Professional Documents
Culture Documents
Perbadanan Awam Atau Badan Berkanun
Perbadanan Awam Atau Badan Berkanun
PENTADBIRAN DI MALAYSIA
1.0 Pengenalan
pengasingan kuasa. di mana menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga
cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini
harus dipegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa.
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, badan Pelaksana atau juga dikenali sebagai Kuasa
Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala
Utama Negara. Ia merupakan badan tertinggi yang diamanahkan dalam penggubalan dasar
Sehubungan dengan itu, beberapa kementerian, jabatan dan perbadanan awam telah ditubuhkan
bagi melaksanakan kuasa eksekutif dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam
dalam proses penggubalan dasar, mengawal dan merancang pelaksanaan sesuatu dasar yang akan
dilaksanakan oleh jabatan. Perbadanan Awam merupakan pertubuhan yang diperbadankan oleh
kerajaan sama ada melalui undang-undang atau ditubuhkan di bawah Akta Syarikat bagi maksud-
maksud tertentu (Fuziah Shafie et al). Ia merupakan agensi separa kerajaan yang
bertanggungjawab memajukan sesuatu bidang selaras dengan aspirasi kerajaan yang disalurkan
melalui kementerian yang terlibat. Ia terdiri daripada Badan Berkanun dan Badan Tidak
Berkanun.
1 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan salah sebuah sebuah badan berkanun yang
berautonomi dan bertanggungjawab kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan sejak awal
persekutuan dan secara khususnya melibatkan kawasan-kawasan luar bandar. Penubuhan MARA
memberi impak yang besar terhadap ekonomi, sosial dan pendidikan negara dengan pelbagai
kejayaan yang telah dicapai baik di dalam negara mahupun ke luar negara. MARA juga telah
banyak menyumbang dalam bidang pendidikan sejak penubuhannya 47 tahun yang lalu
terutamanya melalui institusi di bawahnya seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
government agencies) adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Misalnya, Perbadanan Pembangunan Bandar ialah
sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan Perbadanan Ekonomi Negeri ialah sebuah Badan
Berkanun Negeri.
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1985, Perbadanan Awam adalah
ditakrifkan sebagai Perbadanan yang ditubuhkan mengikut kuasa Akta Parlimen atau Enakmen
yang khusus dan dikenali sebagai Badan Berkanun (Statutory Body) atau Perbadanan Awam
(Public Corporation);
2 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
ekuitinya;
Tahun 2005)
Ahmad Martadha Mohamed et al mendefinisikan Perbadanan Awam sebagai satu badan yang
kerajaan.
Perbadanan Awam merupakan badan khas yang menjalankan aktiviti berunsur perniagaan dan
kerajaan juga mempunyai kepentingan ekuiti di dalamnya. Perbadanan Awam terbahagi kepada
perbadanan awam persekutuan yang dikawal selia di bawah Kerajaan Persekutuan dan
Perbadanan Awam Persekutuan merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta
tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas khusus sejajar demi mencapai objektif dan matlamat
negara. Bagi kerajaan negeri pula, penubuhan badan berkanun dan tidak berkanun adalah
Badan-badan Berkanun adalah sebuah agensi separa Kerajaan yang ditubuhkan di bawah
peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Tujuan penubuhan Badan-
3 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
badan Berkanun ialah untuk memberikan kebebasan yang lebih luas untuk bergerak dan
biasa. Badan-badan Berkanun seperti ini mengambil kuasa daripada akta / enakmen
berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang digelar Lembaga, Majlis
bawah Akta Syarikat-syarikat 1965 (Akta 125). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
Syarikat Induk (Parent Company) untuk tujuan yang lebih luas manakala, Anak Syarikat
(Subsidiary Company) untuk tujuan yang terhad. Salah satu Syarikat induk iaitu
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang menubuhkan anak syarikat seperti Pernas
4 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Properties Sdn.Bhd. , Pernas Trading Sdn. Bhd. Dan Pernas Edar Sdn. Bhd. Contoh
Perbadanan Awam diwujudkan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah
dilaksanakan oleh jabatan kerajaan atau melaksanakan bidang tugas yang baru. Perbadanan
memerlukan modal yang besar yang enggan atau tidak mampu diceburi oleh sektor
ii) Memudahkan jentera pentadbiran untuk menjalankan perancangan dengan lebih bebas,
Selain memberi peluang kepada kerajaan untuk melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan
ekonomi dan perniagaan, penubuhan perbadanan awam ini akan mengekalkan peranan kerajaan
5 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai MARA merupakan salah sebuah
agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah selepas pembubaran
2009.
Penubuhan MARA bermula pada Julai 1950, di mana Majlis Mesyuarat Undangan
Lembaga Khas yang dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP)
atau lebih dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority).
sosioekonomi masyarakat luar bandar dan berteraskan prinsip mahu menolong diri
sendiri. Slogan Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang merupakan Ketua Besar RIDA
pada ketika itu telah membuka peluang kepada masyarakat terlibat dalam bidang
Hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 telah menyedari
perlunya satu agensi yang lebih fokus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi
Bumiputera diwujudkan bagi mengganti RIDA dan pada 1 Mac 1966 tertubuhlah sebuah
Visi : Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
martabat bangsa.
6 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
(http://www.mara.gov.my)
MARA juga menyokong dasar kerajaan yang menitikberatkan sistem pendidikan (Mohd
Salleh 2002). MARA berusaha untuk membimbing, melatih dan membantu bumiputera,
khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan
saing, profesional dan stabil. Sehubungan dengan itu, MARA telah membentuk beberapa
pelbagai peringkat pendidikan; sama ada yang berbentuk kemahiran, teknikal dan
Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan
orang anggota lain, dan tiga daripadanya merupakan kakitangan awam. Semua Ahli
Majlis adalah dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ketua Pengarah
dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui
oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi
7 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri,
termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA
Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C, Jakarta, Dublin, Frankfurt,
(Sila rujuk Lampiran 1 untuk Carta Ahli Majlis MARA 2012 - 2014 dan Lampiran 2
(http://www.mara.gov.my/organisasi-operasi)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) diwujudkan di bawah Akta MARA 1966 yang bertujuan untuk
MARA telah banyak melahirkan institusi-institusi yang berjaya seperti ITM yang kini dikenal
sebagai UiTM, MRSM, IKM, GiatMARA, dan pelbagai IPT dan Pra-Universiti. Selain itu,
pelbagai agensi yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usaha-usaha keusahawanan
berada di bawah Kementerian tersebut seperti SME Bank, Tekun, PNS, dan macam-macam lagi.
MARA telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang 47 tahun ini penubuhannya dan peranannya
sebagai socioeconomic engineering agency masih kekal sehingga ke hari ini. Kejayaan MARA
boleh dilihat melalui pencapaian yang sememangnya amat signifikan terutamanya dalam sektor
Penubuhan Kenderaan Bas MARA (KBM) seawal tahun 1961 memfokuskan kepada
perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan kawasan luar bandar dan pusat
pertumbuhan baru dengan pusat-pusat bandar. Selain itu, syarikat perniagaan seperti
Kayu Sedia, Pamagrima, Usmeta, dan MARA Holdings juga telah ditubuhkan. Pada 28
8 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Januari 1994, Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC), iaitu hasil kerjasama dalam
kepakaran dan kewangan antara Technonet Asia, Japan International Cooperation Agency
(JICA), United Nations Development Programme (UNDP) dan usahasama dari kerajaan
Malaysia melalui MARA telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian dan penyelidikan,
usahawan Bumiputera. Kejayaan terkini MARA dibuktikan apabila pada 19 Jun 2013,
kira-kira 235 usahawan muda di negeri Pahang menerima sumbangan modal melalui
Kursus Pembudayaan Keusahawanan Teknikal (Putek) dari awal tahun sehingga kini.
Kejayaan MARA dalam sektor Pendidikan, dapat dibuktikan dengan jelas melalui
penubuhan Dewan Latihan RIDA, Kolej MARA dan Institut Teknologi MARA (ITM)
yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan ini
Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA dan Pusat GIATMARA. Sesuai dengan
keperluan sumber tenaga industri berteknologi tinggi negara masa kini dan akan datang,
MARA telah menubuhkan - German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala
seperti Malaysia France Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian
Technology (MIIT).
9 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Kejayaan MRSM Betong dan MRSM Tun Ghafar Baba memenangi dan merangkul
Houston, Texas. Selain itu, kemenangan MRSM Betong, MRSM Kota Kinabalu, MRSM
PDRM, dan MRSM Terendak pada 10-14 April 2013 bertempat di Palexpo Exhibition
Convention Center, Gwangju South Korea melalui robot ciptaan MRSM Kota Kinabalu
yang berperanan menjaga kesihatan warga emas. Manakala, dalam kategori yang sama,
pingat Gangsa dimenangi oleh MRSM Tun Abdul Razak Pekan, dan MRSM Kuching
yang juga memenangi dua anugerah Highly Commended dan Technical Award.
Selain MRSM, Institut Kemahiran MARA Lumut telah meraih anugerah GOLD tenaga di
Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2012 (ITEX 12) bertempat di KLCC pada
17-19 Mei 2012 melalui projek inovasi yang diberi nama Tile Cutter yang mampu
memotong jubin dalam masa yang singkat, ringkas tanpa mencederakan si pengguna
selain menepati ciri-ciri teknologi hijau di mana ia tidak menggunakan sebarang sumber
tenaga.
Jika dilihat dalam sektor pelaburan pula, Amanah Saham MARA Berhad (ASMB) pula
aktiviti seperti pengurusan skim saham amanah, pengurusan aset dan dana, perkhidmatan
Perubahan yang dilakukan oleh MARA perlu bermula di peringkat asas dan dasar kerana
transformasi yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini juga meliputi segenap perkara dan
merentasi dasar-dasar utama yang menunjangi kewujudan negara. MARA perlu memandang ke
hadapan (envision) untuk mempersiapkan generasi baru Bumiputera menghadapi cabaran dan
kegetiran 50 tahun akan datang dan perancangan untuk tiga generasi seterusnya iaitu melangkaui
Cabaran MARA di era globalisasi ini semakin kompleks dan sengit. Tekanan arus globalisasi dan
perubahan dalam senario politik, ekonomi, sosial, dan teknologi yang sentiasa berubah-ubah
memerlukan MARA mencipta realiti baru sejajar dengan tuntutan dan cabaran semasa bagi
memastikan MARA terus relevan dan maju. Memang tidak dinafikan bahawa MARA memiliki
kekuatan dari pelbagai aspek, namun komponen kepimpinan MARA merupakan faktor penting
dalam membuat perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian agar setiap kelemahan
dapat diatasi dengan bijak dan berhemah, peluang dapat direbut dan kejayaan dapat
MARA perlu memastikan sistem pendidikan tinggi di bawahnya sentiasa bersedia dan mampu
menerima serta memproses ledakan maklumat dan perubahan teknologi yang pantas dalam era
globalisasi masa kini. Walau bagaimanapun, , MARA perlu bijak dalam menangani tekanan
daripada pelanggan luar pendidikan seperti seperti pihak industri sendiri mahupun saingan
daripada institusi pendidikan yang lain. Selain itu, MARA perlu merancang strategi yang lebih
11 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
berkesan bagi menarik minat belia masa kini untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawan
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan semua program MARA adalah relevan dan menepati
kehendak komuniti Bumiputera pada hari ini dan akan datang, MARA telah mewujudkan Pelan
Berdasarkan kepada landskap ekonomi dan politik masa kini yang kian mencabar, pemantapan
hala tuju ini adalah selari dengan agenda transformasi kerajaan di bawah Falsafah 1Malaysia:
Transformasi Ekonomi (ETP) yang meliputi Model Baru Ekonomi (MBE); dan Rancangan
Malaysia ke-10 (RMK10). Fokus utama transformasi ini adalah melonjakkan penyertaan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi berteraskan inovasi (i-based economy) melalui empat (4)
strategi iaitu i-usahawan, i-pekerja, i-pelaburan dan i-organisasi. Strategi berteraskan inovasi ini
digerakkan oleh tiga (3) sektor utama MARA iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan.
Manakala Sektor Khidmat Pengurusan merupakan enabler yang melengkapi ketiga-tiga sektor
tersebut bertujuan memperkemas, melancar dan memudahkan matlamat dicapai dengan kadar
segera. Selain itu, isu-isu dalam analisis persekitaran seperti jurang ekonomi, pencapaian
Bumiputera dalam pendidikan, gunatenaga, demografi, sosial dan teknologi turut diambil kira.
Isu-isu global juga turut menjadi fokus MARA di samping memberikan gambaran dan haluan
yang jelas berhubung visi, misi dan objektif MARA yang lebih jitu didukung dengan strategi
baru berteraskan i-inovasi serta struktur baru MARA yang lebih perkasa. Pendekatan baru
MARA perlu melakukan transformasi daripada bersifat sebuah badan kerajaan bertukar arah
MARA menjana pendapatan sendiri dan lebih jauh daripada itu mampu mewujudkan suasana
organisasi berprestasi tinggi, peningkatan delivery system dan pengurangan birokrasi selain
mendidik individu agar mempunyai entrepreneurial spirit dan mengutamakan outcome based.
Pembangunan nilai-nilai bersama (shared values) yang berteraskan nilai murni seperti kreatif,
inovatif, risk taker, proaktif, wisdom, value for money dan integrity serta nilai mampan selain
proses pemantauan strategik dan pengurusan perubahan yang bersepadu serta berterusan akan
dijadikan teras dalam pentadbiran. Ini bagi merealisasikan entrepreneurial based organization
dapat dilaksanakan melalui pembudayaan enterpreneurial mind set di kalangan semua warga
MARA.
Konsep dan nadi pelan yang disediakan adalah berasaskan kepada pembangunan human capital
and competent workforce serta penciptaan kekayaan kaum Bumiputera. Selaras dengan matlamat
dan hasrat Pelan Strategik MARA (2011-2015), MARA akan terus relevan dengan agenda
pendek, sederhana dan jangka panjang bagi memahami map of the decade, agar transformasi
13 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
8.0 Kesimpulan
Fenomena yang dicetuskan oleh globalisasi telah membawa dunia dan kehidupan manusia
terdedah kepada persaingan yang kuat. Pentadbiran Awam perlu memberi respon yang positif
kepada setiap perubahan yang sedang berlaku terutama dalam merealisasikan dasar, matlamat
dan wawasan pembangunan negara yang sedang mengalami suatu rombakan besar menjelang
abad baru. Kecemerlangan organisasi adalah hasil dari usaha-usaha yang dirancang dengan teliti
pentadbiran, proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber manusia.
Tahap kualiti, latihan, penyesuaian dan kemampuan sumber manusia akan menentukan tahap
prestasi organisasi.
Oleh yang demikian, Pengurusan atasan di mana-mana organisasi kerajaan perlu bijak mengenal
pasti ancaman yang wujud di organisasinya dan menukarkannya kepada peluang daripada
menggunakan pendekatan pengelakan ataupun penafian. Seorang pemimpin yang cekap dalam
merancang, melaksana, menentukan hala tuju, mengawal dan dapat membuat analisis setiap
perubahan yang berlaku, adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan (Ab. Aziz 2000).
Pemimpin yang bertanggungjawab perlulah sensitif dan peka terhadap perubahan persekitaran di
samping perlu memastikan sebarang perubahan yang dilakukan menepati jangkaan, bersikap
terbuka dengan perkara-perkara baru dan bertindak selaras dengan jangkaan yang telah dibuat.
Pemimpin juga perlu bijak mencipta persekitaran organisasi yang dinamis dan progresif bagi
memastikan hubungan yang akrab di antara pengurusan atasan dan kakitangan bawahan dalam
organisasi.
Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semasa ditemubual dengan
wartawan Mingguan Malaysia, Mara merupakan satu organisasi amanah yang ditubuhkan untuk
14 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
memajukan rakyat terutamanya kaum Bumiputera. Usaha memajukan MARA bukan sekadar
terletak di bawah tanggung jawab kementerian saya sahaja, tetapi adalah tanggung jawab kita
semua. Sekiranya MARA gagal, maka usaha kerajaan untuk membangunkan sosioekonomi kaum
Bumiputera akan turut terganggu. MARA bukanlah organisasi biasa, tetapi MARA diwujudkan
dengan aspirasi untuk memartabatkan bangsa, dan MARA berperanan sebagai agensi yang
memperjuangkan bangsa kita. (Mingguan Malaysia, 08 Mei 2011). Selain itu, falsafah strategi
pembangunan Tun Mahathir iaitu menekankan hubungan yang rapat di antara sektor awam dan
swasta yang mana lebih berorientasikan perniagaan perlu diamalkan oleh MARA bagi
memastikan strategi MARA boleh diterima oleh masyarakat masa kini (Ahmad Atory Hussain,
2010).
15 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Rujukan / Bibliografi
Ab. Aziz Yusof. (2000). Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Universiti Utara Malaysia
Ahmad Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan Zainuddin, dan
Saadon Awang.(2007). Modul MGG1113 Asas Pentadbiran Awam. UUM Sintok, Kedah.
Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006).Pengantar Pengurusan.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
Fuziah Shafie, Mior Ahmad Noor Mior Hamzah, Mohamad Idris Saleh, Rohani. Ab. Ghani,
Zulhilmi Paidi. Modul SADN Kenegaraan Malaysia. UUM Sintok, Kedah.
Malaysia (2006). Pentadbiran Dan Pengurusan Awam Malaysia. Bab 7&8. Kuala Lumpur :
Mohd Salleh Lebar.(2002). Perancangan pendidikan : peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur
: Utusan Publisher & Distributor Sdn Bhd.
Mohd. Mahadee Ismail, Ruslan Zainuddin, dan Zaini Othman (2005). Kenegaraan Malaysia.
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Rujukan Elektronik
Datuk Nam Bin Marthinin ((Dibentangkan oleh YBhg. Dato Othman Ahmad, Timbalan Ketua
16 222895
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Pengarah (Usahawan). Peranan Agensi Awam & GLC Dalam Mewujudkan Dan
Memperkasa Usahawan Baru Yang Kompeten Dan Berdaya Saing: Suatu Gagasan Dan
Cabaran Masa Depan (atas talian)
http://www.islamgrid.gov.my/muamalat/static/pdf/13%20JAN%202009/TAJUK%204/TAJUK
%204-%20DATUK%20NAM%20MARTHININ.pdf
Roselena Mansor. Kualiti Pendidikan Kolej Profesional MARA daripada perspektif pelajar.
(atas talian)
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=93a2c4fd-4087-451b-b089-
077c47eed2a9&groupId=30564
Utusan Melayu Online.(20 Jun 2013) 235 usahawan muda diberi modal melalui Putek.
(atas talian)
http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130620/wp_02/235-usahawan-muda-diberi-
modal-melalui-Putek
17 222895