Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PENGELIH

81600, PENGERANG, JOHOR DARUL TAZIM.


Tel/Fax : 07-8253610
_________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA3054/600-3/6/7/1/( )
Tarikh : 30 OKTOBER 2012

Guru Besar

Sekolah Agama Pengerang,81600 Pengerang,Johor Darul Takzim.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (GOTONG-


ROYONG) SMK TANJUNG PENGELIH TAHUN 2012.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu , dimaklumkan bahawa pihak sekolah berbesar hati untuk melaksanakan Program
Khidmat Masyarakat ( Gotong-Royong ) di kawasan tuan/puan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 06 November 2012


Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tempat Khidmat : Balai Polis, Klinik Kesihatan dan Sekolah Agama, Pengerang.
Masyarakat

3. Besarlah harapan kami mendapatkan kebenaran tuan/puan untuk kami menjalankan khidmat
masyarakat dan bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan oleh anak-anak pelajar dan guru-guru
sekolah kami.

4. Bersama-sama ini disertakan lampiran berkaitan program yang dijalankan dan tentatif majlis untuk
rujukan tuan/puan.

5. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amat kami hargai untuk memeriahkan lagi program
ini disamping dapat mengiratkan lagi hubungan bersama pihak sekolah dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


( HJH. NORAAINI BINTI HASHIM )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih,
81600 Pengerang, Johor.

LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
memerlukan penglibatan murid secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Kerja
amali yang dapat membantu meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Ini boleh
dilaksanakan dalam bentuk projek atau kajian.

Melalui khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran,


dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelasdan juga ke luar kelas. Justeru,
murid dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang
bertanggungjawab. Dengan ini, murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga
kerana telah memberikan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

2.0 MATLAMAT
Melalui Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan, pelajar dapat:
2.1 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai sivik dan kewargenegaraan di
luar kelas.
2.2 Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
2.3 Menjadi warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara.
2.4 Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kebersihan amat penting.
2.5 Meningkatkan kecerian dan kebersihan Kawasan sekitar Pengerang.
2.6 Mengiratkan silaturahim bersama komuniti di Pengerang.

3.0 TENTATIF PROGRAM

Draf Tentatif Program Khidmat Masyarakat :

7.15 pg : Kehadiran
: Taklimat oleh Guru Penyelaras

8.00pg : Bergerak ke Pusat Kesihatan Pengerang, Balai Polis Pengerang &


Sekolah Agama
( Khidmat Masyarakat dijalankan mengikut pembahagian kumpulan )

10.00pg : Kudapan pagi

12.30tgh : Mengemaskini
: Makan Tengahari
: Persiapan Solat Fardhu Zuhor

1.50 ptg : Bersurai

You might also like