Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN UNIT MULTIMEDIA

PROGRAM FM RUN 2014

PERSATUAN SMART

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Unit Multimedia ialah unit yang bertanggungjawab dalam menyediakan bahan-bahan berusur
multimedia untuk kegunaan program. Bahan-bahan multimedia yang dimaksudkan adalah
menyediakan poster, banner, bunting, flyer, rekaan baju, lakaran peta laluan serta name tag
untuk ahli jawatan kuasa yang terlibat di dalam program ini. Selain daripada itu, unit
multimeida juga dipertanggungjawabkan untuk merakam setiap perkara yang berlaku ketika
hari kejadian.

2.0 ORGANISASI UNIT CENDERAHATI

Ketua Unit : Mohd Shafiq Ellmal Bin Abdul Shukor

AJK Pelaksana : Shahmin Bin Nordin

3.0 GERAK KERJA

Bil Tarikh Perkara Tindakan


.
1. 12 Mac 2014 Menyediakan poster
19 Mac 2014 Menyediakan banner dan Unit
20 Mac 2014 bunting Multimedia
Menyiapkan flyer
Membuat rekaan untuk baju
Membuat lakaran peta
Membuat name tag untuk ajk
Semasa
1. 11 April 2014 Menangkap gambar bagi setiap Unit
aktiviti yang dijalankan Multimedia
Selepas
`1 12 April 2014 Membuat laporan khas unit Unit
. Multimedia
4.0 PERMASALAHAN

4.1 Permasalahan yang mula-mula berlaku adalah lakaran poster yang dibuat tidak
menepati kehendak pengarah program.
4.2 Berlaku permasalahan dalam mencari kedai untuk tempahan baju, sukar menemui
harga yang bersesuaian dengan bajet yang kami ada.
4.3 Berlaku kekeliruan dalam tempahan baju, masalah yang dihadapi adalah tentang
warna yang ingin digunakan di dalam rekaan baju serta bilangan baju yang ingin di
tempah. Keadaan ini berlaku kerana saya sebagai ketua unit multimedia yang sepatutnya
menguruskan hal berkaitan baju tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa pulang
awal atas urusan keluarga.
4.4 Selepas tempahan baju siap berlaku pula kekeliruan tentang bilangan baju dan
harga yang sepatutunya dibayar.

5.0 PENYELESAIAN
Penyelesaian-penyelesaian berikut telah diambil untuk mengatasi masalah yang timbul;

5.1 Bagi masalah poster, setelah melalui banyak proses penambahbaikan, unit
multimedia menyelesaikan masalah awal dengan duduk berbincang dan berkongsi idea
dalam membentuk serta menghasilkan poster yang diinginkan. Kami telah bertukar-tukar
pendapat serta menolong antara satu sama lain dalam penghasilan poster untuk program
larian ini.
5.2 Bagi permasalahan kedua, setelah bertanya dan mengambil pelbagai risiko dan
kemungkinan, akhirnya kami telah memilih kedai Factory Uniform Marketing yang
terletak berhampiran Al-Ikhsan Taman Universiti,Skudai sebagai lokasi untuk tempahan
baju kami. Kami memilih kedai tersebut kerana ia menawarkan kami dengan harga yang
berpatutan dan bersesuain dengan bajet yang kami ada.
5.3 Berkaitan tempahan baju pula, disebabkan unit multimedia tidak boleh
menguruskan hal ini,kami telah meminta bantuan unit teknikal untuk membantu kami
menguruskan hal berkaitan tempahan baju.
5.4 Akhir sekali berkaitan hal kekurangan baju yang diperolehi, setelah melihat resit
pembayaran kembali, jumlah baju yang diterima adalah betul. Masalah sebenarnya
berlaku adalah atas kekeliruan semata-mata.

6.0 CADANGAN

Cadangan berikut adalah dicadangkan untuk perhatian bagi program yang akan datang;

6.1 Perlulah mencari ahli yang betul-betul bersedia dan yang mampu memberi komitmen.
6.2 Lebih peka tentang hal-hal remeh

7.0 PENUTUP

Alhamdullilah dengan limpah kurniaNya dan rahmatNya, akhirnya tanggungjawab yang


diamanatkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap aktiviti berjaya dirakamkan bagi
menjadi bahan bukti pelaksanaan program FM RUN 2014. Kerjasama dan bantuan yang
diberikan oleh setiap ahli jawatankuasa pelaksana program, peserta serta fasilitator amat
dihargai. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan secara tidak
langsung telah mendidik dan mengajar bagaimana bekerja dalam sebuah pasukan. Akhir kata
diharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan bagi memastikan persatuan
SMART akan lebih dikenali dan menonjol berbanding persatuan-persatuan lain.

You might also like