Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN KAWAD KAKI


ST JOHN AMBULANS MALAYSIA (SJAM)
SEKOLAH MENENGAH
DAERAH GOMBAK 2017

Anjuran:

Unit Kokurikulum, Daerah Gombak.

Dengan Kerjasama:

St John Ambulans Malaysia (SJAM)

Negeri Selangor.

TARIKH: 26 April 2015 (Rabu)

TEMPAT: SMK Taman Keramat

Disediakan oleh:

Normawati Binti Mat Nor @ Mohd Noor

Pengawai Teknik St John Ambulans Malaysia (SJAM)-SM

Daerah Gombak.
1.0 PENDAHULUAN

Pengukuhan disiplin kendiri dan nilai murni dapat dibentuk menerusi kegiatan luar khususnya
pasukan beruniform. Penubuhan pasukan beruniform di sekolah memerlukan kesungguhan
dan kewibawaan ahli-ahli St John Ambulans Malaysia. Di samping itu ia dapat melahirkan
insan yang penuh berdisiplin. Jesteru itu, pertandingan ini dapat membina ahli-ahli St John
Ambulans Malaysia (SJAM) berdisiplin dan bekerjasama antara satu sama lain.

2.0 RASIONAL

Pertandingan ini diadakan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran asas kawad kaki.
Ia juga memberi peluang berinteraksi antara ahli-ahli St John Ambulans Malaysia (SJAM)
melalui aktiviti kawad kaki ini. Selain itu,ia dapat memupuk semangat kerjasama, bertolak
ansur dan berdisiplin serta meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental ahli-ahli SJAM
Daerah Gombak.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, dinamik, berdisiplin, berkeyakinan,


berketrampilan, bertoleransi khususnya dalam aktiviti kawat kaki dan tabah menghadapi
kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran.

4.0 OBJEKTIF

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk:

Memberikan pendedahan dan pengalaman yang mendalam tentang pentingnya disiplin


sebagai sebagai asas membentuk seorang pemimpin.

Memupuk semangat kesepakatan dan kerjasama antara ahli-ahli dalam menjayakan


ujian yang dijalankan.

Membentuk daya ketahanan mantal dan fizikal agar bersifat agerasif dan aktif dalam
menjayakan program yang dirancang.

Memilih pasukan yang terbaik bagi mewakili unit St John Ambulans Malaysia (SJAM) ke
Pertandingan Kawad Kaki Unit beruniform NGO sekolah-sekolah menengah Daerah
Gombak.

5.0 ANJURAN

Unit kokurikulum Daerah Gombak Tahun 2017.


6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Nama Program : PERTANDINGAN KAWAD KAKI ST JOHN AMBULANS MALAYSIA


(SJAM) SEKOLAH MENENGAH DAERAH GOMBAK TAHUN 2017.

Tarikh : 26 APRIL 2015 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi 12.30 tengah hari

Tempat : SMK Taman Keramat

7.0 PENYERTAAN

7.1.1 Satu platun kategori perempuan (lengkap) bagi setiap sekolah berikut:

(1) SMK Taman Keramat


(2) SMK Gombak Setia

7.1.2 Satu platun kategori Campuran (lelaki dan perempuan) bagi setiap sekolah berikut:

(1) SMK Kepong


(2) SMK Bukit Indah
(3) SMK Selayang Baru
(4) SMK Taman Ehsan

7.2 Setiap Kategori yang dipertandingkan iaitu:

Kategori Bilangan Anggota


Perempuan (lengkap) 30 anggota + 1 ketua platun + 2 simpanan
Campuran (Perempuan
18 anggota + 1 ketua platun + 2 simpanan
& Lelaki)

8.0 ATURCARA PROGRAM

8.00-8.30 pagi : Pendaftaran Peserta


8.30-9.00 pagi : Taklimat Hakim dan Pegawai Pertandingan
9.00 11.00 pagi : Pertandingan bermula
11.00 11.30 pagi : Persembahan kawad Kaki Kadet Polis IPD Ampang Jaya
11.30 12.00 tengah hari : Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah

9.0 HADIAH

Kategori Hadiah
Johan, Naib johan dan ketiga : Sijil Pencapaian dan medal
Ketua Platun Terbaik Perempuan : Sijil Pencapaian dan medal

10.0 KEWANGAN

10.1 Setiap platun dikenakan bayaran sebanyak RM80.00

10.2 Berikut adalah anggaran perbelanjaan:


Pendapatan

Kutipan penyertaan (RM80 x 6 platun)


RM480.00

JUMLAH RM 480.00

Perbelanjaan

hamper (RM50 x 3 buah)


RM 150.00
Hamper (RM25 x 6 buah)
RM 150.00
bayaran hakim (RM 50 x 3 orang)
RM150.00
Lain- lain
RM 30.00

JUMLAH RM480.00

11.0JAWATANKUASA PELAKSANA

11.0 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En Sajoli bin Masdor


Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Timbalan Pengerusi : En Bhakhari bin Abd Rahman


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Naib Pengerusi 1 : En Sulaiman Bukhari bin Hj. Amin


Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Gombak

Naib Pengerusi 2 : Pn Shrifah Zahrah @ Faezah binti Syed Abu Bakar


Pengetua SMK Taman Keramat

Setiausaha : En Muhamad Ikhwan bin Zainal


Penyelia Kelab, Persatuan & Badan Beruniform, PPD Gombak

Penyelaras : Pn Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor


Pegawai Teknik SJAM (SM) Daerah Gombak
11.2 Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : En Sajoli bin Masdor


Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Pengerusi : Pn Shrifah Zahrah @ Faezah binti Syed Abu Bakar


Pengerusi SJAM Daerah Gombak

Timbalan Pengerusi : Pn Manisah binti Md Sharif


PK Kokurikulum, SMK Taman Keramat

Penyelaras : Pn Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor


Pegawai Teknik SJAM (SM) Daerah Gombak

Setiausaha : Pn Mahfuzah binti Bokhari

Bendahari : Pn Azurawati bint Abu Seman

11.3 Jawatankuasa Kecil Pelaksana

JK Pendaftaran : SMK Selayang Baru

JK Statistik & Pemarkahan : SMK Gombak Setia

JK Makanan, Minuman & VIP : SMK Taman Keramat

JK Seranta & Siaraya : SMK Taman Keramat

JK Majlis Penutupan & Protokol : SMK Taman Keramat

JK Fotografi & Dokumentasi : SMK Kepong

JK Buku Program : SMK Bukit Indah

JK Persiapan Tempat Pertandingan : SMK Taman Keramat

JK Kepegawaian & Kehakiman : PT SJAM

JK Keselamatan & Kecemasan : SMK Bukit Indah

JK Kebersihan : SMK Kepong

JK Pengurus Peserta : SMK Taman Ehsan

JK Hadiah & Sijil SMK Taman Keramat


Juruacara Majlis : SMK Kepong

Johan Kategori Lelaki dan Perempuan akan mewakili unit St John Ambulans Malaysia
(SJAM) ke Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Sekolah Menengah
Peringkat Daerah Gombak Kategori NGO.
Syarat dan peraturan pertandingan berdasarkan peraturan yang telah diterima pakai
oleh semua badan unit beruniform.
Keputusan hakim adalah muktamad

12.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya Pertandingan Kawad Kaki SJAM ini, ahli-ahli SJAM akan
mendapat pengalaman dan ilmu baru dalam disiplin kawad kaki di sekolah masing-masing.

Disediakan oleh:

Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor


Pengawai Teknik SJAM-Sekolah Menengah
Daerah Gombak
Tahun 2017

You might also like