Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL 1 : Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Sekolah Rendah.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 5, Bil. 2 (November 2015): 1-11 oleh
Chew Fong Peng

Pernyataan a) Laporan PIPP 2006-2010 (2006), masih terdapat murid-murid sekolah


Masalah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca.
b) Semua pelajar yang mengikuti program pemulihan masih belum berjaya
dipulihkan sepenuhnya.
Tujuan / a) Untuk mengetahui persepsi murid terhadap guru LINUS dan program
Objektif LINUS itu sendiri.
kajian
b) Untuk mengenal pasti pengetahuan murid terhadap LINUS dan pendapat
murid tentang kaedah dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
LINUS.
c) Untuk mengetahui tahap pengaplikasian bahan bantu mengajar dan
teknologi yang digunakan oleh guru LINUS.
Metodologi a) Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif tinjauan.
b) Responden terdiri daripada 120 orang murid tahun 2 pelbagi etnik, agama
dan jantina dari tiga jenis sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
c) Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik dari Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diubah suai mengikut kehendak
kajian.
d) Borang soal selidik terdiri daripada bahagian A dan B. Bahagian A meliputi
demografi responden iaitu jantina, kaum, jenis sekolah, lokasi sekolah dan
pendapatan keluarga. Bahagian B pula merupakan aspek penilaian murid
terhadap kajian.
e) Data yang diperoleh dianalisis secara kaedah kuantitatif dengan
menggunakan perisian SPSS versi 22.
f) Penganalisaan data kajian berdasarkan bilangan responden diproses
menggunakan kaedah deskriptif seperti kekerapan, peratus, inferensi, ujian-
t, ANOVA dan min.
Keputusan / Dapatan kajian menunjukkan :
Dapatan
kajian a) Nilai min tertinggi 2.52 pada dua item iaitu kelas LINUS sangat
menyeronokkan dan LINUS membaiki penulisan saya.
b) Min tertinggi 2.69 pada item 1 iaitu guru mengajar dengan cara yang
menyeronokkan dengan kekerapan sebanyak 88 orang (73.3%).
c) Min tertinggi 2.53 pada item ke-6 iaitu LINUS membuatkan saya boleh
membaca.
d) Min tertinggi 2.52 pada item ke-3 iaitu guru menggunakan teknik kumpulan.
e) Min tertinggi 2.40 pada item ke-7 iaitu bahan bantu mengajar guru LINUS
sangat menarik.
Perbincangan Melalui dapatan yang diperoleh menunjukkan :
/ Implikasi
kajian a) kelas LINUS menyeronokkan dan dapat membantu responden untuk
membaiki kemahiran menulis.
b) responden bersetuju bahawa cara pengajaran guru adalah menyeronokkan di
dalam kelas LINUS serta menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam
pembelajaran.
c) responden juga berpendapat bahawa LINUS dapat membantu dalam
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
d) responden berpendapat bahawa kaedah dan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran LINUS adalah melibatkan teknik berkumpulan berbanding
teknik individu.
e) pengaplikasian bahan bantu mengajar dan teknologi oleh guru adalah
menarik.
Cadangan Tiada
kajian
lanjutan

Komen / Secara keseluruhannya, kajian ini dilaksanakan bertepatan dengan tajuk kajian
Analisis iaitu mengenai Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Sekolah
Rendah. Pernyataan masalah bagi kajian ini dinyatakan dengan jelas oleh
penulis. Objektif dan tujuan kajian pula dinyatakan oleh penulis dengan
mendalam dan mudah difahami oleh pembaca. Artikel ini tidak mempunyai
literatur kajian / kerangka konsep dan cadangan kajian lanjutan. Namun begitu,
metodologi kajian jelas diterangkan, iaitu penulis menggunakan reka bentuk
kaedah kuantitatif tinjauan dan data yang diperoleh melalui borang soal selidik
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan kajian diterangkan
dengan jelas oleh penulis. Perbincangan / implikasi kajian dihuraikan oleh
penulis dengan jelas. Kesimpulannya, terdapat bahagian tertentu yang masih
perlu ditambahbaik iaitu pada bahagian literatur kajian / kerangka konsep dan
cadangan kajian lanjutan.
Kesimpulannya, keseluruhan jurnal ini dapat membantu dalam meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dari aspek merancang dan
melaksanakan pendekatan, strategi kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
dengan tahap kebolehan murid-murid.

You might also like