Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BENDERA NEGERI SABAH

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur


pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini
luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3
bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar
belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna
nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari
sempadan atas dan sempadan bawah petak utama.
Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga
jalur warna melintang yang mana jalur yang paling
bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas
berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan
jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon
melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih
melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala
merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara warna nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima
jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian
Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu
melambangkan Negeri Sabah.
BENDERA NEGERI SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian,


kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya
usaha mereka yang berterusan untuk mengejar
serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian
maruah dalam proses membina Sarawak sebagai
negeri contoh.Warna kuning menggambarkan
keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),
perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang
berbilang kaum.Warna hitam melambangkan
kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak
mentah, balak dan sebagainya yang merupakan
landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang
berwarna kuning bermuncung sembilan
melambangkan sembilan bahagian di mana
rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol
bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat
kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
BENDERA NEGERI TERENGGANU

Latar belakang berwarna putih


maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia
melingkungi tanah hitamyang bermakna
rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah
memberi perlindungan kepada seluruh
rakyat baginda. Anak bulan dan bintang
tanda Agama Islam, agama negeri.
BENDERA NEGERI SELANGOR

Empat bahagian yangberwarna kuning


dan merah itu maksudnya daging dan
darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk
memberi jiwa dan tenaga kepada negeri
ini. Bulan bintang pula ialah sebagai
Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri
dan kesucian Agama Islam ditunjukkan
dengan warna putih.
BENDERA PULAU PINANG

Warna biru muda maksudnya warna laut


yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih maksudnya negeri Pulau Pinang
yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon
dari mana pulau itu mendapat namanya.
BENDERA NEGERI PERLIS

Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja.


Warna biru maksudnya rakyat. Bendera
itu maknanya kerjasama yang erat di
antara Raja dengan Rakyat baginda
BENDERA NEGERI SEMBILAN

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M.


Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna
merah bermakna rakyat. Sementara
bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagian-
bahagian negeri ini.
BENDERA NEGERI MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan


biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa
Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan
bintang pecah lima itu pula ialah tanda
Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah


maksudnya kejujuran penduduk, rakyat
Raja. Lambang kebesaran berwarna putih
itu tanda kesucian Raja negeri ini.
BENDERA NEGERI PAHANG

Bendera negeri Pahang Darul Makmur


mengandungi dua warna iaitu putih di atas
dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama
lebar.Hitam adalah warna kebesaran
Bendahara melambangkan bahawa pada
suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri
Pahang adalah seorang yang bertaraf
Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja.
Tambahan warna putih di atas hitam ini
membawa makna bahawa negeri Pahang
adalah negeri yang mempunyai kedaulatan
sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga
membawa erti bahawa negeri ini ada
mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam,
tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu
yang ada pada Raja sebagai negeri beraja
dan berdaulat.
BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan


mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini
sama lebarnya.Warna putih
melambangkan kebesaran Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan.Warna kuning melambangkan
kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja
Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam
melambangkan kebesaran Duli Yang Amat
Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan

BENDERA NEGERI KEDAH


Bendera negeri memaparkan bulan sabit
berwarna hijau di bawah perisai kuning
dan dilingkungi oleh jambangan padi
berwarna kuning di atas latar belakang
merah. Merah adalah warna tradisional
negeri dan juga melambangkan
kemewahan, sementara bulan sabit
adalah simbol agama Islam. Perisai
melambangkan Sultan negeri sebagai
pelindung dan penjaga rakyatnya
BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna


putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna
merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang
berwarna biru tua itu pula maksudnya
Kerajaan Negeri.

You might also like