Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DAN KONTRUKTIVISME SERTA

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus


kepada aspek-aspek pembelajaran di mana berkait dengan idea-idea dan
prinsip-prinsip tertentu. Perkaitan teori ini sebenarnya tidak asing lagi bagi
kita, malahan ada kalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan
seharian. Mengikut pendapat Cohen R dalam Ahmad Johari Sihes (2010), teori
sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama
lain. Justeru, ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan
pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Oleh itu, dalam erti kata
lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian atau hipotesis-hipotesis
yang menyokong kajian. Sehubungan itu, teori-teori pembelajaran merujuk
kepada prinsip-prinsip atau idea pembelajaran yang dihasilkan daripada
kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Justeru, melalui teori-teori pembelajaran
ini, seseorang pengajar akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar dan
seterusnya akan menghubungkaitkan prinsip pembelajaran dengan
pendekatan, kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran
dengan berkesan.

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran


merupakan satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar
dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan
tingkah laku yang kekal. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika ia
dapat menunjukkan perubahan tingkah lakunya. Tokoh-tokoh mazhab
behavioris seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner berpendapat
bahawa pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya
bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi luaran
yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara
pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.

Selain itu, Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang


menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Kedua-
duanya iaitu dorongan yang membangkitkan tingkah laku serta tingkah laku
tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi
dengan persekitaran. Antara tokoh-tokoh yang ahli behaviorisme yang
terkemuka yang akan dibincangkan ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L
Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas
kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Kebanyakan teori
pembelajaran yang dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas
haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.
Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas
yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara amnya, kita boleh
bahagikan sumbangan mereka kepada dua kategori iaitu pelaziman
klasik terdiri dari Pavlov dan J.B. Watson dan teori pelaziman operan terdiri
dari tokoh E. L Thorndike dan B.F. Skinner. Dalam perbincangan ini, fokus
akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikuti dengan pelaziman operan
serta implikasi teori dalam pengajaran dan pembelajaran.

Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan


mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi
mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip
kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang
terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan
memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu.
Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna
sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka
mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk
itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja.
Hal ini telah terbukti apabila murid-murid akan cepat lupa sesuatu pelajaran
jika mereka tidak mengulangkaji dan membuat latihan. Contohnya, pada
awal tahun 2016, saya mengajar tatabahasa iaitu kata adjektif di dalam
kelas. Kata adjektif telah dipelajari murid sejak mereka berada di tahap satu.
Namun begitu, apabila mereka naik ke darjah 5 pada tahun 2016, mereka
lupa dan tidak menguasai apa yang telah dipelajari ketika darjah 4. Murid-
murid seseolah baru mempelajarinya kerana tidak mengingati pelajaran
yang telah diajar.

Oleh itu, seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap


untuk mengukuhkan ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh
ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat
bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat
menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya
menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk
mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran
akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak
menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga
menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif.
Sebagai guru, kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah
termasuk tingkah laku guru untuk menimbulkan perasaan seronok serta
keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu
menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti
mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran
bagi mendorong mereka berminat untuk belajar.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUTIVISME


Matlamat kurikulum bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan setiap murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,
pendidikan dan pekerjaan dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat.
Untuk memenuhi matlamat kurikulum ini, guru mahupun pendidik bukan sahaja harus
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni, tetapi mereka juga perlu
menciptakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Situasi ini bermakna pendidik perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar. Ketika sesi
pembelajaran, pendidik selalu berhadapan dengan murid yang berbeza aras dari segi kebolehan
dan keupayaan berfikir. Hal ini memerlukan pendidik menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina


sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Brooks dan Books (1993), menyatakan
konstruktivisme berlaku apabila pelajar membina makna tentang dunia
dengan mensintesis pengalaman baru pada perkara yang mereka telah
faham sebelum ini. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru. Pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar sendiri
melalui proses saling memengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru. Contohnya, guru mengaitkan isi pelajaran pada hari
itu dengan pengalaman murid yang sedia ada untuk memudahkan murid
lebih memahami objektif pembelajaran pada hari tersebut. Konstruktivisme
mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan
pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami
dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut. Konstruktivisme juga
merupakan satu pendekatan yang didapati sesuai dipraktikkan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini murid dianggap telah
mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum
dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.
Teori Konstruktivisme juga ditakrifkan sebagai pembelajaran
yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa
yang dipelajari. Berbeza dengan aliran behavioristik yang memahami hakikat
belajar sebagai kegiatan yang bersifat mekanistik antara rangsangan dan
respon, kontruktivisme lebih memahami belajar sebagai aktiviti manusia
membina atau mencipta pengetahuan dengan memberi makna pada
pengetahuannya sesuai dengan pengalamannya. Menurut McBrien dan
Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran
berasaskan kepada penelitian tentang cara manusia belajar. Kebanyakan
pengkaji berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya
hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa


yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan
pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang
mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik. Menurut teori ini, guru
tidak hanya memberikan pengetahuan kepada pelajar, tetapi pelajar juga
harus berperanan aktif membina sendiri pengetahuan di dalam memorinya.
Dalam hal ini, guru dapat memberikan kemudahan untuk proses ini, dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk mencari atau melaksanakan idea -
idea mereka sendiri, dan mengajar pelajar menjadi sedar dan secara sedar
menggunakan strategi mereka sendiri untuk belajar.

Implikasi Teori Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2009), antara implikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran
ialah guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan
murid. Hal ini adalah kerana segala pembelajaran yang dilakukan adalah
lebih berpusat kepada murid di mana murid belajar melalui segala proses
membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas.
Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat
ditekankan kerana sekiranya hampir kesemua murid di dalam sesuatu kelas
itu tidak mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka, proses
pembelajaran yang dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru


haruslah menyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh
digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran
yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid
tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau
dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan
kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh
seseorang murid itu. Guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang
diajarkan kepada murid dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran
itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung akan lebih
memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu


strategi yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam
kalangan murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid
secara tidak langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang
lebih jelas daripada rakan-rakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan
buah fikiran mereka. Perbincangan dalam kumpulan juga dapat mewujudkan
hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid kerana setiap murid
berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.
Implikasi teori ini yang terakhir ialah guru haruslah sentiasa
memberikan penerangan yang jelas kepada murid-murid ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerangan yang jelas ini
adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan yang
jelas, murid berkemungkinan akan menyalahtafsir arahan atau kehendak
guru. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran
tidak berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras
dengan pemikiran dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan
sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh ketika sesi perbincangan
bersama murid.

Kesimpulan
Teori kontruktivisme adalah sebagai pembelajaran yang bersifat
generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari.
Salah satu teori atau pandangan yang sangat terkenal berkaitan dengan
teori belajar konstruktivisme adalah teori perkembangan mental Piaget yang
merupakan sebahagian daripada teori kognitif juga. Piaget menegaskan
bahawa penekanan teori kontruktivisme pada proses untuk mencari teori
atau pengetahuan yang dibina dari realiti lapangan. Peranan guru dalam
pembelajaran menurut teori kontruktivisme adalah sebagai fasilitator atau
moderator.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan
sendiri masa yang diperlukan untuk memperoleh suatu konsep atau
pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian sendiri dan
menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat
ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagai pengajar akan berkurangan
di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.
Pembelajaran secara konstruktivisme juga menggalakkan murid mencipta
penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hipotesis-
hipotesis dan idea-idea baru.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Masa : 8.00-9.00 pagi


Tahun : 1 Pintar
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 1
Tema : Pelancongan
Tajuk : Makan Angin
Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menyatakan empat pengajaran daripada teks yang telah disediakan.
3. Menyatakan lima maksud lambang yang diberikan berdasarkan
teks yang telah
disediakan.

Fokus utama : 5.2 Aras 2 (i) Membaca teks informatif dengan


sebutan dan
Intonasi yang betul.

Fokus sampingan : 7.1 Aras 1 (i) Menyatakan maksud lambang dan


symbol yang
diberikan bagi sesuatu gambar.
Aras 3 (ii) Menghuraikan pengajaran yang
terdapat dalam teks
yang dibaca.

Sistem bahasa : Tatabahasa - kata nama khas dan


kata adjektif
Kosa kata - komuter, tiket, awam,
kaunter, bagasi, dll.

Ilmu : Kajian Tempatan dan Muzik


Nilai : Berbudi bahasa dan semangat bermasyarakat.
KBT : KB- mencirikan, menyenaraikan, membanding
beza,,
konstruktivisme

BBM : Klip Video Cuti-cuti Malaysia, Petikan bertajuk Makan


Angin bersama Keluarga Saya., Kad
bergambar, kertas mahjong, kata imbasan dan
lagu.

Masa / Aktiviti P& P Catatan


Langkah
Set 1.Guru menayangkan klip video bertajuk BBM
Induksi Cuti-cuti Malaysia - Klip video Cuti-
(5 minit) 2.Guru meminta murid mendengar lagu cuti Malaysia
sambil mengenal pasti nama tempat
perlancongan yang terdapat dalam klip KBT
video tersebut. Kontekstual
3. Murid mendengar dan mengenal pasti Kecerdasan
nama-nama tempat perlancongan yang pelbagai
terdapat dalam klip video . Kemahiran berfikir

Langkah 1.Guru meminta 5 orang murid KBT


1 menyatakan tempat-tempat perlancongan Konstruktivisme
(10 yang telah mereka dengari daripada klip
minit) video tadi. Teori
2.Murid berkongsi pengalaman mereka Behaviourisme
makan angin bersama guru dan rakan-
rakan. Sistem bahasa
Kata nama khas

Langkah 1.Guru membahagikan murid kepada lima BBM


2 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan Lembaran kerja
(15 nama bersempena dengan tempat Kad imbasan
minit) perlancongan yang telah dinyatakan. Papan Hitam
2.Guru mengedarkan petikan bertajuk
Makan Angin Bersama Keluarga Saya Nilai
kepada murid-murid. Patriotisme, kasih
3.Guru membaca petikan tersebut secara sayang, mencintai
kuat, terang dan jelas dengan intonasi alam sekitar.
yang betul
4.Murid mengajuk bacaan guru secara KBT
kuat, terang dan jelas dengan Konstruktivisme
menggunakan intonasi yang betul. Kontekstual
5. Guru meminta 5 orang murid untuk KB- Menjana Idea
membaca petikan dan diikuti oleh rakan-
rakan lain. Teori
6. Semua murid membaca ayat secara Behaviourisme
kuat, terang dan jelas dengan intonasi
yang betul dan diikuti dengan rakan-rakan Nilai
yang lain. Semangat
bermasyarakat
Langkah 1. Guru bertanyakan apa yang difahami oleh
3 murid mengenai petikan yang telah dibaca.
(15 2. Murid menyatakan dengan lisan tentang
minit) apa yang mereka baca.
3. Guru meminta murid menyatakan nilai-
nilai yang terdapat dalam petikan.
4. Murid menyatakan nilai-nilai yang mereka
peroleh dan berkongsi dengan rakan kesan
jika tidak bersikap sedemikian.
Langkah 4
(10 minit) 1.Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan
sebanyak 5 keping kad bergambar yang menunjukkan
5 situasi berbeza.
2. Guru meminta murid mengenal pasti gambar sama
ada gambar tersebut menunjukkan nilai yang baik atau
buruk.
3. Murid akan menandakan betul sekiranya gambar
tersebut menunjukkan nilai yang baik, dan pangkah
sekiranya menunjukkan nilai yang tidak baik.

Penutup 1.Guru merumuskan P&P dengan sesi Nilai


(5 minit) soal jawab bersama murid. Patriotisme
2.Guru memasang semula klip video Cuti-cuti BBM
Malaysia Lagu Terengganu
3.Murid dan guru menyanyikan lagu Kita
tersebut bersama-sama.
RUJUKAN

Ahmad Johari Sihes. 2010. Teori Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia

Brooks, J.G.& Brooks, M.G. 1993.In search of understanding: the case for construtivist
classroom. Alexandria, VA; Association for Supervision and Curriculum Development.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur:


AG Grafik Sdn Bhd.

Mc Brien, J.L. & Brandt, R.S. 1997. The language of learning: A guide to education terms.
Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Noriati A.Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam
Belajar. Oxford Fajar. Selangor

http://awaluddinibnukahar.blogspot.my/2013/06/teori-belajar-
konstruktivisme-dan.html

http://zurainamazuki.blogspot.my/2012/11/contoh-rph-konstruktivisme.html
diakses pada 4 Mac 2016

You might also like