Mapp

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

BI PERKARA MUKA SURAT


L

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PENCARIAN LITERATUR 3

3.0 PERBINCANGAN 4

3.1 Peranan Penolong Pegawai Perubatan 8

4.0 RUMUSAN 9

RUJUKAN 10

LAMPIRAN 11

1
1.0 PENGENALAN

Apabila membicarakan tentang keselamatan, pastinya semua ingin berasa selamat

baik yang tengah sihat mahupun yang sedang sakit. Bagi individu yang sihat

sejahtera, mereka boleh melindungi diri mereka sendiri daripada ditimpa malapetaka.

Berbeza pula dengan pesakit yang dirawat di hospital. Ini kerana mereka tidak mampu

untuk menjaga keselamatan mereka sendiri.

Pesakit di wad perlulah diberikan bimbingan awal ketika mula dimasukkan

ke wad dan dipantau secara berterusan, ujar staf jururawat di Hospital Sultan Abdul

Halim, HSAH. Keselamatan tidak boleh terlari dengan risiko. Keupayaan perawat

atau Health Service Provider dalam mengenalpasti risiko yang boleh terjadi pada

bila-bila masa adalah amat penting

Rajah 1.1: Analisis Risiko

Rajah diatas menunjukkan perkaitan analisis risiko (Risk Matrix) iaitu diantara

kebarangkalian terjadi risiko, dan tahap keterukan yang boleh terjadi. Semakin tinggi

kebarangkalian sesuatu eksiden boleh berlaku, semakin teruklah keadaan yang boleh

berlaku.

2.0 PENCARIAN LITERATUR

2
Memetik tajuk utama berita Utusan 3 Oktober 2011, Purata 57 kemalangan libatkan

ambulans setiap tahun. Nilai tersebut merangkumi kes yang melibatkan dan tidak

melibatkan kecederaan ataupun kematian. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong

Lai berucap ketika persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada tarikh yang sama

menyatakan dalam ucapannya bahawa purata yang terpampar di tajuk utama berita ini

merupakan data daripada 137 buah hospital, lebih 800 klinik kesihatan, dimana

semuanya menjadikan 1402 buah ambulans di seluruh negara (Utusan, 2011).

Tanggal 25 Oktober 2016, satu mimpi ngeri telah menimpa Wad Unit Penjagaan

Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dimana enam pesakit yang terdiri

daripada 4 wanita dan dua lelaki didapati maut di dalam tragedi tersebut (Astro

Awani, 2016). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata bahawa

kapasitor lampu di dalam Wad ICU tersebut terbakar dan berkemungkinan terkena

bahan mudah bakar seperti cadar, baju, dan langsir. Beliau mengesahkan punca

tersebut setelah memperoleh laporan lengkap yang dikeluarkan oleh pihak Bomba dan

Jabatan Kerja Raya (JKR) (Astro Awani, 2016)

3
3.0 PERBINCANGAN

Setelah meratapi rentetan kemalangan yang pernah berlaku, adalah penting supaya

kita sebagai perawat tahu bagaimana untuk memastikan kecelakaan dapat dielakkan

sekaligus keselamatan pesakit dapat terus dijaga, ujar staf jururawat di HSAH. Staf

jururawat tersebut menambah, keselamatan pesakit tidak terbatas di wad sahaja, ia

juga melibatkan transit ke wad berlainan, rujuk ke hospital lain mahupun ketika

mengambil pesakit on-site iaitu di tempat kemalangan. Sekiranya pesakit tidak

mendapat perlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini boleh mengakibatkan

berbagai komplikasi yang boleh berlaku kepada pesakit, ujar staf jururawat disini.

Berdasar kepada teknik pengesanan masalah Ishikawa Bone Diagram, empat

perkara perlu dititikberatkan iaitu manusia (man), cara (method), mesin (machine),

dan material (material). Dimulakan dengan manusia, setiap personnel yang berada di

wad haruslah dilatih terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang kerja di wad. Ini

tidak hanya melibatkan doktor, pembantu perubatan ataupun jururawat sahaja, malah

pencuci dan jurutera haruslah dilatih supaya meminimakan kebarangkalian eksiden

boleh berlaku. Pencuci yang bertugas di wad haruslah memastikan keadaan keliling

wad berada dalam keadaan bersih dan lantai tidak terdapat air yang banyak serta

tumpahan discaj pesakit diatas lantai.

4
Bagi memastikan keselamatan pesakit terjaga, cara perawatan yang

bersesuaian haruslah dipilih yang dikira terbaik, memudahkan dan tidak menyakitkan

pesakit. Ambil contoh situasi, sekiranya pesakit tidak mampu pergi ke tandas untuk

membuang air, adalah lebih baik pesakit tersebut diberikan sahaja tempat tadah najis

Bedpan atau dipakaikan sahaja lampin ke atas pesakit tersebut. Dengan memilih

teknik yang betul dalam melakukan sebarang aktiviti di wad, kita dapat

mengurangkan risiko terhadap berbagai permasalahan lain yang boleh berlaku.

Menjelang era zaman sains dan teknologi, kita tidak terlari dengan mesin di

sekeliling kita. Mesin yang mudah dilihat di wad seperti kipas, lampu, pam oksigen,

pam penyedut dan banyak lagi peralatan amat penting supaya perawatan dapat

dilakukan dengan rapi dan teliti, ujar staf jururawat HSAH. Sungguhpun begitu,

adalah amat penting supaya setiap pengguna yang menggunakan peralatan tersebut

tahu akan bagaimana menggunakannya dengan cara yang betul. Peralatan-peralatan

ini mudah mengalami kerosakan apabila dimamah masa yang lama. Oleh yang

demikian, adalah penting supaya menyelenggara peralatan yang rosak di wad secepat

mungkin supaya mengelakkan risiko kejadian wad terbakar seperti di Hospital

Sultanah Aminah, Johor Bahru, ujar staf jururawat HSAH.

5
Perawatan terhadap pesakit rasa janggal sekiranya tidak diberikan ubatan,

hatta sakit kepala pun memerlukan Paracetamol ujar staf jururawat HSAH.

Perawatan ubatan biasanya diberi melalui ubatan ke mulut, suntikan dan secara

sapuan. Kesemua ubatan ini tidaklah boleh bertahan selamanya. Oleh yang demikian,

pemeriksaan setiap shif dan setiap hari keatas kesemua ubatan di wad mesti dilakukan

supaya ubatan yang telah tiba tarikh luput tidak akan digunakan keatas pesakit. Selain

itu, perihal makanan juga menjadi isu utama supaya pesakit tidak mengalami

keracunan makanan atau tidak kena diet terhadap pesakit yang khusus. Pembantu

Perawat Kesihatan (PPK) di HSAH sentiasa memastikan makanan yang disajikan

sama seperti apa yang dipesan. Ini kerana sesetengah pesakit perlu menjaga

kandungan gula dalam darah, atau menjaga darah tinggi pesakit, ujar staf PPK di

HSAH.

Setelah 4 langkah pencegahan risiko dalam pengesanan masalah (melalui

Ishikawa Bone Diagram) telah dilakukan, barulah kita sebagai perawat membimbing

pesakit yang masuk ke wad supaya dapat penjagaan keselamatan yang sepatutnya

mereka peroleh. Pesakit yang masuk ke wad akan di nilai dari sudut stabiliti pesakit,

keadaan penyakit yang dialami pesakit dan kebolehupayaan pesakit. Sekiranya pesakit

tidak stabil, pesakit akan dikategorikan sebagai akut, ujar staf jururawat di HSAH.

Pesakit yang dikategorikan akut dan pesakit yang mempunyai keadaan penyakit yang

teruk, akan diletakkan berhampiran dengan kauntet supaya dapat dipantau segera oleh

staf jururawat.

6
Sekiranya pesakit tersebut didapati stabil dan penyakit yang dialami pesakit

tidak teruk, mereka akan diletakkan jauh daripada wad kerana pesakit masih kuat

berbanding pesakit yang berada didepan kaunter, ujar staf jururawat HSAH. Penyakit

bawaan udara seperti Influenza H1N1, atau Tibi perlulah diisolasikan dengan

meletakkan mereka berasingan dengan pesakit-pesakit yang lain. Ini penting supaya

membendung penyakit bawaan udara daripada pesakit kepada komuniti.

3.1 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Menjadi sebahagian daripada pasukan perawat kepada pesakit yang berada didalam

wad merupakan satu tugas yang mencabar. Ini kerana ramai mengetahui bilangan

pesakit yang berada di wad bukanlah 1 atau 2 orang sahaja, kebiasaanya satu-satu wad

mempunyai sekurang-kurang 30 hingga 40 pesakit pada satu-satu masa, ujar Ketua

Jururawat di HSAH. Tidak pernah lagi penolong pegawai perubatan, PPP yang

ditugaskan untuk menjaga seorang pesakit.

Oleh yang demikian adalah penting bagi PPP mengamalkan langkah

pencegahan universal (Universal Precaution) iaitu dengan memakai peralatan

perlindungan diri (Personal Protective Equipment) dan kerap membasuh tangan

dengan mengamalkan 7 langkah cuci tangan. Ini penting supaya kita dapat melindungi

diri kita daripada dijangkiti penyakit yang dihidapi pesakit kepada diri kita dan juga

kepada orang lain.

7
Selain itu, pelatih PPP juga perlulah menjalani latihan klinikal dengan

bersungguh dengan mempraktiskan setiap skil yang dipelajari, supaya pesakit kurang

berasa sakit dengan perawatan yang kita beri dan pesakit berasa yakin dengan kita,

ujar staf PPP yang bertugas di Unit Hemodialisis di HSAH. PPP perlu tangkas, cepat

alert, dan mesra supaya sebarang kecelakaan dapat dielakkan, dan penyakit pesakit

dapat dikawal daripada menjadi semakin buruk, tambah beliau.

8
4.0 RUMUSAN

Setiap antara kita ingin berasa selamat, baik yang sihat mahupun mereka yang sedang

sakit. Bagi kita yang sedang sihat mungkin tiada masalah untuk menjaga diri kita.

Akan tetapi, pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk memastikan keselamatan

mereka sendiri. Lantaran daripada itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai

perawat supaya melindungi pesakit daripada sebarang mara bahaya. Sebelum

memberikan perawatan kepada pesakit, perawat serta personnel yang terlibat perlulah

mendapatkan latihan secukupnya supaya kerja lebih teratur dan selamat.

Selain itu, setiap personnel juga perlulah memilih cara kerja yang lebih

sistemik dan efisien bagi mengurangkan kebarangkalian mengalami kecederaan.

Mesin-mesin yang digunakan juga perlulah diselenggara secara berkala ataupun

secara berjadual dan ubatan atau makanan yang diberikan juga masih berkualiti,

bersih dan selamat untuk diambil. Setelah memastikan pasukan perawatan dan

personnel sudah bersedia di wad, barulah pesakit dapat dijaga keselamatannya dengan

mengetahui keupayaan pesakit, tahap stabiliti pesakit, dan tahap keterukan penyakit

yang dialami pesakit. Sekiranya pesakit yang didapati menjangkiti penyakit bawaan

udara, haruslah di isolasikan ke bilik yang berasingan.

9
RUJUKAN

MSTAR. (2010, Mac 19). Keselamatan Pesakit Jadi Tumpuan Utama. Diperoleh di :

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/03/19/keselamatan-

pesakit-jadi-tumpuan-utama/

Utusan. (2011, Oktober 3). Purata 57 kemalangan libatkan ambulans setiap tahun.

Diperoleh di:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Astro Awani. (2016, Oktober 25). Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar, 6

meninggal dunia. Diperoleh di:

(http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wad-icu-hospital-sultanah-

aminah-terbakar-6-meninggal-dunia-120424

Astro Awani. (2016, Disember 23). Kapasitor lampu punca kebakaran Hospital

Sultanah Aminah. Diperoleh di:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapasitor-lampu-punca-

kebakaran-hospital-sultanah-aminah-126675

10
LAMPIRAN

Gambaran kejadian yang berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, JB

Pesakit yang dibawa keluar dari ICU oleh staf ICU HSA

11

You might also like