Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Format Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

Bahagian A - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah]


(i) Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan yang terdiri daripada gambar
tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.
(ii) Pelajar akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan bahan rangsangan
yang diberikan.
(iii) Panjang karangan pelajar hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B - Karangan Respons Terbuka [100 markah]


(i) Karangan bagi bahagian ini masih mengekalkan format lama, iaitu pelajar perlu
menjawab satu soalan sahaja daripada beberapa soalan yang diberikan.
(ii) Panjang karangan pelajar hendaklah tidak kurang daripada 350 patah
perkataan.
(iii) Karangan bahagian ini terdiri daripada lima bidang atau dimensi :

(a) Diri /Individu


(b) Keluarga
(c) Masyarakat / Negara
(d) Antarabangsa
(e) Kompenan Sastera

3. Masa yang diperuntuk untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah 2 jam 15 minit. Oleh itu, para pelajar
perlu bijak membahagikan masa supaya mereka dapat menyiapkan kedua-dua buah karangan mengikut
masa yang ditetapkan dan jumlah perkataan karangan yang ditulis pula biarlah sesuai dengan masa.

PENILAIAN PEMERIKSA

1. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon dalam membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur
idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk atau tema soalan/bahan.
2. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan
perasaan dengan berkesan.
3. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan
menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Di samping itu, pemeriksa juga akan menilai kebolehan calon
membahagikan perenggan-perenggan mengikut susunan isi menarik. Tanda-tanda baca juga hendaklah
ditulis dengan betul.
4. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, dengan
menggunakan struktur ayat yang betul, gaya bahasa yang menarik, terdapat ungkapan menarik serta
bersesuaian pula dengan tajuk karangan.
5. Pendek kata, pemeriksa akan memberi perhatian sepenuhnya kepada penguasaan
bahasa dan penyusunan serta pengembangan idea yang tepat, jelas dan bernas.

You might also like