Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah


sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat
penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini,
Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang
rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan
paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan
perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan
ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga
memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih
berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi
menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-
warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat,
wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk
dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu,
kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia
perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata
rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan
produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia


yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran
mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang
Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia
sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan
dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama
negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat
membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya
rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang
beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada
barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua
rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan,
kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita
daripada mengalir ke luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian


barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian
seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan
import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan
tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa
asal bergaya dan alah membeli menang memakai.
Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis
wang untuk membeli barangan import berjenama dengan
memandang sebelah mata sahaja bagi barangan
tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu
setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya,
barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga
setanding dengan barangan import. Sebagai contoh,
kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva
kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan
dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan


bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki
sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya
menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk
perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas
menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan
produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara.
Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan
membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh
kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini,
bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia
haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia
dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020
nanti.

Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat


membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan
jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing?
Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan?
Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah
kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu,
insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi
terhadap barangan import sehingga memperlekehkan
barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan
pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah
barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat
membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan


banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat
tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati
diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego
agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah
menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia
demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-
sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam
menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai
Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat
Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat
produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran
antarabangsa.

[568 patah kata]

ARA-CARA MENGGALAKKAN PENGGUNA TEMPATAN


MEMBELI BARANGAN MALAYSIA

Ketika menyambut hari Kemerdekaan yang baru berlalu,


sebagai rakyat Malaysia kita berasa bangga kerana ibu
pertiwi kita telah berjaya melepaskan diri daripada
belenggu penjajah dan berjaya menempa nama di
persada dunia. Salah satu kejayaan tanah air kita ialah
barang buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran
antarabangsa. Kereta buatan Malaysia seperti Myvi dan
Proton telah dijual di banyak negara, termasuk England,
Australia dan lain-lain lagi. Ironinya, rakyat Malaysia masih
ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia. Lantaran,
semua pihak yang terlibat patut mengaturkan strategi
yang bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita membeli
barangan Malaysia supaya mata wang Malaysia tidak
mengalir ke luar negara.

Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan


yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat
kita supaya membeli barangan Malaysia. Kempen Beli
Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media
massa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negara,
Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai iklan,
dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya
harus disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat
khabar dan majalah. Pihak berkenaan harus mengadakan
pertandingan kuiz, melukis poster, menulis esei, dan lagu
patriotik bersempena dengan kempen tersebut. Kata
orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Dengan propaganda daripada pihak media, kempen
tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya
mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia
sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia,
seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta.

Untuk menjamin kualiti barangan Malaysia dan


memberikan jaminan tentang mutu barangan Malaysia,
para pengusaha sama ada kaum petani, pengusaha
industri kecil dan sederhana serta usahawan
korporat harus memperuntukkan sekurang-
kurangnya 20% pendapatan mereka sebagai
belanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Pengusaha kita harus mengaplikasikan budaya
R&D sebagai budaya perniagaan mereka. Mereka harus
berusaha meningkatkan mutu barangan hasil mereka
sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan
kilang sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan
ilmu sains dan teknologi yang canggih, barangan Malaysia
bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin dari
segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Selain
kualiti, para pengusaha harus sentiasa meneliti, mengkaji
dan menyiasat cinta rasa trend semasa, keinginan
pasaran serta pembungkusan yang unik. Perniagaan yang
tradisional tidak dapat bersaing dalam dunia perdagangan
yang penuh dengan cabaran dan kompetitif. Salah contoh
yang nyata ialah setiap tahun, Syarikat Nokia dan Apple
telah berbelanja berpuluh-puluh bilion ringgit dalam
penyiasatan dan pembangunan supaya produk mereka
sentiasa di takuk mercu di pasaran dunia. Lantaran R&D
merupakan pendekatan yang ampuh untuk
mengadaptasikan barangan Malaysia kepada pasaran
tempatan dan dunia. Seperti pepatah Cina, ketika
menongkah arus, kita tidak maju ke depan bermaksud kita
telah mundur.
Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak
proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia. Salah
satu tindakan yang maslahat ialah mengadakan ekspo di
seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk
memperkenalkan barangan mereka kepada para
pengguna. Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap
syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat
secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan
dan keunikan produk mereka. Sebagai contohnya, ekspo
kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan
untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang
juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau
makanan kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal,
menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan
tanpa waswas. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-
buahan tempatan, ekspo fesyen pakaian tempat dan
ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan
dari semasa ke masa. Hakikatnya, Jom Heboh yang
dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo
barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya
mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar kita harus
bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah
sampai jadi arang. Keikhlasan dan kesungguhan mereka
pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk
membeli produk Malaysia.

Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang


dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Malaysia dengan
premis perniagaan seluruh negara juga dapat
menggalakkan pelancong asing dan pengguna tempatan
untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus
menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan
ditawarkan potongan harga yang istimewa. Atas tajaan
pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-
belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jasco, Tesco,
Mertojaya, Parkson dan sebagainya boleh mengadakan
jualan megah atau jualan murah tentang barangan
Malaysia secara besar-besaran. Jika harga barangan
Malaysia sangat menawan, para pengguna pasti tertarik
hari untuk membelinya. Para pelancong juga turut
terpukau oleh potong harga yang istimewa. Di samping
memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah
Malaysia juga dapat melariskan barangan Malaysia. Hal ini
bagai menyelam sambil minum air.

Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan


semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil
lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
terjadi demikian kerana semangat patriotik patut
diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka
terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai
tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara boleh disuntik
kepada generasi muda kita. Kita patut mencontohi
warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka
berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka
sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua
artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti
jenama Samsung, LG dan Hyundai. Jika pelajar kita telah
diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin
membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-
bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan
bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna
yang banyak berbelanja. Jika mereka suka membeli
produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris
di pasaran.

Natijahnya, rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari


Kebangsaan: 1Malaysia Menjana Transformasi. Seisi
negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin
memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli
barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita.
Marilah kita berbangga terhadap barangan Malaysia yang
bermutu tinggi.
(a)KepentinganPembelianBaranganTempatan

Pendahuluan:
Kempen'BeliBaranganMalaysia'bertujuanmenggalakkanrakyat
membelibarangantempatan
perlumenyokongkempentersebut
perlumengubahsikapdanmenerimabarangantempatan
perlumenjadipenggunayangbijak
terdapatpelbagaikepentingan

1.Menjimatkanperbelanjaan
hargabarangantempatanlebihmurahberbandingbaranganimport
hargamotosikalbuatantempatan,iaituKrisslebihmurahberbanding
motosikalimport
dapatmenjimatkanperbelanjaanuntukmembelibaranganlain
dapatmenabunguntukmasadepan,bakkataperibahasasedikitsedikit
lamalamajadibukit

2.Industritempatansemakinberkembang
Banyakindustridesamunculseperticendawantumbuhselepashujan
industribatik,kraftangan,songketdantembikar
dapatmembanturakyathidupselesa

3.Peluangpekerjaandalambidangindustritempatansemakin
berkembang
rakyatmendapatpeluangpekerjaandanpenganggurandapat
dikurangkan
masalahsosialdapatdikurangkan
dapatmenjanapendapatankeluarga
rakyatdapatmenikmatihidupyanglebihselesa

4.Imejnegaradapatditingkatkan
negaradapatmengeluarkanbaranganyangbermutu
mutubaranganbuatantempatansamadenganmutubaranganimport
barangandaripadakulit,sepertikasut,beg,dandompet
menjadibuahtanganpelancongyangdatangkenegarakita
Malaysiadikenalidalamkalanganpelancongkeranamenghasilkan
pelbagaibaranganyangberkualiti

5.Pengaliranmatawangkeluarnegaradapatdikurangkan
wangdapatdigunakanuntukmembanturakyat
kerajaandapatmenyediakanpelbagaikemudahankepadarakyatseperti
jalanraya,kemudahankesihatandanpendidikan
rakyatdapathidupdenganlebihsejahtera
ekonominegaramenjadilebihstabil

Penutup:
banyakmemberikebaikankepadapelbagaipihak
perlubekerjasamauntukmemajukanindustribarangantempatan
bertanggungjawabuntukmemastikanMalaysiaduduksamarendah
berdirisamatinggidengannegaranegaramaju
BelilahbaranganbuatanMalaysiakeranabarangbuatanMalaysia
kebanggaankitabersama.

(b)UsahausahaMenggalakkanPembelianProdukTempatan

Isiisi:

1.Dirisendirimembelidanmenggunakanbarangantempatan
baranganbuatanMalaysiaberkualitidansetandingdenganbarangan
import
berbanggadenganbaranganbuatanMalaysia
contohnyakeretanasionalMyvi,dankasutBata
perlumenggunakanbarangbuatanMalaysiadalamkehidupanseharian
sebagairakyatMalaysia,kitaperluberbanggadanmenyokongbarangan
keluaranMalaysia.

2.Ibubapamenggalakkanahlikeluargamembelibaranganbuatan
Malaysia
menjadicontohkepadaanakanakdenganmenggunakanbarangan
buatanMalaysiadirumah,contohnyaperabot,pakaian,makanandan
baranganelektrik
anakanakakanmengikutijejaklangkahibubapa,bakkataperibahasa
bagaimanaacuanbegitulahkuihnya
ibubapaperlumenunjukkanteladankepadaanakanak.

3.Gurumenerangkankebaikanpembelianbaranganbuatan
Malaysia
guruadalahsuriteladankepadapelajar
memupukperasaancintaakannegara
menerangkankebaikandalamprosespengajarandanpembelajaran
sebagaicontohdalammatapelajaranbahasaMelayudankemahiran
hidup
menjaditeladankepadapelajardenganmenggunakanbaranganbuatan
Malaysiasepertikeretanasional,bakkataperibahasakepimpinan
melaluiteladan

4.Mediamassasamaadamediaelektronikataumediacetak
menyiarkaniklaniklanberkaitanbaranganbuatanMalaysia
menjadikaniklanbaranganbuatanMalaysiasebagaiselingansemasa
menayangkansesuaturancangan
iklaniklanyangkreatifinimampumenarikminatrakyatuntukmembeli
baranganbuatanMalaysia
rakyatakandapatmaklumatterkiniberkaitanbaranganbuatanMalaysia

5.Kerajaanmengadakankempen
mengadakanKempenBelilahBaranganBuatanMalaysiasecara
berterusanatauberketiakulardanbukannyahangathangattahiayam
dapatmenggalakkanrakyatmembelibaranganbuatanMalaysia
memupukperasaancintaakannegara,bakkataperibahasatakkenal
makatakcinta
kerajaanmengadakanpromosibaranganbuatanMalaysiamelalui
KarnivalBaranganTempatan
menggalakkanrakyatmembelibaranganbuatanMalaysiademiKerana
MuMalaysia.

You might also like