Program Jom Sihat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROGRAM JOM KURUS & SIHAT

KELAB DOKTOR MUDA SK JAYA SETIA


BERSAMA KOMUNITI KG JAYA SETIA 2017

1. PENGENALAN
Program Jom Sihat ini diadakan bertujuan untuk membimbing ahli Kelab
Doktor Muda melaksanakan program kesihatan bersama komuniti ke arah
perubahan tingkah laku yang positif. Program ini diharapkan dapat
memupuk sikap kesukarelaan dari kecil di samping dapat melaksanakan
skop yang dipelajari melalui pendedahan kepada persekitaran luar
sekolah.

Program ini secara langsung dapat mewujudkan komuniti yang lebih celik
kesihatan dan berinisiatif tinggi dalam meningkatkan tahap kesihatan
mereka sepertimana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
kesihatan optimum merupakan hak asasi setiap individu tanpa mengira
agama, bangsa, fahaman politik serta keadaan sosio ekonomi.

Program bersama komuniti ini merupakan program Smart Pertnership


antara Kelab Doktor Muda SK Jaya Setia, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala
Selangor, KOSPEN, JKKP dan iM4U.

2. OBJEKTIF
2.1 Memantapkan pelaksanaan aktiviti Kelab Doktor Muda kepada komuniti
sekolah.
2.2 Memupuk sikap kesukarelaan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan
ahli Kelab Doktor Muda untuk menyampai dan menyediakan
perkhidmatan kesihatan kepada komuniti.
2.3 Menjadikan platform kepada semua program kesihatan untuk
menggunakan Jom Sihat sebagai tapak dalam pelaksanaan aktiviti
kesihatan di dalam komuniti.
2.4 Mempromosikan kemahiran dan amalan cara hidup sihat dalam kalangan
murid-murid, ahli keluarga dan komuniti.
2.5 Meningkatkan jaringan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.
3. ANALISA SITUASI
Mengurangkan kes-kes obesiti dalam kalangan masyarakat Kg Jaya
Setia menjelang tahun 2018.

Kekuatan Kelemahan
1. Kemudahan tempat untuk
beriadah spt. dewan dan 1. Kurang sambutan dari kaum
padang. lelaki.
2. Mendapat sokongan 2. Keadaan kemudahan yang
daripada ahli KOSPEN & JKKP kurang diselenggara.
Kg Jaya Setia
Peluang Ancaman
1. Kebanyakan peserta bekerja 1. Sikap dan gaya hidup
di kampong. masyarakat.
2. Peruntukan kewangan 2. Kedai-kedai yang menjual
daripada 1M4U. makanan tidak sihat.

4. KUMPULAN SASARAN

Ahli Kelab Doktor Muda


Murid Sekolah
Guru
Ibu bapa
Komuniti

5. PERANCANGAN PROJEK
2.1 Program ini akan dijalankan pada :
Tarikh Aktiviti Agensi / JK Pelaksana
25/02/201 Pelancaran Jom Kurus &
KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7 Sihat
01/04/201
Jom Kurus & Sihat (Siri 1) KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7
22/04/201
Jom Kurus & Sihat (Siri 2) KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7
20/05/201
Jom Kurus & Sihat (Siri 3) KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7
29/07/201
Jom Kurus & Sihat (Siri 5) KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7
19/08/201
Jom Kurus & Sihat (Siri 6) KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7
23/09/201 Majlis Penutupan & Evaluasi
KDM, PKD, KOSPEN, JKKP
7 Jom Kurus & Sihat 2017

2.2 Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang


program Jom Kurus & Sihat:
Agensi /JK
Bil Aktiviti yang Dirancang
Pelaksana
1 Ceramah dan Pameran PKD

2 Senamrobik PKD, KDM

3 Jalan 10,000 langkah KDM, KOSPEN

4 Kuiz Kesihatan KDM, PKD

5 Sukaneka KDM, KOSPEN

6 Pemeriksaan Kesihatan KOSPEN, PKD

2.3 Tentatif Program


7.30 pg : Pendaftaran peserta
8.00 pg : Senamrobik
: Jalan 10,000 langkah
9.20 pg : Sarapan pagi
9.45 pg : Majlis Perasmian / Ceramah
Pameran
Pemeriksaan Kesihatan
Kuiz Kesihatan
11.30 pg : Bersurai..

6. PERANCANGAN KEWANGAN
7.

You might also like