Electronic Equipment & Appliance Installation and Troubleshooting

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 30

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
PROGRAMS CODE & INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2:2012-C04:


KOMPETENSI / INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
COMPETENCY UNIT NO. TROUBLESHOOTING
AND TITLE
1. Identify the instrument and test equipment troubleshooting
requirements.
NO. DAN PENYATAAN
2. Prepare troubleshooting requirements.
AKTIVITI KERJA / WORK
3. Perform troubleshooting on equipment.
ACTIVITIES NO. AND
4. Set up the instrument and test equipment for dummy
STATEMENT
product

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(2/2)
Drpd / of : 28

TAJUK/TITLE : MENGESAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRONIK


(TELEVISYEN).

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang pengenalan kepada peralatan


elektronik, kaedah ianya beroperasi, mengenali jenis jenis kerosakan dan tatacara
mengesan kerosakan system televisyen,
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

PENERANGAN/INFORMATION :

1.0 PERALATAN ELEKTRONIK


1.1 Pengenalan
Televisyen adalah alat elektronik yang mempunyai gambar dan suara. Ia
dipancarkan ke seluruh dunia dari tempat pemancar. Gambar diambil dari
kamera dimana maklumat pemandangan (visual) ditukarkan keisyarat gambar
(video) dalam bentuk elektrik. Penyiaran bererti menghantar isyarat ke semua
arah. Dalam gambarajah blok pemancar di bawah, antena pemancar
memancarkan gelombang elektromagnet yang boleh diterima oleh antena
alaterima. Pancaran ini dalam dua bentuk gelombang pembawa ulangan radio
yang disuaitala oleh maklumat yang diperlukan. Amplitud Modulation digunakan
untuk isyarat gambar dan Frekuensi Modulation digunakan untuk isyarat suara.

Gambarajah 1: Sistem Penyiaran Televisyen (Pemancar)


Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 2: Sistem Penyiaran Televisyen (Penerima)

1.2 Sistem Penyiaran Televisyen

i. Perubahan elektrik dari tiub kamera menjadi isyarat video yang


mengandungi maklumat gambar yang dikehendaki. Isyarat video
ditindankan dan dijodohkan kealat isyarat pemancar gambar untuk
penyiaran. Gelombang pembawa yang berasingan digunakan untuk
isyarat gambar dan suara tetapi ia dipancarkan melalui satu antena yang
sama. Isyarat gambar dan suara dimasukkan dalam saluran penyiaran
untuk setiap stesen. Satu saluran televisyen untuk stesen penyiaran ialah
7 Mhz luas termasuk gambar dan suara.

ii. Antena alaterima menerima isyarat pembawa suara dan gambar yang
dipancarkan, dibesarkan serta dikesan dalam alaterima. Keluaran
pengesan termasuk isyarat gambar yang dikehendaki mengandungi
isyarat maklumat yang perlu untuk menghasilkan gambar. Isyarat gambar
dibesarkan dan dijodohkan ketiub gambar yang menukarkan isyarat
elektrik keisyarat cahaya.

1.3 Saluran Penyiaran Televisyen

Ruang ulangan yang diperlukan untuk pancaran isyarat gambar dan suara
dikenali sebagai saluran televisyen. Setiap stesen penyiaran televisyen
ditentukan oleh F.C.C dimana satu saluran adalah seluas 7 Mhz. Ruang
bidang diperlukan untuk isyarat pembawa gambar yang mendapat
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

suaitalaan untuk dipancarkan dari isyarat gambar sehingga 4.2 Mhz. Bagi
penyiaran warna ialah 4.43 Mhz dicampur dengan isyarat gambar hitamputih
supaya boleh dipancarkan sebagai isyarat pembawa gambar.
1.4 Saluran Penyiaran Televisyen 7 Mhz
Rangkaian televisyen mengandungi ulangan pembawa video dan maklumat
rangkaian sampingan. Ulangan pembawa suara dan rangkaian sampingan
adalah dalam kawasan 7 Mhz. Bidang ruang ini adalah piawaian televisyen yang
digunakan di Malaysia dan beberapa negara lain. Dalam pemancar, maklumat
video (AM) dan maklumat audio (FM) digunakan.

i) Guard Band

Ia digunakan untuk menghalang gangguan yang disebabkan suaitalaan


yang berlebihan dari pembawa suara dari satu rangkaian yang lain.

Pembawa suara FM 0.25 MHz

Gambarajah 3 : Guard Band


1.5 Elemen Gambar

Satu gambar tetap pada asalnya ialah susunan yang banyak dalam keadaan
gelap dan cerah. Dalam satu foto, titik perak yang halus memberi perbezaan
antara cerah dan gelap untuk menghasilkan arca. Apabila satu gambar
diputarkan, banyak titik hitam kecil yang menyerikan arca. Di sini gambar
kelihatan seperti gambar di surat khabar. Jika diperiksa dengan teliti, titik itu
akan kelihatan sebab elemen gambar itu adalah besar. Setiap kawasan kecil
bagi cerah dan gelap ialah elemen gambar atau butir-butir gambar. Semua
elemen mengandungi maklumat nampak dalam satu babak. Jika dipancarkan
dan dihasilkan butir-butir asal serta kedudukan yang betul, gambar akan terhasil.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

1.6 Pengiaman/Pengimbasan Ufuk Dan Pugak

i) Gambar televisyen diimbaskan dalam satu turutan siri garisan ufuk.


Pengimbasan membolehkan satu isyarat gambar kemasukan semua elemen
untuk seluruh gambar pada satu masa tertentu. Satu isyarat gambar hanya
menunjukkan satu perubahan untuk membolehkan isyarat gambar
mempunyai elemen cerah dan gelap untuk semua butir gambar. Dalam satu
turutan masa yang tersusun, mula dari kiri atas seperti dalam gambarajah,
semua elemen gambar digiamkan dalam turutan yang tersusun, dari kiri ke
kanan dan atas ke bawah. Cara ini dipanggil pengiaman linear ufuk
(Horizontal Linear Scanning) digunakan pada tiub kamera untuk
membahagikan arca pada elemen gambar dan di tiub gambar alaterima
untuk membalikkan arca.

Atas

Gambarajah 4: Horizontal Linear Scanning

ii) Turutan untuk pengiaman semua elemen gambar adalah seperti berikut:-

a) Alur elektron sapu merentas-mengiam (Elektron beam sweep across


scanning)

b) Satu garisan ufuk meliputi semua elemen gambar.

c) Pada akhir setiap garisan, alur dengan sepat dikembalikan ke bahagian


kiri untuk memulakan pengiaman garisan ufuk yang berikut. Tiada
maklumat gambar digiamkan sebab kedua-dua tiub gambar dan tiub
kamera dipadamkan pada masa itu.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

d) Apabila alur dikembalikan ke bahagian kiri, kedudukan pugak


direndahkan supaya alur dapat mengiamkan garisan lain yang
lebih rendah dan tidak mengulang garisan yang sama.

Gambarajah 5.1: Surih Balik


Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 5.2: Gelombang Imbasan Gerigi

1.7 Garisan Perbidang /Line Perframe

Bilangan garisan pengiaman untuk satu gambar yang lengkap mesti cukup
besar untuk meliputi elemen gambar, 625 garisan pengiaman untuk satu gambar
lengkap atau satu bidang diperlukan.

1.8 Bidang Persaat

Alur bergerak ke bawah dengan lambat semasa pengiaman ufuk. Pergerakan


pengiaman pugak diperlukan supaya garisan itu tidak digiamkan dua kali.
Pengiaman ufuk menghasilkan garisan kiri ke kanan sedangkan pengiaman
pugak menghasilkan masa bidang dari atas ke bawah. Pengiaman pugak ialah
pada kadar 25 Hz untuk ulangan bidang. Satu bidang yang lengkap digiamkan
dalam masa 1/25 saat (0.04 saat).
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

1.9 Ulangan Medan Dan Ulangan Bidang

Semua elemen gambar dalam satu bidang disatukan dengan proses pengiaman.
Ia adalah perlu untuk menunjukkan gambar dalam gerakan yang licin dan
berterusan supaya sedap dilihat. Kadar ulangan bidang ialah 25 Hz persaat.
Setiap bidang dibahagikan kepada 2 bahagian/medan supaya 50 pandangan
babak dapat kelihatan dalam 1 saat. Kesan ini diperolehi dengan
menyelangkan/interlacing gerisan pengiaman. Pengiaman ufuk terbahagi
kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ganjil dan genap dipanggil medan. Kadar
kedua-dua ulangan medan ialah 50 persaat, sebab 2 medan digiamkan dalam
masa satu bidang (1/25 saat). 50 pandangan gambar ditunjukkan dalam satu
saat. Kadar ulangan ini cukup cepat untuk menghilangkan kelip-kelip/flicker
menjadikan kadar bidang sama dengan bekalan kuasa.

1.10 Ulangan Pengiaman Ufuk Dan Pugak

Kadar medan pugak sebanyak 50 Hz. Pengiaman pugak ini ialah ulangan
dimana alur elektron melengkapkan kitar ulangan pugak dari atas ke bawah dan
balik semula ke atas. Jadi litar pesongan pugak ditiub gambar dikendalikan pada
50 Hz. Masa setiap kitar pengiaman pugak untuk satu kitar ialah 1/50 saat iaitu
20 millisaat. Bilangan garisan pengiaman ufuk dalam satu medan ialah 1/2 dari
jumlah 625 garisan untuk satu bidang lengkap. Akibatnya 312.5 garisan untuk
satu medan pugak. Oleh kerana masa untuk satu medan ialah 1/25 saat, bila
garisan persaat ialah 312.5 x 50 Hz = 15,625 Hz. Ulangan ini ialah kadar alur
elektron melengkapkan kitar bila ufuk dari kiri ke kanan dan balik semula ke kiri.
Pesongan ufuk untuk tiub gambar dikenali pada 15,625 Hz. Masa untuk setiap
garisan pengiaman ufuk ialah 1/15,625 saat = 64 microsaat.

1.11 Penyegerakan Ufuk Dan Pugak / Horizontal And Vertical Snychronization

Masa dalam pengiaman sepada jarak dalam arca. Semasa alur elektron dalam
tiub gambar mengiamkan arca, alur ini meliputi elemen arca yang berlainan dan
membekalkan maklumat gambar yang sepadan. Apabila alur elektron
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

mengiamkan layar tiub gambar dialaterima, pengiaman mesti di tempatkan


dengan betul untuk meletakkan maklumat gambar dalam kedudukan yang betul.

Kalau tidak penyegerakan alur elektron tiub gambar akan mengiamkan bahagian
mulut seseorang kelihatan bahagian hidung. Di tiub gambar alaterima, untuk
menentukan bahawa pengiaman alaterima dan alatpancar itu sama langkah
dengan satu yang lain, isyarat penyegerakan khas dipancarkan bersama
maklumat gambar.

Isyarat ini ialah denyut tepat untuk mengawal pengiaman dan penerimaan.
Penyegerakan dipancarkan sebagai sebahagian isyarat gambar yang lengkap
untuk alaterima. Pada masa padaman ialah bila isyarat gambar tidak
dipancarkan. Satu denyut penyegerakan ufuk pada akhir setiap garisan ufuk
memulakan masa surih balik ufuk dan satu denyut penyegerakan pugak pada
akhir setiap medan memulakan masa surih balik pugak. Akibatnya pengiaman
alaterima dan alatpancar disegerakkan. Tanpa penyegerakan medan pugak,
gambar dihasilkan di alaterima akan berguling ke atas dan ke bawah di layar tiub
gambar. Tanpa penyegerakan ufuk gambar akan terkoyak ke kiri dan ke kanan.

1.12 Padaman Ufuk Dan Pugak / Horizontal And Vertical Blanking

Padaman bermaksud sebahagian isyarat video pergi ke hitam. Voltan padaman


berada pada aras hitam. Arus mengalir dalam tiub gambar untuk padaman
cahaya di layar. Tujuan denyut padaman ialah untuk memadamkan garisan
surihbalik supaya tidak kelihatan.Denyut ufuk pada ulangan 15,625 Hz
memadamkan surihbalik dari kanan ke kiri untuk setiap gerisan. Denyut
padaman pugak pada ulangan 50 Hz memadamkan surihbalik dari bawah ke
katas untuk setiap medan.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Tempoh masa untuk padaman ufuk ialah hampir 16% setiap garisan ufuk.
Jumlah masa untuk ufuk ialah 64 microsaat termasuk pengiraan surihbalik. Jadi
masa padaman untuk setiap garisan ialah 64 microsaat x 16% = 10.24
microsaat. Masa padaman ini bererti surihbalik dari kanan ke kiri mesti
dilengkapkan dalam masa 10.24 microsaat sebelum pengiraan yang baru
bermula dimana maklumat gambar akan kelihatan. Masa untuk padaman pugak
ialah hampir 8% setiap medan pugak. Jumlah masa pugak ialah 20 milisaat.
Masa padaman untuk pugak ialah 20 milisaat x 8% = 0.0016 saat. Surihbalik ini
mesti dilengkapkan dari bawah ke atas.

1.13 Ulangan Pengiaman

Kedua-dua surihbalik dimasukkan dalam satu litar gelombang gerigi. Ulangan


gelombang gerigi bagi pesongan ufuk ialah bersamaan 15,625 Hz dan ulangan
gelombang gerigi pesongan pugak ialah bersamaan 50 Hz. Pergerakan
pengiaman pugak adalah lambat dari kadar pesongan ufuk. Akibatnya garisan
ufuk digiamkan dalam satu kitar pengiaman pugak. Pesongan pugak
membolehkan garisan ufuk membenarkan raster dari atas ke bawah.

1.14 Masa Surihbalik


Semasa surihbalik kedua-dua pugak dan ufuk, semua maklumat gambar
dipadamkan. Jadi bahagian surihbalik gelombang gerigi dijadikan sependek
mungkin untuk pengiaman ufuk. Masa surihbalik ialah hampir 10% jumlah tempoh
garisan ufuk iaitu 6.4 microsaat (10% x 64 microsaat). Gelombang gerigi pendek
mempunyai masa surihbalik kurang dari 3% satu kitar lengkap. Masa surihbalik
pugak ialah 0.6 milisaat (3% x 20 milisaat).
1.15 Bentuk Pengiaman Lazim

Langkah pengiaman yang diamalkan ialah menggunakan pengiaman linear ufuk


dalam bentuk penyelangan garisan ganjil.

1.16 Langkah Penyelangan

AB D
5379 A4268 C D B
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Untuk pengiaman berselang semasa garisan ganjil dari atas ke bawah, bidang
digiamkan dahulu. Selepas kitar pengiaman pugak, surihbalik pugak yang cepat
menggerakkan alur elektron balik ke atas bidang. Semua garisan genap yang
ditinggalkan digiamkan dari atas ke bawah. Setiap bidang dibahagikan kepada 2
medan. Medan ganjil pertama mengandungi garisan ganjil dalam bidang,
sedangkan medan genap yang kedua mengandungi garisan pengiaman genap.

1.17 Penyelangan Garisan Ganjil

Gambarajah 6.1

Gambarajah 6.2

Medan pugak pertama + dengan medan pugak kedua = 312.5 + 312.5 = Bidang
(625 garisan)
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 6.3

Gambarajah 6.4

1.18 Kelip-Kelip/Flicker

Pengiaman berselang digunakan sebab kesan kelip-kelip tidak kelihatan dalam 50


pandangan yang disembahkan dalam masa satu saat.

1.19 Erotan Raster

Oleh kerana maklumat gambar dihasilkan di garisan pengiaman, erotan raster akan
terjadi di gambar.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

1.20 Kadar Bidang Yang Salah

Terdapat dua contoh yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah:-

Gambarajah 7

Raster tiub gambar tidak cukup luas untuk tinggi berbanding dengan
kadar bidang ruang 4:3. Gambar akan kelihatan tinggi dan kurus.

Raster tidak cukup untuk lebar dan gambar kelihatan rendah.

1.21 Erotan Menimpa Dan Erotan Pincushion

Raster tidak akan mempunyai tepi yang lurus jika pesongan tidak sama di tepi
raster berbanding di tengah. Kesan garisan pengiaman yang bebelur dipanggil
erotan pincushion seperti rajah (a) di bawah.

Erotan ini boleh diperbetulkan dengan menggunakan medan magnet pemampar.


Magnet tetap yang kekal untuk pembetulan pincushion dipesong untuk
pesongan tiub gambar hitamputih. Dalam tiub gambar warna pula, arus
pesongan diubahsuaikan oleh litar pembetulan pincushion.

Gambarajah 8
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

1.22 Erotan Trapezium

Garisan pengiaman lebih lebar di atas berbanding dengan bawah. Raster ini
mempunyai bentuk trapezium. Kesan ini disebabkan pesongan yang tidak sama
semasa kiri dan kanan seperti gambarajah (a) dan atas ke bawah seperti
gambarajah (b). Ini disebabkan gelong pesongan rosak.

Gambarajah 9

1.23 Isyarat Video Lengkap /Composite Video Signal

Gambarajah di bawah menunjukkan isyarat video lengkap untuk 3 garisan ufuk.


Jerayun isyarat video dibahagikan kepada 2 bahagian. 75% bawah digunakan
untuk isyarat kamera dan 25% atas untuk denyut penyegerakan. Pada isyarat
kamera, jerayun yang paling rendah merupakan bahagian yang terpilih
digambar. Bahagian yang lebih hitam digambar mempunyai jerayun yang lebih
tinggi. Isyarat ini dipancarkan menggunakan piawaian kekutupan negatif.
Pemancar negatif bererti bahagian putih di gambar diwakili oleh jerayun rendah.
Jerayun lebih tinggi merupakan maklumat gambar yang lebih hitam.

Gamabarajah 10
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

1.24 Denyut Padaman

Isyarat video lengkap mengandungi denyut padaman untuk menjadikan garisan


tidak kelihatan dengan menaikkan jerayun isyarat ke aras hitam semasa
surihbalik. Maklumat gambar di alihkan /cutt-off dalam masa padaman sebab
aras hitam.

1.25 Kualin Gambar / Kecerahan / Brightness

Keamatan pengiaman/intensity of illumination hitung panjang yang menentukan


asas latar belakang yang dihasilkan semula. Elemen gambar boleh berubah ke
atas dan ke bawah atas kecerahan hitung panjang ini. Kecerahan di layar
bergantung kepada nilai voltan tinggi untuk tiub gambar dan pincang DC dalam
litar grid katod. Kawalan kecerahan mengubah pincangg DC dalam tiub gambar.

1.26 Bezanampak / Contrass

Bezanampak bererti perbezaan dalam keamatan antara bahagian hitam dan


putih dalam gambar. Ruang bezanampak mesti cukup besar untuk
menghasilkan satu gambar yang baik. Untuk nilai keamatan yang terlampau,
putih yang cerah dan hitam yang gelap terhasil. Litar isyarat video AC
menentukan bezanampak sesuatu gambar dalam alaterima televisyen. Kawalan
bezanampak menghubungkan jerayun puncak ke puncak.

1.27 Butir Jelas / Fine Tuning

Kualiti butir jelas juga dipanggil tara jelas atau beza jelas. Ia bergantung kepada
bilangan elemen gambar yang dapat dihasilkan. Dalam sistem penyiaran
televisyen, gambar yang dihasilkan di layar tiub, gambar dihadkan kepada
15000 maksima elemen gambar termasuk uguk dan pugak. Butir jelas dalam
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

gambar bergantung kepada bilangan garisan pengiaman di bidang ruang


saluran pancaran.

Gambarajah 11

1.28 Pemancar Televisyen

Siaran / stesen / channel 9

- Pembawa suara RF bertsebelahan = 194.75 Mhz


- Pembawa gambar RF = 196.25 Mhz
- Pembawaa suara RF = 201.75 Mhz
- Pembawa gambar RF bersebelahan = 203.25 Mhz

2.0 TV LCD

2.1 Pengenalan

i) LCD singkatan dari Liquid Crystal Display. TV LCD memiliki crystal cair
antara panel layar TV, yang akan diaktifkan bila arus elektrik dibekalkan.
LED TV bekerja pada kristal cair yang sama platform, tapi cahaya berasal
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

dari diod pemancar cahaya (Light Emitting Diodes, LED) yang digunakan
sebagai back-cahaya untuk TV ini, sedangkan TV LCD normal
menggunakan lampu CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps).

Gambarajah 12: Blok Diagram Sistem Digital TV LCD

ii) Susunan Bagian Layar LCD


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 13 : Susunan Bahagain Layar LCD

iii) Bahagian-Bahagian Skrin LCD Dan Fungsinya:

a) Vertical penapis filem untuk mempolarisasikan cahaya ketika masuk.


b) Glass substrate dengan ITO (Indium tin oxide) electrodes.
c) Bentuk elektrod ini akan menetukan (membentuk) elemen gelap yang
akan nampak ketika LCD dinyalakan atau dimatikan.
d) Twisted Nematic liquid crystals.
e) Glass substrate dengan common electrode filem (ITO) dilengkapi
mendatar ridges sehingga menjadi satu baris dengan penapis
melintang Horizontal penapis filem untuk menyekat dan meloloskan
cahaya.
f) Reflective surface untuk memantulkan kembali cahaya ke depan.
(Pada backlit LCD, layer ini diganti dengan sumber cahaya)

iv) Resolusi asli minimum dari skrin haruslah 720 garis fizikal pada nisbah
16:9. Paparan tersebut harus dapat menerima input HD melalui: Antena
dalam untuk menerima isyarat HDTV dari stesen TV yang sudah
mengeluarkan program High-Definition

a) Antena dalam untuk menerima isyarat HDTV dari stesen TV yang


sudah layer ini diganti mengeluarkan program High-Definition
b) HDMI (High Definition Multimedia Interface) atau DVI (DigitalVisual
Interface)
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

2.2 : BAHAGIAN-BAHAGIAN LITAR TV LCD

i) Litar TV LCD

Gambarajah 14 : Litar papan penyambung Inverter

Gambarajah 14 : Litar penyambung Bekalan kuasa


Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 15 : Litar T-CON board


Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 16 : Litar Inverter board

Gamabarajah 17: Litar Logic board

3.0 MENGENALI JENIS TANDA-TANDA (SYMPTOM) KEROSAKAN


Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Gambarajah 18 : Litar Skimatik

Semasa mengesan kerosakan anda perlu merujuk kepada litar skimatik


supaya anda dapat menentukan kerosakan dengan lebih tepat dan cepat.
Berpandukan kepada blok diagram kita akan cuba analisa tandatanda
kerosakan dibawah:

3.1. Skrin gambar terdapat garisan condong dan suara sempurna


Disebabkan ulangan alatayun ufuk tidak segerak dengan denyutan ulangan
gambar. Jika garisan semakin kasar bermakna beza ulangan semakin kurang.
Jika garisan condong semakin halus ini bermakna beza ulangan semakin lebih.
Jika diputarkan kawalan pembalikan ufuk L, (H.hold) ia dapat mengubahkan
ulangan alatayun segerak dengan denyutan ulangan gambar.

3.2. Gambar berpusing dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas
Disebabkan ulangan alatayun pugak tidak segerak dengan denyutan gambar.
Terdapat 2 cara untuk mengesan kerosakan.

a) Pusingkan pembarisan pugak (V.hold) dengan perlahan-lahan supaya dapat


dihentikan gerakan tersebut. Pastikan gambar bergerak dari atas ke bawah
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

dengan perlahan-lahan. Apaabila garisan padaman pugak gambar seakan jejak


pada skrin bahagian bawah dan beergerak dengan cepat, ini bermakna ada
isyarat denyutan pugak dihantarkan ke litar masukan litar pugak. Jika garisan
padaman pugak bergerak dengan sama laju, ini bermakna isyarat denyutan
pugak tidak diterima oleh litar pugak. Kerosakan berlaku pada litar
penyegerakan.
b) Selaraskan pembarisan pugak, kawalan tinggi dan kelinaran pugak sekali lagi.
Pastikan samada dapat dihentikan gambar dan tidak berpusing.

3.3. Terdapat dua gambar atas bawah


Jika ulangan 25Hz terjadi, kesan kerosakan adalah seperti yang dinyatakan.
Periksa vertical hold, samada berlaku perubahan nilai rintangan.

3.4. Terdapat satu garisan ufuk diskrin dan suara sempurna


Kerosakan berlaku pada bahagian pesongan pugak

3.5. Gambar berpusing atas bawah dan kiri kanan tetapi suara sempurna
Keroskan berlaku di litar pengasing penyegerakan.
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

3.6. Terdapat satu garisan cerah ufuk dan suara sempurna


Disebabkan pesongan pugak tidak dihasilkan. Garisan cerah ini akan
merosakan skrin tiub gambar jika tidak digelapkan dengan segera.

3.7. Terdapat satu garisan pugak cerah sahaja dan suara sempurna
Disebabkan arus pesongan ufuk tidak dihantar ke gelung pesongan ufuk dan
mengakibatkan alur electron gerakan ufuk tidak dapat dipesongkan. Periksa litar
coupling dari horizontal dan power output ke gelung pesongan pugak.

3.8. Gambar terbalik atas bawah atau kiri kanan


Kerosakan ini berlaku bila dawai gelung dening pesongan tersalah
pasang sewaktu membaiki set TV

3.9. Gambar terkisa senget atau terdapat gambar berbulatan


Disebabkan gelung dening tiub gambar berkisar dari tempat asal. Longgarkan
skru pemegang gelung dening dan tolakkkan ke tempat asal.

3.10. Lebaran gambar kiri kanan atau atas bawah tidak sama
Disebabkan gelung dening pesongan pugak atau ufuk belaku litar pintas. Tukar
gelung dening baru.

3.11. Terdapat garisan putih surih balik pugak dan suara sempurna
Disebabkan litar padaman pugak tidak bekerja dengan baik.

3.12. Terdapat garisan hitam beergerak dari atas ke bawah atau dari bawah
ke atas dan suara sempurna
Disebabkan oleh arus ulangalik masuk ke dalam litar penguat video atau lain-
lain litar. Periksa kapasitor voltan galak. Jika kapasitor berlaku litar buka, voltan
galak akan menyusut dan gambar bergerak ke kiri ke kanan. Tinggi gambar pun
kurang.

3.13. Gambar bahagaian sebelah kiri tidak penuh dan suara sempurna
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

Bentuk gelombang arus gerigi pesongan ufuk tidak sempurna. Periksa diod
peredam samada berlaku litar buka.

3.14. Sekeliling skrin tidak penuh dengan raster dan suara sempurna
Disebabkan oleh arus bekalan kurang dari biasa. Periksa litar bekalan voltan.

3.15. Terdapat garisan hitam pada skrin apabila suara dikeluarkan dari
pembesar suara.
Disebabkan oleh ulangan penala tertinggi dan bekalan arus voltan rendah
kurang.

3.16. Terdapat gambar hitam putih teerbalik dan suara dengung


Disebabkan oleh penguat ulangan antara gambar terlalu beban atau isyarat
yang diterima terlalu kuat atau penyelarasan KGO kurang sempurna. Putarkan
kawalan gandaan automatik. Jika tiada perubahan, pasang satu perintang
perosot kepada punca masukan antenna.

3.17. Gambar kelam dan bersalji tetapi suara sempurna atau bising
Disebabkan oleh isyarat masukan gambar. Periksa rangkaian samada diputar
kerangkaian yang betul atau periksa system antenna. Periksa juga dawai
pembekal samada berlaku litar pintas. Periksa litar masukan asas TR antara
letrod TR samada berlaku litar buka atau litar pintas.

3.18. Gambar sempurna dan tiada suara


Kerosakan berlaku antara peringakt penguat ulangan antara suara dan
pembesar suara. Sentuh prob uji jangka kepada TP samada terdapat suara
dengung. Jika terjadi demikian, litar penguat audio adalah baik. Kerosakan
berlaku pada peringkat penguat ulangan antara suara atau pengesan suaitalaan
ulangan

4.0 MENGESAN KEROSAKAN

4.1 Tindakan yang patut dilakukan dalam mengesan kerosakan TV


Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

a) Pastikan dahulu tanda-tanda kerosakan (symptom) alat dan kaitkan symptom ini
dengan teori bahagian atau blok yang rosak. Dalam hal ini set Tv perlulah
dihidupkan (Power switch On ) terlebih dahulu.

b) Putuskan bekalan kuasa TV (power switch Off) .Rujuk kepada skimatik diagram
pada bahagian yang dijangka rosak.

c) Hidupkan set Tv. Gunakan teknik suntikan isyarat tracing signal pada bahagian
yang dijangka rosak itu. Kedua-dua teknik ini boleh dilakukan secara serentak
atau berasingan. Ia bergantung kepada jenis litar pada blok atau peringkat
berkenaan dan juga jenis TV Yang digunakan mengikut kesesuaian.

d) Menggunakan voltmeter, periksa nilai-nilai voltan pada sumber bekalan,


pembahagi voltan dan voltan kendalian pada rangkaian litar berkenaan. Nilai
yang disukat ini hendaklah dibandingkan dengan nilai yang ada tercatat didalam
litar skimatik.Perbandingannilai voltan ini akan membantu kita membuat
keputusan dan kesimpulan samada sesuatu litar itu dalam keadaan normal atau
sebaliknya.

Langkah no. 3 dan no. 4 boleh dilakukan samada mendahului no.4 dan
no.3 atau sebaliknya bergantung kepada kesesuaian.

e) Setelah pasti ada perbezaan voltan pada litar berkenaan , Off Kan suis bekalan
dan periksa rintangan litar atau komponen. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan
dengan menggunakan meter Ohm. Dalam pemeriksaan ini ,kemungkinan kita
akan bertemu keadaankeadaan samada sambungan litar buka atau litar pintas
ataupun komponen rosak terpintas atau terbuka atau berubah nilai. Untuk
mempastikan keaadan sambungan litar berkenaan sila rujuk kepada litar
skimatik.Sementara kerosakan komponen hendaklah terlebih dahulu anda
sudah tahu ciri-ciri komponen dan jenisnya.
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

4.2 Jenis-jenis kerosakan litar TV LCD

a) T-CON board telah mati, paparan akan berubah PUTIH, perlu dilihat dalam bilik
gelap, jika tidak, anda akan keliru untuk boleh menentukan kegagalan backlight.
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

b) T-CON board selepas pemanasan, akan kelihatan baris, banyak gambar, dan
warna tompok pelik.

c) Kerosakan pada T-CON board atau power supply

d) Power supply ujian output 24VDC menggunakan dua lampu kereta 12VDC
dalam siri.
Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

4.3 Tindakan yang patut dilakukan dalam mengesan kerosakan LCD


a) Panduan asas yang boleh digunakan untuk TV panel rata LCD. Pertama, tarik
keluar soket selama kira-kira satu jam untuk melihat sama ada TV akan reset
sendiri atau tidak, EPROM boleh rosak oleh lonjakan dan gelombang.

b) Cuba gunakan penahan lonjakan kualiti yang baik. jika sering terjadi lonjakan
carilah bahagian high pada papan litar seperti kapasitor bocor / menggelembung
atau ada kabel dan penyambung longgar boleh juga Sel kering putus. Modul
power supply (Ada 4 voltan output ditetapkan: - 5VDC Standby, 12 ~ 16VDC,
24VDC.

c) Bekalan kuasa mengubah 50/60Hz 120/230vac ke DC, dengan kekerapan tinggi


(50 ~ 100kHz) switching litar mengubahnya kembali ke udara. Kekerapan
tegangan AC tinggi disuap ke Diod penerus untuk mendapatkan output DC dan
ditapis oleh kapasitor DC penapis yang harus mempunyai ESR yang rendah
(Equivalent Series Resistance), Bekalan kuasa 5VDC mempunyai Siap sedia.
5VSB, ini harus ada ketika voltan ini tidak ada, maka cahaya penunjuk pada
panel depan pun akan mati.

d) Tegangan 5VDC ini digunakan untuk mengaktifkan Processor dan modul


penerima Inframerah remote yang akan menunggu arahan dari remote control
atau dari butang power, ketika Power pada arahan diterima, Processor akan
menghantar pergantian pada isyarat (3.3 ~ 5VDC) ke modul power supply
(PSON pin).

e) 5VDC untuk litar Tuner, 12 ~ 16VDC untuk penguat suara T-CON papan
menggunakan 5VDC,), dan 24VDC untuk lampu. (24VDC untuk mengaktifkan
cahaya). Kegagalan umum terjadi pada blow sel kering AC utama putus kerana
Diod pintasan, transistor. Kerosakan kapasitor bocor atau menggembung, litar
pintas Diod, atau kerosakan transistor pada output DC.
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C04/P(1/9)
Drpd / of : 28

SOALAN:

1. Apakah kegunaan Antena Alaterima dalam system televisyen?

2. Terangkan maksud saluran televisyen.

3. Namakan 3 jenis kerosakan litar TV LCD

a.

b.

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
2. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit
theory, Sixth Edition. Prentice Hall

You might also like