3 Tema Multimedia Interaktif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tema Multimedia Interaktif : Kraf

Tradisional
Tema untuk multimedia inetraktif yang akan dihasilkan ialah Kraf Tradisional
seperti yang dinyatakan pada kertas soalan kerja kursus Mulimedia Interaktif Dalam
Pendidikan Seni Visual iaitu PSVK 3034. Oleh kerana tema yang ditetapkan ialah
kraf tradisional, jadi saya telah mengambil keputusan untuk menghasilkan
multimedia interaktif Kraf Tradisional iaitu alat perhiasan diri.

Alat perhiasan diri merupakan aksesori tambahan untuk kecantikan diri.


Biasanya diperagakan oleh kaum wanita. Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi
pelengkap kepada pemakaian kita. Alat perhiasan diri yang diperbuat daripada
manik amat unik serta mempunyai nilai estetika yang tersendiri.

Manik-manik adalah semua jenis benda yang mempunyai lubang untuk


tempat masuknya benang / kawat, untuk kemudian dapat dirangkai menjadi aksesori
atau hal lain yang sifatnya hiasan. Yang dimaksudkan benda di sini pun cukup
berbeza-beza, yakni yang semula jadi misalnya: kayu, kerang, batu, tanah liat /
lempung, gading, tulang haiwan. Dan yang sintetik biasanya diperbuat daripada:
logam, plastik, resin, kain, kertas dan yang paling popular adalah kaca.

Untuk manik-manik yang menggunakan bahan mentah dari alam, biasanya


pada proses pembuatannya lebih banyak melibatkan unsur manusia. Mulai dari
proses mengolah bahan mentah, membentuk reka bentuk hingga akhirnya
memperindah pandangan manik-manik (menambah ukiran atau melicinkan
permukaan manik-manik tsb)

Sementara manik-manik tiruan umumnya dikerjakan oleh kilang, yang hanya


melibatkan manusia pada proses reka bentuk, namun pengerjaannya banyak
dilakukan oleh mesin. Salah satu kilang / syarikat manik-manik terbesar di dunia
boleh didapati di Austria (swarovski) Czech (preciosa) dan yang menguasai hampir
selurus pasaran permanikan di dunia adalah manik-manik buatan dari China.

Manik merupakan perhiasan diri yang digemari dan masih digunakan oleh
masyarakat etnik di Kepulauan Borneo. Untaian manik menjadi hiasan pilihan pada
pakaian tradisional selain daripada perhiasan perak. Hiasan manik banyak
digunakan oleh suku kaum etnik di Sarawak seperti Orang Ulu (kaum Kayan dan
Kenyah), Lun Bawang, Kelabit, Iban, Bidayuh dan Melanau. Manakala di Sabah
manik amat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun, Rungus dan Murut.

Pelbagai jenis manik yang sering digunakan antaranya manik yang diperbuat
daripada gigi binatang, tulang, cengkerang dan serpihan logam. Manik yang
diperbuat daripada serpihan kaca dan batu permata diperkenalkan sekitar abad ke
16 oleh pedagang luar terutamanya dari Negara Eropah, Venice dan Behormia.
Manik menjadi perhiasan diri yang dipakai sejak dahulu kerana ianya
melambangkan status dan kemewahan seseorang. Manik juga dijadikan sebagai
pertukaran mata wang dan hantaran perkahwinan. Sehingga kini kegiatan membuat
kraf manik masih dijalankan oleh penduduk tempatan di Sabah dan Sarawak.
Manik-manik dijahit dan disulam indah menjadi perhiasan pakaian, tali pinggang,
hiasan kepala, bakul dan keperluan harian lainnya.

Budaya manik kaum pribumi Sarawak telah wujud sejak zaman purba lagi.
Sejak itu, manik-manik batu dan gelas dari pelbagai pelosok dunia digunakan dalam
sistem perdagangan, penilaian dan upacara adat istiadat di Kepulauan Borneo.
Manik kini mungkin dianggap tidak lagi begitu penting di dalam adat istiadat dan
upacara, namun ia masih dipakai sebagai perhiasan dengan baju tradisional dan
aksesori fesyen. Pembuatan manik secara komersial dan kerja tangan dapat
menjana pendapatan sampingan bagi kebanyakan penduduk terutama di pedalaman
Sarawak.

Satu persatu manik disusun menjadi corak sebelum diikat dan dijalin untuk
dijadikan aksesori wanita sama ada gelang tangan, rantai atau pun cekak rambut.
Memerlukan kemahiran serta kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan setiap produk
perhiasan yang unik dan cantik, ternyata hasil akhirnya memukau sesiapa sahaja
yang melihat. Oleh itu, saya telah tetapkan Manik Marik Empang atau Tangu
sebagai tajuk bagi multimedia interaktif yang saya hasilkan.
Tajuk Multimedia Interaktif : Manik
Marik Empang atau Tangu
Ada yang menyebutnya Marik Empang, ada juga yang menyebutnya sebagai
Tango dan ada juga yang menyebutnya Sembam. Biarpun mempunyai pelbagai
'nama', ini adalah salah satu daripada accessories yang digunakan semasa
menggunakan pakaian traditional gadis Iban. Diperbuat daripada manik. Prosesnya
menyiapkannya memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

Marik Empang merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai pada leher
dikalangan kaum wanita masyarakat Iban di Sarawak. Gubahan Marik Empang telah
menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Iban di Sarawak. Dalam
bahasa Iban marik bererti manik, sementara empang merujuk pada bulatan,
sebagaimana orang berpegangan tangan dalam bulatan tarian atau "bulatan manik".

Marik Empang terdiri daripada hiasan dada yang diperbuat daripada manik
leper. Ia merupakan hiasan tradisi kaum wanita suku kaum Iban. Hasil kerja manik,
warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Iban dari etnik
lain dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Iban
dan juga dikenakan bersama rantai rinjit, rawai, luneung dan tali pinggang yang
diperbuat daripada timah yang kebiasannya bewarna hitam yang dikenali sebagai
ngepan.

Marik Empang merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional bagi


perempuan suku kaum Iban di Sarawak. Dalam bahasa Iban, pakaian tradisional
perempuan kaum Iban disebut sebagai ngepan indu iban. Asal usul ngepan indu
iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman
dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat cantik atau dalam bahasa
iban dipanggil bajik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita
yang pandai membuat sebarang kerja wanita. Contohnya, bertenun, ngebat,
membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal
dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang
lain. Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah
menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan
perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak
telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.

Perhiasaan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan
kekayaan bagi pemakainya. Pelbagai jenis perhiasaan melengkapi pakaian
tradisional perempuan kaum Iban pada setiap bahagian tubuh badan. Salah satunya
ialah Marik Empang. Marik empang dibuat daripada manik-manik yang disusun
mengikut corak. Ia seperti rantai yang besar yang menutupi bahagian dada dan
dipakai pada bahagian leher.

Marik empang ini menggunakan beberapa alatan dan juga bahan untuk
penghasilannya. Antara bahan dan alatan yang digunakan ialah benang, gunting,
jarum peniti, lilin, manik pelbagai warna, benang kait, acuan untuk membuat bebola
benang.

You might also like