Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

** LATAR BELAKANG MAT KILAU **

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.

Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar,
Jerantut Pahang.

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

******************************************************************************
****************************************

** ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU **

Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji
dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.

Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti denganberdikir
Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir
rebana yang lebih terkenal sebagai Dikir Pahang.

Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorangpendikir yang
terkenal di Pulau Tawar.

******************************************************************************
****************************************

** HOBI MAT KILAU **

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main
gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah
terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah
Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung
Masjid.

Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa


iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat
Kilau dijadikan orang tukang hencang.

Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi
lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang
ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar .
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila peran tua (ketua berburu) tidak
berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.

Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut
dengan hutan.

******************************************************************************
****************************************

** PERKAHWINAN MAT KILAU **

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.

Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

******************************************************************************
****************************************

** ILMU YANG DIPELAJARI **

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.

Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau
lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh
menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osmanyang dikenali
juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri
Pahang.

******************************************************************************
****************************************

** SIKAP PERIBADI MAT KILAU **

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda
yang sangat disegani dan dihormati.

Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke
Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini
menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.

Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.

Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah
seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya.

Mat Kilau adalah seorang yang tegas malah dia bukan sahaja disegani bahkan amat
dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui
namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang
(Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mat Kilau dgn kawan-kawannya

******************************************************************************
****************************************

** KEMATIAN MISTERI MAT KILAU **

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura.

The Straits Times dan The Free Press menyatakan Ketua Pendehaka,iaitu Dato
Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.

The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak
ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat
parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan
banyak darah.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22
Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi
apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya
seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak
Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

******************************************************************************
****************************************

** KEMUNCULAN SEMULA MAT KILAU **

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat
Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya
bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969,
Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778
dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan
dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya.

Gambar semasa mengishtiharkan dirinya sebagai Mat Kilau


Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu
Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di
Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca
Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada
jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri
Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal
dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak
sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut

Mat Kilau (1847[perlu rujukan]-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang
menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau
Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat
Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali
sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[perlu rujukan]

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang
guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru
mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah
dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut
ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,
bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat
Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan
secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan
mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau
Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut
beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan
Kelantan

Sejarah perjuangan
Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau setelah muncul dari persembunyiannya
dan pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan
cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok
Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun
begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan
British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian
persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi
mematahkan pemberontakkan di Semantan.

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke
Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea
Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau
menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat
Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh
pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang
Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini
sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.[1]

Buruan British
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,
iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The
Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah
mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan
tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895,
maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya
berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat
(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa
orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah
Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya
bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa
menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.[2]

Keluar dari persembunyian

Mat Kilau ketika ditemuramah wartawan

Mat Kilau ketika ditemui di kampungnya.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang
kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya
yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah
bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat
Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan
sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa
orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah
disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan
sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah
empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal
dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.[3] Walau bagaimanapun
fakta ini dipertikaikan kerana tiada dokumen untuk mengesahkan usia beliau.
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah
Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun
1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan
berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir
Pahang.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga
sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat
Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud,
Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang
anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,
bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan
parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh
menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri
iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji
Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan
sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai
cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh
Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford
mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini
membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui
namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat
Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan Ketua Pendehaka,
iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The
Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah
mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan
tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895,
maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya
berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh
Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di
Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang
kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya
yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah
bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat
Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada
hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai
sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu
dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa
Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6
Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah
empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal
dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat
menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri
kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus
maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar
Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.
Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British
mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.Antara
yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar
negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga
mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.Rentetan daripada peristiwa
itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan
mereka ditangkap serta dihukum

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan
semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri
iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di
Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu
hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang
hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan
bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.Antaranya, laluan dari Kampung
Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu
Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri
daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Penentangan Mat
Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling
dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri
dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits
Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan
pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap
cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke
hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober
1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku
tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau),
Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di
Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.Pada Disember 1969, Tuhan
menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan
bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.

Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju
mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan
Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.Pada Jumaat 26
Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai
Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.

Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai
Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah empat hari
pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur.
Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat
menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut,
Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah,
seorang pembesar Pahang.
Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau. Dari kecil beliau telah pandai membaca
al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir
Pahang.
Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional
yang telah pupus.
Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau
berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan
dianugerahkan tiga orang cahaya mata.

Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta
bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau
menuntut ilmu agama daripada Allahyarham Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan
yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya.
Sekitar tahun 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil tanah oleh pembesar negeri
yang dilantik telah diambil alih E.A. Wise, wakil penjajah British. Rakyat Pahang marah
dengan tindakan British itu lalu bangun memberontak termasuk para pembesar negeri
antaranya Tok Gajah dan Dato Bahaman.

Mat Kilau, pahlawan muda berusia 27 tahun ketika itu muncul membantu perjuangan
Dato Bahaman dan Tok Gajah. Pahlawan tiga serangkai ini menguatkan pasokan
tentera menentang British. Mereka berperang dengan British di Lubuk Terua, Temerloh,
Bentong, Jeram Ampai dan Kuala Tembeling.Gerakan ini mendapat sokongan padu
daripada ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta
Tok Janggut di Kelantan.

Dengan kemahiran selok belok ilmu hutan dan treking Mat Kilau menyusup masuk ke
Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini
masih digunakan oleh pencari hasil hutan seperti damar dan kayu gaharu dikenali
sebagai Laluan Mat Kilau atau Mat Kilau Trail. Pada 14 Jun 1894 Dato Bahaman
dengan bantuan Mat Kilau bersama 100 orang pengikut mereka menawan semula
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas di bawah pimpinan Kolonel
Walker. Sejak itu mereka terus diburu oleh British dan dilabel sebagai penderhaka.

Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kelantan. Pada 22 Oktober 1895 akhbar The
Straits Times melaporkan, Ketua Penderhaka, Dato Bahaman telah ditawan
pemerintah Siam. Akhbar The Free Press pula melaporkan, Mat Kilau telah melawan
apabila ditahan. Akibatnya dia telah cedera parah di muka dan kepalanya. Dia mati
dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu.

Sebenarnya Mat Kilau tidak mati. Ini disahkan oleh kawan-kawannya iaitu Mustafa bin
Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lagi. Disebabkan Mat Kilau telah sedia dicop
penderhaka oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau menyembunyikan identiti dirinya
serta berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun


1930, beliau menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat
Siam. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, anak Mat Kilau yang bernama Omar Mat
Kilau mengiring bapanya ke masjid Kampung Masjid, kampung kelahiran Mat Kilau,
untuk solat Jumaat. Beliau yang memakai serban hitam dan gamis putih diusung dan
dipayungi oleh sekumpulan pengikutnya. Selepas solat beliau membaca al-Quran dan
kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau dengan kad pengenalan no.
2044778 atas nama Mohamad bin Ibrahim.

Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa pada 8 Januari 1970
dan beberapa orang ditemuramah bagi mengesahkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya
ialah Mat Kilau. Pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan
sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Empat
hari kemudian pada 10 Ogos 1970 Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur ketika
berusia 105 tahun.

You might also like