Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SET PEPERIKSAAN 1

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

1. ________________________ pasukan pengakap dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu


diadakan selama empat hari di Kem Sri Keluang.

A. Penempatan
B. Perkhemahan
C. Percutian
D. Perkumpulan

2. Puan Izzati _______________ tepung itu bulat-bulat sebelum dimasukkan ke dalam air yang
mendidih.

A. Menguli
B. Mencanai
C. Mengisar
D. Menggentel

3. Bunyi _________________ kompang yang kuat menandakan ketibaan pasangan pengantin.

A. Paluan
B. Pukulan
C. Ketukan
D. Tiupan
Soalan 4 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

4. ________________________ itu sedang menghulurkan segelas Jus Oren kepada penumpang kapal
terbang.

A. Peragawati
B. Pramugari
C. Olahragawati
D. Seniwati

5. Pelancong-pelancong dari luar negara amat meminati kain songket _________________


Terengganu kerana cantik dan berkualiti tinggi.

A. Jahitan
B. Tenunan
C. Sulaman
D. Anyaman
Soalan 6 berdasarkan gambar 3

Gambar 3

6. Seekor kucing telah _________________ oleh Pak Syukrin di dalam sebuah kurungan besi.

A. Disorok
B. Disimpan
C. Ditahan
D. Dikurung

7. Penduduk Taman Cintaku Di Hatimu ________________ mendengar ceramah agama yang


disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat.

A. Ghairah
B. Leka
C. Asyik
D. Khusyuk
Soalan 8 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

8. Stacy berjalan membawa sekaki payung _________________ hari tidak hujan.

A. Seandainya
B. Sementara
C. Namun
D. Walaupun

9. Keputusan perlawanan futsal antara Barcelona dengan Real Madirid seri tanpa sebarang
____________ gol.

A. Jaringan
B. Menjaringkan
C. Penjaring
D. Jaringkan

10. Para peniaga restoran dikehendaki _______________ daripada menggunakan bahan perasa yang
tidak halal.

A. Berhenti
B. Berhentikan
C. Memberhenti
D. Diberhentikan
11. Telinga Harris telah _________________ oleh Cikgu Irsyad kerana tidak menyiapkan kerja sekolah
Matematik.

A. Menjentik
B. Dijentik
C. Jentikan
D. Berjentik

12. Semua pengedar dadah itu lari __________________ ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis di
Jalan Tunku Abdul Rahman.

A. Kelam-kabut
B. Tunggang-terbalik
C. Lintang-pukang
D. Mundar-mandir

13. Kecemerlangan Irsyad Khir dalam peperiksaan UPSR telah menjadi _______________ orang
kampungnya.

A. Buah mulut
B. Buah fikiran
C. Buah hati
D. Buah tangan

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Kuah lemak cili api itu sedap dan tidak terlalu pedas, kata Puan Isma kepada Edry.

A. Puan Isma memberitahu Edry bahawa kuah lemak cili api itu sedap dan tidak terlalu pedas.
B. Edry memberitahu Puan Isma bahawa kuah lemak cili api itu sedap dan tidak terlalu pedas.
C. Puan Isma dan Edry diberitahu bahawa kuah lemak cili api itu sedap dan tidak terlalu pedas.
D. Puan Isma dan Edry memberitahu bahawa kuah lemak cili api itu sedap dan tidak terlalu pedas.

15. Adam telah terkandas pada pusingan awal semasa menghadiri uji bakat mentor Millenia.
Pilih sinonim yang paling sesuai bagi perkataan bergaris.

A. Dapat
B. Gagal
C. Berjaya
D. Mengalah
Pilih ayat yang betul

16. I. Teratak yang buruk itulah tempat tinggal mereka.


II. Calon yang berjaya akan diberitahu melalui surat.
III. Abang menceritakan tentang pengalamannya kepada kami.
IV. Jalan itu ditutup disebabkan kenaikan air banjir di situ.

A. I dan II
B. II dan III
C. I,II dan III
D. II,III dan IV

17. I. Para pekerja perlu menabung untuk masa depan.


II. Dia banyak memperoleh pengalaman daripada lawatan tersebut.
III. Kami menceritakan tentang pengalaman kami semasa berkunjung ke Korea.
IV. Pihak bomba bergegas ke tempat kebakaran setelah menerima panggilan kecemasan.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I,II dan IV
D. I dan IV

You might also like