Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

GRAF DAN CARTA

- Para pelajar perlu mengumpulkan data-data bernombor (isi tersurat) yang


terdapat dalam soalan sebelum menulis ulasan dan membuat andaian (isi
tersirat) tentang sesuatu topik yang dibincangkan.

CONTOH
Lihat graf di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat terdapat dalam graf
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

Tujuan Kedatangan Pelacong ke Malaysia


70% 60.00%
60%
50%
40%
30% 15.00% 18.30%
20% 5.00%
10% 1.70%
0%

KARANGAN SURAT RASMI


- Surat rasmi bersifat formal dan mempunyai format khusus yang peru dipatuhi
- Format dari segi letak alamat, tajuk surat, dan tandatangan hendaklah
diletakkan di sebelah kiri, manakala tarikh di sebelah kanan
- Contoh surat rasmi ialah surat undangan rasmi, surat rayuan, surat aduan,
surat permohonan, surat cadangan dan sebagainya
- Surat rasmi hendaklah ditulis dengan Bahasa baku dan ayat yang ringkas
serta padat
- Penggunaan Bahasa kiasan dan peribahasa tidak digalkkan dalam penulisan
surat rasmi

CONTOH
Anda dan rakan-rakan tidak berpuas hati terhadap pengurusan dan perkhidmatan
pengusaha kantin yang baharu di sekolah anda. Sebagai wakil murid, tulis surat
aduan kepada pengetua sekolah untuk mengadu akan hal tersebut. Tulis surat itu
selengkapnya.

KARANGAN SURAT TIDAK RASMI


- Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan biasanya ditulis untuk
keluarga, sahabat dan sebagainya
- Walaupun bersifat peribadi, namun surat kiriman tidak rasmi mesti
menggunakan Bahasa yang baku, ejaan yang betul, dan tanda baca yang
betul
- Contoh beberapa jenis surat tidak rasmi ialah surat bertanyakan khabar,
surat ucapan tahniah, dan surat ucapan takziah
- Penulisan karangan surat tidak rasmi mempunyai format khusus yang perlu
dipatuhi
- Format penulisan surat tidak rasmi berbeza daripada surat rasmi dari segi
letak alamat, tarikh, dan tandatangan pengirim, iaitu diletakkan di sebelah
kanan

CONTOH
Anda telah berpindah ke tempat baharu dan memulakan persekolahan di
sebuah sekolah di situ. Anda ingin menceritakan keadaan sekolah baharu itu
kepada sahabat lama anda. Tulis surat tersebut selengkapnya.

You might also like