Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

KERTAS KERJA CADANGAN TAMAN HERBA


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA

1.0 PENDAHULUAN .
Rentetan dari kemenangan dalam pertandingan Cabaran Ecolife Wilayah Iskandar 2016,
program Ecolife telah berkembang dan melangkah satu lagi kemajuan apabila dijemput
untuk menyertai pencalonan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2017.
Jawatankuasa program Ecolife telah meneliti beberapa aspek yang perlu dipatuhi oleh
pihak sekolah dan salah satunya ialah projek taman atau tanaman bagi kategori
penghijauan sekolah. Pihak sekolah dengan ini mencadangkan taman herba perlu
diwujudkan atas rasa kesedaran betapa pentingnya mewujudkan sikap cintakan alam
sekitar di samping memberi pendedahan kepada murid untuk mengenali spesis herba
dan juga manfaatnya. Taman Herba SK Taman Suria adalah di bawah pengawasan
bersama Panitia Sains, Kelab Alam Sekitar atau Kitar Semula dan Panitia Rekabentuk
dan Teknologi. Projek ini diharap mendapat kerjasama dari PIBG SK Taman Suria. Untuk
mengekalkan taman herba sebagai salah satu faktor kecemerlangan di samping
menceriakan kawasan, sekolah, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan
beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mewujudkan Taman Herba SK Taman
Suria.

2.0 MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan
yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman
herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan
kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada murid-murid dan warga
SK Taman Suria. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .

4.0 OBJEKTIF.
Objektif Kertas Kerja ini ialah :

1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang


cadangan mewujudkan Taman Herba Sekolah.

2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk menampung kos


penyelenggaraan.

3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.

4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah, PIBG


dan pihak jawatan kuasa pelaksana Taman Herba .

5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan


tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT : PN HJH MARSITA BT A. HAMID


GURU BESAR

PENGERUSI : PN SUHANA BT SULAIMAN


PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I : EN. AHMAD RUJHAN BIN IBRAHIM


KETUA PANITIA SAINS
PENYELARAS II : PN. HAMIZAH BT WAHIT
GURU PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

PENYELARAS KELAB : EN. HAFIZUL SYARAFI B MOHD NOOR


ALAM SEKITAR

AJK GURU DAN KAKI TANGAN :


1. GURU-GURU PANITIA SAINS
2. GURU-GURU PANITIA RBT
3. GURU-GURU KELAB ALAM SEKITAR
4. PEKERJA SWASTA

AJK PELAJAR :

SEMUA MURID TAHAP 2

7.0 CADANGAN PELAKSANAAN .

Berdasarkan beberapa masalah yang telah dikenal pasti sebelum ini, pihak jawatan
kuasa telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak
pengurusan untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :

1. Membina papan info / banner kekal untuk info herba

2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba di


tempat yang dicadangkan dengan tambahan tanah dan pagar perhiasan

3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .
8.0 SUMBER HERBA DAN KEWANGAN

1. Panitia Rekabentuk dan Teknologi dan Panitia Sains


2. PIBG SK Taman Suria
3. Sumbangan dari pihak swasta
4. Guru dan kaki tangan SK Taman Suria

9.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Kos Sumber


(RM)
1 Banner kekal info herba 250.00 Sekolah
2 Menambak Kawasan Taman 350.00 PIBG
3 Memasang Papan Tanda dan Label 300.00 PIBG
Pokok herba
4 Membeli anak pokok dan benih herba 300.00 PIBG
5 Keceriaan Tambahan (cat dan pagar 200.00 Sekolah
mini)
JUMLAH 1300.00
10.0 PENUTUP :
Program Taman Herba Sekolah SK Taman Suria ini lebih kepada memberi
pengetahuan kepada warga sekolah selain daripada menambah keceriaan persekitaran
sekolah. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat
tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas
kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah
supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh
pihak jawatan kuasa Taman Herba SK Taman Suria. Akhirnya, dengan kerjasama
pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SK Taman Suria akan mendapat mencapai
kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH : DI SAHKAH OLEH :

........................................................
(AHMAD RUJHAN BIN IBRAHIM) (HJH. MARSITA BT A. HAMID)
KP SAINS GURU BESAR
SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU. SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU

You might also like