Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BENTONG

28700 BENTONG,

PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA

MENGHIAS PAPAN KENYATAAN

TAHUN 2017
1.0 PENGENALAN

Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan-

bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya

membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada papan

kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan mutu

pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara tidak langsung di luar

kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di dalam kelas.

Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi

minat murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui.

Mereka berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama sahaja. Oleh

itu, dengan kami sebagai guru pelatih akan menghias papan kenyataan tersebut

supaya nampak lebih menarik dan ceria.

2.0 RASIONAL

Rasional menghias papan kenyataan di hadapan perpustakaan ialah supaya

dapat membantu menceriakan kawasan sekolah di samping menarik minat murid

terutamanya untuk membaca maklumat yang terkandung di dalam papan kenyataan.

Selain itu, melatih murid agar sentiasa peka dengan informasi yang terkini yang

terdapat pada papan kenyataan melalui tarikan dekorasi yang akan dihasilkan.

3.0 TUJUAN

Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk menambah

keceriaan di kawasan sekolah melalui dekorasi papan kenyataan. Selain itu, hal ini

juga bertujuan untuk menarik minat murid supaya sentiasa peka terhadap informasi-

informasi terkini yang terdapat pada papan kenyataan.


4.0 OBJEKTIF

Projek ini dijalankan agar warga SJK (T) Bentong dapat:

1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.

2. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.

3. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat

terkini kepada murid-murid.

4. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis melalui contoh dekorasi

yang dihasilkan.

5.0 TARIKH
3 APRIL 2017 7 APRIL 2017

6.0 MASA
Sepanjang tempoh seminggu.

7.0 TEMPAT
Papan kenyataan:
Koridor di hadapan perpustakaan

8.0 SASARAN
Semua murid dan warga SJK (T) Bentong
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Harga Kuantiti Jumlah
Bil. Perkara
seunit
1 RM 6.00
1 Kertas A4 RM 6.00
10 RM 10.00
2 Kertas Laminate RM 1.00
2 RM 4.00
3 Riben RM 2.00
2 RM 10.00
4 Pembalut kertas RM 5.00
2 RM 8.00
5 Gam RM 4.00

Jumlah RM 38.00

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan projek ini dapat membantu menambahkan keceriaan di

kawasan sekolah di samping dapat membantu murid untuk menambah minat untuk

membaca maklumat di papan kenyataan melalui hiasan-hiasan yang terdapat di

papan kenyataan.

You might also like