha untuk kembali semula kepada asas
pendidikan 3M.Bilangan murid di dalam kelas pemulihan dalam lingkungan lima
belas orang,manakala bilangan murid di dalam kelas kanak-kanak normal ialah
bergantung kepada kelemahan mereka dalam menguasai sesuatu subjek di dalam
kelas.Kanak-kanak pemulihan,pembelajarannya lebih kepada pengenalan asas 3M
iaitu membaca,menulis dan mengira,manakala kanak-kanak normal
pembelajarannya berdasarkan garis panduan serta latihan ditekankan secara
menyeluruh.Kanak-kanak pemulihan diajar oleh guru pemulihan menggunakan
banyak bahan bantu mengajar(BBM) yang berkesan,manakala kanak-kanak normal
diajar menggunakan bahan bantu mengajar(BBM) yang boleh digunakan mengikut
subjek yang diperlukan sahaja.

Kanak-kanak pemulihan diuji melalui ujian diagnostic yang dilakukan bertujuan


untuk mengesan kelemahan dan kekuatan diri,tetapi ujian diagnostic tidak perlu
dijalankan oleh kanak-kanak normal kerana pengenalpastian mereka telah
dilakukan.Selain itu,kanak-kanak pemulihan menggunakan Instrumen Penentu
Penguasaan Membaca Dan Menulis(IPP2M) untuk menentukan sama ada murid
perlu meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti pembelajaran dalam
kelas biasa,manakala kanak-kanak normal pula tidak perlu menggunakan IPP2M
kerana guru hanya memberi penekanan terhadap subjek yang lemah sahaja iaitu
pada akhir ujian.Guru akan membuat penilaian sama ada murid tersebut perlu
dihantar ke kelas pemulihan khas atau masih di kekalkan didalam kelas biasa.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak pemulihan


ialah faktor pertama,faktor fizikal.Faktor fizikal dikaji dari aspek kesihatan
murid.Masalah kekurangan zat makanan akan menyebabkan mereka kurang
bersemangat untuk menyiapkan tugasan daripada guru.Masalah kekurangan tenaga
kerana persekitaran mereka yang kurang selesa juga menyebabkan murid kelihatan
letih dan kurang bersemangat untuk untuk meneruskan P&P.Selain itu,kecacatan
anggota deria juga menghalang proses menerima ransangan dan dengan itu mereka
tidak dapat memproses maklumat yang penting untuk pembelajaran.
Seterusnya,faktor mental juga memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak pemulihan.Faktor mental juga
diistilahkan sebagai faktor kurang kecerdasan.Kecacatan pada otak menyebabkan
kelemahan kecerdasan.Dianggarkan kira-kira 15% hingga 16% murid yang dianggap
mempunyai masalah dalam pembelajaran.Mereka dikategorikan sebagai kanak-
kanak yang lambat berfikir,cepat lupa,sukar memahami sesuatu dan lemah
pengamatan.

Faktor seterusnya ialah faktor emosi.Ia juga disebut sebagai faktor


psikologi.Faktor emosi ini mempunyai kaitan dengan faktor keluarga,rakan sebaya
dan kurikulum.Antara punca kanak-kanak mengalami masalah emosi ialah berpunca
daripada masalah lain seperti masalah pembelajaran,peribadi,mental dan juga
fizikal.Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini selalunya mempunyai perasaan
takut,malu,tidak berkeyakinan dan rendah diri.Sebagai contohnya,pergolakan dalam
rumah tangga oleh ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan.Ini
mengganggu proses pembelajaran anak-anak.Seterusnya ialah faktor sosial.Faktor
sosial berkait rapat dengan peribadi,latar belakang keluarga dan masalah sosial.
Persekitaran sekolah yang kurang kondusif boleh menjejaskan prestasi
pembelajaran murid-murid di bilik darjah.Biasanya murid-murid pemulihan kurang
mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa.Mereka sering bergaul dengan
rakan sebaya yang menghadapi masalah sama dengan mereka.

Selain daripada itu,faktor kesihatan juga mempengaruhi perkembangan kanak-


kanak pemulihan.Pelbagai penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pemulihan
mendatangkan gangguan terhadap pembelajaran mereka.Antara penyakit yang
selalu dihadapi oleh kanak-kanak ini sewaktu peringkat persekolahan ialah
selesema,batuk,lelah,kudis,demam campak dan beguk.Selain itu,antara penyakit
tersembunyi yang disebabkan oleh faktor kesihatan ialah kekurangan darah yang
boleh menjadikan mereka lemah dan tidak bermaya.

Program pemulihan disekolah jika dikaji dan diteliti,terdapat beberapa isu yang
boleh dibincangkan untuk renungan bersama.Terdapat beberapa faktor yang
menjadi isu dalam pendidikan pemulihan disekolah iaitu seperti faktor
guru,murid,pihak pengurusan,peruntukan yang diberikan,bahan bantu mengajar
yang digunakan,penglibatan ibu bapa dan akhir sekali kemudahan
fizikal.Dalammembincangkan isu pemulihan disekolah ini,apa yang penting dan jelas
dilihat ialah masalah guru,murid dan ibu bapa.

Dari segi faktor guru,isu yang paling penting ialah sekolah tidak mempunyai guru
pemulihan khas.Tiap-tiap buah sekolah masa kini sudah mempunyai guru
pendidikan khas tetapi hakikat sebenarnya guru yang dilantik bukannya guru yang
mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan.Walaubagaimanapun guru-guru
ini bernasib baik kerana sentiasa menghadiri kursus-kursus berkaitan sehingga guru
itu faham pendidikan pemulihan yang sebenar.

Kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru pemulihan khas diminta


mengajar dikelas-kelas biasa.Guru pemulihan khas juga dibebani dengan tugas
menggantikan guru-guru lain dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan
mengajar.Sesetengah guru yang kurang berminat untuk mengajar murid-murid
pemulihan khas.Sikap negative ini satu masalah yang dihadapi oleh pengurusan
sekolah.

Guru adalah tenaga pendorong yang besar untuk membangkitkan minat belajar
murid.Kaedah pengajaran yang jitu,penggunaan peralatan mengajar yang
berkesan,pendekatan pengajaran yang tepat,alat komunikasi yang sesuai untuk
mempercepatkan pemerolehan ilmu dan lain-lain dapat membantu guru membuat
pemulihan dengan berkesan.Masalh yang timbul disini ialah sikap guru yang gemar
membuat jangkaan yang rendah terhadap pelajar pemulihan.

Permasalahan pemulihan disekolah juga dapat dilihat dari faktor murid.Murid


kerap ponteng sekolah.Apabila perkara ini berlaku,mereka akan ketinggalan dalam
pengajaran guru dalam kelas berbanding dengan rakan yang lain.Hal ini bukan
sahaja menyukarkan guru pemulihan tetapi masa depan pelajar.

Masalah pelajar yang lemah ini juga dihubungkan dengan latar belakang sosio
ekonomi yang kurang baik,masalah keluarga,masalah persekitaran,pergaulan dan
sebagainya.Faktor-faktor ini boleh mendorong pencapaian rendah seseorang
pelajar.Kelemahan penguasaan bahasa mungkin disebabkan daripada latar
belakang sosio ekonomi,kerencatan mental atau fizikal seperti kurang pendengaran
dan sebagainya.
Kekurangan perbendaharaan kata menjejaskan perkembangan pembelajaran
kanak-kanak.Hal ini disebabkan sekatan persekitaran iaitu kurangnya bahan
ransangan seperti buku,gambar,lukisan,mainan dan sebagainya.Selain
itu,kurangnya sekatan pengalaman iaitu kurangnya pengalaman untuk membuat
tinjauan,lawatan,kunjungan dan sebagainya yang boleh merangsang pertumbuhan
daya fikiran.Kurangnya pergaulan atau interaksi dengan orang-orang yang lebih
dewasa terutama ibu bapa dan orang-orang yang boleh dianggap menjadi model
kepada pertuturan yang baik dan betul.

Terdapat juga bilangan murid pemulihan khas yang terlalu ramai bilangannya
berbanding dengan seorang sahaja guru pemulihan.Apabila bilangan murid yang
terlalu ramai menyukarkan guru untuk memberi pendidikan pemulihan yang
terbaik.Hal ini juga menyebabkan sukar untuk melaksanakan program pemulihan
dengan berkesan.

Selain dari itu,penglibatan ibu bapa adalah penting.Isu ini juga merupakan satu
masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program pemulihan disekolah.Ibu bapa
seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak
mereka.Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak mereka ini dirumah
tanpa hadir kesekolah.Ibu bapa juga tidak memberi kerjasama kepada pihak sekolah
seperti berbincang masalah anak,mengambil berat tentang pelajaran dan kerja-kerja
rumah yang diberikan oleh guru.Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap
pelajaran,pemakanan dan kesihatan anak-anak menyebabkan masalah
perlaksanaan pemulihan disekolah kurang berkesan.

Kesimpulannya,pendidikan pemulihan tidak seperti mana yang disangkakan.Ia


memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid
pemulihan supaya boleh menjadi insane yang membanggakan suatu hari
nanti.Disinilah peranan guru dituntut untuk memilih kaedah pengajaran yang benar-
benar sesuai bagi pelajar-pelajarnya berdasarkan kecenderungan,bakat,saiz
kelas,daya pemerolehan pelajar dan cara belajar murid-murid ini.

You might also like