Assigment Epic 2014

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pelajar perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut bagi memenuhi keperluan tugasan

bagi seminar ini.

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)

Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPiC, anda dikehendaki
membuat rumusan terperinci berkaitan Tajuk 1 Pembangunan Profesionalisme Berterusan:
Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri. Rumusan tersebut harus merangkumi aspek-aspek
penting yang telah dibentangkan.

Hadkan rumusan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum


atau pada 19 Febuari 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A1.

Tugasan 2 Aktiviti 2: Ulasan Ceramah Tajuk 2 (T2A2)

Membuat ulasan secara kritis bagi Tajuk 2 : Motivasi Pelajar berdasarkan kepada persoalan-
persoalan berikut:

a) Apakah faedah yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru;
dan

b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti


Program Pensiswazahan Guru.

Hadkan ulasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 2 sebelum


atau pada 25 MAC 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A2.

Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)


Imbas kembali aspek-aspek penting yang telah anda perolehi semasa mendengar kedua-dua
ceramah. Cuba fikirkan adakah aspek-aspek yang telah disarankan menggambarkan situasi diri
anda sebagai seorang guru pada masa ini? Selanjutnya, sejauhmanakah anda dapat
melaksanakan saranan-saranan tersebut demi meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru
yang boleh membawa kepada keberhasilan murid.

Hadkan Jurnal Relektif anda kepada 3 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 sebelum


atau pada 8 MEI 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A3
(Reflektif Jurnal).
Bagi melengkapkan kursus HBEF 3603 ini, pelajar perlu melakukan kesemua
aktiviti (Aktiviti 1 - 4) mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang
diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan kehendak tugasan sebelum
melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan
tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS anda.

Selamat Melakukan Tugasan.

___________________________________________________________

Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru


Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi P&P seperti mana yang dicadangkan


dalam HBEF 2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru
pembimbing dikehendaki menyediakan laporan praktikum seperti format
(template) yang disediakan.*

*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar' pada bahagian


Assignment (T1A1)

Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau
pada 1 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Audio Sesi Praktikum


Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam /videokan
suasana praktikum termasuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Format audio
rakaman mestilah dalam bentuk *.flv semasa di muatnaik (upload).

Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum atau
pada 1 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan

Sediakan laporan mengenai inovasi P & P seperti format berikut:

1. Refleksi P & P yang lalu

2. Objektif kajian

3. Kumpulan sasaran

4. Pelaksanaan inovasi P&P

5. Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.

6. Lampiran

Laporan ini:

Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan


langkau baris 1.5

Terhad kepada 12-15 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)


*Note: Pelajar boleh merujuk FORMAT LAPORAN INOVASI P&P di folder
Resources

Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum atau
pada 29 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.

Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal


Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu
menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan
perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3.
Penulisan Jurnal

You might also like