Kawalan Vektor

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

UNIT VEKTOR

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kawalan vektor di pintu masuk pelabuhan, sempadan, dan lapangan perlu
dijalankan untuk mencegah dan mengawal pembiakan nyamuk dan tikus yang boleh
mendatangkan penyakit. Kaedah kawalan ini adalah bagi mengurangkan pembiakan
nyamuk serta tikus di kawasan tersebut.

Bagi kawalan nyamuk, ianya merupakan aktiviti harian unit kesihatan pelabuhan,
lapangan dan sempadan. Tumpuan utama diberikan kepada kawalan pembiakan
nyamuk aedes aegypti yang merupakan vektor kepada penyakit Demam Denggi dan
Demam Kuning. Aktiviti pemeriksaan pembiakan Aedes dijalankan dalam kawasan
lapangan , sempadan dan pelabuhan termasuk pemasangan ovitrap dalam kawasan
400 meter dari perimeter. bagi pintu masuk sempadan adalah penting dipantau kerana
sebagai sebuah Negara yang mempunyai sempadan darat dengan Thailand di Utara,
Singapura di Selatan, Indonesia dan Filipina di Sabah dan Sarawak pastinya jumlah
pergerakan kemasukkan warga asing adalah tinggi.

Bagi kawalan rodensia, aktiviti kawalan ini dijalankan bagi mencegah


kemasukkan penyakit hawar (plague). Aktiviti ini dijalankan di setiap pintu masuk
sempadan, pelabuhan dan lapangan dengan meletakkan perangkap roden di dalam
premis makanan dan kawasan yang mungkin menjadi tempat perlindungan haiwan ini.

PLA SUNGAI PETANI Page 1


UNIT VEKTOR

2.0 OBJEKTIF

2.1 OBJEKTIF UMUM

Memantau semua kes penyakit bawaan vektor dan menjalankan langkah


kawalan dan pencegahan bagi penyakit kawalan vektor (kawalan aedes dan
rodensia) supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di setiap pintu masuk
pelabuhan, lapangan dan sempadan.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

1. Memastikan kebersihan dan sanitasi kawasan pintu masuk pelabuhan,


lapangan dan sempadan berada pada tahap yang memuaskan, persekitaran
dan suasana yang bersih.
2. Memastikan kawasan pelabuhan, sempadan dan lapangan terbang bebas dari
vektor (aedes dan rodensia) yang membawa penyakit.
3. Menjalankan aktiviti kawalan iaitu pemasangan perangkap tikus, kawalan
ovitrap dan kawalan aedes.
4. Menguatkuasakan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan)
2000.
5. Memilih lokasi yang bersesuaian untuk pemasangan ovitrap.
6. Mengenalpasti lokasi dan kaedah pemasangan perangkap roden.
7. Mengira indeks flea.
8. Mengecam flea Xenopsylla cheopis.

PLA SUNGAI PETANI Page 2


UNIT VEKTOR

3.0 AKTIVITI KAWALAN VEKTOR (KAWALAN AEDES DAN


RODENSIA)

3.1 Kawalan Aedes

Memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes aegypti di kawasan perimeter


dan 400m dari perimeter.
Memastikan indeks Aedes aegypti sentiasa berada pada paras 0 (Aedes Free)
Bebas atau kurangkan kepadatan Aedes albopictus dan lain-lain speisis
pembawa penyakit
Tindakan penguatkuasaan dibawah APSPP 1975 (Pindaan) 2000
Merancang peta kawasan operasi mengikut zon yang telah ditetapkan
Dijalankan secara berjadual dan intensif (mingguan) bagi setiap zon (isnin
hingga jumaat)
Keutamaan kepada kawasan linkungan 400 meter point of entry (perimeter) di
mana pemeriksaan harus seminggu sekali.
Menjalankan pemeriksaan aedes mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menjalankan aktiviti abate (abating) di kawasan-kawasan yang berpotensi
menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan aktiviti search and destroy.
Pendidikan kesihatan.

3.2 Kajian Ovitrap

PLA SUNGAI PETANI Page 3


UNIT VEKTOR

Mosquito Larvae Trapping Device (MLTD) ialah satu alat yang digunakan untuk
mengesan kewujudan nyamuk dewasa Aedes aegypti dan Aedes albopictus.
MLTD yang positif digunakan sebagai indicator yang menunjukkan wujudnya
pembiakan nyamuk di sekitar kawasan seliaan Pejabat Kesihatan di pintu-pintu
masuk utama Negara.
Untuk mencari kepadatan (density) nyamuk di sesuatu kawasan atau lokaliti
bagi mempertingkatkan lagi aktiviti pemeriksaan Aedes dan penghapusan
punca pembiakan serta tindakan kawalan.
MLTD ditempatkan di dalam kawasan perimeter iaitu 400 meter dalam
kawasan pintu masuk dan dibahagikan mengikut zon yang ditetapkan.
Pemeriksaan dan pemasangan dijalankan pada setiap hari isnin.
Ovitrap dipasang di luar atau di dalam bangunan, tempat terlindung dan tiada
gangguan orang ramai
MLTD positif, pungut larva untuk dikenalpasti.
Indeks Ovitrap mestilah kurang daripada 10%.

3.3 Prosedur Pemasangan Dan Pemeriksaan Perangkap Tikus.

1. Tetapkan lokasi-lokasi pemasangan perangkap tikus mengikut zon.


2. Perangkap perangkap tikus yang dipasang di lokasi-lokasi dan mengikut
nombor-nombor yang ditetapkan.
PLA SUNGAI PETANI Page 4
UNIT VEKTOR

3. Setiap perangkap tikus yang dipasang akan dilabelkan dengan nombor


mengikut zon.
4. Tentukan kawasan pelabuhan bebas daripada tikus yang berjangkit.
5. Pasang perangkap untuk mendapatkan tikus hidup.
6. Pastikan semua perangkap tikus yang dipasang mempunyai umpan dan boleh
berfungsi dengan baik.
7. Buat pemeriksaan perangkap pada setiap hari bekerja.
8. Tikus hidup yang ditangkap dibawa ke makmal untuk disikat bagi mencari kutu
(flea)
9. Sediakan peralatan untuk kerja-kerja pemeriksaan perangkap tikus
10. Periksa perangkap-perangkap tikus yang telah dipasang. Sekiranya terdapat
tikus, tikus tersebut akan dimasukkan ke dalam karung hidup-hidup, diikat dan
dibawa balik ke pejabat.
11. Perangkap baru akan dipasang semula di tempat berkenaan sekali dengan
umpan dan akan dilabelkan.
12. Bagi perangkap yang lain, ia hendaklah dipastikan telah disembur dan
dilengkapi dengan umpan dan bagi mana-mana perangkap yang hilang atau
rosak hendakalah digantikan dengan yang baru.

3.4 Prosedur Pemeriksaan Tikus

Tikus akan dimatikan dengan menggunakan Diethyl Ether.


Tikus akan dibawa ke makmal dan akan disikat.
Kutu (Xenopsylla cheopis) akan dikenalpasti di bawah mikroskop.
Morfologi tikus akan direkod denggan menggunakan borang khas.
Indeks kutu : Bilangan Xenopsylla cheopis / Bilangan Tikus yang disikat.

PLA SUNGAI PETANI Page 5


UNIT VEKTOR

PLA SUNGAI PETANI Page 6


UNIT VEKTOR

4.0 PERBINCANGAN

Hasil dari lawatan yang di lakukan oleh pelatih di unit Vektor Pintu Masuk
Antarabangsa para pelatih dapat mempeklajari tugas- tugas PPKP di unit berkenaan.
Antaranya adalah, melakukan kawalan pembiakan nyamuk Aedes, kawalan rodensia
dan juga kawalan penyakit bawaan vektor. Selain itu, para pelatih juga di ajar untuk
melakukan setiap prosedur yang di lakukan oleh PPKP berkaitan cara untuk mengawal
penyakit bawaan vektor. Sebagai contoh, prosedur memasang ovitrap, dan juga
prosedur menyikut tikus bagi mengetahui index flea yang terdapat di suatu lokaliti. Di
samping itu, para pelatih juga dapat mengenalpasti kawasan operasi yang melibatkan
unit vektor di Pejabat Pintu Masuk Antarabangsa. Selain daripada itu, para pelatih juga
dapat mengenalpasti peralatan-peralatan yang di gunakan untuk melakukan setiap
prosedur kawalan yang di lakukan disamping memahami cara untuk mengisi boring-
borang yang di perlukan semasa di lapangan. Selain itu, para pelatih juga di dedahkan
tengtang cara-cara untuk mengira index flea dan juga Aedes yang telah di tetapkan oleh
Unit Vektor di Pejabat Pintu Masuk Antarabangsa. Akhir sekali, lawatan pada kali ini,
banyak member pengalaman dan pembelajaran bergunaan kepada para pelatih untuk
mempelajari secara lebih mendalam berkaitan tugas-tugas PPKP khasnya Unit Vektor.

PLA SUNGAI PETANI Page 7


UNIT VEKTOR

5.0 KESIMPULAN

Semua kes penyakit bawaan vektor di setiap pintu masuk sempadan, lapangan
dan pelabuhan mestilah dipantau. Langkah kawalan dan pencegahan perlulah
dijalankan bagi penyakit kawalan vektor (kawalan aedes dan rodensia) memandangkan
ianya melibatkan kesihatan orang awam. Setiap kawasan di setiap pintu masuk
mestilah disediakan langkah kawalan vektor seperti pemasangan ovitrap, pemasangan
perangkap tikus dan pemeriksaan tikus. Langkah-langkah kawalan ini perlulah diambil
sebagai langkah primer mengawal dari sumber sebelum ianya meledak menjadi
penyakit yang tidak terkawal.

PLA SUNGAI PETANI Page 8

You might also like