Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DEFINISI METER DALAM MUZIK

METER

Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulakan dalam kumpulan2,3,4 dan seterusnya.
Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap
bar.

Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk
tanda masa. Jadual berikut menunjukan contoh kiraanmeter dalam muzik.

Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unitmanakala nilai angka di bawah
mewakili jenis detik/not yang digunakansamada not krocet (4), minim (2), Kuaver (8) dan sebagainya.

Meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tidak lazim.

QQQQQQQQQQ
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan
muzik berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik
merangkumi IRAMA, MELODI, WARNA TON, TEKSTUR, BENTUK DAN EKSPRESI. Bunyi yang tidak
tersusun dan tidak mengikut konsep muzik disebut sebagai BUNYI BISING

IRAMA

Dalam irama terdapat detik, meter, corak irama, tempo dan rentak. Pada irama juga terdapat nilai not
dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan nilai yang
tersendiri. Iaitu 4 kiraan, 3, 2, 1, dan , , 1/16

DETIK

Dalam sesuatu muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi tetap yang boleh ditepuk sepanjang
persembahan muzik seperti 2 kiraan, 3 kiraan dan 4 kiraan.

MELODI

Melodi ialah susunan bunyi ton secara mendatar ( linear ) dan berkontur. Bunyi ton ada kalanya
panjang, pendek ataupun sama dan bunyi-bunyi ton ini menentukan irama melodi. Sesuatu melodi
bertukar jika pic dan irama bertukar. Pergerakan melodi ini melibatkan pic dan irama yang dikawal oleh
tempo.

PIC

Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah mengikut langkah seperti anak tangga, mungkin
separuh langkah, langkah penuh ataupun melompat. Turun dan naik ton menentukan pic.

PANTULAN DAN SAHUTAN

Pantulan dan sahutan bukan komponen harmoni dalam lagu. Pantulan ialah isian tema atau motif
melodi yang diulang dengan pic serupa. Selalunya digunakan di akhir frasa lagu untuk mengindahkan
bunyi sesuatu frasa.

HARMONI

Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan atau dinyanyikan bersama atau serentak.
Gabungan not-not ini membentuk kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi lagu. Kord yang
mengandungi tiga not dikenali sebagai triad, untuk membentuk triad not asas digunakan iaitu not tonik,
( not pertama @ asas ) not ketiga dan not kelima dari sesuatu skel untuk menghasilkan harmoni yang
perfek dan sedap didengar.

TEKSTUR
Monofoni Barisan melodi secara mendatar yang dinyanyikan secara unison atau dinyanyikan tanpa
iringan kord. Homofoni Barisan melodi yang dinyanyikan dengan iringan kord Polifoni Lebih daripada
dua barisan melodi dan diiringi dengan kord.

EKSPRESI

Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental.
Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri-ciri muzikal ini boleh
menghasilkan berbagai interpretasi tersendiri. Setiap manusia mempunyai tahap interpretasi yang
berbeza. Bahagian ini sangat subjektif dan harus dinilai berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan
pentafsiran yang sesuai dengan kriteria dan gaya persembahan.

Contoh dinamik

P (piano ) - Dinyanyikan secara lembut

F ( forte ) - Dinyanyikan secara kuat dan terkawal

Cresendo - Semakin kuat ( dari p ke f ) D

ecresendo - Semakin perlahan ( Dari f ke p )

mf ( Mezzo forte ) - Sederhana kuat ( Selalu digunakan dalam nyanyian )

TEMPO

Kelajuan sesuatu lagu yang dinyanyikan Andante atau moderato - Kelajuan yang sederhana Allegro -
Rancak atau cepat WARNA TON Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri, dan ini dinamakan warna
ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton berbeza ialah. - Suara lelaki dan suara
perempuan - Suara perempuan dengan suara kanak-kanak - Suara menjerit dengan suara berbisik
Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat atau cara ianya dimainkan atau
dinyanyikan.Warna ton dalam muzik sama dengan warna ton dalam lukisan.Perkataan yang digunakan
untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus , gelap, terang ,
ringan dan berat.

Dalam nyanyian suara prempuan dikategarikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto, manakala suara
lelaki dikategorikan dalam jua jenis juga iaiti tenor dan Bass. Dalam nyanyian koir atau nyanyian
beramai-ramai seperti nasyid yang mempunyai pelbagai jenis suara ini , hasilan warna tonnya sangat
menarik dan harmoni serta indah didengar. Dicatat ole

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win


Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan
kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik,
kosa kata dan istilah muzik dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan
kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran
membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.

Konsep-konsep Muzik
Irama, melori ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti. Konsep-
konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di bawah konsep-konsep
utama iaitu irama, melori dan ekspresi.

1.Irama
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo.
Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1 Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan
adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu
detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

1.2 Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpunkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya.
Lazimnya jumlah detik adalah sama dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali
sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.

1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapat detik
yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik
lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > )
digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu.
Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo
boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato.
Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome.

1.5 Corak Irama


Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan
berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak
irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam
setiap bar agar menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang
digunakan.

1.5.1 Corak Irama Rentak


Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak
irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz,
Masri, Asli, Sumazau dan Joget.

1.5.2 Corak Irama Ostinato


Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-
ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai iringan dan harmoni.

1.6 Tempoh Masa dan Nilai Not


Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk
seperti . Masa senyap (period of silence) dilambangkan dengan tanda rehat pelbagai
bentuk seperti .

2. Melori
Melori adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menarik, menurun atau
mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk
irama melori yang berkontur. Melori berubah apabila pic dan not diubah.

2.1 Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi
rendah.

2.2 Skel
Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda
tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis
skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major dan skel minor (harmonik).

2.3 Frasa
Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang
signifikan atau satu keratan lagu.

2.4 Harmoni
Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not
yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melori yang terdiri daripada dua lapisan
suara, dalam bentuk kaunter melori, kord, dron dan ostinato.

2.5 Warna Ton


Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat
muzik atau suara, sama ada bunyi rehat atau bunyi ringan.
Contoh: Dram bes - bunyi berat
Kastanet - bunyi ringan

2.6 Tekstur
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu.
Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau
bunyi yang terdapat dalam sesebuah lagu.

2.7 Bentuk
Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen
muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini
boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.

3. Ekspresi
Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan
oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat
disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

You might also like