Surat Kiriman Tidak Rasmi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Surat Kiriman Tidak Rasmi

No.43, Jalan Bawal,


96100 Sarikei,
Sarawak.

6 April 2017

Menemui sahabatku, Nini, yang kini berada di Johor.

Saudari,
Apa khabar? Diharapkan saudari dan keluarga sihat selalu. Saya dan keluarga di sini sentiasa
dilindungi Tuhan.

Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya pergi ke
pasar malam yang selamat.
Pasar malam yang selamat mempunyai susunan gerai yang tersusun dan kemas. Pasar
malam mestilah disusun mengikut kategori. Susunan gerai yang mengikut kategori
memudahkan pembeli. Susunan gerai ini menjadikan pasar malam yang mesra pengguna.
Pasar malam yang selamat juga hendaklah mempunyai laluan keluar masuk bagi
mengelakkan pasar malam sesak. Pasar malam mestilah mesra pengunjung seperti jalan sehala
dan jalan lebar.
Selain itu, pasar malam yang selamat mempunyai Kaunter Khidmat Awam. Kaunter ini
merupakan tempat membuat aduan dan melaporkan kesalahan yang berlaku di pasar malam.

Setakat ini sahaja yang saya boleh ceritakan.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Chieng

You might also like