Apakah Yang Anda Faham Mengenai Perkataan Motivasi Dalam Proses Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Apakah yang anda faham mengenai perkataan motivasi dalam proses


pembelajaran? Apakah perbezaan motivasi instrik dan ekstrinsik.

Motivasi ialah kesedaran seseorang untuk meningkatkan usaha ke arah mencapai


sesuatu matlamat dengan syarat usaha tersebut dapat memenuhi keperluan individu
itu sendiri (Robbins,1998). Motivasi mempunyai tiga unsur yang penting iaitu usaha,
matlamat dan keperluan dan seseorang yang mempunyai motivasi akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Motivasi juga didefinisikan
sebagai penggerak kepada kemahuan-kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau
untuk mencapai sesuatu rancangan untuk mengelakkan diri daripada kegagalan
(Saedah, Zainon dan Tunku Mohani,1996).

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia


terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa
mengharap ataupun meinta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan,
Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan
dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah.
Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi.
Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk kepada pembelajaran dan pengalaman
yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat
muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan
pengalamannya.

Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan


menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti
pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang
kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh
guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya
usaha pelajar itu meningkat.

Pada dasarnya tidak mungkin kita dapat membezakan kedua-dua jenis motivasi ini
hanya dengan melihat kepada tingkahlaku. Sebaliknya kita boleh memahaminya
dengan mencuba melihat dari aspek sebab mengapa seseorang itu melakukan
perbuatan itu, yang dikenali sebagai lokas sebab-musabab (locus of causality).
Jikalau seseorang itu sentiasa berada di perpustakaan kerana minatnya yang suka
membaca, maka dikatakan dia mempunyai lokas sebab-musabab dalaman, iaitu
motivasi dalaman. Sebaliknya jikalau dia berada di perpustakaan kerana satu-
satunya cara dia boleh bersama kawannya, maka kita boleh buat kesimpulan
bahawa faktor luaran yang mempengaruhinya berada di perpustakaan dan ini
dikenali sebagai lokas sebab-musabab luaran, atau motivasi ekstrinsik
2.Apakah kepentingan motivasi dalam proses pembelajaran?
3.bagaimanakah guru dapat menggunakan teori Maslow dalam menerangkan
mengenai motivasi dalam proses pembelajaran

You might also like