Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), prasarana bermaksud keseluruhan


kemudahan dan perkhidmatan asas yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan,
contohnya, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-
lain. Dalam kajian ini, pengkaji akan memberi fokus kepada pengangkutan.

Satu aspek yang penting dalam pembangunan masyarakat di Malaysia ialah


pengangkutan. Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau
sesuatu dari satu tempat yang lain dan biasanya ia membawa dengan jarak yang jauh
berbanding jika berjalan kaki (Siti Faridah, 2011 ). Manusia tidak boleh terlepas daripada
keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan
dan budaya manusia. Walaupun kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri,
pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang berpendapatan
rendah.

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29 ), pengangkutan


awam didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta
api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang
yang telah ditetapkan. Di Malaysia, bas awam merupakan salah satu mod pengangkutan
awam yang terpenting dalam menghubungkan kawasan perumahan ke bandar. (Jurnal
Pengukuraan Kualiti dan Analisis, 2007 ). Pembangunan pengangkutan awam diarahkan
untuk melihat perbezaan antara bandar dan mendorong samarata hasil-hasil
pembangunan. Pengangkutan antara bandar akan membuka kesempatan kegiatan
perdagangan antara bandar dan meningkatkan mobiliti tenaga kerja. Hal ini konsisten
dengan manfaat yang dinyatakan dalam peningkatan perdagangan dan komunikasi antara
daerah (Dewi Budhiartini, Jun 2007).

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru, Klang dan
lain-lain tempat keberkesanan sistem pengangkutan bas awam adalah sangat penting. Ini
adalah untuk mengelakkan berlakunya kesesakan terutamanya pada waktu puncak iaitu
waktu ke tempat kerja dan balik dari kerja. RapidKL, singkatan untuk Rangkaian
Pengangkutan Integrasi Desa Sdn Bhd merupakan pengusaha bas yang
bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan bas awam di Lembah Klang.
1
RapidKL merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia yang ditubuhkan
pada tahun 2004 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem pengangkutan awam di
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bas-bas RapidKl bekas bas berjenama Intrakota
Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun
2003 dan dialihkan operasinya ke RapidKL tahun berikutnya ( Portal Rasmi Prasarana
Malaysia Berhad, 467220-U ).

Pada 30 November 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah


mengeluarkan kenyataan media tentang pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR ) atau
penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur
mulai 1 Disember 2015. Pelaksanaan BNR merupakan sebuah inisiatif kerajaan di bawah
Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk penambahbaikan rangkaian
bas di Greater Kuala Lumpur. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor
bas sedia ada disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama
yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Walaupun penyusunan semula rangkaian bus telah dilakukan, namun pada masa kini
masih lagi diketahui perkhidmatan pengangkutan awam yang cepat dan cekap belum
dapat diwujudkan di sekitar Bukit Subang. Akibat daripada pertambahan penduduk,
bilangan pengguna bas RapidKL di Bukit Subang semakin meningkat. Perkhidmatan bas
RapidKL pula tidak dapat menampung permintaan pengguna kerana bilangan bas yang
tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan berlakunya kelewatan bas dan juga pembatalan
perjalanan yang tidak konsisten. Jumlah penumpang dalam setiap perjalanan penumpang
terpaksa berdiri dalam tempoh yang lama dan berhimpit-himpit. Keadaan ini
menimbulkan kesulitan dan ketidakpuasan hati pengguna kerana penumpang tidak dapat
merancang perjalanan dan menjejaskan aktiviti harian.

Selain itu, terdapat rungutan daripada penduduk Bukit Subang bahawa tahap
keselamatan penumpang kurang diberi keutamaan. Terdapat segelintir pemandu yang
memandu laju dan juga berhenti sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan pengguna.
Di samping itu, juga terdapat masalah lain seperti perhentian bas awam yang tidak sesuai
di sekitar Bukit Subang. Hal ini demikian kerana lokasi perhentian bas terlalu jauh malah
juga menimbulkan masalah kepada bas untuk berhenti.

2
Oleh sebab itu, penyelidik ingin membuat kajian berhubung dengan perkhidmatan bas
RapidKL di Bukit Subang dengan memberi fokus kepada faktor mendorong pengguna
menggunakan bas RapidKL dan juga tahap kepuasan terhadap perkhidmatan ini.

You might also like