Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

ALOR SETAR KEDAH

TAHUN 2 SEMESTER 2

TUGASAN INDIVIDU

CASE STUDY

TAJUK : JANGKITAN KUTU (PEDIKULOSIS)

PENEMPATAN KLINIKAL

UNIT KESIHATAN SEKOLAH

PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUBANG PASU

NAMA : MUHAMMAD FAIZ BIN NASIR

NO.MATRIKS : DBMA 15-4896

NO. K/P : 901109146563


1. PENGENALAN

Jangkitan kutu bukanlah sesuatu yang baru melanda didunia ini kerana ia berlaku dimana-

mana dan sesiapa sahaja. Secara amnya, terdapat 3 jenis kutu yang boleh didapati pada badan

manusia iaitu Pediculus humanus capitis iaitu kutu kepala, Pediculus humanus corporis kutu

badan dan Pthirus pubis kutu suprapubic (Ramli, 2016). Kutu kutu ini merupakan dari

kumpulan ectoparasite. Berdasar kepada kamus Online Oxford, kumpulan ectoparasite ialah

parasite yang tinggal diatas permukaan luar hos.

Jika seseorang yang terkena jangkitan daripada mana-mana kutu tersebut, kulit individu

tersebut akan berasa sakit, dan kalau asyik menggaru di tempat tersebut, kulit yang terlibat

boleh terengsa dan ini boleh dijangkiti dengan bakteria Impetigo(BabyCenter, 2017).

Impetigo dapat dikenalpasti dengan munculnya lepuh kecil dimana lama kelamaan, ia

mengelembung dan membentuk tompok basah kecil berwarna merah. Apabila lepuh ini pecah

ia akan mengeluarkan cecair dan apabila kering, keruping berwarna kuning keperangan akan

terjadi pada kawasan tersebut.

Maka, dengan itu, adalah penting bagi ibubapa atau penjaga kanak-kanak amnya pada

kanak-kanak tadika atau prasekolah, darjah 1, darjah 6 dan tingkatan 3 kerana kanak-kanak

pada peringkat umur ini suka mempelajari sesuatu bersama-sama dengan rakan mereka. Kutu

tidaklah boleh melompat, terbang atau berenang, tetapi ia merebak dengan cara sentuhan

kepala dengan kepala. Apabila anak sendiri sudah terkena jangkitan kutu, kebarangkalian

ibubapa atau penjaga untuk turut sama mengidap jangkitan kutu juga semakin tinggi

(Babycenter, 2017).
Pernyataan Masalah

Walaupun Negara Malaysia sudah mencapai tahun 2017, lagi 3 tahun mencapai Wawasan

2020, namun jangkitan kutu kerap berlaku di peringkat komuniti dan kanak-kanak prasekolah

dan sekolah rendah. Jangkitan kutu kerap berlaku pada kanak-kanak tadika, prasekolah,

darjah 1, darjah 3, darjah 6 & tingkatan 3 ujar Jururawat Terlatih Cik Ayu di Pejabat

Kesihatan Daerah Kubang Pasu (PKDKP). Bilangan kanak-kanak yang menghidap jangkitan

kutu tidak sama bilangannya di setiap sekolah, tetapi selalunya setiap sekolah yang telah

pasukan sekolah pergi, kebiasaannya 2 ke 3 orang kanak-kanak akan didiagnos semasa

saringan pemeriksaan kesihatan (Roslena, 2017).

Objektif Kajian

Tujuan kajian kes ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti punca jangkitan kutu kepada

kanak, tanda dan gejala yang dipresentasikan, dan mengetahui langkah pencegahan dan

kawalan jangkitan kutu.


Kajian Semula

Berdasarkan artikel Utusan Online yang ditulis oleh Shafinaz(2006), di England, di

Arizona dan di Amerika Syarikat peratusan kanak-kanak di negara tersebut menjangkiti kutu

dari 2.4% hingga ke 4.6 %. Ini berbeza pula di India, apabila kanak-kanak yang dijangkiti

kutu sebanyak 41.3%, jumlah tersebut merupakan satu nilai yang besar dan serius. Di

Malaysia, kanak-kanak di negara ini hanya seramai 10.7% yang dijangkiti kutu. Sungguhpun

nilai tersebut hanya sebanyak itu, namun nilai tersebut tidak pernah berubah, malahan pernah

berlaku kes epidemic, kes yang banyak berlaku pada satu-satu komuniti pada tahun 2006

(Shafinaz, 2006).

Jadual diatas yang dibekalkan oleh Pusat Informatik Kesihatan KKM didalam Laporan

Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia 2012, menunjukkan kes jangkitan kutu yang

berlaku di Malaysia. Nilai tersebut ialah didalam peratus dimana data diambil dikalangan

murid sekolah untuk setiap 1000 orang murid sekolah. Seperti yang dapat dilihat di Jadual di

atas, nilai jangkitan kutu rambut mencatatkan peratus paling tinggi berbanding kes lain

dengan Prasekolah sebanyak 37.10%, Darjah 1 sebanyak 32.30 peratus, Darjah 6 sebanyak

25.80 % dan tingkatan 3 sebanyak 34.00 %. Jumlah ini meningkat berbanding pada tahun

2006 dalam laporan Shafinaz di Utusan tadi.


Perbincangan

Kes jangkitan kutu ini tidaklah boleh dipandang enteng sahaja walaupun tidak pernah lagi

dilaporkan kes kematian disebabkan jangkitan kutu. Namun begitu, adalah penting bagi

setiap individu memainkan peranan dalam membasmi jangkitan kutu supaya kesan

sampingan seperti jangkitan kuman penyebab lepuh iaitu Impetigo dapat dielakkan (Ayu,

2017).

Kutu-kutu kepala, badan dan suprapubic (Pediculous Capitis, Corporis & Pthirus Pubis)

mempunyai persamaan daripada sudut morfologinya, cuma perbezaannya yang dapat dilihat

ialah kutu kepala panjangnya 3-4mm, kutu badan 6-7mm, dan kutu pubik 2-3mm (Ramli,

2016). Demi memastikan kehidupan, kutu yang daripada kumpulan ectoparasite ini akan

bertindak parasitic dengan memakan hos dan memberikan kesan buruk kepada hos.

Kutu-kutu ini hanya akan menular apabila terdapat kontak terus antara orang yang

berjangkit dengan orang yang tidak dijangkiti kutu. Kutu mempunyai kitar hidup yang

pendek sahaja, dimana kebiasaannya kutu boleh hidup sehingga 30 hari. Kitar hidup kutu

bermula dengan telur yang mengambil 10 hari untuk menetas, dan ia akan menjadi matang

hanya dalam masa 10 hari sahaja. Walaupun kitar hidupnya selama 30 hari, tetapi ia tidak

mampu hidup lebih daripada 20 jam jika tidak berada dengan hos iaitu manusia (Ramli 2016)
Pada peringkat nimfa iaitu sebelum kutu menjadi matang, ia akan turun ke dasar rambut atau

permukaan kepala. Semasa menjadi matang, nimfa ini akan menghasilkan rembesan yang

akan masuk ke kulit semasa nimfa ini menghisap darah penghidap kutu ini. Rembesan inilah

yang menyebabkan kegatalan melampau dan rasa panas tidak selesa di kepala. Maka dengan

secara spontannya individu yang dijangkiti kutu akan menggaru garu di kawasan yang

terlibat dan ini menyebabkan scalp atau kulit kepala akan menjadi nipis. Komplikasinya,

individu yang dijangkiti ini boleh mendapat pyoderma iaitu infeksi kulit yang membentuk

pus atau nanah; pruritus atau kegatalan kulit yang teruk; impetigo iaitu jangkitan kuman yang

merbahaya dan boleh membentuk pustule.

Memandangkan kesan sampingan terhadap kanak-kanak agak teruk, adalah penting

mengawal sekiranya jangkitan kutu sekiranya berlaku. Bagi mengawal jangkitan kutu,

terdapat 2 cara yang boleh dilakukan iaitu dengan membasuh rambut dengan syampu Lindane

dan krim Malathion ujar Jururawat Masyarakat Puan Hafizah. Syampu Lindane ini

mempunyai komposisi bahan kimia gamma benzene hexachloride yang mampu membunuh

kutu pedikulos dan skabida(NCBI, 2017). Ia digunakan seperti syampu biasa, tetapi ia perlu

dibiarkan selama 4 minit. Sesudah itu, barulah cuci dengan air suam sehingga bersih dan

keringkan rambut dengan tuala yang bersih (NCBI, 2017)

Bagi krim Malathion pula, krim ini akan digunakan seperti penggunaan Conditioner atau

minyak rambut dimana ia juga mampu membunuh kutu pedikulos dan skabida. Cara

penggunaannya ialah dengan meratakan krim secara nipis keatas rambut dan biarkan selama

12 jam (Patient, 2015). Sesudah itu, gunakan sikat khas untuk buang kutu (sikit gigi kecil)

dan sisirkan rambut perlahan-lahan. Kutu mati akan melekat pada sikat tersebut. Proses ini

perlu diselang seminggu kemudian sekiranya perlu sahaja (Patient, 2015)


Adalah baik sekiranya jangkitan kutu ini dapat dielak sebelum terkena. Berbagai cara yang

boleh dipraktikkan. Antaranya adalah melakukan pemeriksaan berkala sekiranya pernah

menghidap jangkitan ini. Selain itu, ibubapa atau penjaga boleh membersihkan barangan

peribadi seperti membasuh pakaian, cadar, dan sikat. Puan Ayu, Jururawat Terlatih di

PKDKP, sekiranya pelajar sekolah yang dikesan menghidap jangkitan kutu, adalah penting

memberikan pendidikan kesihatan seperti kitar hidup kutu, kepentingan kebersihan diri dan

cara mengawal jangkitan kutu.


Kesimpulan

Jangkitan Pedikulosis yang disebabkan kutu Pedikulos mempunyai 3 varian iaitu, Pedikulos

kapitis, Pedikulos corporis dan Pthirus Pubis. Kebiasaanya kutu yang menyerang kanak

kanak adalah kutu kepala iaitu Pedikulos Kapitis. Ia perlu dibendung secepat mungkin kerana

komplikasi seperti Pruritus, Pyoderma, dan Impetigo boleh berlaku. Antara rawatan yang

boleh dilakukan ialah dengan menggunakan Syampu Lindane ataupun Krim Malathion.

Walaupun begitu, adalah lebih baik mencegah jangkitan kutu ini, antara langkah pencegahan

yang boleh dilakukan ialah melakukan pemeriksaan berkala ke klinik berhampiran,

membersihkan barangan peribadi seperti cadar, sikat dan bantal dan memberikan pendidikan

kesihatan
Babycenter. (2016, Oktober). Kutu Rambut. Diperoleh di:

http://www.babycenter.com.my/a1044982/kutu-rambut

English Oxford. (2016). Ectoparasite. Diperoleh di:

https://en.oxforddictionaries.com/definition/ectoparasite

Wikipedia. (2015). Kudis. Diperoleh di:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kudis

1KLIK. (2008) Kutu Turut Dihadapi Kanak-Kanak. Diperoleh di:

Jabatan Penerangan Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/512-kutu-turut-

di-hidapi-kanak-kanak.html

Utusan Online. (2006). Kutu sukakan kepala bersih?. Diperoleh di:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz4ZrCaU4tX

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). laporan tahunan 2012 KKM.

Diperoleh di: http://www.moh.gov.my/penerbitan/utama/annual%20report%20(bm)_bk

%20new.pdf

PubMed Health NCBI. (2017) NCBI. Lindane. Diperoleh di:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMHT0010954/?report=details

You might also like