Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim, dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin


mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah SMK Agama
Kedah khasnya Puan Hajah Salmah bt Ishak yang telah memberi kebenaran kepada saya
untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hasnah bt Ali
selaku guru pembimbing saya atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi
tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan. Nasihat dan tunjuk ajar beliau amat saya hargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru mata pelajaran
Pengajian Am di SMK Agama Kedah yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk
ajar dan khidmat nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada
ibu bapa tercinta iaitu Encik Ghazali bin Hassan dan Puan Che Salmah bt Yahya kerana
banyak membantu dan tidak putus-putus memberikan sokongan moral dan bantuan
kewangan semasa menjalankan kerja kursus ini.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kawan-kawan saya yang disayangi iaitu
Nur Syazwani bt Badruddin, Nurul Syifak bt Ibrahim, Fatin Norizzati bt Jasmee dan
rakan-rakan yang lain kerana sudi menghulurkan bantuan kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini.

Tambahan pula, saya ingin memberikan penghargaan kepada responden yang terlibat
kerana sanggup meluangkan masa untuk disoal selidik.

Sekian, terima kasih kepada semua.


1 PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya Internet


pada hari ini telah banyak menyumbang ke arah kemajuan bidang perniagaan.
Fungsi Internet yang paling utama adalah sebagai satu platform kepada entiti
perniagaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan tanpa halangan kos,
masa dan tempat. Pembaharuan yang diberikan Internet telah banyak memberi
perubahan kepada sistem perniagaan yang sedia ada dan mewujudkan model
perniagaan yang menjadikan kebaikan-kebaikan Internet sebagai aset terpenting
dalam membantu kejayaan sesebuah perniagaan. Maka wujudlah perniagaan yang
dijalankan secara dalam talian yang pada hari ini dikenali dengan pelbagai nama
seperti E-Business, Internet Marketing, E-Dagang atau Perniagaan Internet.

Pada abad ini, pengenalan barangan secara dalam talian menjadi antara yang
popular dalam kalangan pengusaha perniagaan ditambah pula dengan kehadiran golongan
pelajar yang merupakan golongan yang mempunyai kuasa pembelian barangan yang
lebih tinggi berbanding golongan umur lain. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan
pengusaha di pasaran barangan menjadikan golongan ini sebagai penentu kepada
kejayaan perniagaan mereka. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi meneliti
pembelian barangan dalam talian dalam kalangan para pelajar di SMKA Kedah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pembelian merujuk kepada perbuatan


membeli dengan membayar harga manakala perniagaan dapat didefinisikan sebagai
perihal berniaga dan perdagangan. Talian membawa maksud wayar yang menjalinkan
atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik manakala pelajar pula
bermaksud orang yang belajar ( seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan
sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).

Selain itu, perniagaan Internet juga ditakrifkan sebagai Penggunaan Internet


sebagai alat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan serta mengambil peluang
interaktif Internet untuk melakukan proses jual beli. Internet membolehkan perhubungan
secara langsung antara peniaga dan pembeli tanpa bersua muka (Irfan Khairi, 2005).
Terdapat banyak definisi dan penakrifan terhadap perniagaan dalam talian. Secara
umumnya, perdagangan dalam talian atau E-dagang (E-Commerce) merupakan aktiviti
perniagaan yang dilakukan menerusi Internet dan tidak melibatkan interaksi lisan antara
satu manusia dengan manusia yang lain. Perniagaan dalam talian atau E-dagang (E-
Commerce) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan transaksi yang
dilakukan antara organisasi perniagaan dengan pihak luar seperti pelanggan, pembekal
dan pengedar. E-dagang menterjemahkan semua aktiviti perniagaan yang sebelum ini
dilakukan secara manual kepada aktiviti perniagaan secara elektronik yang melibatkan
penggunaan Internet, komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi yang
bersesuaian. ( Shahizam bin Ibrahim, 2006)

Perniagaan dalam talian memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada


pengguna, peniaga dan negara. Salah satu daripadanya adalah pengguna tidak perlu
meninggalkan rumah atau pejabat untuk membeli barang. Hal ini bukan sahaja dapat
menjimatkan petrol dan masa perjalanan ke kedai malah kos pembelian barang juga.
Selain itu, perniagaan dalam talian juga menawarkan perkhidmatan jual beli secara 24
jam kepada para pelanggan bagi membolehkan mereka membuat pembelian barangan
pada bila-bila masa mereka ingini. Tambahan pula, pihak peniaga tidak perlu
mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di pasar raya dan di
tempat-tempat awam yang lain kerana mereka hanya perlu mengiklankan produk sendiri
di laman web milik perniagaan. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan
dengan mudah, malahan kos pengangkutan dan tenaga kerja juga dapat dikurangkan. Di
samping itu, perniagaan dalam talian juga memberikan impak kepada ekonomi negara,
terutamanya dari aspek pelancongan.

Dalam sektor pelancongan, kebiasaannya setiap hotel dan pusat pelancongan


akan menjual produk pelancongan mereka iaitu dengan membuat promosi melalui
Internet supaya pasaran akan menjadi lebih luas sehingga ke luar negara dan tidak terhad
di negara sendiri sahaja. Keadaan ini dapat menarik pelancong dari pelbagai negara untuk
datang bercuti ke Malaysia di samping dapat meningkatkan pendapatan negara melalui
pertukaran mata wang asing. Mengikut laporan yang telah dibuat oleh Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA), kemasukan pelancong bagi tahun 2005 sehingga
tahun 2015 mencatatkan peningkatan sebanyak 1.78 juta orang pelancong sama ada
dari dalam negeri mahupun luar negara. Hal ini telah membuktikan bahawa
penggunaan Internet dalam perniagaan dapat membantu mengembangkan sektor
pelancongan di Malaysia.

Terdapat juga beberapa kesan negatif apabila menceburkan diri dalam


perniagaan Internet. Satu daripadanya adalah peniaga terpaksa menghadapi pelbagai
karenah pelanggan. Sebagai contoh, walaupun Malaysia semakin maju, namun masih
terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi
maklumat. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu cerewet terhadap sesuatu
produk sehingga menyusahkan peniaga dan usahawan Internet. Di samping itu, pengguna
atau pelanggan mudah terdedah kepada pelbagai risiko ketika melakukan transaksi jual
beli dalam talian. Risiko yang dimaksudkan itu adalah seperti produk atau perkhidmatan
yang dipasarkan hanya indah khabar daripada rupa; tidak seperti yang ditunjukkan
melalui iklan dalam Internet. Kejadian seperti ini juga turut berlaku di Kelantan
pada tahun 2014 di mana statistik mengenai kes penipuan barang mengalami
kenaikan sebanyak 102 peratus berbanding tahun lalu dengan jumlah kerugian
sebanyak RM 130 383 sebagaimana yang telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun, pembelian barangan secara dalam talian terbukti


banyak memberi manfaat kepada ekonomi negara dan menjadi suatu tren dalam
kalangan golongan remaja terutamanya yang masih di alam persekolahan. Oleh
yang demikian, diharapkan kajian ini dapat memberi satu penjelasan yang teliti dan jelas
kepada jenis pembelian barangan oleh pelajar di SMKA Kedah. Memandangkan kawasan
kajian telah lama dibangunkan, satu penelitian harus dijalankan agar dapat mengkaji
faktor-faktor yang menggalakkan mereka menggunakan kaedah pembelian secara dalam
talian.
2 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah ditetapkan :

i Mengenal pasti jenis barangan yang dibeli secara dalam talian yang menjadi
pilihan para pelajar di SMK Agama Kedah.

ii Mengkaji faktor-faktor pelajar di SMK Agama Kedah melakukan pembelian


secara dalam talian.

You might also like