Translate BM To English

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Translate the article below to bahasa Melayu.

Hobi Saya

Hobi saya ialan membaca buku. Pada masa lapang, saya suka membaca surat khabar, buku cerita dan
novel. Membaca adalah satu tabiat yang baik. Dengan membaca, saya dapat meluaskan ilmu pengetahuan
saya. Ini membolehkan saya dapat menulis karangan dengan baik. Pada masa rehat, saya selalu mengunjungi
perpustakaan sekolah untuk membaca majalah dan buku cerita.

Translate the article below to bahasa Melayu.

Bapa saya

Nama bapa saya Viknesh. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya
merupakan seorang yang rajin dan baik hati. Bapa saya seorang pekebun. Pada masa lapang, bapa suka
membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-kawannya di
kedai kopi. Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak. Kadang-kala, dia memasak nasi
lemak kepada kami.

Translate the article below to bahasa Melayu.

Ibu Saya

Ibu saya bernama Alisha. Dia berumur 40 tahun. Ibu saya adalah wanita yang cantik. Ibu saya berambut
pendek dan bercermin mata. Ibu saya ialah seorang guru, dia mengajar di sebuah sekolah menengah. Setiap
hari, selepas bersarapan, ibu akan membawa saya dan adik ke sekolah. Di sekolah, ibu saya ialah seorang
guru kaunseling. Kegemaran ibu saya ialah menenam pokok bunga. Setiap petang, ibu akan meluangkan masa
untuk menyiram pokok-pokok bunganya. Setiap malam, dia akan mengajar kami mengulang kaji pelajaran.
Saya berbangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya sayang akan ibu saya.

Translate the article below to bahasa Melayu.

Buah Kegemaran Saya

Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan. Antaranya ialah buah jambu, rambutan,
durian, manggis dan lain-lain lagi. Buah-buahan tempatan yang paling saya gemari ialah buah durian. Kulit
buah durian berwarna hijau dan berduri. Apabila masak, ia mengeluarkan bau yang harum. Isi buah durian
berwarna kuning dan rasanya manis. Buah durian banyak mengandungi zat dan vitamin. Saya sangat suka
makan buah durian kerana rasanya sangat manis dan sedap.
Translate the article below to bahasa Melayu.

Jiran Saya

Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran saya bernama Yasin. Yasin berumur 15
tahun. Yasin sekeluarga berasal dari Taman Kota Tinggi. Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak
sulung dalam keluarganya. Bapa Yasin bekerja sebagai seorang doktor. Ibu Yasin pula seorang suri
rumahtangga. Dia selalu sibuk membuat kerja rumah. Yasin berminat untuk bermain badminton dan membaca
buku cerita. Kami sentiasa bermain badminton di gelanggang badminton. Yasin bercita-cita untuk menjadi
seorang guru yang berdedikasi. Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti Yasin. Saya
berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.

You might also like