Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MENINGKATKAN PENGUASAAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL

SEMULA BAGI MURID TAHUN 2 IBNU RUSHDI DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH CEPAT- CEPAT UNDUR

MAIMUN BINTI HARUN


SK Kampung Tengah,24000 Kemaman, Terengganu

ABSTRAK

Penolakan dengan mengumpul semula merupakan kemahiran yang sukar untuk dikuasai oleh
kebanyakan murid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kaedah cepat- cepat
undur dalam meningkatkan penguasaan murid untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan
mengumpul semula. Kajian ini berpandukan kepada Model Stephen Kemmis dan McTaggart (1986).
Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Cara
pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian, lembaran kerja, soal selidik dan
semakan dokumen. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan skor. Dapatan kajian
menunjukkan kaedah cepat- cepat undur membantu kesemua peserta kajian meningkatkan
penguasaan mereka dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula.

1
ISI KANDUNGAN M/S

ABSTRAK 1

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU 3

2.0 FOKUS KAJIAN 4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

4.0 KUMPULAN SASARAN 4

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 4

5.1 TINJAUAN MASALAH 5

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5

5.3 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN 7

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN 7

5.5 DAPATAN KAJIAN 9

5.6 REFLEKSI KAJIAN 9

6.0 CADANGAN TINDAKAN 10

7.0 BIBLIOGRAFI 11

2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan salah seorang guru matematik yang mengajar di Kebangsaan Kampung
Tengah. Saya telah diamanahkan untuk mengajar tahun 2 Ibnu Rushdi di mana muridnya
terdiri daripada kalangan murid lemah.
Masalah tolak dengan mengumpul semula merupakan masalah utama bagi pelajar
kelas berkenaan. Ini juga merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid supaya
tidak keciciran apabila berada di tahun-tahun seterusnya. Operasi tolak ini juga agak sukar
terutama bagi murid-murid linus numerasi yang baru memasuki perdana atau disebut freshie
perdana. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas.
Perkara yang paling membimbangkan saya adalah murid tidak dapat menolak apabila
perlu mengumpul semula. Satu ujian dianogstik telah dijalankan untuk mengenal pasti
kelemahan dan kesilapan murid dalam menolak dengan mengumpul semula. Kesilapan dan
kelemahan yang saya temui ialah ditunjukkan dalam rajah 1.

Rajah 1 : Kesilapan murid.

2.0 FOKUS KAJIAN


Saya menfokukan kajian saya dengan menggunakan kaedah Cepat- cepat undur. Kaedah
ini adalah untuk murid-murid yang kurang menguasai kemahiran menolak dengan
mengumpul semula dan lambat dalam mengira. Penolakan dengan mengumpul semula adalah
penting kerana kesinambungannya akan berterusan dalam semua topik pembelajaran.
Cepat- cepat undur adalah kaedah yang bertujuan untuk membantu murid yang
lambat dalam mengira apabila pengiraan melibatkan bilangan lebih daripada 10.
Kebiasaannya murid mengira menggunakan jari yang mana kesilapan akan berlaku dalam
pengiraan untuk mendapatkan jawapan kerana jari terhad kepada 10 sahaja.Ini akan
menyukarkan murid untuk mendapatkan jawapan.

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum
i. Mempelbagaikan kaedah menolak dengan mengumpul semula dikalangan murid.

Objektif khusus
ii. Membantu murid lemah Tahun 2 dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul
semula menggunakan kaedah Cepat- cepat undur.
iii. Memperkenalkan kaedah yang lebih mudah difahami oleh murid bagi menjawab
soalan tolak dengan mengumpul semula.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 2 yang
menghadapi masalah dalam penolakan dengan mengumpul semula. 5 orang murid, yang
terdiri daripada 2 perempuan dan 3 lelaki dipilih sebagai peserta kajian. Mereka ini adalah
murid yang memang tidak menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula
berdasarkan skor yang diperolehi dalam ujian diagnostik( Ujian 1) yang telah dijalankan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


Usaha ke arah membantu murid tahun 2 Ibnu Rushdi ini khususnya yang mempunyai
pencapaian rendah dalam menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula, pengkaji
telah menggunakan carta alir seperti mana di tunjukkan dalam rajah di bawah. Rajah tersebut
meliputi aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan refleksi..

REFLEKSI
Penguasaan dalam penolakan
dengan mengumpul semula
setelah intervensi dijalankan

MEMERHATI MERANCANG
Pengkaji memerhati input Pengkaji akan memperkenalkan
penggunaan kaedah terhadap kaedah Cepat- cepat undur
pemahaman penolakan dengan
mengumpul semula.

BERTINDAK
Pengkaji menerangkan cara
penggunaan kaedah Cepat-
cepat undur

4
5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan terhadap hasil murid di dalam lembaran kerja 1 dan 2 yang telah
diberikan kepada murid selepas PdP pertama dan kedua. Data dikumpulkan berdasarkan
borang senarai semak yang disediakan.

5.1.2 Analisis dokumen

Analisis skor yang diperolehi oleh murid dalam Ujian 1 dan Ujian 2 yang telah dilaksanakan
sebelum dan selepas kaedah Cepat- cepat undur diperkenalkan.

5.1.3 Soal Selidik


Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada murid untuk mendapatkan respon mereka
tentang penggunaan kaedah Cepat- cepat undur untuk menyelesaikan soalan penolakan
dengan mengumpul semula. Hal ini penting untuk memastikan keberkesanan kaedah Cepat-
cepat undur dalam memudahkan mereka menolak dengan mengumpul semula.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis Data Pemerhatian


Melalui pemerhatian secara berstruktur yang telah dilakukan dengan menggunakan borang
senarai semak. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap hasil kerja murid selepas sesi
pengajaran menggunakan kaedah Cepat- cepat undur . Pemerhatian dilakukan berdasarkan
lembaran kerja1 dan lembaran kerja 2 yang telah diberikan kepada murid-murid.

Jadual 1 : Analisis Pemerhatian Lembaran Kerja


ITEM JUMLAH SKOR ( / 5 )
Ya Tidak
1 5 0
2 5 0
3 5 0
4 5 0
5 4 1
6 5 0

Jadual 1 menunjukkan bahawa selepas sesi pengajaran pertama dan kedua seorang
peserta kajian tidak menguasai item 5, iaitu tidak dapat menjawab soalan dengan betul
semua, Bagi item 1,2,3,4 dan 6, semua kelima-lima peserta kajian menguasainya.

5
5.2.2 Analisis Dokumen
Jadual 2 menunjukkan skor ujian 1 dan ujian 2 serta perbezaan dalam skor ujian 1 dan ujian
2 peserta kajian. Berdasarkan fakta ini kesimpulan kajian menunjukkan peningkatan yang
besar ke atas pencapaian murid dalam menolak dengan mengumpul semula. Ini menunjukkan
bahawa murid-murid dari tahap sederhana dan lemah telah mendapat manfaat daripada
pelaksanaan penyelidikan tindakan ini.

Jadual 2 : Analisis Ujian 1 dan Ujian2


Skor ( / 8 )

Murid Ujian 1 ( %) Ujian 2 ( %) Peningkatan (%)


M1 2 (23.0) 8 (100) 6 (77.0)
M2 1 (22.5) 8 (100) 7 (77.5)
M3 4 (40.5) 8 (100) 4 (59.5)
M4 3 (26.0) 8 (100) 5 (74.0)
M5 2 (18.0) 8 (100) 6 (82.0)

Min (26.0) (100) (74.0)

5.2.3 Analisis Data Soal Selidik


Berdasarkan analisis soal selidik dalam jadual 3, semua murid memberikan respon yang
positif terhadap penggunaan kaedah Cepat- cepat undur. Ini menunjukkan bahawa kaedah
Cepat- cepat undur berjaya menarik minat mereka bagi melakukan penolakan dengan
mengumpul semula.

Jadual 3 : Analisis Soal Selidik


Bilaagan Murid
Item Perkara ( / 5)
Ya Tidak
1 Adakah kamu tahu menjawab soalan tolak menggunakan
5 0
kaedah Cepat- cepat undur?
2 Adakah lebih mudah untuk mencari jawapan
5 0
menggunakan kaedah Cepat- cepat undur?
3 Adakah kamu akan menggunakan kaedah Cepat- cepat 5 0
undur dalam operasi tolak?
4 Adakah kamu rasa kaedah Cepat- cepat undur ini 5 0
menarik?
5 Adakah kamu seronok dengan aktiviti Cepat- cepat 5 0
undur?

6
5.3 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN

5.3.1 Mengambil data

Langkah awal saya ialah mengesan penguasaan operasi tolak murid. Ujian diagnostik
dijalankan untuk melihat penguasaan operasi tolak dan melihat masalah murid dalam
menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul semula. Selain itu, saya juga membuat
pemerhatian melalui latihan-latihan di datam kelas, kerja rumah dan juga ujian tolak yang
dijalankan.

5.3.2 Menganalisis masalah murid

Setelah menjalankan ujian diagnostik, saya dapat mengenal pasti masalah murid di mana
murid lemah dalam penguasaan tolak. Kebanyakan soalan yang tidak dapat dijawab dengan
betul disebabkan oleh murid tidak menguasai tolak tersebut. Selain itu, terdapat juga murid
yang tidak dapat menyiapkan ujian tersebut datam masa yang ditetapkan. Setelah dinilai, pola
kesilapan murid ialah murid tidak menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula, cuai
semasa menjawab soalan dan tidak tahu menyelesaikan operasi tolak dengan betul.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN

Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar saya bercadang untuk
memperkenalkan kaedah Cepat-cepat undur kepada pelajar untuk membantu mereka
dalam topik penolakan dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula. Selepas itu saya
akan memberi ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar
dalam operasi tolak.

i. Memperkenalkan kaedah Cepat-cepat undur.

Saya akan memperuntukkan 2 masa pengajaran iaitu sebanyak 60 minit untuk


memperkenalkan kaedah Cepat-cepat undur. Saya memberikan 1 soalan permulaan
untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka. Terdapat beberapa langkah yang
perlu diikuti untuk menjawab soalan penolakan menggunakan kaedah Cepat-cepat
undur ini. Contoh soalan: 52 6 =

Letakkan nombor dan simbol mengikut kedudukan rumah dengan


menggunakan kad nombor. Saya akan memastikan murid dapat meletakkan
nombor, betul mengikut kedudukannya.

7
b) Bersoaljawab dengan murid cara menolak nombor. Saya akan
menerangkan cara menolak mesti dimulakan dari rumah sa baru diikuti
dengan rumah puluh. Bagi memudahkan murid mengingat hanya dengan
singkatan sa dan pu.

c) Apabila murid sudah menguasainya, murid diajar pula cara untuk


menolak nombor yang melibatkan nilai melebihi 10. Kad nombor mengundur
akan digunakan untuk memudahkan murid menolak nombor dengan
mengumpul semula. Contoh
kad:

d) Kemudian, saya akan menerangkan cara menolak untuk mendapatkan


jawapan.

e) Selepas murid memahami cara menggunakan k a e d a h Cepat-cepat


undur, murid dilatih membilang secara mengundur tanpa bantuan kad nombor
supaya lancar.Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula murid akan
membilang secara mengundur beramai-ramai.

ii. Ujian pos

Ujian pos akan dijalankan pada pengajaran yang akan datang setelah pengajaran
menggunakan kaedah Cepat-cepat undur selesai. Sebanyak 10 soalan akan

8
diberikan kepada pelajar dan masa yang diberikan untuk menjawab ialah 20 minit.
Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan dengan soalan ujian
pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah pelajaran akan direkodkan dan
ditukar kepada peratusan.

Langkah 4 Pemerhatian dan menganalisis data

Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang diberikan berbentuk ayat matematik. Murid akan
menukarkan kepada bentuk lazim mengikut cara pengiraan yang betul. 1 markah diberi
pada setiap satu soalan yang dijawab dengan tepat dan menunjukkan jalan pengiraan yang
betul.

Penguasaan pelajar dalam operasi tolak dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos.
Keberkesanan kaedah Cepat-cepat undur dapat dinilai melalui perbandingan pencapaian
pelajar dalam ujian tersebut.

Draf analisa keputusan pencapaian ujian pra

Bil Nama Pelajar Bil Jawapan betul Peratus


1. Dini Hasya bt Mohd Zairil
2. Leyana Jannah Bt Roslan
3. Mohammad Hisham B Asmawi
4. Nurul Sofia Bt Kamarul
5. Rabiatul Adawiyah Bt Amsyar

5.5 DAPATAN KAJIAN

Setelah menganalisis semua data berdasarkan pemerhatian, temu bual dan juga soal selidik
dengan kelima-lima peserta kajian serta membuat analisis dokumen, saya dapat merumuskan
bahawa dapatan kajian saya telah dapat menjawab persoalan kajian saya, iaitu bagaimanakah
kaedah Cepat-cepat undur dapat meningkatkan kefahaman murid dalam menolak dengan
mengumpul semula bagi membantu murid-murid lemah.
Graf bar dalam Rajah 3 di bawah menunjukkan perbezaan dalam skor ujian 1 dan
ujian 2 bagi kelima-lima peserta kajian. Berdasarkan fakta ini kesimpulan kajian
menunjukkan peningkatan yang besar ke atas pencapaian murid dalam menolak dengan
mengumpul semula. Ini menunjukkan bahawa murid-murid dari tahap sederhana dan lemah
telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan penyelidikan tindakan ini.

9
SKOR UJIAN 1 DAN 2
9

6
Ujian 1
5
SKOR
4 Ujian 2

0
M1 M2 M3 M4 M5

PESERTA KAJIAN

Rajah 3 : Graf Skor Murid dalam Ujian 1 dan Ujian 2

5.6 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian, penggunaan kaedah ini berjaya menambah minat murid dalam
mata pelajaran matematik.. Apa yang paling penting ialah kaedah ini telah meningkatkan
kefahaman murid dalam operasi tolak dengan mengumpul semula.

6.0 CADANGAN TINDAKAN

Pada kajian lanjutan kelak, saya akan memperkenalkan kaedah ini dari peringkat awal lagi
iaitu bermula dari Tahun 1. Ini kerana, pengajaran yang bermula dari peringkat awal akan
dapat membina pengetahuan sedia ada murid dari awal lagi dan seterusnya mengukuhkan lagi
kemahiran mereka apabila naik ke tahun-tahun seterusnya. Selain itu saya bercadang untuk
memberikan ganjaran kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam
latihan atau ujian yang diajalankan. Ini sebagai galakan kepada mereka untuk terus minat dan
memahami kemahiran yang diajar.

10
7.0 BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru (2001), Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Kursus Penyelidikan Tindakan
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Frank J. Swetz, Liew Su Tim (1988). Pengajaran Matematik KBSR. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Juliza Yusuf Tambi, Balkisnah Shaharuddin (2013). Penggunaan Kaedah Gundalan Berwarna Dalam Membantu
Murid Bermasalah Menyelesaikan Soalan Penolakan Dengan Mengumpul Semula. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan 2013 (SPTMTE2013). Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak ms 199-210.
Zaibedah Abu Bakar ( 2000 ). Estetika Matematik dan Persekitaran. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia. Diambil dari htttp://www.ml.scribd.com/doc/231686894/ cth-kajian-
tindakan Jabatan Matematik IPG Kampus Raja Melewar,Jalan Sikamat, 70400 Seremban, N.S. Emel : 1
wanmariamwanidris@yahoo.com, 2 jamnbm52@yahoo.com

11

You might also like