Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA

LAPORAN AJK TAPAK PERKHEMAHAN, RIMBA KEM PULAU

PANGKOR SESI 2006/2007

GGGC1223

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN DALAM SUKAN DAN

REKREASI

PENSYARAH :

ENCIK MOHD TAIB B. HARUN

DISEDIAKAN OLEH :

Pengerusi : Talib b. Latif A 105391

AJK : Mohd Aman B. Mohamad A1

Mohd Zamzul b. Che Ismail A

Munirah bt. Yahya A


Laporan AJK Dokumentasi Rimba Kem Pulau

Pangkor sesi 2006/2007.

Pengenalan

Aktiviti perkhemahan Rimba Kem Pulau Pangkor adalah aktiviti yang diwajib kepada
pelajar tahun 1 yang mengambil kursus GGGC1223 PERANCANGAN DAN
PENGURUSAN DALAM SUKAN DAN REKREASI. Projek perkhemahan ini diadakan
bagi mendekatkan peserta kepada perkhemahan luar yang bercorak kepada kegiatan
perkhemahan. Penekanan kursus ini adalah terhadap perancangan dan pengurusan
program serta pelaksanaan aktivi-aktiviti rekreasi dan perkhemahan. Ia diharap dapat
memupuk kearah satu aktiviti yang mengabungkan pengalaman dan pendidikan survival
yang dipelajari. Pengisian ini akan dapat mengesan dan melahirkan insan bersemangat
tinggi, inovatif, bertindak rasional dan menghargai alam sekitar.

Berdasarkan matlamat inilah kami yang telah diamanahkan sebagai AJK dokumentasi
mengerah tenaga dan membanting tulang bagi menjayakan aktiviti perkhemahan dan
menyiapkan buku program ini agar ia berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah dengan
berkat kerjasama ahli jawatankuasa kami, bantuan daripada rakan-rakan dari
jawatankuasa lain serta dorongan dan tunjuk ajar daripada para pensyarah AJK
dokumentasi berjaya menjalankan tugas dengan lancar walaupun terdapat sedikit
masalah.
KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat kami kesan dan kami telah dapat memperbaiki
setiap kelemahan ini dengan perbincangan antara AJK dokumentasi dan AJK induk
program perkhemahan rimba kem bagi sesi 2006/2007. Antara kelemahannya ialah :

a) Kain rentang gagal disiapkan pada waktu yang ditetapkan - Kain rentang dan
bannting yang kami tempah tidak dapat disiapkan pada tarikh yang dikehendaki
iaitu pada 2 febuari 2007 disebabkan oleh masalah teknikal yang dihadapi oleh
pihak percetakan. Keadaan ini menyebabkan kain rentang dan bannting yang
kami tempah gagal disiapkan pada 31 januari, sebaliknya dapat disiapkan pada 1
febuari 2007 sehari sebelum hari perasmian pada 2 febuari 2007.

b) Saiz kain rentang yang tidak sesuai saiz kain rentang iaitu 3x6 kaki adalah
terlalu kecil untuk tujuan pemberitahuan kepada umum. Saiz ini juga tidak sesuai
untuk digunakan dalam aktiviti perkhemahan kerana, kain rentang yang dipasang
di tapak perkhemahan adalah untuk memberitahu kepada peserta dan penduduk
sekitar tujuan dan maklumat perkhemahan ini.

c) Gagal memakai Tag pengenalan diri kami AJK mengenalpasti peserta gagal
memakai tag pengenalan diri semasa perkhemahan dan sesuatu aktiviti dijalankan.
Hal ini menyukarkan jurulatih dan peserta mangenal nama peserta-peserta lain.
Tujuan tag pengenalan adalah pengenalan diri ketika belaku kemalangan dan
keadaan yang tidak diingin supaya jurulatih dapat mengenal peserta terbabit dan
tindakan susulan dapat diambil.

d) Buku program kami dapat kenalpasti kelemahan dalam pembikinan buku


program, terdapat sedikit kesalahan ejaan dalam susunan ayat dan nama peserta.
Gambar yang dicetak kurang jelas dan susunan yang kurang menarik. Terdapat
sedikit kekurangan dalam penyediaan buku program ini kerana perlu disiapkan
dalam waktu yang singkat iaitu sebulan sebelum tarikh perkhemahan.
e) Siaraya terdapat gangguan dalam pertandigan kareoke kerana lagu yang hendak
dinyayikan oleh peserta tidak terdapat dalam senarai dan hanya sedikit sahaja
cekera padat yang dibawa. Pemilihan lagu disaat akhir oleh peserta kareoke telah
menyukarkan kami mencari lagu yang hendak dinyayikan oleh peserta yang
terlibat.

CARA MENGATASI

a) Kami telah mendesak pemilik kedai tersebut supaya menyiapkan kain rentang
dan bannting yang kami tempah selewat-lewatnya pagi 2 febuari tetapi
pemilik kedai telah menelefon kami pada 1 febuari 2007 meminta kami
mengambil tempah yang telah disiapkan.

b) Pada perkhemahan yang akan datang kami akan membina kain rentang yang
besar iaitu 5x11 kaki supaya dapat memberi maklumat yang jelas kapada
umum tentang perkhemahan yang kami rancang.

c) Kami berharap AJK induk lebih tegas dalam mengeluarkan arahan supaya
setiap peserta mengikut prosedur perkhemahan dengan memakai tag
pengenalan diri semasa perkhemahan dijalankan. Hal ini, bagi mengelakkan
sebarang kesulitan dalam mengenalpasti peserta yang terbabit dalam
kemalangan ketika sesuatu aktiviti dijalankan. Contohnya peserta lemas
semasa aktiviti kayak dijalankan kerana kayak terbalik dipukul ombak besar,
jika tag pengenalan diri dipakai semasa aktiviti kayak dijalankan akan
memudahkan urusetia dan jurulatih mengenalpasti peserta tersebut
d) Kami AJK dokumentasi dan AJK induk telah berkerjasama akan memastikan
setiap kandungan buku program akan disemak dengan teliti bagi mengelakkan
kesalahan-kesalahan dalam ejaan dan sebagainnya. Kami akan cuba untuk
menyusun dan mengedit gambar dengan berhati-hati supaya kualiti gambar
yang disertakan kelihatan jelas apabila dicetak untuk dijadikan buku.

e) AJK dokumentasi akan berbincang dengan pihak media sebelum tarikh


perkhemahan agar dapat membuat persediaan awal dalam penyediaan alat-alat
siaraya. Ini memastikan tiada sebarang gangguan semasa perkhemahan
dijalankan. Pemilihan lagu perlu dilakukan sebelum perkhemahan supaya
ceker padat dapat disediakan. Bagi lagu yang tiada dalam simpanan pihak
media, peserta hendaklah membawa cekera padat sendiri supaya lagu yang
dikehendaki dapat diputarkan.

You might also like