Professional Documents
Culture Documents
Modul Pembelajaran IPG EDU3109 PDF
Modul Pembelajaran IPG EDU3109 PDF
Modul Pembelajaran IPG EDU3109 PDF
Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan ialah
ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani
dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.
1
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat
membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang
2
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi damn berpegang teguh kepada agama
dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara yang glokal. Berdasarkan
panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan
menerusi:
1. Memperkasa bahasa kebangsaan.
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
3. Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
Konsep 1 Malaysia Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia
iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia. Dengan perlaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsip-
prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging)
bagi mencapai konsep ini.
3
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
4
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi
hasrat Wawasan 2020:
1. Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran
sendiri.
2. Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan
mencipta inovasi.
Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain
mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.
5
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk
menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan
pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah
pembinaan negara bangsa:
i. Penghayatan prinsip Rukun Negara.
ii. Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan
Moral.
iii. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan
dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
iv. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di
sekolah menengah.
6
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberikan
kesan positif, tetapi sebaliknya. Rentetan daripada ini, maka kebanyakan pelajar
terlibat di dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama, kecanggihan teknologi
zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial contohnya memuat naik
gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit berteknologi tinggi.
7
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang melibatkan
penghuni pusat pemulihan akhlak seperti merokok, menonton video lucah, putus
cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, mengambil pil khayal, berjudi,
menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras ugut, pecah
rumah, menagih dadah, merogol, menyamun, makan rasuah, maksiat, bercerai dan
jenayah bunuh dan sebagainya.
Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah
ini dengan memupuk nilai-nilai murni di alam persekolahan. Antara tugas guru ialah:
i. Guru sebagai pembimbing.
ii. Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah.
iii. Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah.
iv. Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah.
8
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.
2 Cara yang paling sesuai untuk menangani isu integrasi nasional ialah
A Mewujudkan sekolah satu aliran.
B Memperkasa bahasa kebangsaan.
C Menempatkan pelajar berbagai aliran dalam sekolah yang sama.
D mengurangkan jurang antara kaum.
Soalan Esei
Jawab soalan di bawah ini
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang budaya dan bangsa. Pada
pendapat anda, apakah isu-isu yang membelenggu kita dalam usaha meningkatkan
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat?
9
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib
1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa
berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Matlamat tatatertib adalah seperti:
Supaya pegawai awam melaksanakan tugas
dengan cekap, beramanah dan
bertanggungjawab.
Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan
awam lebih daripada kepentingan mereka
sendiri.
Supaya pegawai awam menjaga imej
perkhidmatan awam.
Menghukum pegawai yang melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan. Undang-Undang untuk
penjawat awam
10
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Peraturan 4(1)
Peraturan 4(2)
Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Secara umum, gangguan
seksual adalah:
- Segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung,
terhina atau tergugat.
- Tidak terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.
- Termasuk kepada perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat
seksual kepada atau di hadapan orang.
- - tidak kira sama ada lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual
kepada orang lain.
Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Tidak boleh
mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja luar. Bagaimanapun
dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan. Ketua jabatan boleh tidak membenarkan
jika:
-
-
-
Dalam waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi
Tidak menjejaskan kebergunaan sebagai pegawai awam.
Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.
11
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam
undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada dua anggota dan anggota
jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada
mereka yang disiasat. Hukuman yang dikenakan termasuklah:
Amaran (diberi secara lisan dan bertulis oleh ketua jabatan).
Denda atau lucut hak emolumen1(denda yang dikenakan tidak boleh
melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari
pegawai berkaitan. Denda atau lucut hak emolumen dipotong daripada
emolumen bulanan pegawai dan dimasukkan dalam hasil kerajaan.
Tangguh pergerakan gaji (tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).
1
Wang atau bayaran yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan
12
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Turun Gaji (gaji turun secara mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji,
tempoh hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga
puluh enam bulan).
Turun pangkat (dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib).
Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan
bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran
1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan
kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan
yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan
kesinambungan kepada hasrat dan dasar
pendidikan yang sedia ada.
13
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
14
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
15
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.
16
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
3 Berikut adalah perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 kecuali
i bahasa kebangsaan
ii sekolah
iii peruntukan
iv biasiswa
A i dan ii C i,ii dan iv
B i, ii dan iii D ii,iii dan iv
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
2. Jelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan seperti yang dimaktubkan dalam Akta
Pendidikan.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Soalan Esei
Jawab soalan di bawah
17
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti
sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
Sukar berhubung dengan orang lain.
Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
18
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Antara faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-
masalah seperti:
(i) Masalah ketidakfungsian otak.
(ii) Pemakanan.
(iii) Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai
keyakinan diri.
(iv) Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.
(v) Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.
19
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Prinsip-prinsip konvensyen:
1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
3. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua
perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen:
Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa
Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati
dan pandangan mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah:
Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan
tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan
sebagainya.
Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan
supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu
menjalankan tanggungjawab mereka.
20
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Hak Kanak-Kanak:
(i) Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).
(ii) Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan
seksual, eksploitasi dan lain-lain).
(iii) Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of
living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).
(iv) Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab
atau persatuan, memberikan pandangan mereka).
21
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
22
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
4.1 STRES
Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas,
tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang
boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Mengikut Cockburn (1996), terdapat 5 jenis stres yang dialami oleh guru. Stres-stres
tersebut ialah:
1. Stres here or now situasi yang wujud pada sesuatu masa atau ketika.
Contoh: guru berada dalam situasi peperiksaan.
2. Stres anticipation guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa
yang dijangkakan. Contoh: setiap hujung semeter, sekolah akan
mengadakan hari ibu bapa bertemu guru.
3. Stres imaginative individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri
dan menakutkan dalam sesuatu situasi. Contoh: berfikir didatangi pencuri.
4. Stres reactive stres yang wujud daripada peristiwa lampau. Contoh:
berasa sedih akibat kematian seseorang.
5. Stres negative sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada
hari, minggu atau tahun. Contoh: tidak cukup wang.
23
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Punca-Punca Stres
Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain
daripada mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami
stres. Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:
Tekanan oleh ibu bapa pelajar.
Beban tugas.
Prospek kenaikan pangkat.
Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.
Keinginan untuk mengajar.
Infrastruktur dan lokasi sekolah.
24
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
25
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
26
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
27
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa
kecenderungan pembelajaran:
a) Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
b) Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan
menggunakan maklumat.
28
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
29
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Objektif PBM
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini
diperkenalkan ialah:
Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep
dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat,
berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan
dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap
kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada
keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif
(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)
Ciri-ciri PBM
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980
yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri
seperti:
30
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
31
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
32
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah
satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang
kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul
Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat
lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
Mengenalpasti Masalah- Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan
masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti
masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai
persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat
rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-
sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang
benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari
peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan
dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur
masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif
penyelesaian masalah yang tepat.
Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data- Pelajar perlu
mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang
diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai
teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis:
couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.
Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan
pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi
peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut
Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu
tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui.
Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa
dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada
pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri,
tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah,
33
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
34
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Kelebihan PBM
Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan
menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran
melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan
pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan
baru
35
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
36
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
37
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
38
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
PLE
PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian contoh
perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype
Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat
PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
39
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Tujuan Penaksiran
1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan
dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
40
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Tujuan Penilaian
Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat
pelajar terhadap pembelajaran.
Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan
keberkesanan pengajaran mereka.
Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau
bidang dan segera memperbaikinya.
Jenis Penaksiran
Penaksiran pembelajaran
Penaksiran prestasi
Penaksiran berasaskan portfolio
Penaksiran kendiri
Penaksiran berasaskan komputer
41
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan
dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada
dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.
42
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
I. Strategi Perubahan
- Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran
berubah.
II. Strategi Pujukan
- Memerlukan kemahiran interpersonal, logik & kebijaksanaan bagi
meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
III. Strategi Pendidikan Semula
- Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan &
serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
IV. Strategi Pemudah Cara
- Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
- Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan &
khidmat teknikal).
43
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
1. Kepimpinan
a. Pemimpin memimpin (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang
meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
b. Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan.
c. Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
d. Mengutamakan elemen kemanusiaan.
2. Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
a. Pendekatan Berpusatkan Murid.
b. Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran.
3. Landskap Maklumat
a. Pusat sumber.
b. Peranan guru.
Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang
hendak dibawa bermula di sekolah. Ia memerlukan pengetahuan & pemahaman
tentang semua bahagian dalam pendidikan.
Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang
ideal & melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat
bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran & perubahan semasa.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi
memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa.
44
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran
murid. Ciri-Cirinya ialah:
a. Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan & gaya pembelajaran
sendiri.
b. Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan
& kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
c. Persekitaran sekolah kondusif.
d. Penaksiran berterusan.
e. Guru Besare sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga pengajar
yang profesional & berkaliber.
f. Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari.
-Sijil Perguruan & Diploma Perguruan kepada Ijazah Sarjana Muda Perguruan
-IPG melatih guru pada peringkat ijazah, menawarkaln latihan perguruan kepada
lepasan ijazah dari universiti tempatan & luar negara (KPLI).
45
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
46
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA
Konsep Elemen
-Sekolah yang mempunyai etos, watak, -Suasana PdP yang kondusif
identiti tersendiri & unik serta -Suri Teladan kepada sekolah lain
menyerlah dalam semua asp[ek -Autonomi & akauntabiliti dalam
pendidikan, pengurusan & pencapaian murid
-Mempunyai tradisi budaya kerja yang -Tempatkan murid cemerlang yang
cemerlang yang mampu melahirkan mampu bersaing peringkat
modal insan cemerlang berpersonaliti antarabangsa
unggul.
Penulis/Pengumpul maklumat:
Muhammad Shamsul Naim (Bab 1 Bab 4)
Muhammad Aidill (Bab 5)
Rifaa Syazwan (Bab 6)
(IPG Kampus Pulau Pinang)
47